*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
betul. kita patut sokong kenaikan ini. jangan lupa
pada 2004 kita undi BN lagi, kita bagi lebih banyak
majoriti pada UMNO dan BN, kalu boleh bukan setakat
2/3, bagi terus 3/3. tol di malaysia ni murah sangat.
kita patut sokong TOL naik tiap2 tahun. lepas ni
hospital pulak nak swasta. yg ni pun kita kena bagi
sokongan penuh.
--- Bintang <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED]
> }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED] }
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Kenaikan kadar tol: Salahkan diri sendiri
> Aman Rais
>
> Kadar tol di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) naik
> lagi. Inilah berita baik untuk menyambut tahun baru
> 2002. Mulai 1 Januari kadar tol di laluan berkenaan
> naik 1.12 sen kepada 12.36 sen per km.
>
> Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Tol Vellu
> berkata, kenaikan 10 peratus itu adalah selari
> dengan perjanjian antara kerajaan dengan syarikat
> pemegang konsesi PLUS yang menetapkan kadar tol akan
> dinaikkan setiap tiga tahun.
>
> Pengumuman kadar baru tol itu mendapat reaksi
> negatif daripada ramai pemimpin masyarakat termasuk
> para penyokong kuat kerajaan. Presiden Majlis Belia
> Malaysia (MBM), Saifuddin Abdullah meminta kerajaan
> mengkaji semula kenaikan itu kerana ia boleh
> mebebankan rakyat.
>
> "MBM berpendapat kenaikan tol selain petrol
> baru-baru ini boleh mempengaruhi kenaikan harga
> barang keperluan dan pengangkutan," katanya di dalam
> sebuah akhbar tempatan.
>
> Pengerusi Biro Pembelaan masyarakat Pemuda Umno,
> Ismail Sabri Yaakob juga berkongsi pandangan dengan
> Saifuddin. Beliau bimbang kenaikan kadar tol itu
> akan memberi kesan kepada rakyat miskin yang hidup
> di pedalaman kerana kenaikan harga barangan akan
> berlaku selepas ini.
>
> Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia
> (Fomca), Profesor Datuk Dr Hamdan Adnan pula kesal
> dengan tindakan kerajaan itu kerana sebelum ini Samy
> Tol Vellu telah memberi jaminan kenaikan kadar tol
> tidak akan berlaku sehingga tahun 2004.
>
> Kali terakhir kadar tol dinaikkan ialah selepas
> sambutan tahun baru Cina 1999 iaitu dari 10.5 sen
> per km kepada 11.24 sen per km.
>
> Cek kosong
>
> Kemarahan rakyat terutama pengguna lebuhraya tidak
> boleh ditutup kerana kenaikan ini akan memberi kesan
> besar kepada kos perjalanan mereka. Selain itu ia
> pasti akan dijadikan alasan oleh para pengusaha
> pengangkutan awam dan pengeluaran barangan siap
> untuk menaikkan harga produk dan perkhidmatan
> masing-masing.
>
> Bagaimanapun segala kemarahan dan kritikan itu tiada
> gunanya kerana rakyat sendiri yang memberi mandat
> kepada kerajaan untuk melakukan apa-apa sahaja
> sewenang-wenangnya. Kerajaan telah diberikan �cek
> kosong� oleh rakyat dalam pilihan raya umum 1999
> bila membenarkan Barisan Nasional (BN) memenangi dua
> pertiga kerusi di parlimen.
>
> Oleh itu untuk apa mengeluh melihat harga petrol,
> tarif air paip, harga barangan keperluan meningkat
> dan kadar tol dinaikkan sedangkan tangan anda
> sendiri yang mengizinkannya. Tanggunglah sendiri!
>
> Rakyat telah diberi pilihan pada November 1999 sama
> ada mahukan negara yang bebas tol atau tidak dan
> majoriti telah mengundi untuk hidup dengan
> dikeliling oleh plaza tol. Tiada gunanya Saifuddin
> Abdullah atau Ismail Sabri Yaakob menjerit
> mengkritik kenaikan ini kerana anda adalah
> sebahagian daripada sistem yang ada.
>
> Saifuddin serta MBM dan Ismail Sabri bersama Pemuda
> Umno sepatutnya mengalu-alukan kenaikan kadar tol
> ini.
>
> Protes terhadap pengenaan tol di lebuhraya di negara
> ini sudah menjadi isu besar pada tahun 1999. Setiap
> minggu di lebuhraya ada protes dilakukan oleh
> ahli-ahli dan pemimpin Barisan Alternatif. Rakyat
> telah diingatkan tentang bahaya tol ini tetapi tidak
> ramai yang mahu mendengar protes tersebut. Mereka
> terus mengundi BN dan ini bermakna anda merestui
> kenaikan kadar tol.
>
> Kenaikan kadar tol pada 1 Januari ini bukannya yang
> terakhir. Kenaikan seterusnya akan berlaku pada
> tahun 2005 hingga 2007 dengan kadar baru 13.6 sen
> per km dan ditokok sekali lagi pada tahun 2008
> hingga 2010 dengan kadar baru 14.96 sen. Bersedialah
> para pengguna lebuhraya untuk menanggung kos
> perjalanan yang semakin tinggi.
>
> Kos hidup
>
> Tidak dinafikan kadar tol di negara ini adalah yang
> terendah di rantau ini. Di Jepun, Korea Selatan
> malah di Thailand kadarnya jauh lebih tinggi. Tetapi
> itu bukan alasan untuk menghalalkan kenaikan
> tersebut. Kita kena mengkaji kos hidup di negara
> berkenaan dengan paras pendapatan yang mereka
> perolehi sebelum membandingkan dengan kadar tol di
> sini.
>
> Apalah gunanya kenaikan gaji sebanyak 10 peratus
> pada awal tahun depan jika kenaikan tol, petrol dan
> harga barangan juga 10 peratus. Tidakkah kuasa
> membeli rakyat tidak berubah? Malah mungkin ia
> semakin mengecil kerana kenaikan harga barangan dan
> perkhidmatan lazimnya melebihi kenaikan gaji.
>
> Begitulah adanya nasib rakyat setelah memberikan
> �cek kosong� kepada kerajaan untuk melakukan apa
> sahaja. Rakyat hanya dapat melakukan checks and
> balances bila majoriti dua pertiga di parlimen
> dinafikan.
>
> Jangan salahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr
> Mahathir Kutty Mohamad atau Samy Tol Vellu atau
> kerajaan BN bila anda terpaksa berbelanja lebih
> untuk menggunakan lebuhraya PLUS - salahkanlah diri
> sendiri!
>
> �
>
>
>
> Berita keADILan,
> 101 Blok A,
> Phileo Damansara II,
> 15 Jalan 16/11,
> off Jalan Damansara,
> 46350 Petaling Jaya.
> [EMAIL PROTECTED]��
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body
> : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body:
> UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net
> )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]
> )
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Bintang <[EMAIL PROTECTED]>
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Check out Yahoo! Shopping and Yahoo! Auctions for all of
your unique holiday gifts! Buy at http://shopping.yahoo.com
or bid at http://auctions.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>