*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kita memang perlu sokong kenaikan tol ini.  Memang betul apa yang Samy Vellu 
kata tu, tol di negara kita adalah rendah berbanding dengan negara lain.  
Kalau kita nak bandingkan dengan negara lain di dunia ini, negara kita 
semuanya rendahhhh....  harga petrol terendah, harga air terendah, harga 
barangan harian terendah... eh, kira semuanya terendahlah.... korang jer 
yang tak nak banding bandingkan.  Malah, gaji rakyat Malaysia pun antara 
yang tertinggi kat dunia ini.

So, jangan bangkang kenaikan tol. Bagi 100% support kat Samy Vellu tu.... 
Kalau korang bantah pun, kenaikan tetap dilaksanakan.

So.... mari sokong!!!!

~~
>betul. kita patut sokong kenaikan ini. jangan lupa
>pada 2004 kita undi BN lagi, kita bagi lebih banyak
>majoriti pada UMNO dan BN, kalu boleh bukan setakat
>2/3, bagi terus 3/3. tol di malaysia ni murah sangat.
>kita patut sokong TOL naik tiap2 tahun. lepas ni
>hospital pulak nak swasta. yg ni pun kita kena bagi
>sokongan penuh.
>
>
>--- Bintang <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> >
> >
> >
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> > http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]
> >       }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> > [EMAIL PROTECTED]     }
> >
> >
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >
> >
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Kenaikan kadar tol: Salahkan diri sendiri
> > Aman Rais
> >
> > Kadar tol di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) naik
> > lagi. Inilah berita baik untuk menyambut tahun baru
> > 2002. Mulai 1 Januari kadar tol di laluan berkenaan
> > naik 1.12 sen kepada 12.36 sen per km.
> >
> > Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Tol Vellu
> > berkata, kenaikan 10 peratus itu adalah selari
> > dengan perjanjian antara kerajaan dengan syarikat
> > pemegang konsesi PLUS yang menetapkan kadar tol akan
> > dinaikkan setiap tiga tahun.
> >
> > Pengumuman kadar baru tol itu mendapat reaksi
> > negatif daripada ramai pemimpin masyarakat termasuk
> > para penyokong kuat kerajaan. Presiden Majlis Belia
> > Malaysia (MBM), Saifuddin Abdullah meminta kerajaan
> > mengkaji semula kenaikan itu kerana ia boleh
> > mebebankan rakyat.
> >
> > "MBM berpendapat kenaikan tol selain petrol
> > baru-baru ini boleh mempengaruhi kenaikan harga
> > barang keperluan dan pengangkutan," katanya di dalam
> > sebuah akhbar tempatan.
> >
> > Pengerusi Biro Pembelaan masyarakat Pemuda Umno,
> > Ismail Sabri Yaakob juga berkongsi pandangan dengan
> > Saifuddin. Beliau bimbang kenaikan kadar tol itu
> > akan memberi kesan kepada rakyat miskin yang hidup
> > di pedalaman kerana kenaikan harga barangan akan
> > berlaku selepas ini.
> >
> > Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia
> > (Fomca), Profesor Datuk Dr Hamdan Adnan pula kesal
> > dengan tindakan kerajaan itu kerana sebelum ini Samy
> > Tol Vellu telah memberi jaminan kenaikan kadar tol
> > tidak akan berlaku sehingga tahun 2004.
> >
> > Kali terakhir kadar tol dinaikkan ialah selepas
> > sambutan tahun baru Cina 1999 iaitu dari 10.5 sen
> > per km kepada 11.24 sen per km.
> >
> > Cek kosong
> >
> > Kemarahan rakyat terutama pengguna lebuhraya tidak
> > boleh ditutup kerana kenaikan ini akan memberi kesan
> > besar kepada kos perjalanan mereka. Selain itu ia
> > pasti akan dijadikan alasan oleh para pengusaha
> > pengangkutan awam dan pengeluaran barangan siap
> > untuk menaikkan harga produk dan perkhidmatan
> > masing-masing.
> >
> > Bagaimanapun segala kemarahan dan kritikan itu tiada
> > gunanya kerana rakyat sendiri yang memberi mandat
> > kepada kerajaan untuk melakukan apa-apa sahaja
> > sewenang-wenangnya. Kerajaan telah diberikan ‘cek
> > kosong’ oleh rakyat dalam pilihan raya umum 1999
> > bila membenarkan Barisan Nasional (BN) memenangi dua
> > pertiga kerusi di parlimen.
> >
> > Oleh itu untuk apa mengeluh melihat harga petrol,
> > tarif air paip, harga barangan keperluan meningkat
> > dan kadar tol dinaikkan sedangkan tangan anda
> > sendiri yang mengizinkannya. Tanggunglah sendiri!
> >
> > Rakyat telah diberi pilihan pada November 1999 sama
> > ada mahukan negara yang bebas tol atau tidak dan
> > majoriti telah mengundi untuk hidup dengan
> > dikeliling oleh plaza tol. Tiada gunanya Saifuddin
> > Abdullah atau Ismail Sabri Yaakob menjerit
> > mengkritik kenaikan ini kerana anda adalah
> > sebahagian daripada sistem yang ada.
> >
> > Saifuddin serta MBM dan Ismail Sabri bersama Pemuda
> > Umno sepatutnya mengalu-alukan kenaikan kadar tol
> > ini.
> >
> > Protes terhadap pengenaan tol di lebuhraya di negara
> > ini sudah menjadi isu besar pada tahun 1999. Setiap
> > minggu di lebuhraya ada protes dilakukan oleh
> > ahli-ahli dan pemimpin Barisan Alternatif. Rakyat
> > telah diingatkan tentang bahaya tol ini tetapi tidak
> > ramai yang mahu mendengar protes tersebut. Mereka
> > terus mengundi BN dan ini bermakna anda merestui
> > kenaikan kadar tol.
> >
> > Kenaikan kadar tol pada 1 Januari ini bukannya yang
> > terakhir. Kenaikan seterusnya akan berlaku pada
> > tahun 2005 hingga 2007 dengan kadar baru 13.6 sen
> > per km dan ditokok sekali lagi pada tahun 2008
> > hingga 2010 dengan kadar baru 14.96 sen. Bersedialah
> > para pengguna lebuhraya untuk menanggung kos
> > perjalanan yang semakin tinggi.
> >
> > Kos hidup
> >
> > Tidak dinafikan kadar tol di negara ini adalah yang
> > terendah di rantau ini. Di Jepun, Korea Selatan
> > malah di Thailand kadarnya jauh lebih tinggi. Tetapi
> > itu bukan alasan untuk menghalalkan kenaikan
> > tersebut. Kita kena mengkaji kos hidup di negara
> > berkenaan dengan paras pendapatan yang mereka
> > perolehi sebelum membandingkan dengan kadar tol di
> > sini.
> >
> > Apalah gunanya kenaikan gaji sebanyak 10 peratus
> > pada awal tahun depan jika kenaikan tol, petrol dan
> > harga barangan juga 10 peratus. Tidakkah kuasa
> > membeli rakyat tidak berubah? Malah mungkin ia
> > semakin mengecil kerana kenaikan harga barangan dan
> > perkhidmatan lazimnya melebihi kenaikan gaji.
> >
> > Begitulah adanya nasib rakyat setelah memberikan
> > ‘cek kosong’ kepada kerajaan untuk melakukan apa
> > sahaja. Rakyat hanya dapat melakukan checks and
> > balances bila majoriti dua pertiga di parlimen
> > dinafikan.
> >
> > Jangan salahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr
> > Mahathir Kutty Mohamad atau Samy Tol Vellu atau
> > kerajaan BN bila anda terpaksa berbelanja lebih
> > untuk menggunakan lebuhraya PLUS - salahkanlah diri
> > sendiri!
> >
> >  
> >
> >
> >
> > Berita keADILan,
> > 101 Blok A,
> > Phileo Damansara II,
> > 15 Jalan 16/11,
> > off Jalan Damansara,
> > 46350 Petaling Jaya.
> > [EMAIL PROTECTED]  
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body
> > : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:
> > UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> > menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net
> >                )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]
> >                )
> >
> >
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Pengirim: Bintang <[EMAIL PROTECTED]>
>
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Check out Yahoo! Shopping and Yahoo! Auctions for all of
>your unique holiday gifts! Buy at http://shopping.yahoo.com
>or bid at http://auctions.yahoo.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>




_________________________________________________________________
MSN Photos is the easiest way to share and print your photos: 
http://photos.msn.com/support/worldwide.aspx


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "amari claude" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke