*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Minggu ini adalah minggu terakhir bulan November 2001. Tak banyak isu menarik
yang boleh diperkatakan kecuali isu penangkapan Nur Misuari dan sedikit berita
semasa tanah air. Kisah perang di Afghanistan pula sudah melangkah masuk ke
babak baru iaitu Peperangan Gerila di Pergunungan. Sejak lokasi stesen
Al-Jazeera di bom secara 'tidak sengaja' oleh roket Amerika di Afghanistan
tempoh hari, berita2 yg tiba ke stesen TV kita semuanya sudah jadi seperti
cerita Combat. Apa-apa pun, last sekali geng-geng Vic Morrow juga yang
menang!!
Saya rasa dalam banyak-banyak isu, isu Nur Misuari yang agak menarik untuk
diperkatakan.
Dua tiga hari lepas, sementara menunggu masuk waktu Isyak di beranda masjid,
saya lihat sekumpulan jemaah sedang bersembang rancak mengenai isu penangkapan
bekas Gabenor Mindanao ini. Bila tengok saya mai, sorang pakcik tu terus gamit
tangan panggil saya pi. Dia tanya:
"Awat la depa pi cekup Misuari? Pasal pa nak pi serah balik kat Filipina?
bla,bla,bla...."
Macam-macam lagi dia tanya. Habis dia cakap, saya kata kat dia dan depa-depa
yg lain tu:
"TANGKAP PI LAH - DIA TU UMNO!!"
Laaa, tercengang depa. Belum sempat sapa-sapa buka mulut saya bagi khutbah
sikit. Saya kata:
"Kita sokong PAS bukannya UMNO; di Mindanao tu MNLF tu UMNOlah, yang PAS yang
satu geng dengan kita ialah MILF. Biaq pilah UMNO tangkap UMNO, perkara
biasalah tu. UMNO ini bukan kenal kawan; agak-agak kawan depa boleh
menyusahkan depa, maka depa makan kawan depa. La nie depa takut kat Amerika,
Mahathir sendiri kata dlm TV tadi, tragedi 11 September telah menjejaskan
imej Malaysia di mata dunia apabila nama Malaysia dikaitkan sebagai salah
sebuah negara yang melindungi pengganas. Jadi, kes Misuari ini adalah bola
'lop' untuk Dr Mahathir bagi membuktikan kpd bapa angkat Filipina (uncle Sam)
bahawa Malaysia bukanlah sebegitu. UMNO peduli apa MORO tu satu keturunan
sebangsa dan seagama dengan kita ka apa ka; orang-orang Melayu yang seUMNO
dengan depa pun depa boleh buat macam-macam, inikan pulak orang UMNO-MORO.
Alah, perkara biasalah tu, bukan hangpa tak tau, pijak-pijak kepala kawan ini
perkara biasalah dalam geng-geng keris tak bersarung ini!!"
Laaa, macam tu ka? Nganga depa. Bila pakcik tu tanya lagi sapa dia tu MILF dan
apa bezanya dengan MNLF. Maka, dalam jangkamasa yang beberapa minit sementara
menunggu bang Isyak itu, saya cerita kat depa serba ringkas.
Perjuangan bangsamoro yang paling konsistent yang bermatlamat untuk
memerdekakan bumi Mindanao dan menegakkan Negara Islam sepenuhnya dipelopori
oleh pemimpin MILF hari ini iaitu al-Ustaz Syaikh Salamat Hashim yg mendapat
jolokan Amirul Mujahidin, dan bukannya Nur Misuari. Al-Ustaz Syaikh Salamat
Hashim adalah adalah pemimpin tertinggi MILF (Moro Islamic Liberation Front)
ataupun dikenali juga dgn nama BangsaMoro Islamic Army Force (BIAF). Bermarkaz
di Baitul Hikmah - Markaz Mujahidin, Camp Abu Bakr AsSiddique, yg berkeluasan
sebesar negeri Selangor.
[Diberitakan bahawa di kawasan seluas negeri Selangor inilah undang-undang
qisas dan hudud telah berjalan sejak tahun 1996 sebelum kem ini diserang oleh
tentera-tentera kuffar Filipina beberapa bulan yang lalu]
Syaikh Salamat telah memimpin MILF lebih dari 20 tahun yg lalu yg bermula dari
beberapa org sahaja kerana yg selebihnya telah meletakkan senjata kerana
keluarnya pemimpin nombor dua (Nur Misuari). Dgn penuh tekun Syaikh menekankan
aspek aqidah dan ibadah shohih serta tidak lupa menyusun kekuatan bersenjata,
sehinggalah sekarang MILF mempunyai mujahidin seramai 100,000 yg 90%
daripadanya lengkap bersenjata.
Peringkat awal (tahun 70an) Syaikh telah menghantar 90 orang keluar negara
untuk berlatih, berkursus demi membina kekuatan ketenteraan (Nur Misuari
antara batch pertama yg dihantar). Batch kedua, Syaikh mengirimkan 300 orang
(di dalamnya termasuk alHajj Murad yg sekarang ini adalah orang nomber 2 dalam
MILF). Bila tercetusnya jihad Afghan, Syaikh menghantar lebih dari 200 orang
utk berkursus di Akademi Militer yg diasaskan Syaikh Rasul Sayaf (Ittihad
Islami Afghanistan).
Sebelum kem Saidina Abu Bakar Assidiq ini dirobek-robek oleh tentera2 MILF
beberapa bulan yg lalu; di situlah dikatakan telah tertegaknya negara Islam yg
pertama di Asia Tenggara yg dikenali sebagai Darul Salam.
Menurut seorang pelawat yang pernah singgah di "Negara" berkenaan; wanita
berpurdah dan anak2 perempuan menutup aurat adalah pemandangan yg tidak asing
di sekitar Darul Salam itu. Perkara pelik yg tidak dilihat di Darul Salam
ialah peminta sedekah, penganggur dan kaki lepak. Ajaib sekali - tiada peminta
sedekah, penganggur dan kaki lepak. Jauh sekali bohsia dan bohjan apatah lagi
penagih dadah.
Pemudanya samada di Maahad, Madrasah, AbdulRahman Bidis Military Academy,
bertani ataupun di medan Ribat (kawal sempadan). Begitu juga dgn muslimahnya
samada di madrasah, maahad, berkedai, bertani dan di rumah. Seorang pemuda
Nuruddin namanya, berusia 17 tahun menyapa dan bertanyakan khabar, lalu
bertanya: Ada jihad di negaramu? Lalu pelawat ini berbual singkat dan bila
ditanya sejak bila ia mula berjihad. Sejak umur 9 tahun, jawabnya ringkas.
Tidak hairan, memang benar begitu, orang2 muda sebegitu biasanya lebih berani
dari org tua. Mereka tidak berfikir panjang utk berkhidmat utk Islam,tidak
memberi alasan2 syarie, tidak memetik dari kitab2 itu dan ini utk memberi
alasan utk tidak berjihad, tidak terikat dgn dunia yg mengekang, tidak digari
oleh isterinya, sanak saudaranya, keluarganya dan tidak dibelenggu oleh
pekerjaannya, titlenya,pangkatnya, ataupun perniagaannya.Tidak terikat dgn
perjanjian jual beli rumah atau pun kereta yg perlu dibayar setiap bulan.Tidak
dihantui oleh Court Mammoth, ceti2 bertali leher dari finance company maupun
bank2.
Mereka adalah benar2 org yg merdeka dan tidak dihinakan oleh hutang2 atau
perjanjian hutang yg menindas, tidak dihinakan oleh pekerjaannya sendiri. Hari
ini ramai yg bertali leher dan berkot, walaupun bertitle manager sekalipun,
tetapi pada hakikatnya mereka ialah kulikang yg berwajah baru dgn keterampilan
yg sungguh menipu dan memperdaya. Otak dan tenaga mereka perah 24 jam utk
taukeh dan lauban2 korporat sedangkan bekerja dan berkhidmat utk islam mereka
remehkan, jual beli atau transaksi yg boleh menyelamatkan diri dari api neraka
mereka lupakan dan tinggalkan. Ikatan dan perjanjian alwala' wal bara' mereka
rungkaikan.
Ya, memang benar, sebenarnya rantai2 besi yg mengikat dgn simpulan yg paling
kuat yg tak terungkai kecuali dgn kekuatan iman dan taqwa itu benar2 wujud.
Pada hakekatnya belenggu2 itu benar2 wujud tetapi tidak terlihat dgn mata
kasar. Dunia itu benar2 memaku dan meng-glue pemuda2nya dari berjihad atau
menyiapkan persiapan utk berjihad. Kalau tidak, masakan keadaan yg hina dina
yg tertimpa ke atas umat islam tidak dirasakan oleh pemuda2nya? Adakah musibah
yg lebih besar dari itu?
Berbalik kita kpd Darul Salam, negara Islam BangsaMoro. Masjidnya dipenuhi
pemuda, barisan/saf sembahyangnya rapat serta lurus - tiada ruang yg renggang.
Kuliah-tazkirah selepas subuh setiap hari. Sunnah nabi benar2 diamalkan.
Kengkadang mereka menjamakkan isyak ke dalam maghrib kerana hujan lebat.
Pokoknya mereka benar2 mempraktikkan aqidah dan ibadah secara berdisiplin.
Sesungguhnya, di situlah satu-satunya bumi umat islam di asia tenggara dewasa
ini yg pernah menghidupkan syiar jihad dan sunnah membawa senjata. Tidak aneh
jikalau anda melihat lebih separuh dari lelakinya yg menyandang senjata,
setiap lelakinya paling kurang membawa M14 atau M16, atau M203 dan komandannya
membawa senjata tambahan .45 Calibre automatik Colt pistol atau pun kengkadang
model terbaru Glock. Jihad adalah budaya hidup mereka, perbualan dan
percakapan mereka.
Kerana matlamat MILF yang berasaskan kpd Jihad fisabilillah untuk menegakkan
negara Islam secara total melalui kemerdekaan bumi Mindanao sepenuhnya inilah
yang menyebabkan tentera-tentera kuffar Filipina terus berperang dengan mereka
hingga ke hari ini. Kerana gentarnya kerajaan Filipina terhadap semangat jiwa
syahid yg ada pada mereka inilah yang menyebabkan Aroyo Macapagal berkunjung
ke Amerika Syarikat untuk memohon bantuan ketenteraan baru-baru ini.
Lalu, apa pula bezanya dengan Nur Misuari yang memilih untuk berkompromi
dengan pemerintah kuffar Filipina? Rata-rata orang Islam Mindanao khususnya
anak-anak muda tidak dapat menerima untuk terus hidup di bawah penjajahan
Filipina. Orang-orang Islam di sana bukan saja terus hidup dalam kemiskinan
tetapi juga dinafikan hak mereka untuk mendapat kemerdekaan sepenuhnya bagi
melaksanakan negara Islam yang menjadi kewajipan ke atas setiap orang yg
mengaku beragama Islam.
Perjuangan Misuari yg berasaskan bangsa (MNLF) Barisan Kebangsaan Pembebasan
MORO yang sudi berkompromi dengan kerajaan penjajah Filipina tidak dpt
diterima. Mana mungkin mereka menerimanya kerana dalam masa Nur Misuari
berjabat tangan dengan kerajaan Manila, tentera-tentera kuffar Filipina pula
sedang sibuk "menyembelih" orang-orang Islam tua dan muda di hutan-hutan di
pedalaman Mindanao?
Buktinya: kira-kira 2 tahun yang lalu saya berpeluang mendengar tazkirah oleh
seorang Komander MILF di sebuah masjid di Pulau Pinang. Beliau singgah
berterawikh di masjid berkenaan dalam siri lawatannya ke beberapa buah masjid
di seluruh negara untuk mengumpul dana bagi persiapan Jihad di Mindanao. Di
malam bulan Ramadan yang mulia itu hati saya bagaikan terhiris, apabila beliau
sebagai seorang Mudir di sebuah Madrasah/Pondok di Mindanao menceritakan
bagaimana secara tiba-tiba Madrasahnya diserang oleh tentera-tentera kuffar
Filipina tanpa sebab; dan beberapa butir bom yang gugur di kawasan madrasahnya
itu telah membunuh budak-budak kecil, lelaki perempuan yang berusia antara 9
sepuluh tahun yang sedang mengaji membaca mukaddam. Bayangkanlah tuan-tuan
betapa hancurnya hati beliau bila melihat mayat budak-budak kecik itu bertabur
dan berkecai merata jalan!!
Banyak lagi yang diceritakannya seperti pembunuhan beramai-ramai di dalam
masjid di hutan Mindanao di mana Quran di koyak/campak dan masjid dicemari dan
sebagainya. Dalam keadaan ini kita pun tumpang merasa hairan bagaimanakah Nur
Misuari masih boleh berkompromi dengan pemerintah Filipina. Jika pun
perjuangannya berdasarkan bangsa; apakah yang sudah untungnya bangsa MORO
sejak beliau berjabat tangan dengan tangan-tangan kuffar yang bergelumang
darah merah budak2 kecik yg sedang mengaji mukaddam itu?
Jawapan ringkasnya mudah saja: selagi perjuangan itu berasaskan bangsa, maka
sama juga dengan perjuangan PLO; MNLF pun serupa!!
ASALKAN DAPAT KUASA - AUTONOMI PUN TAK APA - MAKA PERJUANGAN UNTUK
MENDAULATKAN 'BANGSA' HILANG ENTAH KE MANA!!
Maka itu juga, tidak salahnya kalau kita katakan dalam hal ini, MNLF itu sama
juga dengan UMNO. 2 kali 5, 5 x 2. Cuma Nur Misuari tersilap satu benda saja.
Beliau ingatkan UMNO yang ada hari ini sama seperti UMNO tahun 1970an dulu
yang pernah membantu beliau. Beliau tersilap!
UMNO yang wujud pada tahun-tahun 1970an dulu bukan setakat berjuang teguh
untuk mendaulatkan ketuanan Melayu Islam di Malaysia tetapi juga mengambil
berat dan prihatin sepenuhnya terhadap perjuangan nasib bangsa serumpun baik
melalui PULO di selatan Thailand mahu pun melalui MORO di selatan Filipina.
Kalau di bulan puasa tahun 1988 dulu kita menyaksikan UMNO menangkap dan
menyerahkan pemimpin2 PULO seperti Tuan Guru Abd Rahman Betong dan Haji Daud
kpd Thailand; maka kali ini, sekali lagi di bulan Ramadan yang mulia ini juga
kita sedang menyaksikan perkara yg sama berulang kpd saudara seagama kita
daripada Mindanao. Maka, buta sungguhlah hati sesiapa yang masih belum dapat
membedakan antara perjuangan yang hak dan yang bathil!
Kesian Misuari kerana masih beranggapan bahawa UMNO yang ada hari ini sama
dengan UMNO yang dulu. Kerana itu, kalau sapa-sapa ada kesempatan bertemu Nur
Misuari, sila khabarkan kepada beliau:
"Sesungguhnya UMNO yang beliau kenali dulu sudah pun lama mati. Yang ada hari
ini adalah UMNO baru yang sudah hilang asal "PERJUANGANNYA"!!
ex-UMNO,
Ru Antara
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Ru Antara <[EMAIL PROTECTED]>