Dari artikel tu saya just reply tentang mentaliti seseorang yg cuba jadikan lawak atas musibah org lain....kalu tu ler artikelyer bertajuk "Jenaka Bekas Menteri" tapi kalu tulisan manzurul tu boleh lah di jawab dgn bahasa dan konduksi yang lebih lembut (ikhlas sy akui)..at least ada gak org berani mengaku keaiban..yg aib tu padam yang baik (itu mentaliti sya belaja dari masyarakat kita). walupun sy bukan bangsa dia, tp sy natural pndang beliau dari segi menteri tmpat sy keja dan ADUN tempt sy tingggl.. Sy hrp pandangan sy natural bukan mewakili kakitangan kerajaan kerana beliau bole berdiri atas mana2 platfom sebagai menteri, lelaki,bapa,suami,abang,anak,wakil rakyat,bangsa dan lain-lain...kedudukan kita haye org asing pd beliau,tak yah ler jadikan jenaka keaiban dia....jaga keaiban org nescaya Allah pelihara aib kite..insyaAllah
Manzurul Safar <[EMAIL PROTECTED]> wrote: kalu anda pernah bebual dengan beliau,,nyata dia berbeza....naluri lelaki memng mcm tu..sy pon mcm dia kot kalu jadi ahli politik,menteri,, <---------jangan macam tu kawan, kita hendaklah berazam untuk sentiasa menjadi lebih baik dari semalam, kalau belum jadi menteri atau wakil rakyat, kita dah beranggapan kita ada potensi utk melakukan maksiat, payah gak. Selain itu, implikasi dari tulisan saudara menunjukkan seolah-olah takder org yang baik dalam kerajaan dan tidak akan ada org maintain baik dalam posisi tersebut di masa2 akan datang, maknanya semua org sama sajer, tak takut pada Allah. memang secara kasar, kita berandaian bahawa sesiapa saja di tampuk kuasa, pasti akan melakukan kesalahan2 seperti seks, rasuah, seleweng, kronisme dan sebagainya, tak terkecuali ustaz ke, imam ke, tetapi saya secara peribadi masih positif tentang masa depan negara kita akan bebas dari andaian dan perlakuan sebegini. InsyaAllah, kita berusaha saja untuk membersihkannya bermula dari kita sendiri sebagai individu rakyat Malaysia, kemudian keluarga, jiran, masyarakat setempat seterusnya seluruh negara. Maaf, saya bukanlah seorang yang terlalu wara' atau pandai sangat dan ingin berpolitik di sini, cuma ingin berkongsi pendapat saya tentang hasrat saya untuk melihat wajah Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang dan lebih terbilang di masa yang mendatang untuk anak2 saya dan generasi semuanya. amani key <[EMAIL PROTECTED]> Sent by: [email protected] 09/01/2008 12:00 Please respond to [email protected] To [email protected] cc Subject Re: [Jenaka dot kom] Jenaka Bekas Menteri kalu anda pernah bebual dengan beliau,,nyata dia berbeza....naluri lelaki memng mcm tu..sy pon mcm dia kot kalu jadi ahli politik,menteri,,lelaki,,dll..sy tak pasti nak ukur mentalili dan kredibiliti sseorng sebb takde standard antarabangsa,,for me dia sgt ok buat kerja untuk LEVEL dia.. ----- Original Message ---- From: Mohd Zahid <[EMAIL PROTECTED]> To: [email protected] Sent: Friday, January 4, 2008 4:24:57 PM Subject: [Jenaka dot kom] Jenaka Bekas Menteri Salam semua. Memandangkan saya merasakan apa yang saya baca ini sebagai satu lawak, maka saya mengirimkannya di sini. Apabila sudah jatuh, batu dan kayu akan dicari untuk dituding kesalahan, sedangkan tidak disedari kesilapan mata dan kaki sendiri. Bukan bermaksud apa-apa agenda politik, sekadar jenaka. Memang jenaka pun. Ha ha ha. Dipetik dari Utusan Malaysia. Dedikasi terhadap kerja, parti punca kejatuhan saya â Soi Lek Oleh: ZULKIFLI JALIL PUTRAJAYA 3 Jan. â Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek percaya tindakannya yang kerap turun padang menjalankan tugas kerajaan dan parti telah menimbulkan andaian beliau bercita-cita besar dalam politik sehingga menjadi punca kejatuhannya. Bekas Menteri Kesihatan dan Naib Presiden MCA itu berkata, lawatannya untuk memeriksa kemudahan kesihatan di seluruh negara dan menemui ahli akar umbi parti menimbulkan spekulasi beliau ada agenda politik dan menjadi sasaran pihak tertentu menjatuhkan kariernya. ââSaya terpaksa pergi ke seluruh negara untuk mengetahui kemudahan perubatan dan membolehkan anggota MCA mengenali saya kerana saya adalah muka baru dalam politik peringkat nasional. ââKerana ini dan apabila saya menemui anggota parti semasa saya membuat lawatan, banyak spekulasi bahawa saya ada agenda dan saya bercita-cita tinggi, saya fikir itulah kesilapan terbesar saya,â katanya. Beliau ditemui pemberita ketika sedang berkemas untuk mengosongkan pejabatnya di Kementerian Kesihatan di sini hari ini. Ahli politik berusia 61 tahun itu semalam meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan dan semua jawatan parti setelah mengakui bahawa beliau adalah lelaki dalam aksi seks rakaman salinan cakera video digital (DVD) yang diedarkan secara meluas di Johor baru-baru ini. Soi Lek ialah anggota Exco Kerajaan Johor sebelum memegang jawatan Menteri Persekutuan tiga setengah tahun lalu. Menurutnya, beliau berasa bangga kerana telah melawat lebih 100 hospital dan lebih 50 kemudahan kesihatan semasa menyandang jawatan Menteri Kesihatan. Terdapat 131 hospital kerajaan di negara ini. Katanya, semasa lawatan, ada kalanya beliau terkejut apabila dimaklumkan bahawa tidak ada ahli politik pernah melawat hospital berkenaan walaupun beroperasi sejak lebih 30 tahun. ââSaya ingatkan mereka bergurau atau beramah sopan santun tetapi bila saya lihat hospital itu, ia ternyata benar. Tidak ada siapa pernah melawat hospital itu. ââSatu contoh ialah banyak kemudahan kesihatan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Sentul, Wangsa Maju yang tiada ahli politik pernah melawat walaupun mula beroperasi tahun 60-an,â katanya. Menurutnya, ketika diberi jawatan peringkat Persekutuan, beliau sering turun padang ke hospital seluruh negara untuk mengetahui situasi di peringkat akar umbi. ââKetika âmengembaraâ, anda akan berjumpa dengan ramai ahli (MCA). Jadi, banyak orang syak terhadap pergerakan saya. Mengapa orang ini begitu rajin menemui ahli... dia mesti mempunyai agenda politik sendiri...dia mesti seorang yang bercita-cita tinggi. Kata beliau: ââKeadaan diburukkan oleh media massa yang asyik menyebut Dr. Chua sebagai orang yang memberi persaingan kepada timbalan presiden dan presiden. Media massa membantu bunuh saya. Secara ikhlas, hakikatnya mata pena adalah lebih tajam daripada mata pedang.â ââOrang yang mengesyaki saya adalah mereka yang akan mendapat manfaat berikutan tindakan mereka yang mengesyaki saya. ââIni Chua Soi Lek. Saya tidak akan berubah. Orang lain kata saya angkuh tetapi saya tidak berasa begitu kerana saya hanya menyatakan kebenaran,â katanya. ââSaya bersetuju bahawa kementerian ini ialah kementerian neraka, bukan disebabkan tugas dalam kementerian tetapi sistem politiknya, iaitu apabila anda terlalu rajin, orang lain akan berfikir anda bercita-cita atau mempunyai agenda politik,â katanya. Ditanya sama ada beliau akan memilih untuk bercuti selepas melalui pengalaman yang amat pahit, bekas Menteri Kesihatan itu berkata, beliau tidak akan berbuat demikian. ââTidak benar bahawa apabila seseorang kecewa, dia harus pergi bercuti, cara ini salah kerana ia hanya akan memberi lebih banyak masa kepada orang lain untuk berfikir, membuat spekulasi serta menambahkan kepahitan hidup saya. ââSaya telah berterus-terang kepada 26 juta rakyat Malaysia mengenai kehidupan peribadi saya. Apa yang harus saya sedih? Saya telah meletakkan semua jawatan saya dalam kerajaan dan parti. Apa lagi yang mereka mahu? Mereka tidak boleh meminta kepala saya kerana pergelutan politik di Malaysia tidak membabitkan soal hidup mati seperti di Pakistan,â katanya, ââMereka (pemimpin akar umbi) harus faham bahawa jika saya menjelajah ke seluruh negara, saya harus mengeluarkan perbelanjaan sendiri. Saya terpaksa menempah (hotel dan penerbangan) . Saya tidak tahu bagaimana untuk menempah tiket dan hotel kerana saya menikmati semua faedah ini daripada kerajaan sejak 18 tahun lalu. ââDari jawatan Exco Kerajaan Johor sehingga sekarang, tetapi itu okey, saya terima hakikatnya. Ia sebahagian daripada hidup dan saya perlu melangkah ke peringkat (hidup) yang lain. Masih mempunyai ruang hidup selain dunia politik,â katanya. Kata Soi Lek: ââJika dijemput, saya akan hadir. Itu pun jika masih ada orang yang ingat kepada saya. Hakikatnya, sokongan banyak yang diterima itu akan berkurangan dan selepas tiga hari, telefon anda akan berhenti berdering.â Katanya, beliau berada di Kementerian Kesihatan hari ini untuk mengemaskan barang peribadinya kerana Menteri Kesihatan yang baru mungkin akan menggunakan pejabat itu mulai Isnin ini. Beliau turut menegaskan pengedaran DVD berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan persaingan perniagaan kerana dirinya tidak berkecimpung dalam sebarang perniagaan. ââIa tiada kaitan dengan perniagaan kerana saya tidak terlibat dalam perniagaan. Ia juga tidak melibatkan kewangan kerana tiada orang yang meminta wang daripada saya. Saya betul-betul tak tahu siapakah musuh saya. Sebagai seorang ahli politik, saya semestinya mempunyai ramai penyokong dan musuh. ââSaya tidak peduli mengenai hal ini, kerana perkara ini tidak akan berakhir. Saya tidak tahu siapa buat dan polis juga akan hadapi masalah sama kerana ia (DVD) dihasilkan kira-kira enam hingga lapan bulan yang lalu. Jika anda melihat pita itu, terdapat tarikh padanya,â katanya. Menurut Soi Lek, polis telah memintanya untuk tampil bagi memberikan kenyataan sekiranya beliau mempunyai kelapangan. --------------------------------- Never miss a thing. Make Yahoo your homepage. --------------------------------- Never miss a thing. Make Yahoo your homepage. *********************************************************************** Privileged/confidential information may be contained in this message. If you are not the named recipient or addressee, you are hereby notified that any use review, disclosure or copying of the contents herein is strictly prohibited. In such a case, kindly discard all its contents and notify sender accordingly regarding such unauthorized disclosure or transmission by email. Opinions, conclusions, statements and other information in this message that do not relate to the official business of CIMB Group shall be understood as neither given or endorsed by it. The contents herein are meant strictly for the use of the named recipient or addressee of CIMB Group. No assumption of responsibility or liability whatsoever is undertaken by CIMB Group in respect of prohibited and unauthorised use by any other person. *********************************************************************** --------------------------------- Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.
