Buku Warisan Kelantan adlh tulisan bberapa org pakar
sjrh Klntan tmasuk psyarah univ. Diterbitkn oleh Jab
Arkib/Muzium Kelantan. Byk gmbr lama turut dselitkn.
--- [email protected] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Sejarah Kelantan banyak diceritakan dlm buku
"Warisan Kelantan" yang diterbitkan dlm beberapa
jilid. Buku ini saya kurang pasti sama ada masih
dijual di kedai2 buku atau tidak. Saya pernah membaca
sebahagian drpdnya. Banyak kisah menarik yg boleh kita
ambil dr buku tersebut termasuklah asal usul ibu
negeri Kelantan, taufan yang pernah membunuh ribuan
rakyat Kelantan sehingga sebahagiannya terpaksa
berhijrah ke Terengganu, Pahang dan Johor, Kisah
letusan gunung berapi Krakatoa di Indonesia dan
kesannya kpd Kelantan. Juga dipaparkan kisah2
peperangan yg pernah terjadi serta perebutan kuasa di
Kelantan. Sungguh menarik. Ingin saya mencari buku2
tersebut utk dibuat arkib bagi tatapan generasi akan
datang. Ada beberapa buah kampung yg dikategorikan
penempatan terawal rakyat Kelantan dan dipercayai
seluruh penduduk Kelantan sekarang berkembang biak dr
kampung2 ini. Kg2 tersebut sebhg besarnya terletak di
Kota Bharu iaitu Penambang, Banggul dan yg lain saya
kurang pasti. Kg Laut pula
>  terletak di Tumpat. Tak silap saya sebuah lagi
ialah Pdg Pak Amat di Pasir Puteh. Semua sekali ada 9
buah kg. Info yg lain bolehlah dibaca dlm buku2
tersebut. Ada ke sesiapa tahu macamana saya nak dptkan
buku2 tersebut?
> 
> perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:Dipetik dari
laman mykelate.net
> 
> Negeri yang sekarang bernama "Kelantan" dahulunya
dikenali dengan berbagai-bagai nama. Sejarahnya amat
lama dan tua. Ia lebih tua daripada negeri-negeri
Melayu pantai barat seperti Selangor, Negeri Sembilan
dan Melaka, malah ia mungkin lebih tua daripada Kedah
dan Patani.
> 
> Pada zaman ribuan tahun yang lalu, negeri Kelantan
dikatakan bernama "Medang Kamulan". Kemudian tidak
lama sebelum abad pertama ia bernama "Medang Gana",
dan nama ini berlanjutan hingga abad ke-5 sebelum ia
berubah kepada "Kalatana" atau "Tanah Kala". Catatan
China menyebut nama ini sebagai "Ho-la-tan" atau
"Ko'ulo-tan". Nama ini dipakai sehingga separuh
bahagian kedua abad ke-6.
> 
> Pada akhir abad ke-6 Masehi, nama negeri Kelantan
bertukar kepada "Raktamrittika" yang bererti Negeri
Tanah Merah. Nama ini diberi oleh Raja Kelantan yang
bernama Gautama selepas ia melancarkan pemberontakan
terhadap Fu-nan (Kemboja), lalu mendirikan ibu kotanya
di daerah padalaman Kelantan yang strategik dan kaya
dengan emas. Ahli-ahli sejarah berpendapat bahawa
Raktamrittika ini adalah sama dengan "Chi'ih-tu" yang
disebut oleh Wei Cheng (581-643) dalam Shi-Shu.
Dinyatakan dalam catatan China ini bahawa Chi'h-tu
terletak di selatan Langkasuka (lebih kurang Patani
sekarang). Ada digambarkan dalam catatan dan jaraknya
antaranya dengan Champa ialah sejauh sepuluh hari
perjalanan. Tidak syak lagi bahawa lokasi seperti ini
ialah negeri Kelantan sekarang. 
> 
> Dalam abad ke-7 Masehi sebuah nama baharu, "Sri
Wijaya Mala" muncul menggantikan Raktamrittika. Dalam
tahun 677 Masehi, maharajanya, Sri Jayanaga, berjaya
menakluk seluruh Semenanjung lalu mengisytiharkan nama
"Sri Wijaya" bagi negara yang dibangunkannya. Negara
ini kemudian meluas sampai keluar Semenanjung Tanah
Melayu hingga ke Melayu di Sumatera pada kira-kira
abad ke-7. Di sini baginda membangunkan sebuah ibu
kota yang baru di sekitar Palembang sekarang. Negeri
Kelantan (Sri Wiajaya) diserahkan kepada puteranya,
Sri Maharaja Dripantara, manakala Palembang (Sri
Wijaya II) diberi kepada puteranya Sri Maharaja
DiRaja. Kedua-dua kerajaan ini kemudiannya disatukan
oleh Sanjana, cucu baginda dalam sebuah empayar yang
disebut oleh orang China San-Fo-Tse (Tanah Seri Indah
Sekebun Bunga). Peristiwa ini terjadi dalam abad ke-8
Masehi.
> 
> -dipetik dari teks asal buku "Ikhtisar Sejarah
Kelantan" oleh Abdul Razak Mahmud (Ustaz Mat), Bab 2,
muka surat 7 & 8, Cetakan Pertama, Mac 2002, dicetak
dan diterbitkan oleh Pustaka Aman Press, Kota Bharu
Kelantan. 
> 
> Komen penulis di bahagian 'blurb' buku: 
> 
> [I]"Sudah bukan rahsia lagi kalau Negeri Kelantan
Darulnaim dikenal sebagai sebuah negeri yang sangat
berlainan daripada negeri-negeri Melayu lain di
Semenanjung Malaysia. Kelai
=== Message Truncated === 


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Kebenaran pastinya akan mengatasi kebatilan.
$$$$$$      Em Zek       $$$$$$$$
$$$$     012-9659785       $$$$$$ Janji Allah tetap benar.
$$  Dept of Math & Science   $$$$
$$$$         (^v^)         $$$$$$ Let Islam Be Our Way Of Life.










                
____________________________________________________
Start your day with Yahoo! - make it your home page 
http://www.yahoo.com/r/hs 
 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke