saja nak support benda yang baik....saya 3 hari kat hotel perdana....

--- In [email protected], "abuhafizd" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> rugi la wei...kawe tokleh balik kelate...konsert ni boleh masuk 
dale 
> sejaroh nih, tentu ramai ore pegi sbb banyok kontrevesi
> 
> hok mano gi tu jange lupo amik air semaye dulu deh, dan jago tata 
> susila muslim, sbb seluruh negaro dok tengok pasal nih, cari silap 
> sikit jah ,silap penonton buat kaca sore dua gak, habih punah 
maruah 
> kelantan
> 
> apo2 pon kawe sokong kerajaan negeri pasal hiburan ni...harap2 
bejayo 
> dan terkawal
> 
> 
> 
> --- In [email protected], Azahari Ahmad <[EMAIL PROTECTED]> 
> wrote:
> > ooo macam tu...terimakasih...mudah la kalu gitu....saya memang 
taj 
> berapa mahir kawasan kota bharu, besar kat tumpat...terus keje KL.
> >  
> > ingat nak semayang jumaat kat masjid negeri, nak gi dengar 
kuliah 
> jumaat tok guru nik aziz, nak jalan2 kawasan kb.....nak beli 
souvenir 
> skit....sambil2 tengok konsert tautan kasih dan majlis 
perisytiharan 
> kb sbg bandaraya islam......
> >  
> > apa restoren yang best kat KB? (sori la, banyak pulak tanya)
> >  
> > terimakasih ikhwan.....
> > 
> > ikhwan manan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> > hotel perdana tu tak lah jauh ngan padang perdana,dekat jer.nati 
> sampai hotel tu,dpn hotel tu ada library negeri kelate sblah tepi 
> library tu ada padang,so tu lah padang perdana...
> > 
> > Azahari Ahmad <[EMAIL PROTECTED]> wrote:saya akan balik ke 
kelantan 
> untuk tengok konsert mawi (sambil ada urusan lain jugak la). akan 
> tinggal di hotel perdana. masalahnya saya tak tau padang perdana 
> tempat nak buat konsert tautan kasih tu kat mana.
> > 
> > jauh ke dari hotel perdana? harap sapa2 boleh tolong tunjuk 
> arah...terimaksih
> > 
> > perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> > Oleh Mohd. Sayuti Omar
> > 
> > Tanpa prejudis – dengan mengambil kira pandangan pro dan kontra 
> berhubung hasrat (murni?) kerajaan Kelantan untuk membawa 
penghibur 
> beraura Mawi ke negeri itu, kerajaan Kelantan perlu menyemak balik 
> cadangan itu. Polemik mengenai perkara itu wajar diberi perhatian. 
> Meskipun kerajaan negeri berkenaan mempunyai kuasa dan hak mutlak 
ke 
> atasnya, namun mereka harus peka kepada pandangan umum. 
> > 
> > Ternyata sejak hasrat untuk membawa Mawi berhibur di Kelantan, 
> timbul berbagai pandapat pro dan kontra. Ada yang setuju, ada yang 
> tidak, malah ramai juga yang keliru. Yang tidak bersetuju 
berhujah – 
> hiburan atas nama apa sekalipun tidak mampu untuk dijadikan 
saluran 
> dakwah ternatijah. Pandangan ini bukan bernada cemburu sebaliknya 
> dibuat berpandukan kepada pengalaman peribadi. Mereka berpihak 
kepada 
> suara ini kurang yakin hiburan ala Mawi dapat membawa kebaikan!
> > 
> > Manakala yang setuju (terpesona) pula melihat aura Mawi boleh 
> merubah remaja. Membawa imej baru dalam bentuk hiburan yang 
tercari-
> cari oleh Pas (kerajaan Kelantan) selama ini. Mereka juga berhujah 
> panjang lebar, sampai menyongsongi ke sejarah di zaman jahiliah 
dan 
> Rasulullah s.a.w. Tanpa segan silu ada juga yang mahu Mawi 
dijadikan 
> ikon remaja kini. Ikon?
> > 
> > Sementara di celah pergelutan dua kumpulan, itu ada satu lagi 
pihak 
> yang jadi keliru. Mereka hilang punca kepada `mazhab' mana harus 
> mereka berpegang. Sebab keduanya ada dalil `aqli' dan `naqli' yang 
> tidak mudah untuk `ditohok' (lempar) begitu sahaja. Lalu mereka 
ini 
> terawang-awangan dan terus memerhati kemelut itu dengan seribu 
tanda 
> soal.
> > 
> > Di sini sekali lagi saya tetap berdiri di tengah tanpa bias 
kepada 
> mana-mana pihak. Saya lebih bersikap seperti golongan ketiga itu, 
> namun tidak begitu terkeliru! Di sini ada beberapa pandangan (dan 
> juga persoalan) yang hendak dilontarkan demi mencari justifikasi 
ke 
> atas apa yang berlaku.Tujuannya satu; untuk mencari yang terbaik 
dan 
> keredhaan Allah.
> > 
> > Pertama saya ingin bertanya sejauh manakah kerajaan Kelantan 
ikhlas 
> dengan konsert itu. Apakah nawaitu untuk menganjurkan konsert itu 
> murni untuk mengatasi masalah ketandusan hiburan di negeri itu 
sejak 
> Pas mengambil alih lebih 15 tahun lalu? Atau pun program itu lebih 
> bermotifkan politik. Dalam kata tanpa berselindung mahu mencuri 
> manfaat daripada kehadiran `senteri' akademi fantasia itu?
> > 
> > Saya menimbulkan ini kerana kalau kerajaan pimpinan Tok Guru Nik 
> Aziz Nik Mat ikhlas dan serius dalam bidang ini, kenapa kerajaan 
> Kelantan tidak mengemukakan konsep hiburannya sendiri? Buat 
madrasah 
> nyanyian sendiri. Atau kalau tidak ada idea (kreativiti) cukuplah 
> kerajaan Kelantan memberi galakan kepada kumpulan nasyid di negeri 
> itu dengan mengajurkan pertandingan nasyid. 
> > 
> > Atau memberi ruang kepada kumpulan nasyid yang sedia ada untuk 
> mengadakan persembahan di mana-mana majlis yang dianjurkan oleh 
> kerajaan negeri atau Pas. Setidak-tidaknya inisiatif itu membuka 
> jalan dan memberi peluang kepada anak muda yang berminat dalam 
> lapangan kesenian ini menonjolkan bakat mereka. Saya percaya 
setiap 
> sekolah agama di Kelantan mempunyai kumpulan nasyid masing-masing. 
> > 
> > Selain itu, kalau kerajaan Kelantan `sungguh' kerajaan Kelantan 
> juga boleh mewujudkan institusi khusus di dalam bidang seni di 
> Kelantan seperti mana wujudnya Gelanggang Seni di Kota Bharu yang 
> menjadi institusi keseniaan di negeri itu. Gelanggang Seni adalah 
> medan orang-orang Kelantan bermain (melepaskan gian) dalam 
pelbagai 
> bentuk kesenian tradisional yang ada di negeri itu, disamping ia 
> menjadi pusat tarikan pelancong.
> > 
> > Lantaran itu bagi hemah saya konsert Mawi adalah satu 
> pengeksploitasian mengenai aura Mawi yang menjadi pujaan dan 
kegilaan 
> remaja muasir ini oleh Pas saja. Konsert itu tidak ada apa-apa 
atau 
> mampu untuk merubah trend hiburan masa kini di Kelantan apa lagi 
> kalau dengan konsert itu diharapkan dapat menggarap bentuk hiburan 
> baru. 
> > 
> > Tindakan membawa Mawi itu tidak kurang, sama seperti tindakan 
> golongan politik lain yang membawa balik artis atau seleberiti 
> terkenal di Kelantan menghadiri apa-apa majlis kelolaan mereka. 
Semua 
> itu dijadikan modal atau `pembalut joran' agar orang ramai hadir. 
> Kalau tindakan golongan politik itu dikecam oleh Pas, maka sudah 
> tentu tindakan Pas membawa Mawi atas nawaitu sama juga turut akan 
> diejek oleh golongan itu.
> > 
> > Kita masih ingat suatu waktu ketika Roslin Hashim muncul sebagai 
> johan badminton All England, semua orang politik mengalu-alu 
> kemenangan beliau itu. Ada yang berkunjung ke rumah mengucapkan 
> tahniah dan sama merayakan kejayaan anak Kelantan itu, termasuk 
> pemimpin Pas. Tujuan mahu mencari `mileage' politik. 
> > 
> > Jadi situasi yang sama juga berlaku kepada Mawi itu. 
> > 
> > Mungkin ada yang merasa anih kenapa Tok Guru Nik Aziz begitu 
mudah 
> terpesona dengan Mawi. Sekali lagi persoalan ini tidak pelik. 
> Kemungkinan yang berlaku ialah kerana Nik Aziz diberikan gambaran 
> yang indah, manis dan `comel lote' mengenai Mawi. Sudah tentu 
mereka 
> yang sejalan pemikiran untuk membawa Mawi akan menceritakan kepada 
> Tok Guru itu yang Mawi bukan sahaja budak baik, namun ia adalah 
> peminat kepada Tok Guru, malah di dinding rumahnya ada potret Tok 
> Guru.
> > 
> > Sekali lagi hal sedemikian tidak menghairankan. Selalunya 
Menteri 
> Besar Kelantan itu diberitahu hal-hal yang menyimpang dari 
> realitinya. Dan sebagai atas sifat luhur ulama yang merasakan 
orang 
> lain juga sepertinya – ikhlas, jujur dan mudah `basa' terus 
> memepercayainya apa yang dicakapkan tanpa cuba mencari maklumat 
> tambahan. 
> > 
> > Saya yakin situasi sebenarnya di sebalik tabir akademi itu, dan 
> juga hidup Mawi selepas bergelar juara baru-baru ini tidak 
ditonton 
> oleh Nik Aziz. Adalah mustahil kalau MB itu turut sama bersimpuh 
di 
> hadapan televisyen untuk mengikuti program realiti tv itu selama 
tiga 
> bulan. Apa lagi tidak munasabah kalau MB itu datang menjenguk 
> kehidupan murid-murid akademi itu yang dikurung dalam sebuah 
banglo 
> di ibu kota.
> > 
> > Dengan mendapat maklumat yang sudah `dikiwi' begitu rupa maka 
> beliau mudah menerimanya dan bersetuju kalau Mawi dijadikan idola 
di 
> Kelantan. Dan mereka yang berfikiran searus dengan itu akan 
mengambil 
> kesempatan daripada itu untuk menjayakan konsert Mawi itu di mana 
> ianya lebih bermotifkan politik, mencari sokongan `harga runtuh' 
di 
> sebalik populariti Mawi.
> > 
> > Dalam masa sama Pas juga mahu menjadikan Mawi sebagai pengubah 
> kepada persepsi buruk terhadap Pas berkaitan hiburan. Itu sahaja. 
> Soalnya berjayakan Pas dengan hanya seorang Mawi? Apakah 
keistimewaan 
> Mawi? Bolehkah Mawi merubah persepsi terhadap Pas mengenai hiburan 
> yang sebegitu lama bertompok dalam kepala masyarakat dalam tempoh 
> satu malam? 
> > 
> > Sekali lagi tanpa prejudis di sini saya mengemukakan beberapa 
> perkara yang perlu difikirkan Pas sebelum konsert itu benar-benar 
> dijadikan realiti.
> > 
> > 1. Apakah kerajaan Kelantan pasti konsert itu berjalan dalam 
> keadaan teratur dan tertib.
> > 
> > Menurut Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Husam Musa, mereka akan 
> mengadakan kad (jemputan) khas bagi orang yang hendak menonton 
> konsert berkenaan. Maknanya setiap pengunjung akan dicatatkan 
> identiti dan kehadiran mereka. 
> > 
> > Mungkin idea itu pratikal kalau jumlahnya kurang pada 10,000, 
> tetapi bagaimana kalau kehadiranya kelak melebihi 10,000? Tentu 
> tempat berlangsungnya konsert itu akan menjadi penuh sesak. 
Tidakkah 
> keadaanya nanti kelam kabut. Selalu kita terdengar berlaku huru-
hara 
> di tempat-tempat konsert apabila mereka yang hadir tidak berpuas 
hati 
> dengan pengajur, seperti kehabisan tiket dan sebagainya.
> > 
> > 2. Bagaimana lagu-lagu yang bakal disampaikan Mawi kelak.
> > 
> > Apakah lagu-lagu yang akan dipersembahkan kelak semuanya 
berunsur 
> nasihat dan ketuhanan? Bagaimana dengan irama dan lirik kegemaran 
> anak muda, seperti lagu berunsur cinta monyet? Mungkin keduanya 
> sekali ada, ada lagu dakwah (langsung) ada lagu khayalan. Tidak 
> mungkin Mawi yang dikenali sebagai penyanyi serba boleh akan hanya 
> menyanyi lagu-lagu pilihan khas kerajaan Kelantan sahaja. 
> > 
> > Bagaimana kalau Mawi menyanyi lagu `rock' yang boleh mengundang 
> audien turut sama berinteraksi dengannya berjoget dan bertepuk 
> tangan? Umum tahu tepuk tangan dan joget tidak digalak oleh Pas. 
> Apakah apabila Mawi menyanyi lagu `rock' maka laungan takbir.... 
akan 
> kedengaran! 
> > 
> > 3. Kemungkinan akan dieksplotasikan oleh musuh.
> > 
> > Apakah Pas tidak terfikir konsert itu kelak akan dieksploitasi 
oleh 
> musuh mereka. Dalam konsert seperti itu di mana ramai khalayak, 
> senang bagi musuh hendak melakukan sesuatu yang tidak baik. Apa 
kata 
> kalau ada tangan nakal meleparkan tin minuman keras atau 
meninggalkan 
> kondom di tempat konsert itu kemudian esok didedahkan oleh akhbar 
> atau tv? Betul, itu perbuatan khianat, tetapi di dalam politik, 
> khianat adalah permainan biasa. Apakah Pas tidak fikir soal ini?
> > 
> > 4. Kesan jangka panjang dengan konsert tersebut.
> > 
> > Apakah kesan selepas konsert itu. Apakah konsert itu dapat 
memberi 
> kesedaran baru atau ia akan jadi seperti angin lalu sahaja. Kesan 
> baiknya sekejap, namun kesan buruk akan berpanjangan. Takdir 
berlaku 
> sesuatu yang negatif, musuh akan menyebut sepanjang masa mengenai 
> konsert berkenaan. Paling ditakuti, rakyat umum akan menyamakan 
Pas 
> sama sahaja dengan Umno. Jika ini berlaku, untung yang diharap 
> secupak, rugi segantang yang diperolehi.
> > 
> > Itulah empat perkara yang harus difikir oleh mereka yang 
menetaskan 
> idea dan mempromokan untuk membawa Mawi ke Kelantan. Sekiranya 
mereka 
> dapat mengatasi permasalahan ini dan menjelaskan dengan tuntas 
> mungkin konsert itu `harus' diadakan. 
> > 
> > Selain itu disebabkan kerajaan Kelantan adalah kerajaan Pas, 
maka 
> Pas juga harus memberi pandangan yang jelas mengenai perkara ini. 
> Dewan Ulama yang diberi tugas memantau dan menjawab sebarang 
> kekeliruan harus bangkit. Mereka tidak perlu merasakan itu bukan 
> tugas mereka, atau merasa rendah diri apabila Nik Aziz selaku 
> Mursyidul Am telah bersetuju maka mereka ikut bersetuju sama. 
Dewan 
> Ulama tidak boleh berdiri di antara `mentara' berbeza di dalam hal 
> ini.
> > 
> > Dewan Ulama dan individu (ahli hukum) lain di dalam Pas harus 
> memberi pandangan dan tidak melihat dan menerima setiap apa yang 
> dipersetujui oleh Musyidul Am itu sebagai benar dan betul belaka. 
> Sebab, ada kalanya idea dan cakap-cakap Tok Guru tersalah nahu dan 
> tata bahasa manakala ada juga ayat-ayat yang `ditulisnya' 
tertinggal 
> titik koma dan penuh `tanda soal'.
> > 
> > Pada saya konsert itu perlu dibatalkan.
> > 
> > __________________________________________________
> > Do You Yahoo!?
> > Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
> > http://mail.yahoo.com 
> > 
> > [Non-text portions of this message have been removed]
> > 
> > 
> > 
> > SPONSORED LINKS 
> > Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan 
> > 
> > ---------------------------------
> > YAHOO! GROUPS LINKS 
> > 
> > 
> >     Visit your group "perakan" on the web.
> >   
> >     To unsubscribe from this group, send an email to:
> > [EMAIL PROTECTED]
> >   
> >     Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of 
> Service. 
> > 
> > 
> > ---------------------------------
> > 
> > 
> > 
> >             
> > ---------------------------------
> > Yahoo! for Good
> > Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort. 
> > 
> > [Non-text portions of this message have been removed]
> > 
> > 
> > 
> > ---------------------------------
> > YAHOO! GROUPS LINKS 
> > 
> > 
> >     Visit your group "perakan" on the web.
> >   
> >     To unsubscribe from this group, send an email to:
> > [EMAIL PROTECTED]
> >   
> >     Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of 
> Service. 
> > 
> > 
> > ---------------------------------
> > 
> > 
> > 
> > 
> >             
> > ---------------------------------
> > Yahoo! for Good
> > Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort. 
> > 
> > [Non-text portions of this message have been removed]
> > 
> > 
> > 
> > SPONSORED LINKS 
> > Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan 
> > 
> > ---------------------------------
> > YAHOO! GROUPS LINKS 
> > 
> > 
> >     Visit your group "perakan" on the web.
> >   
> >     To unsubscribe from this group, send an email to:
> >  [EMAIL PROTECTED]
> >   
> >     Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of 
> Service. 
> > 
> > 
> > ---------------------------------
> > 
> > 
> > 
> >             
> > ---------------------------------
> > Yahoo! for Good
> >  Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort. 
> > 
> > [Non-text portions of this message have been removed]




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke