ooo macam tu...terimakasih...mudah la kalu gitu....saya memang taj berapa mahir kawasan kota bharu, besar kat tumpat...terus keje KL. ingat nak semayang jumaat kat masjid negeri, nak gi dengar kuliah jumaat tok guru nik aziz, nak jalan2 kawasan kb.....nak beli souvenir skit....sambil2 tengok konsert tautan kasih dan majlis perisytiharan kb sbg bandaraya islam...... apa restoren yang best kat KB? (sori la, banyak pulak tanya) terimakasih ikhwan.....
ikhwan manan <[EMAIL PROTECTED]> wrote: hotel perdana tu tak lah jauh ngan padang perdana,dekat jer.nati sampai hotel tu,dpn hotel tu ada library negeri kelate sblah tepi library tu ada padang,so tu lah padang perdana... Azahari Ahmad <[EMAIL PROTECTED]> wrote:saya akan balik ke kelantan untuk tengok konsert mawi (sambil ada urusan lain jugak la). akan tinggal di hotel perdana. masalahnya saya tak tau padang perdana tempat nak buat konsert tautan kasih tu kat mana. jauh ke dari hotel perdana? harap sapa2 boleh tolong tunjuk arah...terimaksih perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Oleh Mohd. Sayuti Omar Tanpa prejudis dengan mengambil kira pandangan pro dan kontra berhubung hasrat (murni?) kerajaan Kelantan untuk membawa penghibur beraura Mawi ke negeri itu, kerajaan Kelantan perlu menyemak balik cadangan itu. Polemik mengenai perkara itu wajar diberi perhatian. Meskipun kerajaan negeri berkenaan mempunyai kuasa dan hak mutlak ke atasnya, namun mereka harus peka kepada pandangan umum. Ternyata sejak hasrat untuk membawa Mawi berhibur di Kelantan, timbul berbagai pandapat pro dan kontra. Ada yang setuju, ada yang tidak, malah ramai juga yang keliru. Yang tidak bersetuju berhujah hiburan atas nama apa sekalipun tidak mampu untuk dijadikan saluran dakwah ternatijah. Pandangan ini bukan bernada cemburu sebaliknya dibuat berpandukan kepada pengalaman peribadi. Mereka berpihak kepada suara ini kurang yakin hiburan ala Mawi dapat membawa kebaikan! Manakala yang setuju (terpesona) pula melihat aura Mawi boleh merubah remaja. Membawa imej baru dalam bentuk hiburan yang tercari-cari oleh Pas (kerajaan Kelantan) selama ini. Mereka juga berhujah panjang lebar, sampai menyongsongi ke sejarah di zaman jahiliah dan Rasulullah s.a.w. Tanpa segan silu ada juga yang mahu Mawi dijadikan ikon remaja kini. Ikon? Sementara di celah pergelutan dua kumpulan, itu ada satu lagi pihak yang jadi keliru. Mereka hilang punca kepada mazhab mana harus mereka berpegang. Sebab keduanya ada dalil aqli dan naqli yang tidak mudah untuk ditohok (lempar) begitu sahaja. Lalu mereka ini terawang-awangan dan terus memerhati kemelut itu dengan seribu tanda soal. Di sini sekali lagi saya tetap berdiri di tengah tanpa bias kepada mana-mana pihak. Saya lebih bersikap seperti golongan ketiga itu, namun tidak begitu terkeliru! Di sini ada beberapa pandangan (dan juga persoalan) yang hendak dilontarkan demi mencari justifikasi ke atas apa yang berlaku.Tujuannya satu; untuk mencari yang terbaik dan keredhaan Allah. Pertama saya ingin bertanya sejauh manakah kerajaan Kelantan ikhlas dengan konsert itu. Apakah nawaitu untuk menganjurkan konsert itu murni untuk mengatasi masalah ketandusan hiburan di negeri itu sejak Pas mengambil alih lebih 15 tahun lalu? Atau pun program itu lebih bermotifkan politik. Dalam kata tanpa berselindung mahu mencuri manfaat daripada kehadiran senteri akademi fantasia itu? Saya menimbulkan ini kerana kalau kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat ikhlas dan serius dalam bidang ini, kenapa kerajaan Kelantan tidak mengemukakan konsep hiburannya sendiri? Buat madrasah nyanyian sendiri. Atau kalau tidak ada idea (kreativiti) cukuplah kerajaan Kelantan memberi galakan kepada kumpulan nasyid di negeri itu dengan mengajurkan pertandingan nasyid. Atau memberi ruang kepada kumpulan nasyid yang sedia ada untuk mengadakan persembahan di mana-mana majlis yang dianjurkan oleh kerajaan negeri atau Pas. Setidak-tidaknya inisiatif itu membuka jalan dan memberi peluang kepada anak muda yang berminat dalam lapangan kesenian ini menonjolkan bakat mereka. Saya percaya setiap sekolah agama di Kelantan mempunyai kumpulan nasyid masing-masing. Selain itu, kalau kerajaan Kelantan sungguh kerajaan Kelantan juga boleh mewujudkan institusi khusus di dalam bidang seni di Kelantan seperti mana wujudnya Gelanggang Seni di Kota Bharu yang menjadi institusi keseniaan di negeri itu. Gelanggang Seni adalah medan orang-orang Kelantan bermain (melepaskan gian) dalam pelbagai bentuk kesenian tradisional yang ada di negeri itu, disamping ia menjadi pusat tarikan pelancong. Lantaran itu bagi hemah saya konsert Mawi adalah satu pengeksploitasian mengenai aura Mawi yang menjadi pujaan dan kegilaan remaja muasir ini oleh Pas saja. Konsert itu tidak ada apa-apa atau mampu untuk merubah trend hiburan masa kini di Kelantan apa lagi kalau dengan konsert itu diharapkan dapat menggarap bentuk hiburan baru. Tindakan membawa Mawi itu tidak kurang, sama seperti tindakan golongan politik lain yang membawa balik artis atau seleberiti terkenal di Kelantan menghadiri apa-apa majlis kelolaan mereka. Semua itu dijadikan modal atau pembalut joran agar orang ramai hadir. Kalau tindakan golongan politik itu dikecam oleh Pas, maka sudah tentu tindakan Pas membawa Mawi atas nawaitu sama juga turut akan diejek oleh golongan itu. Kita masih ingat suatu waktu ketika Roslin Hashim muncul sebagai johan badminton All England, semua orang politik mengalu-alu kemenangan beliau itu. Ada yang berkunjung ke rumah mengucapkan tahniah dan sama merayakan kejayaan anak Kelantan itu, termasuk pemimpin Pas. Tujuan mahu mencari mileage politik. Jadi situasi yang sama juga berlaku kepada Mawi itu. Mungkin ada yang merasa anih kenapa Tok Guru Nik Aziz begitu mudah terpesona dengan Mawi. Sekali lagi persoalan ini tidak pelik. Kemungkinan yang berlaku ialah kerana Nik Aziz diberikan gambaran yang indah, manis dan comel lote mengenai Mawi. Sudah tentu mereka yang sejalan pemikiran untuk membawa Mawi akan menceritakan kepada Tok Guru itu yang Mawi bukan sahaja budak baik, namun ia adalah peminat kepada Tok Guru, malah di dinding rumahnya ada potret Tok Guru. Sekali lagi hal sedemikian tidak menghairankan. Selalunya Menteri Besar Kelantan itu diberitahu hal-hal yang menyimpang dari realitinya. Dan sebagai atas sifat luhur ulama yang merasakan orang lain juga sepertinya ikhlas, jujur dan mudah basa terus memepercayainya apa yang dicakapkan tanpa cuba mencari maklumat tambahan. Saya yakin situasi sebenarnya di sebalik tabir akademi itu, dan juga hidup Mawi selepas bergelar juara baru-baru ini tidak ditonton oleh Nik Aziz. Adalah mustahil kalau MB itu turut sama bersimpuh di hadapan televisyen untuk mengikuti program realiti tv itu selama tiga bulan. Apa lagi tidak munasabah kalau MB itu datang menjenguk kehidupan murid-murid akademi itu yang dikurung dalam sebuah banglo di ibu kota. Dengan mendapat maklumat yang sudah dikiwi begitu rupa maka beliau mudah menerimanya dan bersetuju kalau Mawi dijadikan idola di Kelantan. Dan mereka yang berfikiran searus dengan itu akan mengambil kesempatan daripada itu untuk menjayakan konsert Mawi itu di mana ianya lebih bermotifkan politik, mencari sokongan harga runtuh di sebalik populariti Mawi. Dalam masa sama Pas juga mahu menjadikan Mawi sebagai pengubah kepada persepsi buruk terhadap Pas berkaitan hiburan. Itu sahaja. Soalnya berjayakan Pas dengan hanya seorang Mawi? Apakah keistimewaan Mawi? Bolehkah Mawi merubah persepsi terhadap Pas mengenai hiburan yang sebegitu lama bertompok dalam kepala masyarakat dalam tempoh satu malam? Sekali lagi tanpa prejudis di sini saya mengemukakan beberapa perkara yang perlu difikirkan Pas sebelum konsert itu benar-benar dijadikan realiti. 1. Apakah kerajaan Kelantan pasti konsert itu berjalan dalam keadaan teratur dan tertib. Menurut Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Husam Musa, mereka akan mengadakan kad (jemputan) khas bagi orang yang hendak menonton konsert berkenaan. Maknanya setiap pengunjung akan dicatatkan identiti dan kehadiran mereka. Mungkin idea itu pratikal kalau jumlahnya kurang pada 10,000, tetapi bagaimana kalau kehadiranya kelak melebihi 10,000? Tentu tempat berlangsungnya konsert itu akan menjadi penuh sesak. Tidakkah keadaanya nanti kelam kabut. Selalu kita terdengar berlaku huru-hara di tempat-tempat konsert apabila mereka yang hadir tidak berpuas hati dengan pengajur, seperti kehabisan tiket dan sebagainya. 2. Bagaimana lagu-lagu yang bakal disampaikan Mawi kelak. Apakah lagu-lagu yang akan dipersembahkan kelak semuanya berunsur nasihat dan ketuhanan? Bagaimana dengan irama dan lirik kegemaran anak muda, seperti lagu berunsur cinta monyet? Mungkin keduanya sekali ada, ada lagu dakwah (langsung) ada lagu khayalan. Tidak mungkin Mawi yang dikenali sebagai penyanyi serba boleh akan hanya menyanyi lagu-lagu pilihan khas kerajaan Kelantan sahaja. Bagaimana kalau Mawi menyanyi lagu rock yang boleh mengundang audien turut sama berinteraksi dengannya berjoget dan bertepuk tangan? Umum tahu tepuk tangan dan joget tidak digalak oleh Pas. Apakah apabila Mawi menyanyi lagu rock maka laungan takbir.... akan kedengaran! 3. Kemungkinan akan dieksplotasikan oleh musuh. Apakah Pas tidak terfikir konsert itu kelak akan dieksploitasi oleh musuh mereka. Dalam konsert seperti itu di mana ramai khalayak, senang bagi musuh hendak melakukan sesuatu yang tidak baik. Apa kata kalau ada tangan nakal meleparkan tin minuman keras atau meninggalkan kondom di tempat konsert itu kemudian esok didedahkan oleh akhbar atau tv? Betul, itu perbuatan khianat, tetapi di dalam politik, khianat adalah permainan biasa. Apakah Pas tidak fikir soal ini? 4. Kesan jangka panjang dengan konsert tersebut. Apakah kesan selepas konsert itu. Apakah konsert itu dapat memberi kesedaran baru atau ia akan jadi seperti angin lalu sahaja. Kesan baiknya sekejap, namun kesan buruk akan berpanjangan. Takdir berlaku sesuatu yang negatif, musuh akan menyebut sepanjang masa mengenai konsert berkenaan. Paling ditakuti, rakyat umum akan menyamakan Pas sama sahaja dengan Umno. Jika ini berlaku, untung yang diharap secupak, rugi segantang yang diperolehi. Itulah empat perkara yang harus difikir oleh mereka yang menetaskan idea dan mempromokan untuk membawa Mawi ke Kelantan. Sekiranya mereka dapat mengatasi permasalahan ini dan menjelaskan dengan tuntas mungkin konsert itu harus diadakan. Selain itu disebabkan kerajaan Kelantan adalah kerajaan Pas, maka Pas juga harus memberi pandangan yang jelas mengenai perkara ini. Dewan Ulama yang diberi tugas memantau dan menjawab sebarang kekeliruan harus bangkit. Mereka tidak perlu merasakan itu bukan tugas mereka, atau merasa rendah diri apabila Nik Aziz selaku Mursyidul Am telah bersetuju maka mereka ikut bersetuju sama. Dewan Ulama tidak boleh berdiri di antara mentara berbeza di dalam hal ini. Dewan Ulama dan individu (ahli hukum) lain di dalam Pas harus memberi pandangan dan tidak melihat dan menerima setiap apa yang dipersetujui oleh Musyidul Am itu sebagai benar dan betul belaka. Sebab, ada kalanya idea dan cakap-cakap Tok Guru tersalah nahu dan tata bahasa manakala ada juga ayat-ayat yang ditulisnya tertinggal titik koma dan penuh tanda soal. Pada saya konsert itu perlu dibatalkan. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] SPONSORED LINKS Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan --------------------------------- YAHOO! GROUPS LINKS Visit your group "perakan" on the web. To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service. --------------------------------- --------------------------------- Yahoo! for Good Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort. [Non-text portions of this message have been removed] --------------------------------- YAHOO! GROUPS LINKS Visit your group "perakan" on the web. To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service. --------------------------------- --------------------------------- Yahoo! for Good Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort. [Non-text portions of this message have been removed] SPONSORED LINKS Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan --------------------------------- YAHOO! GROUPS LINKS Visit your group "perakan" on the web. To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service. --------------------------------- --------------------------------- Yahoo! for Good Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort. [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
