perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:Agak menarik dan insyaallah saya akan cuba 
dapatkan buku tersebut. 
Namun demikian, perkara yang perlu diambil pertimbangan dan perhatian ialah 
kesahihan cerita sejarah yang dipaparkan beserta sumbernya.
 


ismail zaki <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Sejarah Kelantan banyak diceritakan dlm buku "Warisan Kelantan" yang 
diterbitkan dlm beberapa jilid. Buku ini saya kurang pasti sama ada masih 
dijual di kedai2 buku atau tidak. Saya pernah membaca sebahagian drpdnya. 
Banyak kisah menarik yg boleh kita ambil dr buku tersebut termasuklah asal usul 
ibu negeri Kelantan, taufan yang pernah membunuh ribuan rakyat Kelantan 
sehingga sebahagiannya terpaksa berhijrah ke Terengganu, Pahang dan Johor, 
Kisah letusan gunung berapi Krakatoa di Indonesia dan kesannya kpd Kelantan. 
Juga dipaparkan kisah2 peperangan yg pernah terjadi serta perebutan kuasa di 
Kelantan. Sungguh menarik. Ingin saya mencari buku2 tersebut utk dibuat arkib 
bagi tatapan generasi akan datang. Ada beberapa buah kampung yg dikategorikan 
penempatan terawal rakyat Kelantan dan dipercayai seluruh penduduk Kelantan 
sekarang berkembang biak dr kampung2 ini. Kg2 tersebut sebhg besarnya terletak 
di Kota Bharu iaitu Penambang, Banggul dan yg lain saya kurang pasti. Kg Laut 
pula
terletak di Tumpat. Tak silap saya sebuah lagi ialah Pdg Pak Amat di Pasir 
Puteh. Semua sekali ada 9 buah kg. Info yg lain bolehlah dibaca dlm buku2 
tersebut. Ada ke sesiapa tahu macamana saya nak dptkan buku2 tersebut?

perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:Dipetik dari laman mykelate.net

Negeri yang sekarang bernama "Kelantan" dahulunya dikenali dengan 
berbagai-bagai nama. Sejarahnya amat lama dan tua. Ia lebih tua daripada 
negeri-negeri Melayu pantai barat seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka, 
malah ia mungkin lebih tua daripada Kedah dan Patani.

Pada zaman ribuan tahun yang lalu, negeri Kelantan dikatakan bernama "Medang 
Kamulan". Kemudian tidak lama sebelum abad pertama ia bernama "Medang Gana", 
dan nama ini berlanjutan hingga abad ke-5 sebelum ia berubah kepada "Kalatana" 
atau "Tanah Kala". Catatan China menyebut nama ini sebagai "Ho-la-tan" atau 
"Ko'ulo-tan". Nama ini dipakai sehingga separuh bahagian kedua abad ke-6.

**************

                
---------------------------------
 Start your day with Yahoo! - make it your home page 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke