Assalaamualaikum.

Memandangkan saya adalah orang yang memulakan jenaka bertajuk “Jenaka Bekas 
Menteri” ini, saya rasa eloklah juga saya yang menyimpulkannya. 

1. Perlu difahami, apa yang saya anggap jenaka bukanlah keaiban Bekas Menteri 
Kesihatan itu, tetapi kenyataan yang dikeluarkannya selepas beberapa hari 
melepaskan jawatan. Saya langsung tidak menyatakan apa-apa lawak tentang 
perbuatan salah laku moral atau keaiban itu. 

Beliau mengatakan bahawa kesilapan utama beliau sehingga membawa kepada 
kejatuhannya adalah kerana beliau seorang yang sungguh komited dan sering turun 
padang. Adakah ini dinamakan kesilapan?

Mengapa saya rasakan kenyataan itu satu jenaka, kerana bagi saya faktor 
kejatuhan beliau adalah kesilapan akhlak atau moral beliau sendiri yang tidak 
boleh diterima oleh rakyat Malaysia. Bukan kerana sikap beliau yang komited 
dengan kerjanya sebagai Menteri Kesihatan. Beliau tidak langsung manyatakan 
bahawa kesalahan moral beliau itu yang menjadi faktor kejatuhannya. Nampaknya 
beliau masih belum sepenuhnya sedar akan kesalahannya itu di mata rakyat 
Malaysia. Mungkin kalau di negara barat ia boleh diterima. 

2. Tidak pernah sesekali dalam jenaka asal saya mempersoalkan kredibiliti 
beliau sebagai seorang Menteri Kesihatan, mengapa pula Amani agak menyimpang 
daripada tajuk asal dengan menyatakan “..sy tak pasti nak ukur mentalili dan 
kredibiliti sseorng sebb takde standard antarabangsa” dan “for me dia sgt ok 
buat kerja untuk LEVEL dia”. Saya langsung tidak mengeluarkan apa-apa 
pernyataan atau kritikan tentang kerja beliau.

3. Saya juga ingin menjawab apa yang Amani katakan “Dari artikel tu saya just 
reply tentang mentaliti seseorang yg cuba jadikan lawak atas musibah* org 
lain”. Maaf, sekali lagi Amani tidak memahami apa yang saya cuba sampaikan dari 
awal, saya bukan menjadikan musibah beliau sebagai lawak, tapi kenyataannya itu 
yang membuatkan saya berasa sungguh gelihati. Sepatutnya Amani lebih faham apa 
yang saya kiaskan dalam “Apabila sudah jatuh, batu dan kayu akan dicari untuk 
dituding kesalahan, sedangkan tidak disedari kesilapan mata dan kaki sendiri.” 
Harap Amani boleh mencari apakah yang saya maksudkan dengan batu, kayu, mata 
dan kaki.

4. Saya tak kisah apa pandangan Amani tentang beliau. Kalau Amani merupakan 
penyokong setianya juga saya tidak mahu kisah, setiap orang berhak ada 
pandangan masing-masing. Tetapi, jika Amani berkata “naluri lelaki memng mcm 
tu..sy pon mcm dia kot kalu jadi ahli politik,menteri”, saya rasa Amani patut 
beristighfar. Jangan halalkan dosa walaupun di peringkat mana kita berada. 
Tidak pernah Allah menghalalkan sesuatu dosa besar hanya kerana seseorang itu 
telah mendapat sesuatu pangkat dan kuasa. Yang ini saya tujukan pada mereka 
yang seagama, jangan faham saya tuju pada menteri itu pula.

Saya rasa saya sudah jelaskan apa yang perlu dijelaskan. Harap jenaka yang tak 
seberapa ini berhenti setakat ini, ya Tok Mod. Selamat tahun baru 1429H semua. 
Wassalaam.

*Musibah ke? Ini juga satu jenaka bagi saya. :D


amani key <[EMAIL PROTECTED]> wrote:            Dari artikel tu saya just reply 
tentang mentaliti seseorang yg cuba jadikan lawak atas musibah org lain....kalu 
tu ler artikelyer bertajuk "Jenaka Bekas Menteri" tapi kalu tulisan manzurul tu 
boleh lah di jawab dgn bahasa dan konduksi yang lebih lembut (ikhlas sy 
akui)..at least ada gak org berani mengaku keaiban..yg aib tu padam yang baik 
(itu mentaliti sya belaja dari masyarakat kita).
walupun sy bukan bangsa dia, tp sy natural pndang beliau dari segi menteri 
tmpat sy keja dan ADUN tempt sy tingggl..
Sy hrp pandangan sy natural bukan mewakili kakitangan kerajaan kerana beliau 
bole berdiri atas mana2 platfom sebagai menteri, 
lelaki,bapa,suami,abang,anak,wakil rakyat,bangsa dan lain-lain...kedudukan kita 
haye org asing pd beliau,tak yah ler jadikan jenaka keaiban dia....jaga keaiban 
org nescaya Allah pelihara aib kite..insyaAllah

Manzurul Safar  <[EMAIL PROTECTED]> wrote:                           
 kalu anda pernah bebual dengan beliau,,nyata dia berbeza....naluri lelaki 
memng mcm tu..sy pon mcm dia kot kalu jadi ahli politik,menteri,, 
<---------jangan macam tu kawan, kita hendaklah berazam untuk sentiasa menjadi 
lebih baik dari semalam, kalau belum jadi menteri atau wakil rakyat, kita dah 
beranggapan kita ada potensi utk melakukan maksiat, payah gak. Selain itu, 
implikasi dari tulisan saudara menunjukkan seolah-olah takder org yang baik  
dalam kerajaan dan tidak akan ada org maintain baik dalam posisi tersebut di 
masa2 akan datang, maknanya semua org sama sajer, tak takut pada Allah. 
memang secara kasar, kita berandaian bahawa sesiapa saja di tampuk kuasa, pasti 
akan melakukan kesalahan2 seperti seks, rasuah, seleweng, kronisme dan 
sebagainya, tak terkecuali ustaz ke, imam ke, tetapi saya secara peribadi masih 
positif tentang masa depan negara kita akan bebas dari andaian dan perlakuan 
sebegini. InsyaAllah, kita berusaha saja untuk membersihkannya bermula dari 
kita sendiri sebagai individu rakyat Malaysia, kemudian keluarga, jiran, 
masyarakat setempat seterusnya seluruh negara. 
Maaf, saya bukanlah seorang yang terlalu wara' atau pandai sangat dan ingin 
berpolitik di sini, cuma ingin berkongsi pendapat saya tentang hasrat saya 
untuk melihat wajah Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang dan lebih  
terbilang di masa yang mendatang untuk anak2 saya dan generasi semuanya. 
 
 
 
 
   amani key <[EMAIL PROTECTED]>  
Sent by: [email protected] 09/01/2008 12:00    Please respond to
 [email protected]
 
 
    To
 [email protected]   cc
  
  Subject
 Re: [Jenaka dot kom] Jenaka Bekas Menteri 
    

 
 
 
 
    
 kalu anda pernah bebual dengan beliau,,nyata dia berbeza....naluri lelaki 
memng mcm tu..sy pon mcm dia kot kalu jadi ahli 
politik,menteri,,lelaki,,dll..sy tak pasti nak ukur mentalili dan kredibiliti 
sseorng sebb takde standard antarabangsa,,for me dia sgt ok buat kerja untuk 
LEVEL dia..
  
----- Original Message ----
 From: Mohd Zahid <[EMAIL PROTECTED]>
 To: [email protected]
 Sent: Friday, January 4, 2008 4:24:57 PM
 Subject: [Jenaka dot kom] Jenaka Bekas Menteri
   
Salam semua.
 
 Memandangkan saya merasakan apa yang saya baca ini sebagai satu lawak, maka 
saya mengirimkannya di sini.
 
 Apabila sudah jatuh, batu dan kayu akan dicari untuk dituding kesalahan, 
sedangkan tidak disedari kesilapan mata dan kaki sendiri.
 
 Bukan bermaksud apa-apa agenda politik, sekadar jenaka. Memang jenaka pun. Ha 
ha ha.
 
 Dipetik dari Utusan Malaysia. 
  
 
Dedikasi terhadap kerja, parti punca kejatuhan saya – Soi Lek 
Oleh: ZULKIFLI JALIL 
PUTRAJAYA 3 Jan. – Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek percaya tindakannya  yang 
kerap turun padang menjalankan tugas kerajaan dan parti telah menimbulkan 
andaian beliau bercita-cita besar dalam politik sehingga menjadi punca 
kejatuhannya. 
Bekas Menteri Kesihatan dan Naib Presiden MCA itu berkata, lawatannya untuk 
memeriksa kemudahan kesihatan di seluruh negara dan menemui ahli akar umbi 
parti menimbulkan spekulasi beliau ada agenda politik dan menjadi sasaran pihak 
tertentu menjatuhkan kariernya. 
‘‘Saya terpaksa pergi ke seluruh negara untuk mengetahui kemudahan 
perubatan dan membolehkan anggota MCA mengenali saya kerana saya adalah muka 
baru dalam politik peringkat nasional. 
‘‘Kerana ini dan apabila saya menemui anggota parti semasa saya membuat 
lawatan, banyak spekulasi bahawa saya ada agenda dan saya bercita-cita tinggi, 
saya fikir itulah kesilapan terbesar saya,” katanya. 
Beliau ditemui pemberita ketika sedang berkemas untuk mengosongkan pejabatnya 
di Kementerian Kesihatan di sini hari ini. 
Ahli politik berusia 61 tahun itu semalam meletakkan jawatan sebagai Menteri 
Kesihatan dan semua jawatan parti setelah mengakui bahawa beliau adalah lelaki 
dalam aksi seks rakaman salinan cakera video digital (DVD) yang diedarkan 
secara meluas di Johor baru-baru ini. 
Soi Lek ialah anggota Exco Kerajaan Johor sebelum memegang jawatan Menteri 
Persekutuan tiga setengah tahun lalu. 
Menurutnya, beliau berasa bangga kerana telah melawat lebih 100 hospital dan 
lebih 50 kemudahan kesihatan semasa menyandang jawatan Menteri Kesihatan. 
Terdapat 131 hospital kerajaan di negara ini. 
Katanya, semasa  lawatan, ada kalanya beliau terkejut apabila dimaklumkan 
bahawa tidak ada ahli politik pernah melawat hospital berkenaan walaupun 
beroperasi sejak lebih 30 tahun. 
‘‘Saya ingatkan mereka bergurau atau beramah sopan santun tetapi bila saya 
lihat hospital itu, ia ternyata benar. Tidak ada siapa pernah melawat hospital 
itu. 
‘‘Satu contoh ialah banyak kemudahan kesihatan di Jalan Tuanku Abdul 
Rahman, Sentul, Wangsa Maju yang tiada ahli politik pernah melawat walaupun 
mula beroperasi tahun 60-an,” katanya. 
Menurutnya, ketika diberi jawatan peringkat Persekutuan, beliau sering turun 
padang ke hospital seluruh negara untuk mengetahui situasi di peringkat akar 
umbi. 
‘‘Ketika ‘mengembara’, anda akan berjumpa dengan ramai ahli (MCA). 
Jadi, banyak orang syak terhadap  pergerakan saya. Mengapa orang ini begitu 
rajin menemui ahli... dia mesti mempunyai agenda politik sendiri...dia mesti 
seorang yang bercita-cita tinggi. 
Kata beliau: ‘‘Keadaan diburukkan oleh media massa yang asyik menyebut Dr. 
Chua sebagai orang yang memberi persaingan kepada timbalan presiden dan 
presiden. Media massa membantu bunuh saya. Secara ikhlas, hakikatnya mata pena 
adalah lebih tajam daripada mata pedang.” 
‘‘Orang yang mengesyaki saya adalah mereka yang akan mendapat manfaat 
berikutan tindakan mereka yang mengesyaki saya. 
‘‘Ini Chua Soi Lek. Saya tidak akan berubah. Orang lain kata saya angkuh 
tetapi saya tidak berasa begitu kerana saya hanya menyatakan kebenaran,” 
katanya. 
‘‘Saya bersetuju bahawa kementerian ini ialah kementerian neraka, bukan 
disebabkan tugas dalam kementerian tetapi sistem politiknya, iaitu apabila anda 
terlalu rajin, orang lain akan berfikir anda bercita-cita atau mempunyai agenda 
politik,” katanya. 
Ditanya sama ada beliau akan memilih untuk bercuti selepas melalui pengalaman 
yang amat pahit, bekas Menteri Kesihatan itu berkata, beliau tidak akan berbuat 
demikian. 
‘‘Tidak benar bahawa apabila seseorang kecewa, dia harus pergi bercuti, 
cara ini salah kerana ia hanya akan memberi lebih banyak masa kepada orang lain 
untuk berfikir, membuat spekulasi serta menambahkan kepahitan hidup saya. 
‘‘Saya telah berterus-terang kepada 26 juta rakyat Malaysia mengenai 
kehidupan peribadi saya. Apa yang harus saya sedih?  Saya telah meletakkan 
semua jawatan saya dalam kerajaan dan parti. Apa lagi yang mereka mahu? Mereka 
tidak boleh meminta kepala saya kerana pergelutan politik di Malaysia tidak 
membabitkan soal hidup mati seperti di Pakistan,” katanya, 
‘‘Mereka (pemimpin akar umbi) harus faham bahawa jika saya menjelajah ke 
seluruh negara, saya harus mengeluarkan perbelanjaan sendiri. Saya terpaksa 
menempah (hotel dan penerbangan) . Saya tidak tahu bagaimana untuk menempah 
tiket dan hotel kerana saya menikmati semua faedah ini daripada kerajaan sejak 
18 tahun lalu. 
‘‘Dari jawatan Exco Kerajaan Johor sehingga sekarang, tetapi itu okey, saya 
terima hakikatnya. Ia sebahagian daripada hidup dan saya perlu melangkah ke 
peringkat (hidup) yang lain. Masih mempunyai ruang hidup selain dunia 
politik,” katanya. 
Kata Soi Lek: ‘‘Jika dijemput, saya akan hadir. Itu pun  jika masih ada 
orang yang ingat kepada saya. Hakikatnya, sokongan banyak yang diterima itu 
akan berkurangan dan selepas tiga hari, telefon anda akan berhenti 
berdering.” 
Katanya, beliau berada di Kementerian Kesihatan hari ini untuk mengemaskan 
barang peribadinya kerana Menteri Kesihatan yang baru mungkin akan menggunakan 
pejabat itu mulai Isnin ini. 
Beliau turut menegaskan pengedaran DVD berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan 
persaingan perniagaan kerana dirinya tidak berkecimpung dalam sebarang 
perniagaan. 
‘‘Ia tiada kaitan dengan perniagaan kerana saya tidak terlibat dalam 
perniagaan. Ia juga tidak melibatkan kewangan kerana tiada orang yang meminta 
wang daripada saya. Saya betul-betul tak tahu siapakah musuh saya. Sebagai 
seorang ahli politik, saya semestinya mempunyai ramai penyokong dan musuh. 
‘‘Saya  tidak peduli mengenai hal ini, kerana perkara ini tidak akan 
berakhir. Saya tidak tahu siapa buat dan polis juga akan hadapi masalah sama 
kerana ia (DVD) dihasilkan kira-kira enam hingga lapan bulan yang lalu. Jika 
anda melihat pita itu, terdapat tarikh padanya,” katanya. 
Menurut Soi Lek, polis telah memintanya untuk tampil bagi memberikan kenyataan 
sekiranya beliau mempunyai kelapangan. 
 
 

---------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.   

  

---------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.     
 
*********************************************************************** 
Privileged/confidential information may be contained in this message.  If you 
are not the named recipient or addressee, you are hereby notified  that any use 
review, disclosure or copying of the contents herein is  strictly prohibited. 
In such a case, kindly discard all its contents and  notify sender accordingly 
regarding such unauthorized disclosure or  transmission by email. Opinions, 
conclusions, statements and other information in this message that do not 
relate to the official business of CIMB Group shall be  understood as neither 
given or endorsed by it. The contents herein are meant strictly for the use of 
the named  recipient or addressee of CIMB Group. No assumption of 
responsibility  or liability whatsoever is undertaken by CIMB Group in respect 
of  prohibited and  unauthorised use by any other person. 
***********************************************************************
 
     
            

         

---------------------------------
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.    

       
---------------------------------
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Kirim email ke