Agak menarik dan insyaallah saya akan cuba dapatkan buku tersebut. Namun demikian, perkara yang perlu diambil pertimbangan dan perhatian ialah kesahihan cerita sejarah yang dipaparkan beserta sumbernya.
ismail zaki <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Sejarah Kelantan banyak diceritakan dlm buku "Warisan Kelantan" yang diterbitkan dlm beberapa jilid. Buku ini saya kurang pasti sama ada masih dijual di kedai2 buku atau tidak. Saya pernah membaca sebahagian drpdnya. Banyak kisah menarik yg boleh kita ambil dr buku tersebut termasuklah asal usul ibu negeri Kelantan, taufan yang pernah membunuh ribuan rakyat Kelantan sehingga sebahagiannya terpaksa berhijrah ke Terengganu, Pahang dan Johor, Kisah letusan gunung berapi Krakatoa di Indonesia dan kesannya kpd Kelantan. Juga dipaparkan kisah2 peperangan yg pernah terjadi serta perebutan kuasa di Kelantan. Sungguh menarik. Ingin saya mencari buku2 tersebut utk dibuat arkib bagi tatapan generasi akan datang. Ada beberapa buah kampung yg dikategorikan penempatan terawal rakyat Kelantan dan dipercayai seluruh penduduk Kelantan sekarang berkembang biak dr kampung2 ini. Kg2 tersebut sebhg besarnya terletak di Kota Bharu iaitu Penambang, Banggul dan yg lain saya kurang pasti. Kg Laut pula terletak di Tumpat. Tak silap saya sebuah lagi ialah Pdg Pak Amat di Pasir Puteh. Semua sekali ada 9 buah kg. Info yg lain bolehlah dibaca dlm buku2 tersebut. Ada ke sesiapa tahu macamana saya nak dptkan buku2 tersebut? perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:Dipetik dari laman mykelate.net Negeri yang sekarang bernama "Kelantan" dahulunya dikenali dengan berbagai-bagai nama. Sejarahnya amat lama dan tua. Ia lebih tua daripada negeri-negeri Melayu pantai barat seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka, malah ia mungkin lebih tua daripada Kedah dan Patani. Pada zaman ribuan tahun yang lalu, negeri Kelantan dikatakan bernama "Medang Kamulan". Kemudian tidak lama sebelum abad pertama ia bernama "Medang Gana", dan nama ini berlanjutan hingga abad ke-5 sebelum ia berubah kepada "Kalatana" atau "Tanah Kala". Catatan China menyebut nama ini sebagai "Ho-la-tan" atau "Ko'ulo-tan". Nama ini dipakai sehingga separuh bahagian kedua abad ke-6. Pada akhir abad ke-6 Masehi, nama negeri Kelantan bertukar kepada "Raktamrittika" yang bererti Negeri Tanah Merah. Nama ini diberi oleh Raja Kelantan yang bernama Gautama selepas ia melancarkan pemberontakan terhadap Fu-nan (Kemboja), lalu mendirikan ibu kotanya di daerah padalaman Kelantan yang strategik dan kaya dengan emas. Ahli-ahli sejarah berpendapat bahawa Raktamrittika ini adalah sama dengan "Chi'ih-tu" yang disebut oleh Wei Cheng (581-643) dalam Shi-Shu. Dinyatakan dalam catatan China ini bahawa Chi'h-tu terletak di selatan Langkasuka (lebih kurang Patani sekarang). Ada digambarkan dalam catatan dan jaraknya antaranya dengan Champa ialah sejauh sepuluh hari perjalanan. Tidak syak lagi bahawa lokasi seperti ini ialah negeri Kelantan sekarang. Dalam abad ke-7 Masehi sebuah nama baharu, "Sri Wijaya Mala" muncul menggantikan Raktamrittika. Dalam tahun 677 Masehi, maharajanya, Sri Jayanaga, berjaya menakluk seluruh Semenanjung lalu mengisytiharkan nama "Sri Wijaya" bagi negara yang dibangunkannya. Negara ini kemudian meluas sampai keluar Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Melayu di Sumatera pada kira-kira abad ke-7. Di sini baginda membangunkan sebuah ibu kota yang baru di sekitar Palembang sekarang. Negeri Kelantan (Sri Wiajaya) diserahkan kepada puteranya, Sri Maharaja Dripantara, manakala Palembang (Sri Wijaya II) diberi kepada puteranya Sri Maharaja DiRaja. Kedua-dua kerajaan ini kemudiannya disatukan oleh Sanjana, cucu baginda dalam sebuah empayar yang disebut oleh orang China San-Fo-Tse (Tanah Seri Indah Sekebun Bunga). Peristiwa ini terjadi dalam abad ke-8 Masehi. -dipetik dari teks asal buku "Ikhtisar Sejarah Kelantan" oleh Abdul Razak Mahmud (Ustaz Mat), Bab 2, muka surat 7 & 8, Cetakan Pertama, Mac 2002, dicetak dan diterbitkan oleh Pustaka Aman Press, Kota Bharu Kelantan. Komen penulis di bahagian 'blurb' buku: [I]"Sudah bukan rahsia lagi kalau Negeri Kelantan Darulnaim dikenal sebagai sebuah negeri yang sangat berlainan daripada negeri-negeri Melayu lain di Semenanjung Malaysia. Kelainan ini bukan sahaja tampak pada warna Melayu dan Islamnya yang kental, pada permainan politiknya yang culas dan cenderung berani, pada warisan seni dan budayanya yang kaya dan pelbagai, pada dialek bahasanya yang ganjil, atau pada watak Kelantanesenya yang keras dan tegar, akan tetapi juga dapat dirujuk dan ditelusuri lewat sejarahnya yang panjang dan lama. Malah tidak salah kalau dikatakan bahawa "faktor sejarah" ini juga turut berperan membentuk watak dan jatidiri Kelantan sehingga menjadikannya sangat berlainan dan berbeza daripada saudara-saudara Melayunya yang lain. Juga bukan rahsia lagi kalau dikatakan bahawa sejarah lampau Kelantan lebih banyak terkait dengan negeri-negeri di luar Malaysia seperti Patani atau Champa, ketimbang dengan neger-negeri di Semenanjung sendiri. Kerana kelainannya yang seperti ini, maka jangan hairanlah apabila negeri Kelantan sentiasa dapat menggamit perhatian para pelancong, atau malah para ilmuan dari berbagai pojok dunia, untuk datang bertemasya atau membuat kaji selidik di negerinya yang terpencil, dan dikucilkan, tetapi indah ini..."[/I] http://mykelate.net/v1/index.php?showtopic=768&st=0 __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] SPONSORED LINKS Malaysia hotel Malaysia travel --------------------------------- YAHOO! GROUPS LINKS Visit your group "perakan" on the web. To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service. --------------------------------- $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ Kebenaran pastinya akan mengatasi kebatilan. $$$$$$ Em Zek $$$$$$$$ $$$$ 012-9659785 $$$$$$ Janji Allah tetap benar. $$ Dept of Math & Science $$$$ $$$$ (^v^) $$$$$$ Let Islam Be Our Way Of Life. --------------------------------- Start your day with Yahoo! - make it your home page [Non-text portions of this message have been removed] SPONSORED LINKS Malaysia hotel Malaysia travel --------------------------------- YAHOO! GROUPS LINKS Visit your group "perakan" on the web. To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service. --------------------------------- --------------------------------- Do you Yahoo!? Yahoo! Mail - You care about security. So do we. [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
