*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
memang saya pun tersangatlah bersetuju supaya kita terus menerus memberi
sokongan majoriti 3/3 atau 4/3 pun boleh jugak kot? supaya terus menerus tol
boleh dinaikkan tiap-tiap tahun kerana tol kita masih yg terendah di dalam
dunia. semua yg ter... ter.. adalah milik malaysia.
jadi tak payahlah merungut... kita mestilah bersyukur kepada kerajaan yg ada
kerana telah memberikan jasa dan budi secara percuma setiap tahun....
kerajaan kita takdelah mintak duit pada rakyat, itu pasal yg nak kena terima
kasih dan bersyukur... bersyukur pada kerajaan kerana menaikkan petrol dan
tol dalam waktu yg terdekat ni..... kerana majoriti rakyat malaysia
tersangatlah menyokong kenaikan tu...
dan tunggulah... apabila harga petrol naik dan harga tol naik.... maka
segala kos pengangkutan utk memunggah barang-barang pengguna seharian baik
lori ataupun van ataupun pengangkutan awam akan turut meningkat. maka akan
naiklah harga barangan runcit seperti gula, susu, tepung, beras dan
lain-lain akibat kenaikan tol dan petrol ini. maka akan naik jugalah tambang
bas ekspress dan van anak-anak sekolah. patut sangatlah tu kerana majoriti
rakyat malaysia bersetuju memberi kuasa kepada puak-puak mereka ini
melakukan sesuka hati. bila nak naik tol beri alasan telah adanya perjanjian
konsesi, tapi bila bab royalti minyak kat trengganu lupa pulak pasal
perjanjian. apa jenis punya manusia ini??? tapi takpe... majoriti rakyat
malaysia masih sukakan puak-puak ini... teruskan... teruskanlah....
maka itu... teruslah tunjukkan rasa terima kasih kita pada puak-puak ini dgn
terus memberikan sokongan majoriti 3/3 atau 4/3 kita tu..... kerana
malaysia boleh..... malaysia boleh... malaysia boleh....
masih teringat saya kata-kata lecturer saya di universiti dulu.... tahun
60an dan 70an, negara kita miskin tapi rakyat kita kaya... kaya dalam makna
tak banyak nak difikirkan utk bayar sana-sini.... habis sekolah menengah tak
payah sakit-sakit kepala nak cari duit anak nak masuk universiti sebab dah
ada biasiswa.... bukuk teks sekolah pun kerajaan sediakan, boleh dipakai
lagi utk murid tahun sesudah tu.... tapi sekarang ni..... negara kita kaya
tapi rakyat papa kedana.... anak masuk sekolah rendah pakai duit, sekolah
menengah pakai duit, masuk universiti lagi banyak pakai duit...... paling
bagus pun pinjaman dengan kadar faedah... dok kena bayar balik jugak... itu
yang kita kena berterima kasih dgn kerajaan tu.... itu yg tak paham tu...
sebagai contoh.... katalah kita beli kereta atau rumah dan buat pinjaman
bank... tiap-tiap bulan bayar balik dengan kadar faedah.... boleh masuk akal
ke bila kita dok bayar balik dengan faedah tu, tiba-tiba bank dok mintak
kita berterima kasih pada mereka kerana beri pinjaman dan kenakan faedah...
terima kasih utk apa? bukan dapat free.... kalau bank bagi free tu memang
patutl..... pulak tu selain berterima kasih tak boleh pulak komplen kalau
bank tu tak cekap atau dok ada
penyelewengan... apala.. tak paham aku weh...
entahla.. tak tau aku apa nak jadi.... kalau tak setuju dgn kerajaan yg
ada.... sila jatuhkan mereka melalui pilihan raya.... itu kata mereka...
tapi apabila rakyat jatuhkan melalui pilihanraya kat trengganu.... dok
hantam rakyat tak berterima kasih dan pakat rampas balik hak kerajaan
negeri... manusia jenis apa nie???? takde maruah ker???? lagi satu... apa
dia org ingat demokrasi ni hadir 5 tahun sekali saja ker???? so, dalamasa 5
tahun tu kalau ada yg tak betul nak kena diam??? tak boleh luah perasaan tak
setuju, tak boleh berhimpun.... tak boleh adakan kempen penerangan kepada
rakyat???? apa daa...
okayla... sendiri mau ingatlaa.... bukan duit aku saja... duit hangpa semua
pun kena jugak... jangan ingat hangpa dok pangkah puak-puak tu hangpa tak
kena tol... tak kena bayar petrol lebih.... jangan jadi bebal la woi.....
gunakan akal fikiran... kita mampu melakukan sesuatu.. takkan tiap-tiap
kenaikan yg puak-puak ni tentukan kita dok tengok je??? gunalah akai woi..
guna akai tau?? tau ka itu akai??? yg dok kat dalam kepala hotak kita tu????
sudahlah... penat-penat membebel kalau otak tada guna .... pun tada
apa..... so, sendiri buat, ramai-ramai tanggung... menyusahkan orang
saja....
okay... eid mubarak.. dan maaf zahir batin....
____________________________________________________________________________
___________________
----- Original Message -----
From: "Harun Aminurrashid" <[EMAIL PROTECTED]>
To: "Bintang" <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Saturday, December 15, 2001 10:27 AM
Subject: Re: H-Net* Majoriti rakyat malaysia menyokong kenaikan kadar tol
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> betul. kita patut sokong kenaikan ini. jangan lupa
> pada 2004 kita undi BN lagi, kita bagi lebih banyak
> majoriti pada UMNO dan BN, kalu boleh bukan setakat
> 2/3, bagi terus 3/3. tol di malaysia ni murah sangat.
> kita patut sokong TOL naik tiap2 tahun. lepas ni
> hospital pulak nak swasta. yg ni pun kita kena bagi
> sokongan penuh.
>
>
> --- Bintang <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> >
> >
> >
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > { Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> > http://www.hizbi.net }
> > { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED]
> > }
> > { Iklan barangan? Hantarkan ke
> > [EMAIL PROTECTED] }
> >
> >
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >
> >
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Kenaikan kadar tol: Salahkan diri sendiri
> > Aman Rais
> >
> > Kadar tol di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) naik
> > lagi. Inilah berita baik untuk menyambut tahun baru
> > 2002. Mulai 1 Januari kadar tol di laluan berkenaan
> > naik 1.12 sen kepada 12.36 sen per km.
> >
> > Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Tol Vellu
> > berkata, kenaikan 10 peratus itu adalah selari
> > dengan perjanjian antara kerajaan dengan syarikat
> > pemegang konsesi PLUS yang menetapkan kadar tol akan
> > dinaikkan setiap tiga tahun.
> >
> > Pengumuman kadar baru tol itu mendapat reaksi
> > negatif daripada ramai pemimpin masyarakat termasuk
> > para penyokong kuat kerajaan. Presiden Majlis Belia
> > Malaysia (MBM), Saifuddin Abdullah meminta kerajaan
> > mengkaji semula kenaikan itu kerana ia boleh
> > mebebankan rakyat.
> >
> > "MBM berpendapat kenaikan tol selain petrol
> > baru-baru ini boleh mempengaruhi kenaikan harga
> > barang keperluan dan pengangkutan," katanya di dalam
> > sebuah akhbar tempatan.
> >
> > Pengerusi Biro Pembelaan masyarakat Pemuda Umno,
> > Ismail Sabri Yaakob juga berkongsi pandangan dengan
> > Saifuddin. Beliau bimbang kenaikan kadar tol itu
> > akan memberi kesan kepada rakyat miskin yang hidup
> > di pedalaman kerana kenaikan harga barangan akan
> > berlaku selepas ini.
> >
> > Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia
> > (Fomca), Profesor Datuk Dr Hamdan Adnan pula kesal
> > dengan tindakan kerajaan itu kerana sebelum ini Samy
> > Tol Vellu telah memberi jaminan kenaikan kadar tol
> > tidak akan berlaku sehingga tahun 2004.
> >
> > Kali terakhir kadar tol dinaikkan ialah selepas
> > sambutan tahun baru Cina 1999 iaitu dari 10.5 sen
> > per km kepada 11.24 sen per km.
> >
> > Cek kosong
> >
> > Kemarahan rakyat terutama pengguna lebuhraya tidak
> > boleh ditutup kerana kenaikan ini akan memberi kesan
> > besar kepada kos perjalanan mereka. Selain itu ia
> > pasti akan dijadikan alasan oleh para pengusaha
> > pengangkutan awam dan pengeluaran barangan siap
> > untuk menaikkan harga produk dan perkhidmatan
> > masing-masing.
> >
> > Bagaimanapun segala kemarahan dan kritikan itu tiada
> > gunanya kerana rakyat sendiri yang memberi mandat
> > kepada kerajaan untuk melakukan apa-apa sahaja
> > sewenang-wenangnya. Kerajaan telah diberikan 'cek
> > kosong' oleh rakyat dalam pilihan raya umum 1999
> > bila membenarkan Barisan Nasional (BN) memenangi dua
> > pertiga kerusi di parlimen.
> >
> > Oleh itu untuk apa mengeluh melihat harga petrol,
> > tarif air paip, harga barangan keperluan meningkat
> > dan kadar tol dinaikkan sedangkan tangan anda
> > sendiri yang mengizinkannya. Tanggunglah sendiri!
> >
> > Rakyat telah diberi pilihan pada November 1999 sama
> > ada mahukan negara yang bebas tol atau tidak dan
> > majoriti telah mengundi untuk hidup dengan
> > dikeliling oleh plaza tol. Tiada gunanya Saifuddin
> > Abdullah atau Ismail Sabri Yaakob menjerit
> > mengkritik kenaikan ini kerana anda adalah
> > sebahagian daripada sistem yang ada.
> >
> > Saifuddin serta MBM dan Ismail Sabri bersama Pemuda
> > Umno sepatutnya mengalu-alukan kenaikan kadar tol
> > ini.
> >
> > Protes terhadap pengenaan tol di lebuhraya di negara
> > ini sudah menjadi isu besar pada tahun 1999. Setiap
> > minggu di lebuhraya ada protes dilakukan oleh
> > ahli-ahli dan pemimpin Barisan Alternatif. Rakyat
> > telah diingatkan tentang bahaya tol ini tetapi tidak
> > ramai yang mahu mendengar protes tersebut. Mereka
> > terus mengundi BN dan ini bermakna anda merestui
> > kenaikan kadar tol.
> >
> > Kenaikan kadar tol pada 1 Januari ini bukannya yang
> > terakhir. Kenaikan seterusnya akan berlaku pada
> > tahun 2005 hingga 2007 dengan kadar baru 13.6 sen
> > per km dan ditokok sekali lagi pada tahun 2008
> > hingga 2010 dengan kadar baru 14.96 sen. Bersedialah
> > para pengguna lebuhraya untuk menanggung kos
> > perjalanan yang semakin tinggi.
> >
> > Kos hidup
> >
> > Tidak dinafikan kadar tol di negara ini adalah yang
> > terendah di rantau ini. Di Jepun, Korea Selatan
> > malah di Thailand kadarnya jauh lebih tinggi. Tetapi
> > itu bukan alasan untuk menghalalkan kenaikan
> > tersebut. Kita kena mengkaji kos hidup di negara
> > berkenaan dengan paras pendapatan yang mereka
> > perolehi sebelum membandingkan dengan kadar tol di
> > sini.
> >
> > Apalah gunanya kenaikan gaji sebanyak 10 peratus
> > pada awal tahun depan jika kenaikan tol, petrol dan
> > harga barangan juga 10 peratus. Tidakkah kuasa
> > membeli rakyat tidak berubah? Malah mungkin ia
> > semakin mengecil kerana kenaikan harga barangan dan
> > perkhidmatan lazimnya melebihi kenaikan gaji.
> >
> > Begitulah adanya nasib rakyat setelah memberikan
> > 'cek kosong' kepada kerajaan untuk melakukan apa
> > sahaja. Rakyat hanya dapat melakukan checks and
> > balances bila majoriti dua pertiga di parlimen
> > dinafikan.
> >
> > Jangan salahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr
> > Mahathir Kutty Mohamad atau Samy Tol Vellu atau
> > kerajaan BN bila anda terpaksa berbelanja lebih
> > untuk menggunakan lebuhraya PLUS - salahkanlah diri
> > sendiri!
> >
> >
> >
> >
> >
> > Berita keADILan,
> > 101 Blok A,
> > Phileo Damansara II,
> > 15 Jalan 16/11,
> > off Jalan Damansara,
> > 46350 Petaling Jaya.
> > [EMAIL PROTECTED]
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body
> > : SUBSCRIBE HIZB)
> > ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body:
> > UNSUBSCRIBE HIZB)
> > ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> > menggambarkan )
> > ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net
> > )
> > ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]
> > )
> >
> >
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Pengirim: Bintang <[EMAIL PROTECTED]>
>
>
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Check out Yahoo! Shopping and Yahoo! Auctions for all of
> your unique holiday gifts! Buy at http://shopping.yahoo.com
> or bid at http://auctions.yahoo.com
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "december '93" <[EMAIL PROTECTED]>