*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kenaikan kadar tol: Salahkan diri sendiri 
Aman Rais

Kadar tol di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) naik lagi. Inilah berita baik untuk 
menyambut tahun baru 2002. Mulai 1 Januari kadar tol di laluan berkenaan naik 1.12 sen 
kepada 12.36 sen per km. 

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Tol Vellu berkata, kenaikan 10 peratus itu 
adalah selari dengan perjanjian antara kerajaan dengan syarikat pemegang konsesi PLUS 
yang menetapkan kadar tol akan dinaikkan setiap tiga tahun. 

Pengumuman kadar baru tol itu mendapat reaksi negatif daripada ramai pemimpin 
masyarakat termasuk para penyokong kuat kerajaan. Presiden Majlis Belia Malaysia 
(MBM), Saifuddin Abdullah meminta kerajaan mengkaji semula kenaikan itu kerana ia 
boleh mebebankan rakyat. 

"MBM berpendapat kenaikan tol selain petrol baru-baru ini boleh mempengaruhi kenaikan 
harga barang keperluan dan pengangkutan," katanya di dalam sebuah akhbar tempatan. 

Pengerusi Biro Pembelaan masyarakat Pemuda Umno, Ismail Sabri Yaakob juga berkongsi 
pandangan dengan Saifuddin. Beliau bimbang kenaikan kadar tol itu akan memberi kesan 
kepada rakyat miskin yang hidup di pedalaman kerana kenaikan harga barangan akan 
berlaku selepas ini. 

Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Profesor Datuk Dr Hamdan Adnan 
pula kesal dengan tindakan kerajaan itu kerana sebelum ini Samy Tol Vellu telah 
memberi jaminan kenaikan kadar tol tidak akan berlaku sehingga tahun 2004. 

Kali terakhir kadar tol dinaikkan ialah selepas sambutan tahun baru Cina 1999 iaitu 
dari 10.5 sen per km kepada 11.24 sen per km. 

Cek kosong 

Kemarahan rakyat terutama pengguna lebuhraya tidak boleh ditutup kerana kenaikan ini 
akan memberi kesan besar kepada kos perjalanan mereka. Selain itu ia pasti akan 
dijadikan alasan oleh para pengusaha pengangkutan awam dan pengeluaran barangan siap 
untuk menaikkan harga produk dan perkhidmatan masing-masing. 

Bagaimanapun segala kemarahan dan kritikan itu tiada gunanya kerana rakyat sendiri 
yang memberi mandat kepada kerajaan untuk melakukan apa-apa sahaja sewenang-wenangnya. 
Kerajaan telah diberikan �cek kosong� oleh rakyat dalam pilihan raya umum 1999 bila 
membenarkan Barisan Nasional (BN) memenangi dua pertiga kerusi di parlimen. 

Oleh itu untuk apa mengeluh melihat harga petrol, tarif air paip, harga barangan 
keperluan meningkat dan kadar tol dinaikkan sedangkan tangan anda sendiri yang 
mengizinkannya. Tanggunglah sendiri! 

Rakyat telah diberi pilihan pada November 1999 sama ada mahukan negara yang bebas tol 
atau tidak dan majoriti telah mengundi untuk hidup dengan dikeliling oleh plaza tol. 
Tiada gunanya Saifuddin Abdullah atau Ismail Sabri Yaakob menjerit mengkritik kenaikan 
ini kerana anda adalah sebahagian daripada sistem yang ada. 

Saifuddin serta MBM dan Ismail Sabri bersama Pemuda Umno sepatutnya mengalu-alukan 
kenaikan kadar tol ini. 

Protes terhadap pengenaan tol di lebuhraya di negara ini sudah menjadi isu besar pada 
tahun 1999. Setiap minggu di lebuhraya ada protes dilakukan oleh ahli-ahli dan 
pemimpin Barisan Alternatif. Rakyat telah diingatkan tentang bahaya tol ini tetapi 
tidak ramai yang mahu mendengar protes tersebut. Mereka terus mengundi BN dan ini 
bermakna anda merestui kenaikan kadar tol. 

Kenaikan kadar tol pada 1 Januari ini bukannya yang terakhir. Kenaikan seterusnya akan 
berlaku pada tahun 2005 hingga 2007 dengan kadar baru 13.6 sen per km dan ditokok 
sekali lagi pada tahun 2008 hingga 2010 dengan kadar baru 14.96 sen. Bersedialah para 
pengguna lebuhraya untuk menanggung kos perjalanan yang semakin tinggi. 

Kos hidup 

Tidak dinafikan kadar tol di negara ini adalah yang terendah di rantau ini. Di Jepun, 
Korea Selatan malah di Thailand kadarnya jauh lebih tinggi. Tetapi itu bukan alasan 
untuk menghalalkan kenaikan tersebut. Kita kena mengkaji kos hidup di negara berkenaan 
dengan paras pendapatan yang mereka perolehi sebelum membandingkan dengan kadar tol di 
sini. 

Apalah gunanya kenaikan gaji sebanyak 10 peratus pada awal tahun depan jika kenaikan 
tol, petrol dan harga barangan juga 10 peratus. Tidakkah kuasa membeli rakyat tidak 
berubah? Malah mungkin ia semakin mengecil kerana kenaikan harga barangan dan 
perkhidmatan lazimnya melebihi kenaikan gaji. 

Begitulah adanya nasib rakyat setelah memberikan �cek kosong� kepada kerajaan untuk 
melakukan apa sahaja. Rakyat hanya dapat melakukan checks and balances bila majoriti 
dua pertiga di parlimen dinafikan. 

Jangan salahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Kutty Mohamad atau Samy Tol 
Vellu atau kerajaan BN bila anda terpaksa berbelanja lebih untuk menggunakan lebuhraya 
PLUS - salahkanlah diri sendiri! 

� 



Berita keADILan, 
101 Blok A,
Phileo Damansara II,
15 Jalan 16/11,
off Jalan Damansara,
46350 Petaling Jaya.
[EMAIL PROTECTED]��









 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bintang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke