kalu anda pernah bebual dengan beliau,,nyata dia berbeza....naluri lelaki memng 
mcm tu..sy pon mcm dia kot kalu jadi ahli politik,menteri,,lelaki,,dll..sy tak 
pasti nak ukur mentalili dan kredibiliti sseorng sebb takde standard 
antarabangsa,,for me dia sgt ok buat kerja untuk LEVEL dia..

----- Original Message ----
From: Mohd Zahid <[EMAIL PROTECTED]>
To: [email protected]
Sent: Friday, January 4, 2008 4:24:57 PM
Subject: [Jenaka dot kom] Jenaka Bekas Menteri










  


    
            Salam semua.

Memandangkan saya merasakan apa yang saya baca ini sebagai satu lawak, maka 
saya mengirimkannya di sini.

Apabila sudah jatuh, batu dan kayu akan dicari untuk dituding kesalahan, 
sedangkan tidak disedari kesilapan mata dan kaki sendiri.

Bukan bermaksud apa-apa agenda politik, sekadar jenaka. Memang jenaka pun. Ha 
ha ha.

Dipetik dari Utusan Malaysia. 


Dedikasi terhadap kerja, parti punca kejatuhan saya – Soi LekOleh: ZULKIFLI 
JALIL
 PUTRAJAYA 3 Jan. – Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek percaya tindakannya yang kerap 
turun padang menjalankan tugas kerajaan dan parti telah menimbulkan andaian 
beliau bercita-cita besar dalam politik sehingga menjadi punca kejatuhannya.
 Bekas Menteri Kesihatan dan Naib Presiden MCA itu berkata, lawatannya untuk 
memeriksa
 kemudahan kesihatan di seluruh negara dan menemui ahli akar umbi parti 
menimbulkan spekulasi beliau ada agenda politik dan menjadi sasaran pihak 
tertentu menjatuhkan kariernya.
 ‘‘Saya terpaksa pergi ke seluruh negara untuk mengetahui kemudahan perubatan 
dan membolehkan anggota MCA mengenali saya kerana saya adalah muka baru dalam 
politik peringkat nasional.
 ‘‘Kerana ini dan apabila saya menemui anggota parti semasa saya membuat 
lawatan, banyak spekulasi bahawa saya ada agenda dan saya bercita-cita tinggi, 
saya fikir itulah kesilapan terbesar saya,” katanya.
 Beliau ditemui pemberita ketika sedang berkemas untuk mengosongkan pejabatnya 
di Kementerian Kesihatan di sini hari ini.
 Ahli politik berusia 61 tahun itu semalam meletakkan jawatan sebagai Menteri 
Kesihatan dan semua jawatan parti setelah mengakui bahawa beliau adalah lelaki 
dalam aksi seks rakaman salinan cakera video digital (DVD)
 yang diedarkan secara meluas di Johor baru-baru ini.
 Soi Lek ialah anggota Exco Kerajaan Johor sebelum memegang jawatan Menteri 
Persekutuan tiga setengah tahun lalu.
 Menurutnya, beliau berasa bangga kerana telah melawat lebih 100 hospital dan 
lebih 50 kemudahan kesihatan semasa menyandang jawatan Menteri Kesihatan.
 Terdapat 131 hospital kerajaan di negara ini.
 Katanya, semasa lawatan, ada kalanya beliau terkejut apabila dimaklumkan 
bahawa tidak ada ahli politik pernah melawat hospital berkenaan walaupun 
beroperasi sejak lebih 30 tahun.
 ‘‘Saya ingatkan mereka bergurau atau beramah sopan santun tetapi bila saya 
lihat hospital itu, ia ternyata benar. Tidak ada siapa pernah melawat hospital 
itu.
 ‘‘Satu contoh ialah banyak kemudahan kesihatan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, 
Sentul, Wangsa Maju yang tiada ahli politik pernah melawat walaupun mula 
beroperasi tahun 60-an,” katanya.
 Menurutnya, ketika diberi
 jawatan peringkat Persekutuan, beliau sering turun padang ke hospital seluruh 
negara untuk mengetahui situasi di peringkat akar umbi.
 ‘‘Ketika ‘mengembara’, anda akan berjumpa dengan ramai ahli (MCA). Jadi, 
banyak orang syak terhadap pergerakan saya. Mengapa orang ini begitu rajin 
menemui ahli... dia mesti mempunyai agenda politik sendiri...dia mesti seorang 
yang bercita-cita tinggi.
 Kata beliau: ‘‘Keadaan diburukkan oleh media massa yang asyik menyebut Dr. 
Chua sebagai orang yang memberi persaingan kepada timbalan presiden dan 
presiden. Media massa membantu bunuh saya. Secara ikhlas, hakikatnya mata pena 
adalah lebih tajam daripada mata pedang.”
 ‘‘Orang yang mengesyaki saya adalah mereka yang akan mendapat manfaat 
berikutan tindakan mereka yang mengesyaki saya.
 ‘‘Ini Chua Soi Lek. Saya tidak akan berubah. Orang lain kata saya angkuh tetapi
 saya tidak berasa begitu kerana saya hanya menyatakan kebenaran,” katanya.
 ‘‘Saya bersetuju bahawa kementerian ini ialah kementerian neraka, bukan 
disebabkan tugas dalam kementerian tetapi sistem politiknya, iaitu apabila anda 
terlalu rajin, orang lain akan berfikir anda bercita-cita atau mempunyai agenda 
politik,” katanya.
 Ditanya sama ada beliau akan memilih untuk bercuti selepas melalui pengalaman 
yang amat pahit, bekas Menteri Kesihatan itu berkata, beliau tidak akan berbuat 
demikian.
 ‘‘Tidak benar bahawa apabila seseorang kecewa, dia harus pergi bercuti, cara 
ini salah kerana ia hanya akan memberi lebih banyak masa kepada orang lain 
untuk berfikir, membuat spekulasi serta menambahkan kepahitan hidup saya.
 ‘‘Saya telah berterus-terang kepada 26 juta rakyat Malaysia mengenai kehidupan 
peribadi saya. Apa yang harus saya sedih? Saya telah meletakkan semua jawatan 
saya dalam kerajaan
 dan parti. Apa lagi yang mereka mahu? Mereka tidak boleh meminta kepala saya 
kerana pergelutan politik di Malaysia tidak membabitkan soal hidup mati seperti 
di Pakistan,” katanya,
 ‘‘Mereka (pemimpin akar umbi) harus faham bahawa jika saya menjelajah ke 
seluruh negara, saya harus mengeluarkan perbelanjaan sendiri. Saya terpaksa 
menempah (hotel dan penerbangan) . Saya tidak tahu bagaimana untuk menempah 
tiket dan hotel kerana saya menikmati semua faedah ini daripada kerajaan sejak 
18 tahun lalu.
 ‘‘Dari jawatan Exco Kerajaan Johor sehingga sekarang, tetapi itu okey, saya 
terima hakikatnya. Ia sebahagian daripada hidup dan saya perlu melangkah ke 
peringkat (hidup) yang lain. Masih mempunyai ruang hidup selain dunia politik,” 
katanya.
 Kata Soi Lek: ‘‘Jika dijemput, saya akan hadir. Itu pun jika masih ada orang 
yang ingat kepada saya. Hakikatnya, sokongan banyak yang diterima itu akan 
berkurangan dan selepas tiga hari, telefon anda akan berhenti
 berdering.”
 Katanya, beliau berada di Kementerian Kesihatan hari ini untuk mengemaskan 
barang peribadinya kerana Menteri Kesihatan yang baru mungkin akan menggunakan 
pejabat itu mulai Isnin ini.
 Beliau turut menegaskan pengedaran DVD berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan 
persaingan perniagaan kerana dirinya tidak berkecimpung dalam sebarang 
perniagaan.
 ‘‘Ia tiada kaitan dengan perniagaan kerana saya tidak terlibat dalam 
perniagaan. Ia juga tidak melibatkan kewangan kerana tiada orang yang meminta 
wang daripada saya. Saya betul-betul tak tahu siapakah musuh saya. Sebagai 
seorang ahli politik, saya semestinya mempunyai ramai penyokong dan musuh.
 ‘‘Saya tidak peduli mengenai hal ini, kerana perkara ini tidak akan berakhir. 
Saya tidak tahu siapa buat dan polis juga akan hadapi masalah sama kerana ia 
(DVD) dihasilkan kira-kira enam hingga lapan bulan yang lalu. Jika anda melihat 
pita itu, terdapat tarikh padanya,” katanya.

 Menurut Soi Lek, polis telah memintanya untuk tampil bagi memberikan kenyataan 
sekiranya beliau mempunyai kelapangan.

 

      
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.



    
  

    
    




<!--

#ygrp-mkp{
border:1px solid #d8d8d8;font-family:Arial;margin:14px 0px;padding:0px 14px;}
#ygrp-mkp hr{
border:1px solid #d8d8d8;}
#ygrp-mkp #hd{
color:#628c2a;font-size:85%;font-weight:bold;line-height:122%;margin:10px 0px;}
#ygrp-mkp #ads{
margin-bottom:10px;}
#ygrp-mkp .ad{
padding:0 0;}
#ygrp-mkp .ad a{
color:#0000ff;text-decoration:none;}
-->



<!--

#ygrp-sponsor #ygrp-lc{
font-family:Arial;}
#ygrp-sponsor #ygrp-lc #hd{
margin:10px 0px;font-weight:bold;font-size:78%;line-height:122%;}
#ygrp-sponsor #ygrp-lc .ad{
margin-bottom:10px;padding:0 0;}
-->



<!--

#ygrp-mlmsg {font-size:13px;font-family:arial, helvetica, clean, sans-serif;}
#ygrp-mlmsg table {font-size:inherit;font:100%;}
#ygrp-mlmsg select, input, textarea {font:99% arial, helvetica, clean, 
sans-serif;}
#ygrp-mlmsg pre, code {font:115% monospace;}
#ygrp-mlmsg * {line-height:1.22em;}
#ygrp-text{
font-family:Georgia;
}
#ygrp-text p{
margin:0 0 1em 0;}
#ygrp-tpmsgs{
font-family:Arial;
clear:both;}
#ygrp-vitnav{
padding-top:10px;font-family:Verdana;font-size:77%;margin:0;}
#ygrp-vitnav a{
padding:0 1px;}
#ygrp-actbar{
clear:both;margin:25px 0;white-space:nowrap;color:#666;text-align:right;}
#ygrp-actbar .left{
float:left;white-space:nowrap;}
.bld{font-weight:bold;}
#ygrp-grft{
font-family:Verdana;font-size:77%;padding:15px 0;}
#ygrp-ft{
font-family:verdana;font-size:77%;border-top:1px solid #666;
padding:5px 0;
}
#ygrp-mlmsg #logo{
padding-bottom:10px;}

#ygrp-vital{
background-color:#e0ecee;margin-bottom:20px;padding:2px 0 8px 8px;}
#ygrp-vital #vithd{
font-size:77%;font-family:Verdana;font-weight:bold;color:#333;text-transform:uppercase;}
#ygrp-vital ul{
padding:0;margin:2px 0;}
#ygrp-vital ul li{
list-style-type:none;clear:both;border:1px solid #e0ecee;
}
#ygrp-vital ul li .ct{
font-weight:bold;color:#ff7900;float:right;width:2em;text-align:right;padding-right:.5em;}
#ygrp-vital ul li .cat{
font-weight:bold;}
#ygrp-vital a{
text-decoration:none;}

#ygrp-vital a:hover{
text-decoration:underline;}

#ygrp-sponsor #hd{
color:#999;font-size:77%;}
#ygrp-sponsor #ov{
padding:6px 13px;background-color:#e0ecee;margin-bottom:20px;}
#ygrp-sponsor #ov ul{
padding:0 0 0 8px;margin:0;}
#ygrp-sponsor #ov li{
list-style-type:square;padding:6px 0;font-size:77%;}
#ygrp-sponsor #ov li a{
text-decoration:none;font-size:130%;}
#ygrp-sponsor #nc{
background-color:#eee;margin-bottom:20px;padding:0 8px;}
#ygrp-sponsor .ad{
padding:8px 0;}
#ygrp-sponsor .ad #hd1{
font-family:Arial;font-weight:bold;color:#628c2a;font-size:100%;line-height:122%;}
#ygrp-sponsor .ad a{
text-decoration:none;}
#ygrp-sponsor .ad a:hover{
text-decoration:underline;}
#ygrp-sponsor .ad p{
margin:0;}
o{font-size:0;}
.MsoNormal{
margin:0 0 0 0;}
#ygrp-text tt{
font-size:120%;}
blockquote{margin:0 0 0 4px;}
.replbq{margin:4;}
-->








      
____________________________________________________________________________________
Looking for last minute shopping deals?  
Find them fast with Yahoo! Search.  
http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping

Kirim email ke