rugi la wei...kawe tokleh balik kelate...konsert ni boleh masuk dale 
sejaroh nih, tentu ramai ore pegi sbb banyok kontrevesi

hok mano gi tu jange lupo amik air semaye dulu deh, dan jago tata 
susila muslim, sbb seluruh negaro dok tengok pasal nih, cari silap 
sikit jah ,silap penonton buat kaca sore dua gak, habih punah maruah 
kelantan

apo2 pon kawe sokong kerajaan negeri pasal hiburan ni...harap2 bejayo 
dan terkawal



--- In [email protected], Azahari Ahmad <[EMAIL PROTECTED]> 
wrote:
> ooo macam tu...terimakasih...mudah la kalu gitu....saya memang taj 
berapa mahir kawasan kota bharu, besar kat tumpat...terus keje KL.
>  
> ingat nak semayang jumaat kat masjid negeri, nak gi dengar kuliah 
jumaat tok guru nik aziz, nak jalan2 kawasan kb.....nak beli souvenir 
skit....sambil2 tengok konsert tautan kasih dan majlis perisytiharan 
kb sbg bandaraya islam......
>  
> apa restoren yang best kat KB? (sori la, banyak pulak tanya)
>  
> terimakasih ikhwan.....
> 
> ikhwan manan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> hotel perdana tu tak lah jauh ngan padang perdana,dekat jer.nati 
sampai hotel tu,dpn hotel tu ada library negeri kelate sblah tepi 
library tu ada padang,so tu lah padang perdana...
> 
> Azahari Ahmad <[EMAIL PROTECTED]> wrote:saya akan balik ke kelantan 
untuk tengok konsert mawi (sambil ada urusan lain jugak la). akan 
tinggal di hotel perdana. masalahnya saya tak tau padang perdana 
tempat nak buat konsert tautan kasih tu kat mana.
> 
> jauh ke dari hotel perdana? harap sapa2 boleh tolong tunjuk 
arah...terimaksih
> 
> perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Oleh Mohd. Sayuti Omar
> 
> Tanpa prejudis – dengan mengambil kira pandangan pro dan kontra 
berhubung hasrat (murni?) kerajaan Kelantan untuk membawa penghibur 
beraura Mawi ke negeri itu, kerajaan Kelantan perlu menyemak balik 
cadangan itu. Polemik mengenai perkara itu wajar diberi perhatian. 
Meskipun kerajaan negeri berkenaan mempunyai kuasa dan hak mutlak ke 
atasnya, namun mereka harus peka kepada pandangan umum. 
> 
> Ternyata sejak hasrat untuk membawa Mawi berhibur di Kelantan, 
timbul berbagai pandapat pro dan kontra. Ada yang setuju, ada yang 
tidak, malah ramai juga yang keliru. Yang tidak bersetuju berhujah – 
hiburan atas nama apa sekalipun tidak mampu untuk dijadikan saluran 
dakwah ternatijah. Pandangan ini bukan bernada cemburu sebaliknya 
dibuat berpandukan kepada pengalaman peribadi. Mereka berpihak kepada 
suara ini kurang yakin hiburan ala Mawi dapat membawa kebaikan!
> 
> Manakala yang setuju (terpesona) pula melihat aura Mawi boleh 
merubah remaja. Membawa imej baru dalam bentuk hiburan yang tercari-
cari oleh Pas (kerajaan Kelantan) selama ini. Mereka juga berhujah 
panjang lebar, sampai menyongsongi ke sejarah di zaman jahiliah dan 
Rasulullah s.a.w. Tanpa segan silu ada juga yang mahu Mawi dijadikan 
ikon remaja kini. Ikon?
> 
> Sementara di celah pergelutan dua kumpulan, itu ada satu lagi pihak 
yang jadi keliru. Mereka hilang punca kepada `mazhab' mana harus 
mereka berpegang. Sebab keduanya ada dalil `aqli' dan `naqli' yang 
tidak mudah untuk `ditohok' (lempar) begitu sahaja. Lalu mereka ini 
terawang-awangan dan terus memerhati kemelut itu dengan seribu tanda 
soal.
> 
> Di sini sekali lagi saya tetap berdiri di tengah tanpa bias kepada 
mana-mana pihak. Saya lebih bersikap seperti golongan ketiga itu, 
namun tidak begitu terkeliru! Di sini ada beberapa pandangan (dan 
juga persoalan) yang hendak dilontarkan demi mencari justifikasi ke 
atas apa yang berlaku.Tujuannya satu; untuk mencari yang terbaik dan 
keredhaan Allah.
> 
> Pertama saya ingin bertanya sejauh manakah kerajaan Kelantan ikhlas 
dengan konsert itu. Apakah nawaitu untuk menganjurkan konsert itu 
murni untuk mengatasi masalah ketandusan hiburan di negeri itu sejak 
Pas mengambil alih lebih 15 tahun lalu? Atau pun program itu lebih 
bermotifkan politik. Dalam kata tanpa berselindung mahu mencuri 
manfaat daripada kehadiran `senteri' akademi fantasia itu?
> 
> Saya menimbulkan ini kerana kalau kerajaan pimpinan Tok Guru Nik 
Aziz Nik Mat ikhlas dan serius dalam bidang ini, kenapa kerajaan 
Kelantan tidak mengemukakan konsep hiburannya sendiri? Buat madrasah 
nyanyian sendiri. Atau kalau tidak ada idea (kreativiti) cukuplah 
kerajaan Kelantan memberi galakan kepada kumpulan nasyid di negeri 
itu dengan mengajurkan pertandingan nasyid. 
> 
> Atau memberi ruang kepada kumpulan nasyid yang sedia ada untuk 
mengadakan persembahan di mana-mana majlis yang dianjurkan oleh 
kerajaan negeri atau Pas. Setidak-tidaknya inisiatif itu membuka 
jalan dan memberi peluang kepada anak muda yang berminat dalam 
lapangan kesenian ini menonjolkan bakat mereka. Saya percaya setiap 
sekolah agama di Kelantan mempunyai kumpulan nasyid masing-masing. 
> 
> Selain itu, kalau kerajaan Kelantan `sungguh' kerajaan Kelantan 
juga boleh mewujudkan institusi khusus di dalam bidang seni di 
Kelantan seperti mana wujudnya Gelanggang Seni di Kota Bharu yang 
menjadi institusi keseniaan di negeri itu. Gelanggang Seni adalah 
medan orang-orang Kelantan bermain (melepaskan gian) dalam pelbagai 
bentuk kesenian tradisional yang ada di negeri itu, disamping ia 
menjadi pusat tarikan pelancong.
> 
> Lantaran itu bagi hemah saya konsert Mawi adalah satu 
pengeksploitasian mengenai aura Mawi yang menjadi pujaan dan kegilaan 
remaja muasir ini oleh Pas saja. Konsert itu tidak ada apa-apa atau 
mampu untuk merubah trend hiburan masa kini di Kelantan apa lagi 
kalau dengan konsert itu diharapkan dapat menggarap bentuk hiburan 
baru. 
> 
> Tindakan membawa Mawi itu tidak kurang, sama seperti tindakan 
golongan politik lain yang membawa balik artis atau seleberiti 
terkenal di Kelantan menghadiri apa-apa majlis kelolaan mereka. Semua 
itu dijadikan modal atau `pembalut joran' agar orang ramai hadir. 
Kalau tindakan golongan politik itu dikecam oleh Pas, maka sudah 
tentu tindakan Pas membawa Mawi atas nawaitu sama juga turut akan 
diejek oleh golongan itu.
> 
> Kita masih ingat suatu waktu ketika Roslin Hashim muncul sebagai 
johan badminton All England, semua orang politik mengalu-alu 
kemenangan beliau itu. Ada yang berkunjung ke rumah mengucapkan 
tahniah dan sama merayakan kejayaan anak Kelantan itu, termasuk 
pemimpin Pas. Tujuan mahu mencari `mileage' politik. 
> 
> Jadi situasi yang sama juga berlaku kepada Mawi itu. 
> 
> Mungkin ada yang merasa anih kenapa Tok Guru Nik Aziz begitu mudah 
terpesona dengan Mawi. Sekali lagi persoalan ini tidak pelik. 
Kemungkinan yang berlaku ialah kerana Nik Aziz diberikan gambaran 
yang indah, manis dan `comel lote' mengenai Mawi. Sudah tentu mereka 
yang sejalan pemikiran untuk membawa Mawi akan menceritakan kepada 
Tok Guru itu yang Mawi bukan sahaja budak baik, namun ia adalah 
peminat kepada Tok Guru, malah di dinding rumahnya ada potret Tok 
Guru.
> 
> Sekali lagi hal sedemikian tidak menghairankan. Selalunya Menteri 
Besar Kelantan itu diberitahu hal-hal yang menyimpang dari 
realitinya. Dan sebagai atas sifat luhur ulama yang merasakan orang 
lain juga sepertinya – ikhlas, jujur dan mudah `basa' terus 
memepercayainya apa yang dicakapkan tanpa cuba mencari maklumat 
tambahan. 
> 
> Saya yakin situasi sebenarnya di sebalik tabir akademi itu, dan 
juga hidup Mawi selepas bergelar juara baru-baru ini tidak ditonton 
oleh Nik Aziz. Adalah mustahil kalau MB itu turut sama bersimpuh di 
hadapan televisyen untuk mengikuti program realiti tv itu selama tiga 
bulan. Apa lagi tidak munasabah kalau MB itu datang menjenguk 
kehidupan murid-murid akademi itu yang dikurung dalam sebuah banglo 
di ibu kota.
> 
> Dengan mendapat maklumat yang sudah `dikiwi' begitu rupa maka 
beliau mudah menerimanya dan bersetuju kalau Mawi dijadikan idola di 
Kelantan. Dan mereka yang berfikiran searus dengan itu akan mengambil 
kesempatan daripada itu untuk menjayakan konsert Mawi itu di mana 
ianya lebih bermotifkan politik, mencari sokongan `harga runtuh' di 
sebalik populariti Mawi.
> 
> Dalam masa sama Pas juga mahu menjadikan Mawi sebagai pengubah 
kepada persepsi buruk terhadap Pas berkaitan hiburan. Itu sahaja. 
Soalnya berjayakan Pas dengan hanya seorang Mawi? Apakah keistimewaan 
Mawi? Bolehkah Mawi merubah persepsi terhadap Pas mengenai hiburan 
yang sebegitu lama bertompok dalam kepala masyarakat dalam tempoh 
satu malam? 
> 
> Sekali lagi tanpa prejudis di sini saya mengemukakan beberapa 
perkara yang perlu difikirkan Pas sebelum konsert itu benar-benar 
dijadikan realiti.
> 
> 1. Apakah kerajaan Kelantan pasti konsert itu berjalan dalam 
keadaan teratur dan tertib.
> 
> Menurut Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Husam Musa, mereka akan 
mengadakan kad (jemputan) khas bagi orang yang hendak menonton 
konsert berkenaan. Maknanya setiap pengunjung akan dicatatkan 
identiti dan kehadiran mereka. 
> 
> Mungkin idea itu pratikal kalau jumlahnya kurang pada 10,000, 
tetapi bagaimana kalau kehadiranya kelak melebihi 10,000? Tentu 
tempat berlangsungnya konsert itu akan menjadi penuh sesak. Tidakkah 
keadaanya nanti kelam kabut. Selalu kita terdengar berlaku huru-hara 
di tempat-tempat konsert apabila mereka yang hadir tidak berpuas hati 
dengan pengajur, seperti kehabisan tiket dan sebagainya.
> 
> 2. Bagaimana lagu-lagu yang bakal disampaikan Mawi kelak.
> 
> Apakah lagu-lagu yang akan dipersembahkan kelak semuanya berunsur 
nasihat dan ketuhanan? Bagaimana dengan irama dan lirik kegemaran 
anak muda, seperti lagu berunsur cinta monyet? Mungkin keduanya 
sekali ada, ada lagu dakwah (langsung) ada lagu khayalan. Tidak 
mungkin Mawi yang dikenali sebagai penyanyi serba boleh akan hanya 
menyanyi lagu-lagu pilihan khas kerajaan Kelantan sahaja. 
> 
> Bagaimana kalau Mawi menyanyi lagu `rock' yang boleh mengundang 
audien turut sama berinteraksi dengannya berjoget dan bertepuk 
tangan? Umum tahu tepuk tangan dan joget tidak digalak oleh Pas. 
Apakah apabila Mawi menyanyi lagu `rock' maka laungan takbir.... akan 
kedengaran! 
> 
> 3. Kemungkinan akan dieksplotasikan oleh musuh.
> 
> Apakah Pas tidak terfikir konsert itu kelak akan dieksploitasi oleh 
musuh mereka. Dalam konsert seperti itu di mana ramai khalayak, 
senang bagi musuh hendak melakukan sesuatu yang tidak baik. Apa kata 
kalau ada tangan nakal meleparkan tin minuman keras atau meninggalkan 
kondom di tempat konsert itu kemudian esok didedahkan oleh akhbar 
atau tv? Betul, itu perbuatan khianat, tetapi di dalam politik, 
khianat adalah permainan biasa. Apakah Pas tidak fikir soal ini?
> 
> 4. Kesan jangka panjang dengan konsert tersebut.
> 
> Apakah kesan selepas konsert itu. Apakah konsert itu dapat memberi 
kesedaran baru atau ia akan jadi seperti angin lalu sahaja. Kesan 
baiknya sekejap, namun kesan buruk akan berpanjangan. Takdir berlaku 
sesuatu yang negatif, musuh akan menyebut sepanjang masa mengenai 
konsert berkenaan. Paling ditakuti, rakyat umum akan menyamakan Pas 
sama sahaja dengan Umno. Jika ini berlaku, untung yang diharap 
secupak, rugi segantang yang diperolehi.
> 
> Itulah empat perkara yang harus difikir oleh mereka yang menetaskan 
idea dan mempromokan untuk membawa Mawi ke Kelantan. Sekiranya mereka 
dapat mengatasi permasalahan ini dan menjelaskan dengan tuntas 
mungkin konsert itu `harus' diadakan. 
> 
> Selain itu disebabkan kerajaan Kelantan adalah kerajaan Pas, maka 
Pas juga harus memberi pandangan yang jelas mengenai perkara ini. 
Dewan Ulama yang diberi tugas memantau dan menjawab sebarang 
kekeliruan harus bangkit. Mereka tidak perlu merasakan itu bukan 
tugas mereka, atau merasa rendah diri apabila Nik Aziz selaku 
Mursyidul Am telah bersetuju maka mereka ikut bersetuju sama. Dewan 
Ulama tidak boleh berdiri di antara `mentara' berbeza di dalam hal 
ini.
> 
> Dewan Ulama dan individu (ahli hukum) lain di dalam Pas harus 
memberi pandangan dan tidak melihat dan menerima setiap apa yang 
dipersetujui oleh Musyidul Am itu sebagai benar dan betul belaka. 
Sebab, ada kalanya idea dan cakap-cakap Tok Guru tersalah nahu dan 
tata bahasa manakala ada juga ayat-ayat yang `ditulisnya' tertinggal 
titik koma dan penuh `tanda soal'.
> 
> Pada saya konsert itu perlu dibatalkan.
> 
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
> http://mail.yahoo.com 
> 
> [Non-text portions of this message have been removed]
> 
> 
> 
> SPONSORED LINKS 
> Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan 
> 
> ---------------------------------
> YAHOO! GROUPS LINKS 
> 
> 
>     Visit your group "perakan" on the web.
>   
>     To unsubscribe from this group, send an email to:
> [EMAIL PROTECTED]
>   
>     Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of 
Service. 
> 
> 
> ---------------------------------
> 
> 
> 
>             
> ---------------------------------
> Yahoo! for Good
> Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort. 
> 
> [Non-text portions of this message have been removed]
> 
> 
> 
> ---------------------------------
> YAHOO! GROUPS LINKS 
> 
> 
>     Visit your group "perakan" on the web.
>   
>     To unsubscribe from this group, send an email to:
> [EMAIL PROTECTED]
>   
>     Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of 
Service. 
> 
> 
> ---------------------------------
> 
> 
> 
> 
>             
> ---------------------------------
> Yahoo! for Good
> Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort. 
> 
> [Non-text portions of this message have been removed]
> 
> 
> 
> SPONSORED LINKS 
> Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan 
> 
> ---------------------------------
> YAHOO! GROUPS LINKS 
> 
> 
>     Visit your group "perakan" on the web.
>   
>     To unsubscribe from this group, send an email to:
>  [EMAIL PROTECTED]
>   
>     Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of 
Service. 
> 
> 
> ---------------------------------
> 
> 
> 
>               
> ---------------------------------
> Yahoo! for Good
>  Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort. 
> 
> [Non-text portions of this message have been removed]




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke