Betul, Source Code hanyalah kepada pembeli dan GNU GPL kata, penerima Source Code itu berhak berbuat apa saja dengannya, termasuklah memberikannya kepada orang lain samada dalam bentuk asal atau sebaliknya.
Rasanya, sebab inilah Redhat publish terus Source Code mereka di http://ftp.redhat.com dan sesiapa pun boleh download. Kalau nak tanya SuSE Linux Enterprise Server, mereka memang hanya bagi pada pelanggan mereka sahaja. http://dag.wieers.com/blog/why-is-there-no-open-source-sles Regards 2010/12/27 Haris bin Ali <[email protected]> > > mesti ada sumber, dan saudara WAJIB memberi sumber [source code/changes] > > kepada sesiapapun yang meminta > > Setahu saya ini tidak benar. Source code hanya perlu diberi kepada > pembeli. Tetapi pembeli mesti mempunyai kebenaran untuk distribute > source code itu sendiri. > > > http://www.gnu.org/licenses/gpl-faq.html#DoesTheGPLRequireAvailabilityToPublic > > //[email protected] > > > 2010/12/27 simpleLinux <[email protected]>: > > Tidak, kami tidak sesekali bermusuh dengan sesiapapun. Kami juga mendapat > > kata sepakat oleh seluruh subscriber mailinglist OSDC dan OWASP iaitu > ingin > > berjumpa dengan my1os developers. > > > > Kami juga ingin mengetahui, adakah my1os mempunyai sumber? Sekiranya > projek > > my1os tidak mempunyai sumber [source code] projek ini boleh disaman oleh > GNU > > General Public Licence > > > > “…. and charge them if you wish” My1OS memang layak untuk dijual, tetapi > > syaratnya > > > > “When we speak of free software, we are referring to freedom, not > > > > price. Our General Public Licenses are designed to make sure that you > > > > have the freedom to distribute copies of free software (and charge for > > > > them if you wish), that you receive source code or can get it if you > > > > want it, that you can change the software or use pieces of it in new > > > > free programs, and that you know you can do these things.” > > > > mesti ada sumber, dan saudara WAJIB memberi sumber [source code/changes] > > kepada sesiapapun yang meminta > > > > 2010/12/27 simpleLinux <[email protected]> > >> > >> Assalamualaikum w.b.t, > >> > >> Kehadapan saudara Fariz Luqman, > >> > >> Pertama sekali saya memohon maaf atas kelewatan membalas email saudara > >> kerana kesibukan masa.Diharap saudara dapat menerima seadanya. > >> > >> Berkenaan dengan pertanyaan saudara, izinkan saya menjelaskan sedikit > >> sebanyak projek kami iaitu my1os. > >> > >> Pertama sekali kami bukanlah ingin menjadi musuh/rival kepada mana mana > OS > >> yang sedia ada baik diluar negara mahupun didalam negara Malaysia. Kami > >> ingin sekali melihat kerjasama yang boleh dihasilkan antara satu sama > lain > >> demi mencapai objektif Kerajaan Malaysia iaitu Inovasi,Kreatif serta > >> memacu pembangunan negara. > >> > >> Didalam kami membangunkan sistem operasi ini, kami tidak sama sekali > >> dengan niat untuk melanggar mana mana peraturan lesen mahupun amalan > lesen > >> yang dikeluarkan oleh GNU iaitu GPL (General Public License) samada > ianya > >> versi 1,2 mahupun 3. Kami ingin sekali mencuba menceburkan diri dengan > >> mengambil model contoh kami iaitu syarikat antarabangsa yang terkemuka > >> didalam bidang sumber terbuka ini iaitu Red Hat. > >> > >> Ya kami akui bahawa kami mengenakan caj bayaran serendah RM 111.00 bagi > >> mendapatkan perisian sistem operasi kami iaitu my1os, tetapi ianya > >> bukanlah berbentuk lesen sama sekali. Ianya hanyalah melayakkan > seseorang > >> pengguna yang bersetuju sepenuhnya menggunakan perisian sistem operasi > >> kami mendapatkan khidmat bantuan sokongan (support services) seperti > mana > >> model perniagaan Red Hat. Izinkan saya sebagai pembangun utama sistem > >> operasi my1os untuk memetik kata kata Richard Stallman iaitu Founder GNU > >> "free is in freedom, not free as in free beer" melalui filem dokumentari > >> Revolution OS 2001 . > >> > >> Melalui filem dokumentari tersebut beliau menekankan prinsip berkongsi > >> maklumat sesama sendiri dan seluruh dunia serta menggalakkan bagaimana > >> boleh berniaga melalui sistem sumber terbuka. Dan diakhir filem > >> dokumentari tersebut, ditunjukkan dimana saham Red Hat dibuka secara > >> rasminya pada 19hb Ogos 1999 melalui IPO (Initial Public Offering) > >> sehingga bernilai 3 Billion USD dan rentetan dari inisiatif yang > dimulakan > >> oleh Red Hat, VA Linux System mengikuti jejaknya dan berjaya. > >> > >> Disini bukanlah maksud saya menerangkan secara panjang lebar kenapa kami > >> memilih business model Red Hat. Akan tetapi saya percaya bahawa saudara > >> juga pembangun sistem operasi juga iaitu simpleLinux yang saya > meletakkan > >> harapan tinggi untuk bersama sama berjaya dibidang yang saudara ceburi > dan > >> ingin sekali melihat saudara dapat mengembangkannya hingga ke tahap yang > >> lebih tinggi. > >> > >> Kami pembangun sistem operasi my1os juga sentiasa melihat perkembangan > ini > >> secara positif dimana kami bernaung dibawah Kementerian Antarabangsa dan > >> Industri (MITI) didalam program keusahawanan mereka serta kami bernaung > >> dibawah Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Adapun begitu kami melihat > >> perkembangan menjual khidmat sokongan bantuan (support services) tidak > >> melanggar mana mana klausa yang telah ditetapkan oleh GPL serta lesen > >> lesen yang berkenaan. Jika kami terlepas pandang, diharap saudara dapat > >> memperbetulkan kami supaya dapat dimanfaatkan bersama sama. > >> > >> Memetik kata kata En. Kahar Kamarudin di Facebook my1os, langkah seribu > >> bermula dengan langkah yang satu dan sudah tentunya jika tidak dimulakan > >> dengan langkah yang satu maka tidak akan tercapai langkah yang seribu. > >> Banyak lagi perkara yang kami perlu perbaiki dari masa ke semasa sistem > >> operasi my1os samada dari segi teknikal mahupun dari segi > pentadbirannya. > >> Adapun begitu kami bersedia dengan beraninya melangkah kehadapan. > >> > >> Sudah tentunya saudara tertanya kenapa kami tidak memberikan secara > >> percuma kerana sumber kod yang kami terima adalah sumber terbuka serta > >> lesennya adalah untuk semua. Ya memang kami tidak menetapkan sebarang > >> syarat untuk menerima sumber kod kami, malah saudara boleh mengubahnya > >> tanpa sebarang permasalahan kerana ianya telah tertakluk dibawah lesen > GPL > >> serta lain lain lesen yang berkaitan. Akan tetapi kami menampung kos > yang > >> tinggi untuk mengedarkannya serta kami bukanlah memberikan semata mata > >> CD/DVD/USB malah kami memberikannya didalam bentuk starter pack yang > >> berisi dengan key-chain serta lain lain goodies yang difikir sesuai. Ini > >> tidak termasuk kos permulaan bagi support center kami serta talian > >> berkenaan dengan support services, malah kos untuk menampung operasi > >> pelayan kami. > >> > >> Projek sistem operasi my1os bukanlah semata mata mencari keuntungan > >> sahaja. Kami bekerjasama dengan IPTA serta IPTS dalam program CSR > >> (Corporate Social Responsibility) kami. Malah kami menawarkan peluang > >> pekerjaan kepada lepasan graduan yang difikir sesuai untuk diserapkan > >> kedalam projek sistem operasi kami. Pihak kami sentiasa in-line dengan > >> hasrat Kerajaan Malaysia dimana menghasilkan produk inovasi dan > menekankan > >> kreativiti. > >> > >> Jika saudara tertanya adakah kami menggunakan sumber kod Ubuntu/Debian, > >> jawapannya, benar kami menggunakan sumber kod Ubuntu/Debian didalam > >> membangunkan sistem operasi kami. Dan seperti yang saya terangkan > diatas, > >> kami sentiasa mematuhi lesen GPL serta lesen lesen berkaitan. Jika > dilihat > >> dari perspektif yang lain, jika saudara menggunakan kernel linux versi > >> 2.6.x, ianya tidak berbeza dengan versi kernel linux yang kami gunakan. > >> Akan tetapi jika dibandingkan dengan Red Hat dan lain lain distro yang > >> sedia ada. Saudara dan saya sendiri tidak berbeza dengan mereka, kerana > >> mereka juga menggunakan kernel linux versi 2.6.x kerana ianya datang > dari > >> satu sumber iaitu laman web kernel.org . > >> > >> Lebih mudah jika dapat dilihat sebegini, Red Hat jika di USA, perisa > >> pizza/hamburger, akan tetapi kami/kita berperisa sambal petai, budu dan > >> seterusnya. > >> > >> Akan tetapi bukanlah mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan jika tidak > >> menempuh kepayahan. Kami sentiasa berfikiran positif terhadap sebarang > >> komen/cadangan/kritikan/cemuhan samada di mailing list mahupun di forum > >> dimana sekalipun. Kami tidak berkecil hati jika ada terdiri dari bangsa > >> Melayu sendiri sekalipun mencemuh ataupun memberi pandangan negatif > >> terhadap kami. Kami terdiri daripada 100% bumiputera melayu yang > >> membangunkan sistem operasi ini tanpa apa apa yang perlu diselindungkan. > >> Kami juga mengambil iktibar dari sistem operasi terdahulu seperti > Ketupat > >> Linux, Embun dan lain lain. Penghormatan untuk mereka yang gugur dalam > >> perjuangan sumber terbuka. Dengan izin, "where they fall is where WE > >> continue their fight" . Dimana mereka gugur disitulah kami, pembangun > >> sistem operasi my1os akan menyambung perjuangan mereka. > >> > >> Kami juga tidak memasang niat jahat terhadap mana mana sistem operasi > yang > >> lain seperti saudara dengan simpleLinux, saudara saya mambang/Oshiri > >> dengan OshiriX dan lain lain lagi. Kami menyanjung penuh dan menghargai > >> usaha saudara sekelian didalam memperjuangkan sistem operasi sumber > >> terbuka. > >> > >> Diharap penjelasan ini dapat sedikit sebanyak memperjelaskan keraguan > >> saudara berkenaan dengan projek sistem operasi my1os. Kami bukanlah > >> berunsurkan politik, kami hanya patriotik kepada Malaysia. > >> > >> > >> Sekian, terima kasih > >> > >> -- > >> Fariz Luqman > >> The Chairman of SimpleLinux > >> Visit: http://www.simplelinux.tk > >> Fb: http://facebook.com/simpleLinux > >> > >> "There IS a Malaysian Linux Distro" > >> --- > >> Facebook: facebook.com/farizluqman > >> > >> > > > > > > > > -- > > Fariz Luqman > > The Chairman of SimpleLinux > > Visit: http://www.simplelinux.tk > > Fb: http://facebook.com/simpleLinux > > > > "There IS a Malaysian Linux Distro" > > --- > > Facebook: facebook.com/farizluqman > > > > > > -- > > To unsubscribe from and detail about this group > > http://www.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information > > > > -- > To unsubscribe from and detail about this group > http://www.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information > -- To unsubscribe from and detail about this group http://www.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

