> mesti ada sumber, dan saudara WAJIB memberi sumber [source code/changes]
> kepada sesiapapun yang meminta

Setahu saya ini tidak benar. Source code hanya perlu diberi kepada
pembeli. Tetapi pembeli mesti mempunyai kebenaran untuk distribute
source code itu sendiri.

http://www.gnu.org/licenses/gpl-faq.html#DoesTheGPLRequireAvailabilityToPublic

//[email protected]


2010/12/27 simpleLinux <[email protected]>:
> Tidak, kami tidak sesekali bermusuh dengan sesiapapun. Kami juga mendapat
> kata sepakat oleh seluruh subscriber mailinglist OSDC dan OWASP iaitu ingin
> berjumpa dengan my1os developers.
>
> Kami juga ingin mengetahui, adakah my1os mempunyai sumber? Sekiranya projek
> my1os tidak mempunyai sumber [source code] projek ini boleh disaman oleh GNU
> General Public Licence
>
> “…. and charge them if you wish” My1OS memang layak untuk dijual, tetapi
> syaratnya
>
> “When we speak of free software, we are referring to freedom, not
>
> price. Our General Public Licenses are designed to make sure that you
>
> have the freedom to distribute copies of free software (and charge for
>
> them if you wish), that you receive source code or can get it if you
>
> want it, that you can change the software or use pieces of it in new
>
> free programs, and that you know you can do these things.”
>
> mesti ada sumber, dan saudara WAJIB memberi sumber [source code/changes]
> kepada sesiapapun yang meminta
>
> 2010/12/27 simpleLinux <[email protected]>
>>
>> Assalamualaikum w.b.t,
>>
>> Kehadapan saudara Fariz Luqman,
>>
>> Pertama sekali saya memohon maaf atas kelewatan membalas email saudara
>> kerana kesibukan masa.Diharap saudara dapat menerima seadanya.
>>
>> Berkenaan dengan pertanyaan saudara, izinkan saya menjelaskan sedikit
>> sebanyak projek kami iaitu my1os.
>>
>> Pertama sekali kami bukanlah ingin menjadi musuh/rival kepada mana mana OS
>> yang sedia ada baik diluar negara mahupun didalam negara Malaysia. Kami
>> ingin sekali melihat kerjasama yang boleh dihasilkan antara satu sama lain
>> demi mencapai objektif Kerajaan Malaysia iaitu Inovasi,Kreatif serta
>> memacu pembangunan negara.
>>
>> Didalam kami membangunkan sistem operasi ini, kami tidak sama sekali
>> dengan niat untuk melanggar mana mana peraturan lesen mahupun amalan lesen
>> yang dikeluarkan oleh GNU iaitu GPL (General Public License) samada ianya
>> versi 1,2 mahupun 3. Kami ingin sekali mencuba menceburkan diri dengan
>> mengambil model contoh kami iaitu syarikat antarabangsa yang terkemuka
>> didalam bidang sumber terbuka ini iaitu Red Hat.
>>
>> Ya kami akui bahawa kami mengenakan caj bayaran serendah RM 111.00 bagi
>> mendapatkan perisian sistem operasi kami iaitu my1os, tetapi ianya
>> bukanlah berbentuk lesen sama sekali. Ianya hanyalah melayakkan seseorang
>> pengguna yang bersetuju sepenuhnya menggunakan perisian sistem operasi
>> kami mendapatkan khidmat bantuan sokongan (support services) seperti mana
>> model perniagaan Red Hat. Izinkan saya sebagai pembangun utama sistem
>> operasi my1os untuk memetik kata kata Richard Stallman iaitu Founder GNU
>> "free is in freedom, not free as in free beer" melalui filem dokumentari
>> Revolution OS 2001 .
>>
>> Melalui filem dokumentari tersebut beliau menekankan prinsip berkongsi
>> maklumat sesama sendiri dan seluruh dunia serta menggalakkan bagaimana
>> boleh berniaga melalui sistem sumber terbuka. Dan diakhir filem
>> dokumentari tersebut, ditunjukkan dimana saham Red Hat dibuka secara
>> rasminya pada 19hb Ogos 1999 melalui IPO (Initial Public Offering)
>> sehingga bernilai 3 Billion USD dan rentetan dari inisiatif yang dimulakan
>> oleh Red Hat, VA Linux System mengikuti jejaknya dan berjaya.
>>
>> Disini bukanlah maksud saya menerangkan secara panjang lebar kenapa kami
>> memilih business model Red Hat. Akan tetapi saya percaya bahawa saudara
>> juga pembangun sistem operasi juga iaitu simpleLinux yang saya meletakkan
>> harapan tinggi untuk bersama sama berjaya dibidang yang saudara ceburi dan
>> ingin sekali melihat saudara dapat mengembangkannya hingga ke tahap yang
>> lebih tinggi.
>>
>> Kami pembangun sistem operasi my1os juga sentiasa melihat perkembangan ini
>> secara positif dimana kami bernaung dibawah Kementerian Antarabangsa dan
>> Industri (MITI) didalam program keusahawanan mereka serta kami bernaung
>> dibawah Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Adapun begitu kami melihat
>> perkembangan menjual khidmat sokongan bantuan (support services) tidak
>> melanggar mana mana klausa yang telah ditetapkan oleh GPL serta lesen
>> lesen yang berkenaan. Jika kami terlepas pandang, diharap saudara dapat
>> memperbetulkan kami supaya dapat dimanfaatkan bersama sama.
>>
>> Memetik kata kata En. Kahar Kamarudin di Facebook my1os, langkah seribu
>> bermula dengan langkah yang satu dan sudah tentunya jika tidak dimulakan
>> dengan langkah yang satu maka tidak akan tercapai langkah yang seribu.
>> Banyak lagi perkara yang kami perlu perbaiki dari masa ke semasa sistem
>> operasi my1os samada dari segi teknikal mahupun dari segi pentadbirannya.
>> Adapun begitu kami bersedia dengan beraninya melangkah kehadapan.
>>
>> Sudah tentunya saudara tertanya kenapa kami tidak memberikan secara
>> percuma kerana sumber kod yang kami terima adalah sumber terbuka serta
>> lesennya adalah untuk semua. Ya memang kami tidak menetapkan sebarang
>> syarat untuk menerima sumber kod kami, malah saudara boleh mengubahnya
>> tanpa sebarang permasalahan kerana ianya telah tertakluk dibawah lesen GPL
>> serta lain lain lesen yang berkaitan. Akan tetapi kami menampung kos yang
>> tinggi untuk mengedarkannya serta kami bukanlah memberikan semata mata
>> CD/DVD/USB malah kami memberikannya didalam bentuk starter pack yang
>> berisi dengan key-chain serta lain lain goodies yang difikir sesuai. Ini
>> tidak termasuk kos permulaan bagi support center kami serta talian
>> berkenaan dengan support services, malah kos untuk menampung operasi
>> pelayan kami.
>>
>> Projek sistem operasi my1os bukanlah semata mata mencari keuntungan
>> sahaja. Kami bekerjasama dengan IPTA serta IPTS dalam program CSR
>> (Corporate Social Responsibility) kami. Malah kami menawarkan peluang
>> pekerjaan kepada lepasan graduan yang difikir sesuai untuk diserapkan
>> kedalam projek sistem operasi kami. Pihak kami sentiasa in-line dengan
>> hasrat Kerajaan Malaysia dimana menghasilkan produk inovasi dan menekankan
>> kreativiti.
>>
>> Jika saudara tertanya adakah kami menggunakan sumber kod Ubuntu/Debian,
>> jawapannya, benar kami menggunakan sumber kod Ubuntu/Debian didalam
>> membangunkan sistem operasi kami. Dan seperti yang saya terangkan diatas,
>> kami sentiasa mematuhi lesen GPL serta lesen lesen berkaitan. Jika dilihat
>> dari perspektif yang lain, jika saudara menggunakan kernel linux versi
>> 2.6.x, ianya tidak berbeza dengan versi kernel linux yang kami gunakan.
>> Akan tetapi jika dibandingkan dengan Red Hat dan lain lain distro yang
>> sedia ada. Saudara dan saya sendiri tidak berbeza dengan mereka, kerana
>> mereka juga menggunakan kernel linux versi 2.6.x kerana ianya datang dari
>> satu sumber iaitu laman web kernel.org .
>>
>> Lebih mudah jika dapat dilihat sebegini, Red Hat jika di USA, perisa
>> pizza/hamburger, akan tetapi kami/kita berperisa sambal petai, budu dan
>> seterusnya.
>>
>> Akan tetapi bukanlah mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan jika tidak
>> menempuh kepayahan. Kami sentiasa berfikiran positif terhadap sebarang
>> komen/cadangan/kritikan/cemuhan samada di mailing list mahupun di forum
>> dimana sekalipun. Kami tidak berkecil hati jika ada terdiri dari bangsa
>> Melayu sendiri sekalipun mencemuh ataupun memberi pandangan negatif
>> terhadap kami. Kami terdiri daripada 100% bumiputera melayu yang
>> membangunkan sistem operasi ini tanpa apa apa yang perlu diselindungkan.
>> Kami juga mengambil iktibar dari sistem operasi terdahulu seperti Ketupat
>> Linux, Embun dan lain lain. Penghormatan untuk mereka yang gugur dalam
>> perjuangan sumber terbuka. Dengan izin, "where they fall is where WE
>> continue their fight" . Dimana mereka gugur disitulah kami, pembangun
>> sistem operasi my1os akan menyambung perjuangan mereka.
>>
>> Kami juga tidak memasang niat jahat terhadap mana mana sistem operasi yang
>> lain seperti saudara dengan simpleLinux, saudara saya mambang/Oshiri
>> dengan OshiriX dan lain lain lagi. Kami menyanjung penuh dan menghargai
>> usaha saudara sekelian didalam memperjuangkan sistem operasi sumber
>> terbuka.
>>
>> Diharap penjelasan ini dapat sedikit sebanyak memperjelaskan keraguan
>> saudara berkenaan dengan projek sistem operasi my1os. Kami bukanlah
>> berunsurkan politik, kami hanya patriotik kepada Malaysia.
>>
>>
>> Sekian, terima kasih
>>
>> --
>> Fariz Luqman
>> The Chairman of SimpleLinux
>> Visit: http://www.simplelinux.tk
>> Fb: http://facebook.com/simpleLinux
>>
>> "There IS a Malaysian Linux Distro"
>> ---
>> Facebook: facebook.com/farizluqman
>>
>>
>
>
>
> --
> Fariz Luqman
> The Chairman of SimpleLinux
> Visit: http://www.simplelinux.tk
> Fb: http://facebook.com/simpleLinux
>
> "There IS a Malaysian Linux Distro"
> ---
> Facebook: facebook.com/farizluqman
>
>
> --
> To unsubscribe from and detail about this group
> http://www.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://www.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

Kirim email ke