*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wa`alaikumussalam warahmatullah Pak Din,

Tadi dalam tv berita tengahari; cehhhhh, Paklah duduk
atas kerusi empuknya dengan gaya selamba ala Mahathir,
bagitau bahwa sapa-sapa yang kata ada orang mati lebih
daripada apa yang polis kata, tolong tampil buat
report ke balai.

...PIIIIIRRAHHHH !!! Sapa pun tarak pasai nak buat
report aih !...Lebih-lebih lagi belah KL, orang tarak
nak percaya dah aih kat polis ni.Pasai rompak ka,
nakortik ka; boleh la gagah, tapi pasai bab lain,
buang masssaaaa !

Dulu, ada la kawan yang kerja atas Feri, dia cerita
kalau depa nampak ada mayat dok terapung atas air,
masing-masing nanti pakat kalih muka kot lain, yakni
buat-buat tak nampak.Bukan apa, sat lagi kalau depa pi
  buat report, depa nanti kena tunggu berjam-jam kat
balai dok kena soal-jawab pulak.Sapa yang kerja malam,
nanti menyumpah.Awat tak menyumpah?...Sampai pukoi
3pm, pun tak boleh nak tidoq lagi.
Habih macamana nak percaya??....Insya`ALLAH, bila
Islam ditegakkan, image polis akan dibersihkan
sebersih-bersihnya.

TAKBIR !!!...Wassalam. 
--- Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>
wrote:
> Date: Wed, 14 Mar 2001 05:13:35 -0500
> From: Ahmad Baharudin Kasbi
> <[EMAIL PROTECTED]>
> To: [EMAIL PROTECTED]
> CC: [EMAIL PROTECTED]
> Subject: H-Net* ULASAN MINGGUAN
> 
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum,
> 
> Minggu ini, minggu kedua bulan March 2001, satu
> minggu yang akan dikenang 
> sebagai minggu yang paling bersejarah selepas
> tragedi 13 Mei 1969 kira-kira 32 
> tahun yang lalu. Kadang-kadang tak terfikir di
> pemikiran kita bahawa kita akan 
> menyaksikan sekali lagi drama 13 Mei di bumi
> Malaysia ini seperti mana kita 
> tak pernah terfikir akan kejatuhan empayar Soviet
> atau pun runtuhnya tembok 
> Berlin dalam masa hayat kita.
> 
> Begitulah juga dengan tragedi berdarah bulan March
> 2001 ini; tak siapa pun 
> yang menduga ia akan meletus secara tiba-tiba.
> Bukannya ada angin dan bukannya 
> ada pokok, tapi ia berlaku juga seperti apa yang
> berlaku. Lalu, ianya 
> membuatkan saya terkenangkan satu "Quote of the Day"
> dari majalah Times 
> Magazine yang pernah saya simpan suatu ketika dulu,
> tapi kini sudah hilang 
> entah di mana. Quotation itu memetik kata-kata
> seorang Pemuda Islam Kosovo 
> yang memetik kata-kata ayahandanya yg berumur hampir
> 80 tahun yang pernah 
> berkata bahawa adalah mustahil orang-orang Serb
> jiran mereka akan menyerang 
> keluarga beliau kerana mereka sudah pun hidup aman
> sekian lama. Tapi, akhirnya 
> beliau terpaksa menelan kembali kata-katanya itu
> apabila jiran Serbnya sendiri 
> yang menyerang dan membunuh beliau hidup-hidup.
> Kadang-kadang apabila 
> berhadapan dengan isu perkauman yang serupa ini, ada
> benda yang kita tak mampu 
> nak huraikan dengan kata-kata, noktah!
> 
> Berbalik dengan isu Kg Medan yang sedang melanda
> negara sekarang; izinkan saya 
> mengulas isu ini di celah-celah patah perkataan yang
> amat terbatas  ini -  
> untuk rujukan masa depan. Buat pengetahuan, segala
> catatan ini adalah catatan 
> peribadi untuk journal persendirian saya yang saya
> abadikan di website 
> peribadi saya. Seperti yang saya tulis di laman saya
> itu, segala catatan saya 
> ini adalah pendapat peribadi dan tidak melambangkan
> pendapat mana-mana pihak 
> atau pun mana-mana organisasi.
> 
> Oleh kerana isu ini melanda begitu cepat, tanpa
> angin dan tanpa ribut; lalu 
> apabila kita bersembang dengan rakyat kebanyakan
> terutamanya di luar Kuala 
> Lumpur, kita akan ditanya apakah sebenarnya yang
> berlaku dan apa punca 
> asalnya?
> 
> Sebagai rakyat jelata yang perlu sesekali ke Kuala
> Lumpur untuk apa-apa urusan 
> peribadi mahu pun rasmi, kita jadi curious, nak tahu
> dan betul-betul nak tahu 
> apa yang sebenarnya telah dan sedang berlaku di
> sana.
> 
> Lalu, kita cuba buka TV atau pun dengar radio atau
> mula berbaik kembali dengan 
> Utusan dan Berita Harian; malangnya jawapan yang
> dicari tak mampu kita temui . 
> Yang kita dengar ialah berita-berita kecil dan besar
> yang memetik kenyataan 
> pemimpin2 kerajaan meminta orang awam seperti kita
> jangan dengar khabar2 
> angin.
> 
> Masalahnya, orang-orang di luar Kuala Lumpur seperti
> saya ini, bukan sahaja 
> khabar angin, tapi khabar yang tak berangin pun kita
> tak dengar. Lalu, bila 
> kita mendengar kes ini sudah melalut-lalut hinggakan
> ada yang terbunuh, kita 
> pun mula rancak bertanya khabar; semua khabar kita
> cari  baik yang berangin 
> mahu pun yang tidak berangin. Kita cuba juga cari di
> celah-celah berita yg 
> meminta kita jangan percaya kpd khabar angin itu,
> tapi malangnya cerita asal 
> tak juga kita temui. Kita cuba masuk pula ke
> mana-mana website baik yang pro 
> pembangkang mahu pun yang pro-kerajaan. Malangnya
> setiap website ini bagaikan 
> mulut terkunci; entah kenapa masing-masing
> kelihatannya cuba mengelak daripada 
> bercakap mengenai isu ini, seolah-olahnya mereka
> semua tidak bersedia 
> berhadapan dengan isu yang meletus secara tiba-tiba
> ini. Adalah dirasakan isu 
> ini bukan sahaja menjadi satu dilema kepada BN tapi
> juga menjadi satu 
> permasalahn baru yang perlu dilihat dari dimensi
> yang berlainan kepada Barisan 
> Alternatif.
> 
> Ada pun sebagai rakyat biasa, saya tidak peduli
> semua itu; saya masih cuba 
> mencari, masih ingin tahu punca asalnya; malangnya
> cerita yang saya dapat 
> melalui beberapa mailing list dalam internet ini
> bunyinya berbagai-bagai; 
> tidak ada yang begitu tepat dan pasti.
> 
> Lantas saya cuba buka website luar negeri, dari
> Singapura; ini cerita yang 
> saya dapat. Oleh kerana berita ini disiarkan dalam
> akhbar the Straits Times, 
> saya rasa kredibiliti ceritanya boleh dipercayai.
> 
> Berikut adalah cerita yang digarapkan oleh pemberita
> akhbar berkenaaan:
> 
> "Bahangnya bermula dua Ahad yang lepas, hari di mana
> sebuah keluarga Melayu 
> sedang mengadakan kenduri kahwin dan satu keluarga
> India berdekatan sedang 
> bersiap untuk mengkebumikan salah seorang ahli
> keluarga mereka yang meninggal.
> 
> Salah seorang India tersebut naik marah apabila
> melihat khemah kenduri 
> dinaikkan di atas jalan di luar kawasan rumah
> kenduri yang dilihatnya akan 
> menghalang perjalanan perarakan mayat tersebut.
> Lalu, beliau menunggang 
> motosikalnya masuk ke khemah tersebut sambil
> menendang kerusi dan meja habis 
> bertaburan, kemudian cabut lari. Tak berapa lama
> kemudian, beliau kembali 
> lagi, kali ini dengan 10 orang lelaki yang
> bersenjata; mereka menyerang bapa 
> pengantin tersebut dan salah seorang keluarga
> pengantin berkenaan. Keesokan 
> harinya satu kumpulan orang-orang yang tidak
> dikenali pula telah masuk ke 
> kawasan India di situ dan merosakkan beberapa buah
> kenderaan.
> 
> Pada hari Rabu berikutnya, berlaku pula Insiden No
> 2; di mana dua kumpulan 
> orang India terlibat dalam satu accident kenderaan,
> hampir nak bergaduh sesama 
> mereka sebelum dua orang lelaki Melayu masuk dan
> cuba meleraikan pergaduhan 
> tersebut. Entah macam mana, bertengkar punya
> bertengkar, last-last kedua-dua 
> kumpulan tersebut menyerang pula kedua-dua lelaki
> Melayu berkenaan.
> 
> Berita serangan ini kemudiannya merebak bagaikan
> angin di kawasan berkenaan. 
> Beberapa jam kemudian, cerita ini telah ditokok
> tambah dan dibubuh gulai 
> seenak rasa. Maka bahangnya jadi bertambah panas,
> tunggu masa sahaja hendak 
> meletup.
> 
> Nak dijadikan cerita pula; keesokan harinya pula
> seorang budak lelaki Melayu 
> yang bermain dengan lastik telah menyebabkan sebuah
> lori India pecah cermin. 
> Si tuanpunya lori ini meminta gantirugi dari ayah
> budak kecil ini; masalahnya 
> ayah budak itu tak puas hati sebab tuanpunya lori
> tersebut menggunakan bahasa 
> yang kasar ketika meminta gantirugi berkenaan.
> Walaubagaimana pun, kedua-dua 
> pihak akhirnya mengalah tetapi tidak sebelum berlaku
> ugut mengugut antara 
> kedua-dua belah pihak.
> 
> Di ketika inilah, perasaan marah yang membara antara
> kedua-dua belah pihak 
> mula terbakar sepenuhnya; masing2 mula melengkapkan
> diri dengan berbagai 
> senjata kerana mempercayai khabar-khabar angin
> bahawa pertempuran India Melayu 
> akan berlaku tak beberapa lama lagi. Bukan sahaja
> orang lelaki yang 
> melengkapkan diri dengan senjata, malahan surirumah
> juga terlibat; contohnya 
> Puan B. Parameswary, 28 tahun juga tak mau ambil
> risiko; beliau membuat 
> senjata sendiri dengan paku2 tajam yg dipaku pada
> sebatang kayu.
> 
> Maka, seperti yang berlaku, dengan adunan rasa marah
> dan dendam yang 
> membuak-buak, di celah-celah rasa takut dan
> prasangka yang berbaur dalam dada; 
> maka segala apa yang sudah tersimpan selama beberapa
> hari itu pun meletus pada 
> tengah malam hari khamis berkenaan. Apa yang kita
> saksikan sekarang ini adalah 
> rentetan dari peristiwa yang digariskan di atas. "
> 
> [Kisah di atas saya terjemahkan secara bebas dari 
>
http://straitstimes.asia1.com.sg/asia/story/0,1870,29384,00.html?]
> 
> Untuk seketika, saya rasa sedikit puas kerana punca
> cerita asal, walaupun 
> tidak kesemuanya, sekurang2nya jalan ceritanya saya
> temui jua.
> 
> Persoalannya sekarang, menulis dari dalam diri, saya
> merasakan bagaikan ada 
> semacam satu conflict dalam dada apabila berhadapan
> dengan isu yang meletus 
> secara tiba-tiba ini. Saya bagaikan kaku, secara
> tiba-tiba jadi bisu apabila 
> ditanya oleh kawan-kawan pendapat peribadi mengenai
> isu ini. Sebagai ahli PAS, 
> saya perlu akur dan berwala' sepenuhnya kepada pucuk
> pimpinan yang masih 
> merasakan bahawa p/raya masih lagi mampu dijadikan
> wadah untuk menegakkan 
> cita-cita perjuangan. Sebagai orang Melayu pula,
> sentimen kemelayuan yang 
> tersemat di dada terutama di hari-hari bersama UMNO
> dulu masih lagi karat 
> bersemi walaupun sudah sekian lama cuba disemai
> dengan benih-benih bencikan 
> assabiyah dan cintakan Islam; dan akhir sekali
> sebagai orang Islam yang punya 
> syahadah dalam dada; saya cukup sensitif apabila
> mendengar ada orang-orang 
> yang punya satu syahadah dengan saya diperlakukan
> dengan sewenang-wenangnya 
> seperti apa yang berlaku di Maluku, di Kalimantan,
> di Chechya dan di mana 
> sahaja.
> 
> Kerana itu, agak sukar bagi saya untuk membuang
> ketiga-tiga perasaan di atas 
> apabila berhadapan dengan isu Kg Medan ini. Pun
> begitu, di celah-celah konflik 
> dalam dada itu, izinkan saya membawa tuan-tuan
> melihat perspektif politik 
> Melayu yang mungkin tidak atau pun kurang dipahami
> oleh bangsa lain di 
> Malaysia ini.
> 
> Perpecahan Melayu di Malaysia ini pada hakikatnya
> hanyalah wujud pada istilah 
> politik sahaja; iaitu bermakna Melayu cuma berpecah
> dari sudut ideologi 
> politik; tetapi apabila berhadapan dengan sesuatu
> isu yang mencabar ketuanan 
> mereka seperti isu 13 Mei dahulu, Melayu yang
> berpecah ini mudah bergabung 
> semula melalui pertalian syahadah yang ada dalam
> setiap dada mereka. Inilah 
> sebenarnya hakikat politik Melayu. Jika ini dapat
> difahami oleh semua pihak; 
> tanpa bertujuan merujuk kepada isu Kg Medan ini,
> insyaallah tragedi berdarah 
> seperti 13 Mei itu tidak akan berulang lagi di bumi
> Malaysia ini.
> 
> Merujuk kepada tulisan-tulisan di sesetengah website
> di Internet ini yang 
> menyatakan bahawa isu Kg Medan ini adalah cetusan
> idea atau telah dirancang 
> sedemikian rupa oleh Dr Mahathir untuk mendapatkan
> kembali undi Mahathir; saya 
> terpaksa memilih untuk tidak bersetuju dengan jalan
> cerita tersebut.
> 
> Bagi saya, isu Kg Medan ini jika terus melarat,
> orang yang paling malang, yang 
> paling pertama akan memikul kesan daripada kes ini
> ialah tidak lain tidak 
> bukan Dr Mahathir sendiri. Jika tuan-tuan dan
> puan-puan perasan; Tunku Abdul 
> Rahman jatuh selepas rakyat sudah tidak
> percayakannya lagi selepas kes 13 Mei. 
> Suharto juga jatuh selepas peristiwa berdarah seakan
> 13 Mei berlaku di 
> Indonesia pada bulan Mei 1998. Mereka berdua jatuh
> setelah dilihat rakyat 
> sebagai sudah tidak punya power lagi sehinggakan
> rakyat berani bergaduh dan 
> bersengketa sesama sendiri hingga berbunuh-bunuhan.
> Begitu juga dengan Gus Dur 
> sekarang; rakyat sudah mula turun ke jalan-jalan
> menuntut beliau meletak 
> jawatan selepas apa yang dilihat sebagai pembunuhan
> kaum yang tidak terkawal 
> di Kalimantan sana.
> 
> Adalah dirasakan bahawa Mahathir sedang berada dalam
> dilema sekarang; kematian 
> dan kecederaan orang-orang India akan memungkinkan
> Mahathir mulai kehilangan 
> kepercayaan di kalangan masyarakat India di
> Malaysia. Jika ini berlaku, maka 
> ada kemungkinan beliau akan berhadapan dengan satu
> situasi di mana bukan 
> sahaja orang Melayu dan Cina sudah tidak
> mempercayainya, tetapi juga 
> orang-orang India turut berperasaan yang serupa.
> 
> Mungkin kerana itu agaknya, kita melihat Sammy Vellu
> melalui MIC cuba sedaya 
> upaya untuk menjaga hati orang-orang India seperti
> menguruskan penerbangan 
> mayat Chandra balik ke India, menyediakan rumah
> murah untuk keluarga salah 
> seorang mangsa yang mati; dan yang terbaru dan amat
> mengejutkan ialah 
> pengumuman Sammy Vellu bahawa kabinet telah
> bersetuju memberi peruntukan 
> sebanyak RM20 juta untuk meningkatkan taraf hidup
> kaum India di Malaysia.
> 
> " THE Malaysian government, admitting that urban
> poverty had led to 
> gangsterism among Indian youth, has approved a
> RM20-million  (S$9-million) 
> allocation to aid the impoverished community. "
> [Singapore Straits Times 14/3/01]
> 
> Dari sudut politik, kesemua tindakan ini bolehlah
> dilihat sebagai satu damage 
> control untuk memulihkan kembali kepercayaan
> orang-orang India terhadap BN 
> khususnya terhadap kepimpinan YAB Datuk Seri Dr
> Mahathir Mohamad. Jika 
> kepercayaan masyarakat India ini terus terhakis,
> dalam keadaan di mana 
> majoriti masyarakat Melayu dan Cina sudah pun
> membelakangi beliau, maka ada 
> kemungkinan Dr Mahathir hanya menunggu masa sahaja
> untuk mengikut jejak 
> langkah Tunku Abdul Rahman, Suharto dan juga Gus Dur
> sekarang. Sama-samalah 
> kita lihat sama ada isu Kg Medan ini akan memberi
> kesan kepada hayat 
> pemerintahan Mahathir.
> 
> Berbalik kepada isu Kg Medan; apakah penyelesaian
> yang terbaik sekarang?
> 
> Sebagai rakyat biasa, saya tak punya pandangan yang
> begitu jauh seperti 
> kebanyakan ahli-ahli politik kita di atas sana,
> tetapi jika diminta pendapat, 
> saya akan katakan bahawa sejarah Kg Rawa mungkin
> boleh dijadikan iktibar.
> 
> Di kampung Rawa tempoh hari, cara yang digunakan
> oleh sdra Anwar nampak ada 
> kesannya. Selepas keluar gambar wakil Masjid Kg Rawa
> dan wakil Kuil Raja 
> Mathuraiveeran bersalaman dan bermaafan di kaca TV
> dan muka depan akhbar 
> perdana, kes tersebut mula beransur padam. Secara
> psikologi, mereka2 yang 
> bergaduh sudah tidak punya sebab lagi untuk
> bertempur kerana dua pihak yang 
> jadi pencetus kejadian tersebut sudah pun berdamai,
> jadi apa perlu bergaduh 
> lagi. Maka itu, dalam isu Kg Medan ini,apa salahnya
> jika pihak2 yg berkenaan 
> guna cara yang sama, tunjukkan gambar bapa pengantin
> dan lelaki yang menendang 
> kerusi dan meja itu bersalaman secara life di kaca
> TV; dan begitu juga dengan 
> lelaki2 yang bergaduh angkara accident kereta
> tersebut dan juga lelaki India 
> dan bapa budak Melayu dengan anaknya berserta
> lastik-lastik sekali; mungkin 
> dengan cara ini, kes ini akan beransur reda.
> 
> Masalahnya, mahukah pihak yang "Empunya Kuasa" di
> atas sana berbuat demikian?
> 
> Jika tidak mahu, jangan salahkan rakyat jelata jika
> mereka menyimpan prasangka 
> bahawa ada agenda lain yang lebih besar sedang
> bersembunyi di sebaliknya...
> 
> Wassalam
> ABK
> 
> 
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body
> : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body: 
> UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  
>                )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    
>                )
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi
<[EMAIL PROTECTED]>


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - Buy the things you want at great prices.
http://auctions.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke