*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam.
izinkan mencelah

eloklah banyakkan beramal, samada di bulan sya'ban atau bulan lain
bukan kerana sya'bannya itu tetapi kerana ibadah kpd ALLah

ada beza sikit di situ, adakah kita nampak bezanya?

itulah erti faham dalam beragama.

waLLahu a'lam


Osman wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalaamu'alaykum. Saya nampak sdra Sidi Shariff sudah pun menjawab
> pertanyaan di bawah. Bagaimanapun, saya ingin tanya: apakah bukti
> yang kita perlukan? Bukti sepatutnya diberi oleh mereka yang
> mendakwa sesuatu itu haram, bukan sebaliknya.
>
> Daripada kita tanya bukti halalnya menyambut malam Nisfu Syaaban,
> lebih baik kita teliti dan nilaikan dakwaan Bin Baz. Maka kita boleh
> nampak yang Bin Baz tidak beri satu pun bukti kukuh yang khusus
> mengatakan bahawa menyambut malam Nisfu Syaaban itu haram!
>
> Apa yang dikatakan oleh Bin Baz ialah sambutan itu suatu "bid'ah",
> dan beliau mengelirukan kita dengan cara beliau membuat anggapan
> (generalisation) semua bid'ah itu haram. Inilah pandangan Wahabi
> yang sangat sempit! Sebenarnya, bid'ah yang haram dalam konteks
> agama hanyalah perkara-perkara yang bercanggah dengan al-Quran dan
> Hadis. Selagi tidak bercanggah dengan al-Quran dan Hadis,
> ulamak-ulamak boleh mengeluarkan fatwa berasaskan ijmak dan kias.
> Maknanya, hukum menyambut malam Nisfu Syaaban, kalau benarpun tidak
> dinyatakan dengan jelas dalam al Quran dan Hadis, mestilah dirujuk
> pula kepada ijmak ulamak dan juga kias. Tak boleh terus dihukum
> haram seperti yang telah dibuat oleh Bin Baz.
>
> Rukun Islam hanya lima. Tidak ada rukun ke-enam yang mengatakan kita
> perlu hadkan ibadah kita kepada apa yang hanya telah dilakukan oleh
> Rasulullah s.a.w. Malah Allah berfirman, manusia dan jin dijadikan
> hanya untuk beribadat kepada Nya. Dan menyambut malam Nisfu Syaaban
> adalah satu peluang bagi umat Islam menambahkan ibadah. Jadi kita
> tanya, apakah jenis orang yang mahu mengharamkan sambutan satu malam
> yang manambahkan ibadat kepada Allah?
>
> Jangan begitu senang terpedaya dengan fikrah (pemikiran) Wahabi.
> Merekalah yang membuat-buat berbagai peraturan baru (bid'ah) dalam
> agama!
>
> Osman Mia
> http://dimashq.hypermart.net/go.pl/osman
>
> ----- Original Message -----
> From: "Mohd Yaakub Mohd Yunus" <[EMAIL PROTECTED]>
> To: "Osman" <[EMAIL PROTECTED]>
> Cc: <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: Friday, October 26, 2001 9:12 AM
> Subject: Re: H-Net* UPACARA PERINGATAN MALAM NISFU SYA'BAN - Syaikh
> Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
>
> > Assalaamu'alaykum
> >
> > Ya Akhi Osman, jika halal berilah buktinya. Akhi, jika anta nak
> sambut
> > silakan, Tapi jangan berbohong dengan hadith-hadth Bathil dan
> Mawdhu'.
> > Jangat kaitkan Rasulullah SAW dengan amalam yang tak pernah
> baginda
> > lakukan. Kerana ada amaran dari hadeeth yg sahih tentang sesiapa
> yg
> > berbohong atas nama Rasulullah SAW (yg memberi hadeeth bathil dan
> palsu)
> > maka dia telah menyediakan tempat untuknya di neraka.
> > Na'uzubuLLahiminzalik. Di bawah ini disertakan komen yg telah
> diberikan
> > oleh netters di Fikrah@yahoogroups akhi THTL seorang Ahli Fiqh
> dari Ahkam
> > Net.
> >
> > "Setelah saya semak dalam kitab alImam Ibn Qayyim rh dalam kitab
> kritik
> > Hadisnya, al Manar alMuneef, alImam Ibn Qayyim rh menyebut
> bahawa,"
> > pelbagai
> > amalan atau solat atau do'a yg diamalkan oleh masyarakat pada
> malam nisfu
> >
> > sya'ban tidak memiliki dasar baik dalam alQur'an alkarim,
> asSunnnah
> > Nabawiyah asysyareef ataupun dalam kehidupan salaf assoleh (para
> > sahabat).
> > alImam Ibn Qayyim kemudian menyenaraikan beberapa hadis yg masyhur
> yg
> > beredar di kalangan masyarakat dan hadis-hadis itu ada di
> antarannya yg
> > dikutip dari alIhya' karya agung Imam alGhazali yg kemudian Imam
> Ibn
> > Qayyim
> > mengesahkan hadis-hadis itu samada  batil, atau maudhu'.
> > Jika saudara ada catatan hadis mengenai nisfu sya'ban ni sila
> kemukakan
> > supaya saya padankan dgn hadis yg disenaraikan oleh Imam Ibn
> Qayyim rh.
> > sekian, Allah lebih mengetahui dalam urusan yg diperselisihkan.
> WSM
> > thtl"
> >
> > Sekian Wassalaam
> >
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Osman" <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Khairi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke