*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Buat kesekian kalinya, Baling mencatat sejarah lagi. Kalau dulu Baling
terkenal dengan Perjanjian Baling antara Tunku dan Chin Peng, kemudian diikuti
dengan demonstrasi 1974 di mana orang bercerita mengenai kisah bendera
Malaysia dan Negeri Kedah diturunkan dan diganti dengan ubi kayu dan selipar.
Pada tahun 1985 pula, Baling digemparkan lagi dengan kisah tragedi berdarah
Memali yang pada hari ini diulangtayang setiap hari sehinggakan anak menakan
saya yg berumur 6 tahun itu pun dah naik muak menontonnya. Selepas itu pula
pada awal tahun 1998 heboh mengenai penangkapan Panglima-Panglima perang PULO
di Baling oleh kerajaan Melayu Islam Malaysia untuk diserahkan batang tengkuk
mereka hidup-hidup kpd kerajaan Siam kapiaq laknatullah.
Semuanya berlaku di Baling.
Minggu ini pula, kalau kita baca s/khabar dan meononton berita arus perdana,
heboh orang memperkatakan mengenai Trak Polis yang dibakar dalam satu ceramah
umum di Kg Kuala Bok, Kuala Ketil, Baling Kedah.
Maka sekali lagi, suka ka tak suka ka, Baling sekali lagi menempa sejarah.
Kerana itu, dua tiga hari lepas saya sengaja turun lagi ke Baling untuk
mengikuti perkembangan terbaru kisah Trak Polis dibakar ini, kot-kotlah ada
cerita-cerita menarik yang boleh kita kongsi bersama.
Dengan mengenepikan persoalan siapa sebenarnya yang membakar Trak itu, maka
berikut adalah hasil pemerhatian saya kenapa dan mengapa tragedi Kuala Bok 10
Feb 2002 ini berlaku seperti yang berlaku.
Bila kita sembang dengan orang-orang Baling ini, khususnya anak-anak muda,
mereka cukup respect sama Ustaz Ibrahim Libya; kalaulah ada sapa-sapa kata dia
tu pernah pi mengaji kat Ibrahim Libya, maka secara otomatik anak-anak muda
akan mai rasa hormat kpd hamba Allah berkenaan. Bukan kata depa, saya pun
macam tu jugak. Sekali tu saya adalah bersembang dengan seorang sahabat yg
baru beberapa bulan saya kenali; bila dia dengar saya semangat dok cerita
pasal kes Memali , mula-mula dia senyap saja. Bila dah habis bercerita,
barulah dia habag kata dia tu adalah bekas anak murid Ibrahim Libya, pernah
tidur berlapikkan tanah dalam satu tamrin yg dikepalai oleh Ibrahim Libya di
satu tempat di Kuala Ketil.
Laaa - naik malu saya kat dia; lalu tanpa disedari timbul rasa hormat yg tak
sangga kpd sahabat baru saya ini. Orangnya humble, merendah diri dan sentiasa
senyum selalu.
Macam tu juga dengan majoriti orang-orang muda di Baling ini, bagi mereka,
al-syahid Ibrahim Libya adalah satu lagenda; lagi TV1 dan TV3 dok ulang tayang
kes Memali tu, lagi naik saham al-syahid Ibrahim Libya di mata mereka. Lagi
kerap TV1 dan TV3 dok ulangtayang cerita Memali tu, lagi naik semangat dalam
dada mereka. Lagi kerap mereka melihat gambar al-syahid Ibrahim Libya yang
berdarah di atas usungan itu, lagi meluap-luap marah di dada mereka.
MAKA - TRAGEDI MELASTIK KONVOI FRU/POLIS DALAM PERJALANAN PULANG DARI KG KUALA
BOK MALAM ITU HANYALAH TITIK MULA KPD RASA MARAH YG SEDANG MEMBUAK-BUAK DI
DADA-DADA MEREKA INI!
Terlajak cerita pasal kes Memali, bila ditanya kpd mereka siapakah gerangannya
manusia bernama AZMI yang menjadi tukang cakap yg memburuk-burukkan al-syahid
Ibrahim Libya dalam video ulang tayang cerita Memali itu, mereka berkata:
"Alah, budak Azmi tu bukan boleh pakai sangat; dia tu dulu pernah kena tangkap
curi sekerap (getah). Lepas tu pulak bukan berjenis sangat; suka main betina.
Menikah cerai menikah cerai dah masuk 7 kali dah!"
Tu dia aih, kalau itulah perangai jurucakap depa dalam video Memali yg tengah
dok diulangtayang tu, maka tuan-tuan bolehlah buat penilaian sendiri. Orang
macam nie kalau suap dua tiga ekoq betina Siam di Betong sana nu (tak sampai
30 minit dari Kg Memali), mesti sanggup cakap apa saja pun!
Berbalik kpd kisah di Kg Kuala Bok; saya ada dengar orang-orang Baling
bersembang mengenai rasa tidak puas hati yang amat sangat bila mana Wakil
Rakyat mereka, seorang Ulamak, bekas Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Taib
Azamudin dipukul oleh Polis dalam satu kejadian di Banggol Cicar beberapa hari
sebelum itu.
Hat nie lah yang menyebabkan orang-orang Baling naik minyak sungguh. Kalau
setakat Mat Sabu kena tangkap dan kena balun, mereka mungkin boleh tahan lagi
- sebab Mat Sabu masih muda dan nampak gagah - ini orang tua, seorang Imam,
seorang Ulama kena balun waktu dia nak bertemu dan bersembang dengan rakyat yg
memilih beliau di dalam kawasan parlimen beliau sendiri. Lainlah, kalau beliau
dipukul waktu beri ceramah di Kuala Pilah ka, Kuantan ka; ini nak berjumpa dgn
rakyat Baling yg melantik dia jadi YB sendiri pun tak boleh. Kena pukul pulak
tu - Ini yg menyebabkan orang Baling menjadi marah sangat nie!
Hangpa nak tau, seluruh Baling dah heboh sekarang siapakah gerangannya pegawai
Polis yg pukul YB depa tu. Depa kata dia nie Inspektor Polis, nak pencen dah
tak lama lagi, dah beli tanah lot dan buat rumah di Mengkuang, Bukit Mertajam
Pulau Pinang. So, kalau sapa-sapa lalu kot BKE tu, turunlah sekejap kot-kot
area Mengkuang tu, nampak tanah lot dia, pakat ludah sorang sekali. Mau 44
kali orang ludah, besok bila dia pindah masuk mai, mau panas satu rumah!!
APA PUNYA MANUSIA - PAK HAJI TUA MACAM TU PUN DIA SANGGUP PUKOI!!!!
So, kejadian orang-orang Baling turun beramai-ramai ambush konvoi Polis/FRU di
Padang Kulim beberapa kilometer dari Kg Kuala Bok pada malam itu sedikit
sebanyak adalah sebagai cetusan balas daripada rasa marah yg tidak terhingga
apabila Wakil Rakyat yg mereka pilih secara sah dipukul dan dinafikan haknya
untuk bertemu dengan rakyat yg mengangkat beliau sendiri. Secara professional,
kita nak salahkan orang-orang kampung pun tak boleh jugak. Apa kita nak jawab
kalau depa tanya:
"Awat kami tak boleh jumpa Wakil Rakyat kami sendiri? Pasal apa kena sembur
acid bila nak jumpa wakil rakyat kami sendiri? Pasal apa Wakil Rakyat kami
kena godam semata-mata sebab beliau turun mai nak jumpa kami? Sebab apa? Kalau
di KL sana nu boleh lah hangpa ada hotel, buat jamuan panggil rakyat mai, di
Baling nie mana kami ada Hotel macam tu?"
Ha jawab jangan tak jawab- kalau boleh jawab; insyaallah lain kali orang-orang
Baling tak akan mengamuk lagi.
Selain itu, saya juga mendengar cerita bagaimana orang-orang Baling yg hadir
sejak petang lagi di ceramah di Kuala Bok itu cukup tak puas hati sebab sejak
4 hari sebelum itu, SB-SB dah masuk merata kampung di sekitar Kuala Bok, siap
dengan ambik gambaq sana sini macamlah kampong depa tu pengkalan kominis ka
apa ka. Lepas tu, pada hari kejadian dari pagi lagi depa hantaq masuk
geng-geng Senoi Praq pi kepong hutan-hutan getah keliling tempat ceramah tu.
Orang yg mai lewat mungkin tak nampak geng-geng Senoi Praq tu sebab puak-puak
Sakai ini pakai baju uniform Polis hutan warna hijau dan dok bersembunyi di
celah-celah pokok getah keliling kg tu.
Bila heboh kata ada Senoi Praq dok mai kawal kawasan madrasah orang nak
sembahyang maghrib dan solat hajat, orang-orang kampung di situ menjadi marah
yg teramat sangat.
"Celaka sungguh aih, depa bawak mai Senoi Praq masuk kampung kita. Apa depa
ingat kita nie kominis ka?"
Bagi orang-orang Baling, geng-geng Senoi Praq jenis Sakai makan bewak yg tak
dak agama nie, bila depa dpt tau kata puak2 Sakai nie masuk kg nak tangkap
depa, maka depa naik Syeikh sungguh la. Pakat maki tak kira dah!
Kira hina sungguh la bila jenis Sakai Makan Bewak nie dok berkeliaran dalam
kampung depa, kira macam orang lepas mai BABI masuk kampung depa. Hina dan
jijik sungguh depa rasa. Kerana tu lah saya tak heran langsung bila saya
dengar cerita malam tu orang-orang kampong siap dengan cuka getah dan lastik
pi ambush konvoi Polis dan FRU di Padang Kulim yg terletak kira-kira 10 km
dari Kg Kuala Bok.
Cerita Senoi Praq di Kuala Bok ini juga sekarang sedang menjadi cerita lucu di
kedai-kedai kopi di seluruh Baling. Menurut ceritanya, geng-geng Senoi Praq
nie dah dihantar ke kg berkenaan pagi-pagi lagi; jadi depa pun pakat
berkubulah di mana-mana kawasan semak pilihan dalam hutan2 getah berkenaan -
teruk jugak aih berkurung dlm estet getah musim daun luruh musim kemarau macam
sekarang ini. Depa pun macam kitalah, sampai petang sikit, tekak pun naik
dahaga, depa mungkin bawak bekalan air sendiri, tapi yg nak jadi ceritanya
petang tu kira2 dalam pukul 5 enam petang, macam mana-mana tempat ceramah,
gerai makan dan minuman pun mula dipasang.
Nampak-nampak saja gerai minuman naik, ada 2 ekoq sakai pakat keluar mai - pi
beli ayaq!!
LAAA - DEPA INGATKAN PASAR MALAM - MANA DEPA TAU KATA ORG TU MENIAGA SEBAB ADA
CERAMAH!!
Ha - itulah ceritanya macam mana orang semua tau kata memang confirm geng-geng
Senoi Praq ada dalam hutan di sekitar Kg Kuala Bok. Mungkin sebab tu kot
orang-orang kampung pakat pi ambush konvoi Polis/FRU di simpang tiga dekat
Padang Kulim dan bukannya di Kg Kuala Bok, tempat terletaknya majlis ceramah
berkenaan.
Apa punya Senoi Praq - Buat Malu Polis saja!
Selain dari itu, melalui pemerhatian saya; kalau kita masuk kampung Kuala Bok
dan kampung-kampung sekitarnya, kita akan naik rasa kesian kpd mereka-mereka
ini. Sudahlah miskin, jalan utama masuk ke kampung dan jalan-jalan kecil di
dalam kampung tersebut, walau pun dah 45 tahun negara merdeka, tapi masih lagi
menggunakan jalan batu lada warna merah, masih belum berturap. Bila musim
kemarau macam sekarang ini, habis berdebu satu kampung bila sesekali lori
pasir masuk ke sana. Patutnya Pak Lah pi jenguklah sat betapa daifnya
kehidupan orang-orang kampung di Kuala Bok ini. Untuk pengetahuan jugak, rumah
makcik yg terpaksa masak bijik cempedak untuk makan tengahari dan malam
anak-anaknya, yg pernah heboh dalam suratkhabar dulu tu terletak tak berapa
jauhnya dari Kampong Kuala Bok ini. Ringkas ceritanya, walaupun negara dah
lama merdeka, tapi orang-orang Kuala Bok macam jugak majoriti penduduk Baling
yang lain, masih belum dapat menikmati erti kemerdekaan seperti yg sebenarnya.
Melihatkan keadaan jalan utama masuk ke kampong berkenaan yg sehingga kini
masih belum berturap itu, fikiran saya lantas teringatkan lampu-lampu mewah di
berbagai Precint di Putrajaya; apa salahnya kalau Pak Lah cabut satu lampu tu
(dipahamkan berharga berpuluh-puluh ribu ringgit) dan jual lampu itu untuk
menurap jalan tar di kampung berkenaan.
Saya merasakan faktor dianaktirikan dari sudut pembangunan ini mungkin antara
cetusan dalaman yg menyebabkan orang-orang Baling menjadi mudah marah apabila
ada orang luar seperti FRU yg dibawa dari Penang atau pun Senoi Praq yg
dibawak mai dari Perak mundar mandir di kampung berkenaan seolah-olah tanah
ladang dan petak sawah di situ bapak mereka yg punya. Kerajaan seharusnya
lebih sensiif dalam menggunakan kekerasan untuk berhadapan dengan orang-orang
kampung seperti orang-orang Baling ini.
Tidak seperti orang-orang KL yang lari lintang pukang apabila mendengar loceng
FRU - bukan kerana takutkan FRU, tapi kerana takut kehilangan kerja jika
dicekup polis; orang-orang kampung di Baling tidak punya perasaan itu. Kamu
cekup kami hari ini, besok bila keluar pokok getah sudah sedia menanti!
Kerana itu, secara sinisnya kita ingin menyeru kpd pihak kerajaan agar
bertolak ansurlah dalam hal ini, melainkan kalau Parlimen boleh luluskan satu
akta yg mengatakan bahawa:
"MANA-MANA PENOREH GETAH YG DITAHAN KERANA TERLIBAT DALAM PERHIMPUNAN DI
CERAMAH UMUM; MAKA MEREKA AKAN DIDENDA TIDAK BOLEH TURUN MENOREH SELAMA 6
BULAN!!'
Ha- ketika itu nanti kita bolehlah kita tengok berapa bijik lagi Trak Polis yg
nak kena bakar!
Last sekali, sebab yang paling utama yg saya rasa menyebabkan orang-orang
kampung di Baling yang biasanya terkenal dengan lemah lembutnya ini mengamuk
pada malam kejadian adalah kerana faktor serban!
Menurut cerita, selepas lampu padam; heboh orang bercerita mengenai Tg Nik
Aziz yang hampir berjaya dicekup oleh SB. Menurut cerita, Nik Aziz sempat
dilarikan tapi sebelum itu SB sempat menarik serbannya. Menurut versi yang
lain pulak, Nik Aziz dilarikan dalam keadaan kepalanya tanpa serban sebab
serban beliau sudah disentap SB dan jatuh entah ke mana.
Bagi orang-orang Baling yg amat memuliakan Ulamak seperti Tg Nik Aziz ini dan
juga cukup sensitif kalau orang menghina sunnah Nabi seperti janggut, jubah
dan serban ini; kisah serban Nik Aziz disentap SB ini sekejap saja heboh
bagaikan api yg sedang marak.
Mungkin kerana itulah, ada yg tidak mahu pulang selepas ceramah bersurai; lalu
mereka tanpa diarah kembali berkumpul di Padang Kulim menunggu kepulangan
konvoi FRU/Polis yang terpaksa melalui simpang tiga berkenaan untuk ke jalan
utama. Lalu, di situlah berlakunya serangan lastik, kayu, batu dan cuka getah
yang dituduh oleh Pak Lah sebagai dirancang sedangkan hakikatnya tiada siapa
pun yg merancang. Adalah dirasakan kalau sungguh tindakan ambush mereka itu
memang dirancang; dari minggu lepas lagi mereka boleh kumpulkan buluh-buluh
runcing yg banyak terdapat di tepi-tepi jalan itu untuk dijadikan senjata yang
tentunya lebih mengerikan!
Fikir-fikir sekali, hebat sungguh manusia bernama Nik Aziz ini; itu baru
serbannya disentak. Kalaulah beliau dicekup dan digari malam berkenaan seperti
mana yg berlaku terhadap Mat Sabu dan Ustaz Suahaimi di Banggol Cicar dua tiga
hari sebelum itu; kita rasa bukan saja di Padang Kulim, malahan di Padang
Meha, Padang Serai, Padang Cina dan lain-lain kawasan; mereka yang sayangkan
Nik Aziz akan turun tanpa dirancang untuk memberi sokongan. Kalaulah itu
terjadi, lima enam buah trak FRU yg datang dari Penang tu cuma balik dengan
satu kepala trak saja - sebab hat lain habis hangus terbakar!
KERANA ITU, JANGANLAH DOK CARI PASAL!
Kalau setakat nak lastik, orang-orang kampong yang berkubu di sekitar hutan
getah di Padang Kulim itu tak perlukan bijik guli atau batu-batu tajam; dalam
hutan getah itu sendiri berlambak bijik-bijik getah yang kerasnya bukan
setakat boleh bagi benjol kepala dahi, kalau kena lubang telinga bolah pekak
dua tiga bulan. Cuma saya kesian satu saja kpd orang-orang Baling malam itu;
depa-depa yg guna Cuka Getah, kesian kat depa sebab besok tu kena pi beli lain
untuk dibuat motong. Hangpa tau harga sekerap sekarang ini cuma enam kupang
lima duit sekilo; jenuh pi motong barulah boleh dapat cuka getah sebotol.
Kesian orang kampung, FRU punya pasal terpaksa depa korbankan cuka getah itu
untuk dibuat senjata!
Ada orang buat lawak kata sebenarnya orang-orang kampung guna cuka getah
(Acid) tu sebab depa ingat itulah Acid yang FRU selalu dok pakai bila sembur
geng-geng reformasi di KL sana nu; itu yang depa guna cuka getah tu. Mana depa
tau kata Acid cuka getah tu lebih powerful daripada Acid yang FRU guna.
Kira malam tu silaplah FRU mai lawan orang kampung; kira ACID lawan ACID; tapi
Acid orang-orang Baling lagi Power:
KALAU KENA MUKA, BOLEH BERSEPAI KELUAQ BIJIK MATA!
So, pesanan kita, tak payahlah dok haramkan ceramah-ceramah umum ini, kalau
kat Pekan dan Bandar besar bolehlah FRU control, kalau kat kampung siapa pun
tak boleh buat apa, not Polis, not Senoi Praq and not FRU. Kesianlah kat orang
kampong sebab terpaksa guna cuka getah yg menjadi punca rezeki mereka
sehari-hari , kesianlah kat depa yang terpaksa lastik trak-trak FRU.
Sesungguhnya orang-orang kampong pun bukan suka sangat lastik-lastik orang
nie. Daripada dok lastik FRU lebih baik depa pi lastik burung Yakyam, boleh
jugak dibuat makan.
Wassalam,
Ru Antara
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Ru Antara <[EMAIL PROTECTED]>