hotel perdana tu tak lah jauh ngan padang perdana,dekat jer.nati sampai hotel 
tu,dpn hotel tu ada library negeri kelate sblah tepi library tu ada padang,so 
tu lah padang perdana...

Azahari Ahmad <[EMAIL PROTECTED]> wrote:saya akan balik ke kelantan untuk 
tengok konsert mawi (sambil ada urusan lain jugak la). akan tinggal di hotel 
perdana. masalahnya saya tak tau padang perdana tempat nak buat konsert tautan 
kasih tu kat mana.

jauh ke dari hotel perdana? harap sapa2 boleh tolong tunjuk arah...terimaksih

perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Oleh Mohd. Sayuti Omar

Tanpa prejudis – dengan mengambil kira pandangan pro dan kontra berhubung 
hasrat (murni?) kerajaan Kelantan untuk membawa penghibur beraura Mawi ke 
negeri itu, kerajaan Kelantan perlu menyemak balik cadangan itu. Polemik 
mengenai perkara itu wajar diberi perhatian. Meskipun kerajaan negeri berkenaan 
mempunyai kuasa dan hak mutlak ke atasnya, namun mereka harus peka kepada 
pandangan umum. 

Ternyata sejak hasrat untuk membawa Mawi berhibur di Kelantan, timbul berbagai 
pandapat pro dan kontra. Ada yang setuju, ada yang tidak, malah ramai juga yang 
keliru. Yang tidak bersetuju berhujah – hiburan atas nama apa sekalipun tidak 
mampu untuk dijadikan saluran dakwah ternatijah. Pandangan ini bukan bernada 
cemburu sebaliknya dibuat berpandukan kepada pengalaman peribadi. Mereka 
berpihak kepada suara ini kurang yakin hiburan ala Mawi dapat membawa kebaikan!

Manakala yang setuju (terpesona) pula melihat aura Mawi boleh merubah remaja. 
Membawa imej baru dalam bentuk hiburan yang tercari-cari oleh Pas (kerajaan 
Kelantan) selama ini. Mereka juga berhujah panjang lebar, sampai menyongsongi 
ke sejarah di zaman jahiliah dan Rasulullah s.a.w. Tanpa segan silu ada juga 
yang mahu Mawi dijadikan ikon remaja kini. Ikon?

Sementara di celah pergelutan dua kumpulan, itu ada satu lagi pihak yang jadi 
keliru. Mereka hilang punca kepada ‘mazhab’ mana harus mereka berpegang. Sebab 
keduanya ada dalil ‘aqli’ dan ‘naqli’ yang tidak mudah untuk ‘ditohok’ (lempar) 
begitu sahaja. Lalu mereka ini terawang-awangan dan terus memerhati kemelut itu 
dengan seribu tanda soal.

Di sini sekali lagi saya tetap berdiri di tengah tanpa bias kepada mana-mana 
pihak. Saya lebih bersikap seperti golongan ketiga itu, namun tidak begitu 
terkeliru! Di sini ada beberapa pandangan (dan juga persoalan) yang hendak 
dilontarkan demi mencari justifikasi ke atas apa yang berlaku.Tujuannya satu; 
untuk mencari yang terbaik dan keredhaan Allah.

Pertama saya ingin bertanya sejauh manakah kerajaan Kelantan ikhlas dengan 
konsert itu. Apakah nawaitu untuk menganjurkan konsert itu murni untuk 
mengatasi masalah ketandusan hiburan di negeri itu sejak Pas mengambil alih 
lebih 15 tahun lalu? Atau pun program itu lebih bermotifkan politik. Dalam kata 
tanpa berselindung mahu mencuri manfaat daripada kehadiran ‘senteri’ akademi 
fantasia itu?

Saya menimbulkan ini kerana kalau kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat 
ikhlas dan serius dalam bidang ini, kenapa kerajaan Kelantan tidak mengemukakan 
konsep hiburannya sendiri? Buat madrasah nyanyian sendiri. Atau kalau tidak ada 
idea (kreativiti) cukuplah kerajaan Kelantan memberi galakan kepada kumpulan 
nasyid di negeri itu dengan mengajurkan pertandingan nasyid. 

Atau memberi ruang kepada kumpulan nasyid yang sedia ada untuk mengadakan 
persembahan di mana-mana majlis yang dianjurkan oleh kerajaan negeri atau Pas. 
Setidak-tidaknya inisiatif itu membuka jalan dan memberi peluang kepada anak 
muda yang berminat dalam lapangan kesenian ini menonjolkan bakat mereka. Saya 
percaya setiap sekolah agama di Kelantan mempunyai kumpulan nasyid 
masing-masing. 

Selain itu, kalau kerajaan Kelantan ‘sungguh’ kerajaan Kelantan juga boleh 
mewujudkan institusi khusus di dalam bidang seni di Kelantan seperti mana 
wujudnya Gelanggang Seni di Kota Bharu yang menjadi institusi keseniaan di 
negeri itu. Gelanggang Seni adalah medan orang-orang Kelantan bermain 
(melepaskan gian) dalam pelbagai bentuk kesenian tradisional yang ada di negeri 
itu, disamping ia menjadi pusat tarikan pelancong.

Lantaran itu bagi hemah saya konsert Mawi adalah satu pengeksploitasian 
mengenai aura Mawi yang menjadi pujaan dan kegilaan remaja muasir ini oleh Pas 
saja. Konsert itu tidak ada apa-apa atau mampu untuk merubah trend hiburan masa 
kini di Kelantan apa lagi kalau dengan konsert itu diharapkan dapat menggarap 
bentuk hiburan baru. 

Tindakan membawa Mawi itu tidak kurang, sama seperti tindakan golongan politik 
lain yang membawa balik artis atau seleberiti terkenal di Kelantan menghadiri 
apa-apa majlis kelolaan mereka. Semua itu dijadikan modal atau ‘pembalut joran’ 
agar orang ramai hadir. Kalau tindakan golongan politik itu dikecam oleh Pas, 
maka sudah tentu tindakan Pas membawa Mawi atas nawaitu sama juga turut akan 
diejek oleh golongan itu.

Kita masih ingat suatu waktu ketika Roslin Hashim muncul sebagai johan 
badminton All England, semua orang politik mengalu-alu kemenangan beliau itu. 
Ada yang berkunjung ke rumah mengucapkan tahniah dan sama merayakan kejayaan 
anak Kelantan itu, termasuk pemimpin Pas. Tujuan mahu mencari ‘mileage’ 
politik. 

Jadi situasi yang sama juga berlaku kepada Mawi itu. 

Mungkin ada yang merasa anih kenapa Tok Guru Nik Aziz begitu mudah terpesona 
dengan Mawi. Sekali lagi persoalan ini tidak pelik. Kemungkinan yang berlaku 
ialah kerana Nik Aziz diberikan gambaran yang indah, manis dan ‘comel lote’ 
mengenai Mawi. Sudah tentu mereka yang sejalan pemikiran untuk membawa Mawi 
akan menceritakan kepada Tok Guru itu yang Mawi bukan sahaja budak baik, namun 
ia adalah peminat kepada Tok Guru, malah di dinding rumahnya ada potret Tok 
Guru.

Sekali lagi hal sedemikian tidak menghairankan. Selalunya Menteri Besar 
Kelantan itu diberitahu hal-hal yang menyimpang dari realitinya. Dan sebagai 
atas sifat luhur ulama yang merasakan orang lain juga sepertinya – ikhlas, 
jujur dan mudah ‘basa’ terus memepercayainya apa yang dicakapkan tanpa cuba 
mencari maklumat tambahan. 

Saya yakin situasi sebenarnya di sebalik tabir akademi itu, dan juga hidup Mawi 
selepas bergelar juara baru-baru ini tidak ditonton oleh Nik Aziz. Adalah 
mustahil kalau MB itu turut sama bersimpuh di hadapan televisyen untuk 
mengikuti program realiti tv itu selama tiga bulan. Apa lagi tidak munasabah 
kalau MB itu datang menjenguk kehidupan murid-murid akademi itu yang dikurung 
dalam sebuah banglo di ibu kota.

Dengan mendapat maklumat yang sudah ‘dikiwi’ begitu rupa maka beliau mudah 
menerimanya dan bersetuju kalau Mawi dijadikan idola di Kelantan. Dan mereka 
yang berfikiran searus dengan itu akan mengambil kesempatan daripada itu untuk 
menjayakan konsert Mawi itu di mana ianya lebih bermotifkan politik, mencari 
sokongan ‘harga runtuh’ di sebalik populariti Mawi.

Dalam masa sama Pas juga mahu menjadikan Mawi sebagai pengubah kepada persepsi 
buruk terhadap Pas berkaitan hiburan. Itu sahaja. Soalnya berjayakan Pas dengan 
hanya seorang Mawi? Apakah keistimewaan Mawi? Bolehkah Mawi merubah persepsi 
terhadap Pas mengenai hiburan yang sebegitu lama bertompok dalam kepala 
masyarakat dalam tempoh satu malam? 

Sekali lagi tanpa prejudis di sini saya mengemukakan beberapa perkara yang 
perlu difikirkan Pas sebelum konsert itu benar-benar dijadikan realiti.

1. Apakah kerajaan Kelantan pasti konsert itu berjalan dalam keadaan teratur 
dan tertib.

Menurut Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Husam Musa, mereka akan mengadakan kad 
(jemputan) khas bagi orang yang hendak menonton konsert berkenaan. Maknanya 
setiap pengunjung akan dicatatkan identiti dan kehadiran mereka. 

Mungkin idea itu pratikal kalau jumlahnya kurang pada 10,000, tetapi bagaimana 
kalau kehadiranya kelak melebihi 10,000? Tentu tempat berlangsungnya konsert 
itu akan menjadi penuh sesak. Tidakkah keadaanya nanti kelam kabut. Selalu kita 
terdengar berlaku huru-hara di tempat-tempat konsert apabila mereka yang hadir 
tidak berpuas hati dengan pengajur, seperti kehabisan tiket dan sebagainya.

2. Bagaimana lagu-lagu yang bakal disampaikan Mawi kelak.

Apakah lagu-lagu yang akan dipersembahkan kelak semuanya berunsur nasihat dan 
ketuhanan? Bagaimana dengan irama dan lirik kegemaran anak muda, seperti lagu 
berunsur cinta monyet? Mungkin keduanya sekali ada, ada lagu dakwah (langsung) 
ada lagu khayalan. Tidak mungkin Mawi yang dikenali sebagai penyanyi serba 
boleh akan hanya menyanyi lagu-lagu pilihan khas kerajaan Kelantan sahaja. 

Bagaimana kalau Mawi menyanyi lagu ‘rock’ yang boleh mengundang audien turut 
sama berinteraksi dengannya berjoget dan bertepuk tangan? Umum tahu tepuk 
tangan dan joget tidak digalak oleh Pas. Apakah apabila Mawi menyanyi lagu 
‘rock’ maka laungan takbir.... akan kedengaran! 

3. Kemungkinan akan dieksplotasikan oleh musuh.

Apakah Pas tidak terfikir konsert itu kelak akan dieksploitasi oleh musuh 
mereka. Dalam konsert seperti itu di mana ramai khalayak, senang bagi musuh 
hendak melakukan sesuatu yang tidak baik. Apa kata kalau ada tangan nakal 
meleparkan tin minuman keras atau meninggalkan kondom di tempat konsert itu 
kemudian esok didedahkan oleh akhbar atau tv? Betul, itu perbuatan khianat, 
tetapi di dalam politik, khianat adalah permainan biasa. Apakah Pas tidak fikir 
soal ini?

4. Kesan jangka panjang dengan konsert tersebut.

Apakah kesan selepas konsert itu. Apakah konsert itu dapat memberi kesedaran 
baru atau ia akan jadi seperti angin lalu sahaja. Kesan baiknya sekejap, namun 
kesan buruk akan berpanjangan. Takdir berlaku sesuatu yang negatif, musuh akan 
menyebut sepanjang masa mengenai konsert berkenaan. Paling ditakuti, rakyat 
umum akan menyamakan Pas sama sahaja dengan Umno. Jika ini berlaku, untung yang 
diharap secupak, rugi segantang yang diperolehi.

Itulah empat perkara yang harus difikir oleh mereka yang menetaskan idea dan 
mempromokan untuk membawa Mawi ke Kelantan. Sekiranya mereka dapat mengatasi 
permasalahan ini dan menjelaskan dengan tuntas mungkin konsert itu ‘harus’ 
diadakan. 

Selain itu disebabkan kerajaan Kelantan adalah kerajaan Pas, maka Pas juga 
harus memberi pandangan yang jelas mengenai perkara ini. Dewan Ulama yang 
diberi tugas memantau dan menjawab sebarang kekeliruan harus bangkit. Mereka 
tidak perlu merasakan itu bukan tugas mereka, atau merasa rendah diri apabila 
Nik Aziz selaku Mursyidul Am telah bersetuju maka mereka ikut bersetuju sama. 
Dewan Ulama tidak boleh berdiri di antara ‘mentara’ berbeza di dalam hal ini.

Dewan Ulama dan individu (ahli hukum) lain di dalam Pas harus memberi pandangan 
dan tidak melihat dan menerima setiap apa yang dipersetujui oleh Musyidul Am 
itu sebagai benar dan betul belaka. Sebab, ada kalanya idea dan cakap-cakap Tok 
Guru tersalah nahu dan tata bahasa manakala ada juga ayat-ayat yang 
‘ditulisnya’ tertinggal titik koma dan penuh ‘tanda soal’.

Pada saya konsert itu perlu dibatalkan.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]



SPONSORED LINKS 
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan 

---------------------------------
YAHOO! GROUPS LINKS 


    Visit your group "perakan" on the web.
  
    To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
  
    Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service. 


---------------------------------



            
---------------------------------
Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort. 

[Non-text portions of this message have been removed]



---------------------------------
YAHOO! GROUPS LINKS 


    Visit your group "perakan" on the web.
  
    To unsubscribe from this group, send an email to:
 [EMAIL PROTECTED]
  
    Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service. 


---------------------------------




                
---------------------------------
Yahoo! for Good
 Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort. 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke