masokis nak tanya ni.... minta maaf lah ya..
masokis silap ke pergi sibuk2 beri pendapat ttg my1os tu ?

en.persona mcm marah je...... masokis minta ampun 10 jari.
wassalam......

2010/12/27 simpleLinux <[email protected]>:
> saya berasa kesal dengan sikap orang2 kt forum-forum sana... Apa2 pun,
> marilah sama2 kita membantu mereka, bak Kata Cikgu Haris
>
> 2010/12/27 MASOKIS <[email protected]>
>>
>> xpelah.... terima seadanya...... jgn ribut2 lagi.....
>> masokis dah bgi pendapat sebelum ni. dan telah diterima baik oleh
>> datac0de.
>> kang bgus, awal2 muncul.... ;)
>>
>> 2010/12/27 simpleLinux <[email protected]>:
>> > Tidak, kami tidak sesekali bermusuh dengan sesiapapun. Kami juga
>> > mendapat
>> > kata sepakat oleh seluruh subscriber mailinglist OSDC dan OWASP iaitu
>> > ingin
>> > berjumpa dengan my1os developers.
>> >
>> > Kami juga ingin mengetahui, adakah my1os mempunyai sumber? Sekiranya
>> > projek
>> > my1os tidak mempunyai sumber [source code] projek ini boleh disaman oleh
>> > GNU
>> > General Public Licence
>> >
>> > “…. and charge them if you wish” My1OS memang layak untuk dijual, tetapi
>> > syaratnya
>> >
>> > “When we speak of free software, we are referring to freedom, not
>> >
>> > price. Our General Public Licenses are designed to make sure that you
>> >
>> > have the freedom to distribute copies of free software (and charge for
>> >
>> > them if you wish), that you receive source code or can get it if you
>> >
>> > want it, that you can change the software or use pieces of it in new
>> >
>> > free programs, and that you know you can do these things.”
>> >
>> > mesti ada sumber, dan saudara WAJIB memberi sumber [source code/changes]
>> > kepada sesiapapun yang meminta
>> >
>> > 2010/12/27 simpleLinux <[email protected]>
>> >>
>> >> Assalamualaikum w.b.t,
>> >>
>> >> Kehadapan saudara Fariz Luqman,
>> >>
>> >> Pertama sekali saya memohon maaf atas kelewatan membalas email saudara
>> >> kerana kesibukan masa.Diharap saudara dapat menerima seadanya.
>> >>
>> >> Berkenaan dengan pertanyaan saudara, izinkan saya menjelaskan sedikit
>> >> sebanyak projek kami iaitu my1os.
>> >>
>> >> Pertama sekali kami bukanlah ingin menjadi musuh/rival kepada mana mana
>> >> OS
>> >> yang sedia ada baik diluar negara mahupun didalam negara Malaysia. Kami
>> >> ingin sekali melihat kerjasama yang boleh dihasilkan antara satu sama
>> >> lain
>> >> demi mencapai objektif Kerajaan Malaysia iaitu Inovasi,Kreatif serta
>> >> memacu pembangunan negara.
>> >>
>> >> Didalam kami membangunkan sistem operasi ini, kami tidak sama sekali
>> >> dengan niat untuk melanggar mana mana peraturan lesen mahupun amalan
>> >> lesen
>> >> yang dikeluarkan oleh GNU iaitu GPL (General Public License) samada
>> >> ianya
>> >> versi 1,2 mahupun 3. Kami ingin sekali mencuba menceburkan diri dengan
>> >> mengambil model contoh kami iaitu syarikat antarabangsa yang terkemuka
>> >> didalam bidang sumber terbuka ini iaitu Red Hat.
>> >>
>> >> Ya kami akui bahawa kami mengenakan caj bayaran serendah RM 111.00 bagi
>> >> mendapatkan perisian sistem operasi kami iaitu my1os, tetapi ianya
>> >> bukanlah berbentuk lesen sama sekali. Ianya hanyalah melayakkan
>> >> seseorang
>> >> pengguna yang bersetuju sepenuhnya menggunakan perisian sistem operasi
>> >> kami mendapatkan khidmat bantuan sokongan (support services) seperti
>> >> mana
>> >> model perniagaan Red Hat. Izinkan saya sebagai pembangun utama sistem
>> >> operasi my1os untuk memetik kata kata Richard Stallman iaitu Founder
>> >> GNU
>> >> "free is in freedom, not free as in free beer" melalui filem
>> >> dokumentari
>> >> Revolution OS 2001 .
>> >>
>> >> Melalui filem dokumentari tersebut beliau menekankan prinsip berkongsi
>> >> maklumat sesama sendiri dan seluruh dunia serta menggalakkan bagaimana
>> >> boleh berniaga melalui sistem sumber terbuka. Dan diakhir filem
>> >> dokumentari tersebut, ditunjukkan dimana saham Red Hat dibuka secara
>> >> rasminya pada 19hb Ogos 1999 melalui IPO (Initial Public Offering)
>> >> sehingga bernilai 3 Billion USD dan rentetan dari inisiatif yang
>> >> dimulakan
>> >> oleh Red Hat, VA Linux System mengikuti jejaknya dan berjaya.
>> >>
>> >> Disini bukanlah maksud saya menerangkan secara panjang lebar kenapa
>> >> kami
>> >> memilih business model Red Hat. Akan tetapi saya percaya bahawa saudara
>> >> juga pembangun sistem operasi juga iaitu simpleLinux yang saya
>> >> meletakkan
>> >> harapan tinggi untuk bersama sama berjaya dibidang yang saudara ceburi
>> >> dan
>> >> ingin sekali melihat saudara dapat mengembangkannya hingga ke tahap
>> >> yang
>> >> lebih tinggi.
>> >>
>> >> Kami pembangun sistem operasi my1os juga sentiasa melihat perkembangan
>> >> ini
>> >> secara positif dimana kami bernaung dibawah Kementerian Antarabangsa
>> >> dan
>> >> Industri (MITI) didalam program keusahawanan mereka serta kami bernaung
>> >> dibawah Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Adapun begitu kami melihat
>> >> perkembangan menjual khidmat sokongan bantuan (support services) tidak
>> >> melanggar mana mana klausa yang telah ditetapkan oleh GPL serta lesen
>> >> lesen yang berkenaan. Jika kami terlepas pandang, diharap saudara dapat
>> >> memperbetulkan kami supaya dapat dimanfaatkan bersama sama.
>> >>
>> >> Memetik kata kata En. Kahar Kamarudin di Facebook my1os, langkah seribu
>> >> bermula dengan langkah yang satu dan sudah tentunya jika tidak
>> >> dimulakan
>> >> dengan langkah yang satu maka tidak akan tercapai langkah yang seribu.
>> >> Banyak lagi perkara yang kami perlu perbaiki dari masa ke semasa sistem
>> >> operasi my1os samada dari segi teknikal mahupun dari segi
>> >> pentadbirannya.
>> >> Adapun begitu kami bersedia dengan beraninya melangkah kehadapan.
>> >>
>> >> Sudah tentunya saudara tertanya kenapa kami tidak memberikan secara
>> >> percuma kerana sumber kod yang kami terima adalah sumber terbuka serta
>> >> lesennya adalah untuk semua. Ya memang kami tidak menetapkan sebarang
>> >> syarat untuk menerima sumber kod kami, malah saudara boleh mengubahnya
>> >> tanpa sebarang permasalahan kerana ianya telah tertakluk dibawah lesen
>> >> GPL
>> >> serta lain lain lesen yang berkaitan. Akan tetapi kami menampung kos
>> >> yang
>> >> tinggi untuk mengedarkannya serta kami bukanlah memberikan semata mata
>> >> CD/DVD/USB malah kami memberikannya didalam bentuk starter pack yang
>> >> berisi dengan key-chain serta lain lain goodies yang difikir sesuai.
>> >> Ini
>> >> tidak termasuk kos permulaan bagi support center kami serta talian
>> >> berkenaan dengan support services, malah kos untuk menampung operasi
>> >> pelayan kami.
>> >>
>> >> Projek sistem operasi my1os bukanlah semata mata mencari keuntungan
>> >> sahaja. Kami bekerjasama dengan IPTA serta IPTS dalam program CSR
>> >> (Corporate Social Responsibility) kami. Malah kami menawarkan peluang
>> >> pekerjaan kepada lepasan graduan yang difikir sesuai untuk diserapkan
>> >> kedalam projek sistem operasi kami. Pihak kami sentiasa in-line dengan
>> >> hasrat Kerajaan Malaysia dimana menghasilkan produk inovasi dan
>> >> menekankan
>> >> kreativiti.
>> >>
>> >> Jika saudara tertanya adakah kami menggunakan sumber kod Ubuntu/Debian,
>> >> jawapannya, benar kami menggunakan sumber kod Ubuntu/Debian didalam
>> >> membangunkan sistem operasi kami. Dan seperti yang saya terangkan
>> >> diatas,
>> >> kami sentiasa mematuhi lesen GPL serta lesen lesen berkaitan. Jika
>> >> dilihat
>> >> dari perspektif yang lain, jika saudara menggunakan kernel linux versi
>> >> 2.6.x, ianya tidak berbeza dengan versi kernel linux yang kami gunakan.
>> >> Akan tetapi jika dibandingkan dengan Red Hat dan lain lain distro yang
>> >> sedia ada. Saudara dan saya sendiri tidak berbeza dengan mereka, kerana
>> >> mereka juga menggunakan kernel linux versi 2.6.x kerana ianya datang
>> >> dari
>> >> satu sumber iaitu laman web kernel.org .
>> >>
>> >> Lebih mudah jika dapat dilihat sebegini, Red Hat jika di USA, perisa
>> >> pizza/hamburger, akan tetapi kami/kita berperisa sambal petai, budu dan
>> >> seterusnya.
>> >>
>> >> Akan tetapi bukanlah mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan jika tidak
>> >> menempuh kepayahan. Kami sentiasa berfikiran positif terhadap sebarang
>> >> komen/cadangan/kritikan/cemuhan samada di mailing list mahupun di forum
>> >> dimana sekalipun. Kami tidak berkecil hati jika ada terdiri dari bangsa
>> >> Melayu sendiri sekalipun mencemuh ataupun memberi pandangan negatif
>> >> terhadap kami. Kami terdiri daripada 100% bumiputera melayu yang
>> >> membangunkan sistem operasi ini tanpa apa apa yang perlu
>> >> diselindungkan.
>> >> Kami juga mengambil iktibar dari sistem operasi terdahulu seperti
>> >> Ketupat
>> >> Linux, Embun dan lain lain. Penghormatan untuk mereka yang gugur dalam
>> >> perjuangan sumber terbuka. Dengan izin, "where they fall is where WE
>> >> continue their fight" . Dimana mereka gugur disitulah kami, pembangun
>> >> sistem operasi my1os akan menyambung perjuangan mereka.
>> >>
>> >> Kami juga tidak memasang niat jahat terhadap mana mana sistem operasi
>> >> yang
>> >> lain seperti saudara dengan simpleLinux, saudara saya mambang/Oshiri
>> >> dengan OshiriX dan lain lain lagi. Kami menyanjung penuh dan menghargai
>> >> usaha saudara sekelian didalam memperjuangkan sistem operasi sumber
>> >> terbuka.
>> >>
>> >> Diharap penjelasan ini dapat sedikit sebanyak memperjelaskan keraguan
>> >> saudara berkenaan dengan projek sistem operasi my1os. Kami bukanlah
>> >> berunsurkan politik, kami hanya patriotik kepada Malaysia.
>> >>
>> >>
>> >> Sekian, terima kasih
>> >>
>> >> --
>> >> Fariz Luqman
>> >> The Chairman of SimpleLinux
>> >> Visit: http://www.simplelinux.tk
>> >> Fb: http://facebook.com/simpleLinux
>> >>
>> >> "There IS a Malaysian Linux Distro"
>> >> ---
>> >> Facebook: facebook.com/farizluqman
>> >>
>> >>
>> >
>> >
>> >
>> > --
>> > Fariz Luqman
>> > The Chairman of SimpleLinux
>> > Visit: http://www.simplelinux.tk
>> > Fb: http://facebook.com/simpleLinux
>> >
>> > "There IS a Malaysian Linux Distro"
>> > ---
>> > Facebook: facebook.com/farizluqman
>> >
>> >
>> > --
>> > To unsubscribe from and detail about this group
>> > http://www.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>> >
>>
>>
>>
>> --
>> VISIT ME @ HTTP://WWW.MASOKIS.COM
>>
>> --
>> To unsubscribe from and detail about this group
>> http://www.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>
>
>
> --
> Fariz Luqman
> The Chairman of SimpleLinux
> Visit: http://www.simplelinux.tk
> Fb: http://facebook.com/simpleLinux
>
> "There IS a Malaysian Linux Distro"
> ---
> Facebook: facebook.com/farizluqman
>
>
> --
> To unsubscribe from and detail about this group
> http://www.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>



-- 
VISIT ME @ HTTP://WWW.MASOKIS.COM

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://www.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

Kirim email ke