kalu anda pernah bebual dengan beliau,,nyata dia berbeza....naluri lelaki 
memng mcm tu..sy pon mcm dia kot kalu jadi ahli politik,menteri,, 
<---------jangan macam tu kawan, kita hendaklah berazam untuk sentiasa 
menjadi lebih baik dari semalam, kalau belum jadi menteri atau wakil 
rakyat, kita dah beranggapan kita ada potensi utk melakukan maksiat, payah 
gak. Selain itu, implikasi dari tulisan saudara menunjukkan seolah-olah 
takder org yang baik dalam kerajaan dan tidak akan ada org maintain baik 
dalam posisi tersebut di masa2 akan datang, maknanya semua org sama sajer, 
tak takut pada Allah.
memang secara kasar, kita berandaian bahawa sesiapa saja di tampuk kuasa, 
pasti akan melakukan kesalahan2 seperti seks, rasuah, seleweng, kronisme 
dan sebagainya, tak terkecuali ustaz ke, imam ke, tetapi saya secara 
peribadi masih positif tentang masa depan negara kita akan bebas dari 
andaian dan perlakuan sebegini. InsyaAllah, kita berusaha saja untuk 
membersihkannya bermula dari kita sendiri sebagai individu rakyat 
Malaysia, kemudian keluarga, jiran, masyarakat setempat seterusnya seluruh 
negara.
Maaf, saya bukanlah seorang yang terlalu wara' atau pandai sangat dan 
ingin berpolitik di sini, cuma ingin berkongsi pendapat saya tentang 
hasrat saya untuk melihat wajah Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang 
dan lebih terbilang di masa yang mendatang untuk anak2 saya dan generasi 
semuanya.





amani key <[EMAIL PROTECTED]> 
Sent by: [email protected]
09/01/2008 12:00
Please respond to
[email protected]


To
[email protected]
cc

Subject
Re: [Jenaka dot kom] Jenaka Bekas Menteri









kalu anda pernah bebual dengan beliau,,nyata dia berbeza....naluri lelaki 
memng mcm tu..sy pon mcm dia kot kalu jadi ahli 
politik,menteri,,lelaki,,dll..sy tak pasti nak ukur mentalili dan 
kredibiliti sseorng sebb takde standard antarabangsa,,for me dia sgt ok 
buat kerja untuk LEVEL dia..

----- Original Message ----
From: Mohd Zahid <[EMAIL PROTECTED]>
To: [email protected]
Sent: Friday, January 4, 2008 4:24:57 PM
Subject: [Jenaka dot kom] Jenaka Bekas Menteri

Salam semua.

Memandangkan saya merasakan apa yang saya baca ini sebagai satu lawak, 
maka saya mengirimkannya di sini.

Apabila sudah jatuh, batu dan kayu akan dicari untuk dituding kesalahan, 
sedangkan tidak disedari kesilapan mata dan kaki sendiri.

Bukan bermaksud apa-apa agenda politik, sekadar jenaka. Memang jenaka pun. 
Ha ha ha.

Dipetik dari Utusan Malaysia. 


Dedikasi terhadap kerja, parti punca kejatuhan saya – Soi Lek
Oleh: ZULKIFLI JALIL
PUTRAJAYA 3 Jan. – Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek percaya tindakannya yang 
kerap turun padang menjalankan tugas kerajaan dan parti telah menimbulkan 
andaian beliau bercita-cita besar dalam politik sehingga menjadi punca 
kejatuhannya.
Bekas Menteri Kesihatan dan Naib Presiden MCA itu berkata, lawatannya 
untuk memeriksa kemudahan kesihatan di seluruh negara dan menemui ahli 
akar umbi parti menimbulkan spekulasi beliau ada agenda politik dan 
menjadi sasaran pihak tertentu menjatuhkan kariernya.
‘‘Saya terpaksa pergi ke seluruh negara untuk mengetahui kemudahan 
perubatan dan membolehkan anggota MCA mengenali saya kerana saya adalah 
muka baru dalam politik peringkat nasional.
‘‘Kerana ini dan apabila saya menemui anggota parti semasa saya membuat 
lawatan, banyak spekulasi bahawa saya ada agenda dan saya bercita-cita 
tinggi, saya fikir itulah kesilapan terbesar saya,” katanya.
Beliau ditemui pemberita ketika sedang berkemas untuk mengosongkan 
pejabatnya di Kementerian Kesihatan di sini hari ini.
Ahli politik berusia 61 tahun itu semalam meletakkan jawatan sebagai 
Menteri Kesihatan dan semua jawatan parti setelah mengakui bahawa beliau 
adalah lelaki dalam aksi seks rakaman salinan cakera video digital (DVD) 
yang diedarkan secara meluas di Johor baru-baru ini.
Soi Lek ialah anggota Exco Kerajaan Johor sebelum memegang jawatan Menteri 
Persekutuan tiga setengah tahun lalu.
Menurutnya, beliau berasa bangga kerana telah melawat lebih 100 hospital 
dan lebih 50 kemudahan kesihatan semasa menyandang jawatan Menteri 
Kesihatan.
Terdapat 131 hospital kerajaan di negara ini.
Katanya, semasa lawatan, ada kalanya beliau terkejut apabila dimaklumkan 
bahawa tidak ada ahli politik pernah melawat hospital berkenaan walaupun 
beroperasi sejak lebih 30 tahun.
‘‘Saya ingatkan mereka bergurau atau beramah sopan santun tetapi bila saya 
lihat hospital itu, ia ternyata benar. Tidak ada siapa pernah melawat 
hospital itu.
‘‘Satu contoh ialah banyak kemudahan kesihatan di Jalan Tuanku Abdul 
Rahman, Sentul, Wangsa Maju yang tiada ahli politik pernah melawat 
walaupun mula beroperasi tahun 60-an,” katanya.
Menurutnya, ketika diberi jawatan peringkat Persekutuan, beliau sering 
turun padang ke hospital seluruh negara untuk mengetahui situasi di 
peringkat akar umbi.
‘‘Ketika ‘mengembara’, anda akan berjumpa dengan ramai ahli (MCA). Jadi, 
banyak orang syak terhadap pergerakan saya. Mengapa orang ini begitu rajin 
menemui ahli... dia mesti mempunyai agenda politik sendiri...dia mesti 
seorang yang bercita-cita tinggi.
Kata beliau: ‘‘Keadaan diburukkan oleh media massa yang asyik menyebut Dr. 
Chua sebagai orang yang memberi persaingan kepada timbalan presiden dan 
presiden. Media massa membantu bunuh saya. Secara ikhlas, hakikatnya mata 
pena adalah lebih tajam daripada mata pedang.”
‘‘Orang yang mengesyaki saya adalah mereka yang akan mendapat manfaat 
berikutan tindakan mereka yang mengesyaki saya.
‘‘Ini Chua Soi Lek. Saya tidak akan berubah. Orang lain kata saya angkuh 
tetapi saya tidak berasa begitu kerana saya hanya menyatakan kebenaran,” 
katanya.
‘‘Saya bersetuju bahawa kementerian ini ialah kementerian neraka, bukan 
disebabkan tugas dalam kementerian tetapi sistem politiknya, iaitu apabila 
anda terlalu rajin, orang lain akan berfikir anda bercita-cita atau 
mempunyai agenda politik,” katanya.
Ditanya sama ada beliau akan memilih untuk bercuti selepas melalui 
pengalaman yang amat pahit, bekas Menteri Kesihatan itu berkata, beliau 
tidak akan berbuat demikian.
‘‘Tidak benar bahawa apabila seseorang kecewa, dia harus pergi bercuti, 
cara ini salah kerana ia hanya akan memberi lebih banyak masa kepada orang 
lain untuk berfikir, membuat spekulasi serta menambahkan kepahitan hidup 
saya.
‘‘Saya telah berterus-terang kepada 26 juta rakyat Malaysia mengenai 
kehidupan peribadi saya. Apa yang harus saya sedih? Saya telah meletakkan 
semua jawatan saya dalam kerajaan dan parti. Apa lagi yang mereka mahu? 
Mereka tidak boleh meminta kepala saya kerana pergelutan politik di 
Malaysia tidak membabitkan soal hidup mati seperti di Pakistan,” katanya,
‘‘Mereka (pemimpin akar umbi) harus faham bahawa jika saya menjelajah ke 
seluruh negara, saya harus mengeluarkan perbelanjaan sendiri. Saya 
terpaksa menempah (hotel dan penerbangan) . Saya tidak tahu bagaimana 
untuk menempah tiket dan hotel kerana saya menikmati semua faedah ini 
daripada kerajaan sejak 18 tahun lalu.
‘‘Dari jawatan Exco Kerajaan Johor sehingga sekarang, tetapi itu okey, 
saya terima hakikatnya. Ia sebahagian daripada hidup dan saya perlu 
melangkah ke peringkat (hidup) yang lain. Masih mempunyai ruang hidup 
selain dunia politik,” katanya.
Kata Soi Lek: ‘‘Jika dijemput, saya akan hadir. Itu pun jika masih ada 
orang yang ingat kepada saya. Hakikatnya, sokongan banyak yang diterima 
itu akan berkurangan dan selepas tiga hari, telefon anda akan berhenti 
berdering.”
Katanya, beliau berada di Kementerian Kesihatan hari ini untuk mengemaskan 
barang peribadinya kerana Menteri Kesihatan yang baru mungkin akan 
menggunakan pejabat itu mulai Isnin ini.
Beliau turut menegaskan pengedaran DVD berkenaan tidak mempunyai kaitan 
dengan persaingan perniagaan kerana dirinya tidak berkecimpung dalam 
sebarang perniagaan.
‘‘Ia tiada kaitan dengan perniagaan kerana saya tidak terlibat dalam 
perniagaan. Ia juga tidak melibatkan kewangan kerana tiada orang yang 
meminta wang daripada saya. Saya betul-betul tak tahu siapakah musuh saya. 
Sebagai seorang ahli politik, saya semestinya mempunyai ramai penyokong 
dan musuh.
‘‘Saya tidak peduli mengenai hal ini, kerana perkara ini tidak akan 
berakhir. Saya tidak tahu siapa buat dan polis juga akan hadapi masalah 
sama kerana ia (DVD) dihasilkan kira-kira enam hingga lapan bulan yang 
lalu. Jika anda melihat pita itu, terdapat tarikh padanya,” katanya.
Menurut Soi Lek, polis telah memintanya untuk tampil bagi memberikan 
kenyataan sekiranya beliau mempunyai kelapangan.

Never miss a thing. Make Yahoo your homepage. 


Never miss a thing. Make Yahoo your homepage. 
 


***********************************************************************
Privileged/confidential information may be contained in this message. 
If you are not the named recipient or addressee, you are hereby notified 
that any use review, disclosure or copying of the contents herein is 
strictly prohibited. In such a case, kindly discard all its contents and 
notify sender accordingly regarding such unauthorized disclosure or 
transmission by email.
Opinions, conclusions, statements and other information in this message
that do not relate to the official business of CIMB Group shall be 
understood as neither given or endorsed by it.
The contents herein are meant strictly for the use of the named 
recipient or addressee of CIMB Group. No assumption of responsibility 
or liability whatsoever is undertaken by CIMB Group in respect of 
prohibited and unauthorised use by any other person.
***********************************************************************

Kirim email ke