senang cerita, kalau laku dijual. why not? :D

2011/1/2 simpleLinux <[email protected]>

> Insya-Allah, My1OS pasti berjaya suatu hari nanti
>
> 2010/12/27 saiful <[email protected]>
>
> itu sudah tentu ...standard :)
>>
>>
>> 2010/12/27 Maulvi Bakar <[email protected]>
>>
>>> Kita akan bantu.
>>>
>>> Kalau tak betul, kita balun!  ;-)
>>>
>>>
>>> Regards
>>>
>>>
>>>
>>> 2010/12/27 simpleLinux <[email protected]>
>>>
>>>> Benar kata saudara. tapi cukuplah buat sementara... mari kita membantu
>>>> dalam My1OS... katanya nak mewujudkan satu komuniti dimana otai2 boleh
>>>> berforum :)
>>>>
>>>> 2010/12/27 Maulvi Bakar <[email protected]>
>>>>
>>>>> Betul, Source Code hanyalah kepada pembeli dan GNU GPL kata, penerima
>>>>> Source Code itu berhak berbuat apa saja dengannya, termasuklah 
>>>>> memberikannya
>>>>> kepada orang lain samada dalam bentuk asal atau sebaliknya.
>>>>>
>>>>> Rasanya, sebab inilah Redhat publish terus Source Code mereka di
>>>>> http://ftp.redhat.com dan sesiapa pun boleh download.
>>>>>
>>>>> Kalau nak tanya SuSE Linux Enterprise Server, mereka memang hanya bagi
>>>>> pada pelanggan mereka sahaja.
>>>>>
>>>>> http://dag.wieers.com/blog/why-is-there-no-open-source-sles
>>>>>
>>>>>
>>>>> Regards
>>>>>
>>>>>
>>>>>
>>>>> 2010/12/27 Haris bin Ali <[email protected]>
>>>>>
>>>>>> > mesti ada sumber, dan saudara WAJIB memberi sumber [source
>>>>>> code/changes]
>>>>>> > kepada sesiapapun yang meminta
>>>>>>
>>>>>> Setahu saya ini tidak benar. Source code hanya perlu diberi kepada
>>>>>> pembeli. Tetapi pembeli mesti mempunyai kebenaran untuk distribute
>>>>>> source code itu sendiri.
>>>>>>
>>>>>>
>>>>>> http://www.gnu.org/licenses/gpl-faq.html#DoesTheGPLRequireAvailabilityToPublic
>>>>>>
>>>>>> //[email protected]
>>>>>>
>>>>>>
>>>>>> 2010/12/27 simpleLinux <[email protected]>:
>>>>>> > Tidak, kami tidak sesekali bermusuh dengan sesiapapun. Kami juga
>>>>>> mendapat
>>>>>> > kata sepakat oleh seluruh subscriber mailinglist OSDC dan OWASP
>>>>>> iaitu ingin
>>>>>> > berjumpa dengan my1os developers.
>>>>>> >
>>>>>> > Kami juga ingin mengetahui, adakah my1os mempunyai sumber? Sekiranya
>>>>>> projek
>>>>>> > my1os tidak mempunyai sumber [source code] projek ini boleh disaman
>>>>>> oleh GNU
>>>>>> > General Public Licence
>>>>>> >
>>>>>> > “…. and charge them if you wish” My1OS memang layak untuk dijual,
>>>>>> tetapi
>>>>>> > syaratnya
>>>>>> >
>>>>>> > “When we speak of free software, we are referring to freedom, not
>>>>>> >
>>>>>> > price. Our General Public Licenses are designed to make sure that
>>>>>> you
>>>>>> >
>>>>>> > have the freedom to distribute copies of free software (and charge
>>>>>> for
>>>>>> >
>>>>>> > them if you wish), that you receive source code or can get it if you
>>>>>> >
>>>>>> > want it, that you can change the software or use pieces of it in new
>>>>>> >
>>>>>> > free programs, and that you know you can do these things.”
>>>>>> >
>>>>>> > mesti ada sumber, dan saudara WAJIB memberi sumber [source
>>>>>> code/changes]
>>>>>> > kepada sesiapapun yang meminta
>>>>>> >
>>>>>> > 2010/12/27 simpleLinux <[email protected]>
>>>>>> >>
>>>>>> >> Assalamualaikum w.b.t,
>>>>>> >>
>>>>>> >> Kehadapan saudara Fariz Luqman,
>>>>>> >>
>>>>>> >> Pertama sekali saya memohon maaf atas kelewatan membalas email
>>>>>> saudara
>>>>>> >> kerana kesibukan masa.Diharap saudara dapat menerima seadanya.
>>>>>> >>
>>>>>> >> Berkenaan dengan pertanyaan saudara, izinkan saya menjelaskan
>>>>>> sedikit
>>>>>> >> sebanyak projek kami iaitu my1os.
>>>>>> >>
>>>>>> >> Pertama sekali kami bukanlah ingin menjadi musuh/rival kepada mana
>>>>>> mana OS
>>>>>> >> yang sedia ada baik diluar negara mahupun didalam negara Malaysia.
>>>>>> Kami
>>>>>> >> ingin sekali melihat kerjasama yang boleh dihasilkan antara satu
>>>>>> sama lain
>>>>>> >> demi mencapai objektif Kerajaan Malaysia iaitu Inovasi,Kreatif
>>>>>> serta
>>>>>> >> memacu pembangunan negara.
>>>>>> >>
>>>>>> >> Didalam kami membangunkan sistem operasi ini, kami tidak sama
>>>>>> sekali
>>>>>> >> dengan niat untuk melanggar mana mana peraturan lesen mahupun
>>>>>> amalan lesen
>>>>>> >> yang dikeluarkan oleh GNU iaitu GPL (General Public License) samada
>>>>>> ianya
>>>>>> >> versi 1,2 mahupun 3. Kami ingin sekali mencuba menceburkan diri
>>>>>> dengan
>>>>>> >> mengambil model contoh kami iaitu syarikat antarabangsa yang
>>>>>> terkemuka
>>>>>> >> didalam bidang sumber terbuka ini iaitu Red Hat.
>>>>>> >>
>>>>>> >> Ya kami akui bahawa kami mengenakan caj bayaran serendah RM 111.00
>>>>>> bagi
>>>>>> >> mendapatkan perisian sistem operasi kami iaitu my1os, tetapi ianya
>>>>>> >> bukanlah berbentuk lesen sama sekali. Ianya hanyalah melayakkan
>>>>>> seseorang
>>>>>> >> pengguna yang bersetuju sepenuhnya menggunakan perisian sistem
>>>>>> operasi
>>>>>> >> kami mendapatkan khidmat bantuan sokongan (support services)
>>>>>> seperti mana
>>>>>> >> model perniagaan Red Hat. Izinkan saya sebagai pembangun utama
>>>>>> sistem
>>>>>> >> operasi my1os untuk memetik kata kata Richard Stallman iaitu
>>>>>> Founder GNU
>>>>>> >> "free is in freedom, not free as in free beer" melalui filem
>>>>>> dokumentari
>>>>>> >> Revolution OS 2001 .
>>>>>> >>
>>>>>> >> Melalui filem dokumentari tersebut beliau menekankan prinsip
>>>>>> berkongsi
>>>>>> >> maklumat sesama sendiri dan seluruh dunia serta menggalakkan
>>>>>> bagaimana
>>>>>> >> boleh berniaga melalui sistem sumber terbuka. Dan diakhir filem
>>>>>> >> dokumentari tersebut, ditunjukkan dimana saham Red Hat dibuka
>>>>>> secara
>>>>>> >> rasminya pada 19hb Ogos 1999 melalui IPO (Initial Public Offering)
>>>>>> >> sehingga bernilai 3 Billion USD dan rentetan dari inisiatif yang
>>>>>> dimulakan
>>>>>> >> oleh Red Hat, VA Linux System mengikuti jejaknya dan berjaya.
>>>>>> >>
>>>>>> >> Disini bukanlah maksud saya menerangkan secara panjang lebar kenapa
>>>>>> kami
>>>>>> >> memilih business model Red Hat. Akan tetapi saya percaya bahawa
>>>>>> saudara
>>>>>> >> juga pembangun sistem operasi juga iaitu simpleLinux yang saya
>>>>>> meletakkan
>>>>>> >> harapan tinggi untuk bersama sama berjaya dibidang yang saudara
>>>>>> ceburi dan
>>>>>> >> ingin sekali melihat saudara dapat mengembangkannya hingga ke tahap
>>>>>> yang
>>>>>> >> lebih tinggi.
>>>>>> >>
>>>>>> >> Kami pembangun sistem operasi my1os juga sentiasa melihat
>>>>>> perkembangan ini
>>>>>> >> secara positif dimana kami bernaung dibawah Kementerian
>>>>>> Antarabangsa dan
>>>>>> >> Industri (MITI) didalam program keusahawanan mereka serta kami
>>>>>> bernaung
>>>>>> >> dibawah Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Adapun begitu kami melihat
>>>>>> >> perkembangan menjual khidmat sokongan bantuan (support services)
>>>>>> tidak
>>>>>> >> melanggar mana mana klausa yang telah ditetapkan oleh GPL serta
>>>>>> lesen
>>>>>> >> lesen yang berkenaan. Jika kami terlepas pandang, diharap saudara
>>>>>> dapat
>>>>>> >> memperbetulkan kami supaya dapat dimanfaatkan bersama sama.
>>>>>> >>
>>>>>> >> Memetik kata kata En. Kahar Kamarudin di Facebook my1os, langkah
>>>>>> seribu
>>>>>> >> bermula dengan langkah yang satu dan sudah tentunya jika tidak
>>>>>> dimulakan
>>>>>> >> dengan langkah yang satu maka tidak akan tercapai langkah yang
>>>>>> seribu.
>>>>>> >> Banyak lagi perkara yang kami perlu perbaiki dari masa ke semasa
>>>>>> sistem
>>>>>> >> operasi my1os samada dari segi teknikal mahupun dari segi
>>>>>> pentadbirannya.
>>>>>> >> Adapun begitu kami bersedia dengan beraninya melangkah kehadapan.
>>>>>> >>
>>>>>> >> Sudah tentunya saudara tertanya kenapa kami tidak memberikan secara
>>>>>> >> percuma kerana sumber kod yang kami terima adalah sumber terbuka
>>>>>> serta
>>>>>> >> lesennya adalah untuk semua. Ya memang kami tidak menetapkan
>>>>>> sebarang
>>>>>> >> syarat untuk menerima sumber kod kami, malah saudara boleh
>>>>>> mengubahnya
>>>>>> >> tanpa sebarang permasalahan kerana ianya telah tertakluk dibawah
>>>>>> lesen GPL
>>>>>> >> serta lain lain lesen yang berkaitan. Akan tetapi kami menampung
>>>>>> kos yang
>>>>>> >> tinggi untuk mengedarkannya serta kami bukanlah memberikan semata
>>>>>> mata
>>>>>> >> CD/DVD/USB malah kami memberikannya didalam bentuk starter pack
>>>>>> yang
>>>>>> >> berisi dengan key-chain serta lain lain goodies yang difikir
>>>>>> sesuai. Ini
>>>>>> >> tidak termasuk kos permulaan bagi support center kami serta talian
>>>>>> >> berkenaan dengan support services, malah kos untuk menampung
>>>>>> operasi
>>>>>> >> pelayan kami.
>>>>>> >>
>>>>>> >> Projek sistem operasi my1os bukanlah semata mata mencari keuntungan
>>>>>> >> sahaja. Kami bekerjasama dengan IPTA serta IPTS dalam program CSR
>>>>>> >> (Corporate Social Responsibility) kami. Malah kami menawarkan
>>>>>> peluang
>>>>>> >> pekerjaan kepada lepasan graduan yang difikir sesuai untuk
>>>>>> diserapkan
>>>>>> >> kedalam projek sistem operasi kami. Pihak kami sentiasa in-line
>>>>>> dengan
>>>>>> >> hasrat Kerajaan Malaysia dimana menghasilkan produk inovasi dan
>>>>>> menekankan
>>>>>> >> kreativiti.
>>>>>> >>
>>>>>> >> Jika saudara tertanya adakah kami menggunakan sumber kod
>>>>>> Ubuntu/Debian,
>>>>>> >> jawapannya, benar kami menggunakan sumber kod Ubuntu/Debian didalam
>>>>>> >> membangunkan sistem operasi kami. Dan seperti yang saya terangkan
>>>>>> diatas,
>>>>>> >> kami sentiasa mematuhi lesen GPL serta lesen lesen berkaitan. Jika
>>>>>> dilihat
>>>>>> >> dari perspektif yang lain, jika saudara menggunakan kernel linux
>>>>>> versi
>>>>>> >> 2.6.x, ianya tidak berbeza dengan versi kernel linux yang kami
>>>>>> gunakan.
>>>>>> >> Akan tetapi jika dibandingkan dengan Red Hat dan lain lain distro
>>>>>> yang
>>>>>> >> sedia ada. Saudara dan saya sendiri tidak berbeza dengan mereka,
>>>>>> kerana
>>>>>> >> mereka juga menggunakan kernel linux versi 2.6.x kerana ianya
>>>>>> datang dari
>>>>>> >> satu sumber iaitu laman web kernel.org .
>>>>>> >>
>>>>>> >> Lebih mudah jika dapat dilihat sebegini, Red Hat jika di USA,
>>>>>> perisa
>>>>>> >> pizza/hamburger, akan tetapi kami/kita berperisa sambal petai, budu
>>>>>> dan
>>>>>> >> seterusnya.
>>>>>> >>
>>>>>> >> Akan tetapi bukanlah mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan jika
>>>>>> tidak
>>>>>> >> menempuh kepayahan. Kami sentiasa berfikiran positif terhadap
>>>>>> sebarang
>>>>>> >> komen/cadangan/kritikan/cemuhan samada di mailing list mahupun di
>>>>>> forum
>>>>>> >> dimana sekalipun. Kami tidak berkecil hati jika ada terdiri dari
>>>>>> bangsa
>>>>>> >> Melayu sendiri sekalipun mencemuh ataupun memberi pandangan negatif
>>>>>> >> terhadap kami. Kami terdiri daripada 100% bumiputera melayu yang
>>>>>> >> membangunkan sistem operasi ini tanpa apa apa yang perlu
>>>>>> diselindungkan.
>>>>>> >> Kami juga mengambil iktibar dari sistem operasi terdahulu seperti
>>>>>> Ketupat
>>>>>> >> Linux, Embun dan lain lain. Penghormatan untuk mereka yang gugur
>>>>>> dalam
>>>>>> >> perjuangan sumber terbuka. Dengan izin, "where they fall is where
>>>>>> WE
>>>>>> >> continue their fight" . Dimana mereka gugur disitulah kami,
>>>>>> pembangun
>>>>>> >> sistem operasi my1os akan menyambung perjuangan mereka.
>>>>>> >>
>>>>>> >> Kami juga tidak memasang niat jahat terhadap mana mana sistem
>>>>>> operasi yang
>>>>>> >> lain seperti saudara dengan simpleLinux, saudara saya
>>>>>> mambang/Oshiri
>>>>>> >> dengan OshiriX dan lain lain lagi. Kami menyanjung penuh dan
>>>>>> menghargai
>>>>>> >> usaha saudara sekelian didalam memperjuangkan sistem operasi sumber
>>>>>> >> terbuka.
>>>>>> >>
>>>>>> >> Diharap penjelasan ini dapat sedikit sebanyak memperjelaskan
>>>>>> keraguan
>>>>>> >> saudara berkenaan dengan projek sistem operasi my1os. Kami bukanlah
>>>>>> >> berunsurkan politik, kami hanya patriotik kepada Malaysia.
>>>>>> >>
>>>>>> >>
>>>>>> >> Sekian, terima kasih
>>>>>> >>
>>>>>> >> --
>>>>>> >> Fariz Luqman
>>>>>> >> The Chairman of SimpleLinux
>>>>>> >> Visit: http://www.simplelinux.tk
>>>>>> >> Fb: http://facebook.com/simpleLinux
>>>>>> >>
>>>>>> >> "There IS a Malaysian Linux Distro"
>>>>>> >> ---
>>>>>> >> Facebook: facebook.com/farizluqman
>>>>>> >>
>>>>>> >>
>>>>>> >
>>>>>> >
>>>>>> >
>>>>>> > --
>>>>>> > Fariz Luqman
>>>>>> > The Chairman of SimpleLinux
>>>>>> > Visit: http://www.simplelinux.tk
>>>>>> > Fb: http://facebook.com/simpleLinux
>>>>>> >
>>>>>> > "There IS a Malaysian Linux Distro"
>>>>>> > ---
>>>>>> > Facebook: facebook.com/farizluqman
>>>>>> >
>>>>>> >
>>>>>> > --
>>>>>> > To unsubscribe from and detail about this group
>>>>>> > http://www.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>>>>>> >
>>>>>>
>>>>>> --
>>>>>> To unsubscribe from and detail about this group
>>>>>> http://www.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>>>>>>
>>>>>
>>>>>  --
>>>>> To unsubscribe from and detail about this group
>>>>> http://www.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>>>>>
>>>>
>>>>
>>>>
>>>> --
>>>> *Fariz Luqman*
>>>> The Chairman of SimpleLinux
>>>> Visit: http://www.simplelinux.tk
>>>> Fb: http://facebook.com/simpleLinux
>>>>
>>>> "There IS a Malaysian Linux Distro"
>>>>
>>>> ---
>>>> Facebook: facebook.com/farizluqman
>>>>
>>>>
>>>>  --
>>>> To unsubscribe from and detail about this group
>>>> http://www.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>>>>
>>>
>>>  --
>>> To unsubscribe from and detail about this group
>>> http://www.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>>>
>>
>>
>>
>> --
>> "When there are Thousand of People go against you and only one at your
>> side, trust me, I'm the one - akusaiful".
>>
>> --
>> To unsubscribe from and detail about this group
>> http://www.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>>
>
>
>
> --
> *Fariz Luqman*
> The Chairman of SimpleLinux
> Visit: http://www.simplelinux.tk
> Fb: http://facebook.com/simpleLinux
>
> "There IS a Malaysian Linux Distro"
>
> ---
> Facebook: facebook.com/farizluqman
>
>
>  --
> To unsubscribe from and detail about this group
> http://www.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>



-- 
i am having fun with MIRC @ #UTPChat
and i am using a free linux operating system fedora | fedoraproject.org
do contact me if you want to join the fun :)

Amirul bin Abu
May '09
Chemical Engineering
Universiti Teknologi Petronas
hp: 0136305920
"i am a geek in da making"

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://www.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

Kirim email ke