agenda politik dan media pihak lawan sudah jadi penomena biasa 
terutama dalam suasana pilihanraya...yg biasa bekawan pun tak betegur 
sapa dalam masa 'edah nih'....sabar je la, buat apa yg patut


--- In [email protected], Azahari Ahmad <[EMAIL PROTECTED]> 
wrote:
>
> jahatnya penulis berita ni....tengok dia kata "Isu cabar mencabar 
ini mula tercetus apabila pada 15 November lalu, 
> Husam mencabar 21 wakil rakyat BN melepaskan jawatan bagi 
membolehkan 
> pilihan raya kecil diadakan untuk mengukur kekuatan kedua-dua 
parti." sedangkan umum mengetahui kenyataan Husam itu ialah sebagai 
jawapan kepada kenyataan pemimpin BN (Annuar, Najib, Abdullah Badawi) 
supaya Kerajaan Kelantan membubarkan DUN sekiranya kalah di Pengkalan 
Pasir.
>    
>   Saya tak pasti penulis ni ugama apa, tapi kalau dia berugama 
Islam dia seharusnya tahu penulisan menipu dan jahat macam ni adalah 
berdosa dan menyalahi hukum Allah.
>   
> 
> Perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>   PASIR MAS 22 Nov. - Pemimpin BN dan Pas Kelantan hari ini 
bersetuju 
> untuk menamatkan episod cabar mencabar mengenai peletakan jawatan 
> wakil rakyat masing-masing dan menumpukan sepenuhnya kepada pilihan 
> raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Pengkalan Pasir pada 
6 
> Disember ini.
> 
> Ketika ditemui secara berasingan di sini, Pengerusi BN Kelantan, 
> Datuk Seri Annuar Musa dan Exco Kerajaan Negeri, Husam Musa 
> menegaskan, demi kebaikan semua serta mengelakkan polemik 
> berpanjangan isu cabar mencabar itu perlu ditamatkan.
> 
> Annuar berkata, pihaknya membuat keputusan tersebut setelah Menteri 
> Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Husam kelmarin menegaskan 
> kerajaan negeri tidak akan membubarkan DUN Kelantan.
> 
> Beliau berkata, pihaknya tidak lagi berminat membincangkan isu itu 
> kerana ingin menumpukan kepada gerak kerja pilihan raya serta 
bertemu 
> dengan rakyat dan kenyataan sebelum ini hanya semata-mata bagi 
> menjawap cabaran dibuat oleh Husam.
> 
> ``Kita tidak akan meneruskan cadangan menghantar surat kepada Nik 
> Abdul Aziz dan Husam mengenai peletakan jawatan ini setelah 
mendapat 
> jawapan daripada Menteri Besar bahawa DUN tidak akan dibubarkan. 
> 
> Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program 
> Khidmat Masyarakat Kelab Ahli-Ahli Parlimen Malaysia di Peti Undi 
> Kasa di sini.
> 
> Annuar mengulas peringatan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan 
> Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menegaskan, semua wakil 
> rakyat Kelantan akan hilang kelayakan bertanding untuk lima tahun 
> jika mereka melakukannya tanpa sebab.
> 
> Ia selaras dengan Perkara 48 (6) Perlembagaan Persekutuan yang 
> menyebut, seseorang yang meletakkan keahliannya dalam Dewan Rakyat 
> hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh peletakan 
> keahliannya berkuat kuasa, hilang kelayakan untuk menjadi ahli 
Dewan 
> Rakyat.
> 
> Peraturan itu bukan sahaja melibatkan ahli Parlimen tetapi juga 
semua 
> Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
> 
> Isu cabar mencabar ini mula tercetus apabila pada 15 November lalu, 
> Husam mencabar 21 wakil rakyat BN melepaskan jawatan bagi 
membolehkan 
> pilihan raya kecil diadakan untuk mengukur kekuatan kedua-dua parti.
> 
> Berikutan tindakan Husam itu, Annuar pada Ahad lalu menegaskan, 21 
> ADUN bersedia meletakkan jawatan dengan syarat kesemua 23 wakil 
> rakyat Pas turut membuat tindakan yang sama.
> 
> Ia menjadi `semakin panas' apabila Annuar dalam kenyataan 
terbarunya 
> kelmarin menegaskan, 21 wakil rakyat BN bersetuju untuk menghantar 
> surat peletakan jawatan masing-masing berkuat kuasa mulai 1 
Disember 
> ini bagi menyahut cabaran Husam dan ia hanya sah jika wakil rakyat 
> Pas juga berbuat demikian.
> 
> Annuar berkata, keputusan menghentikan perbuatan cabar mencabar 
> tersebut tidak ada kaitan dengan kenyataan SPR tersebut kerana 
> cadangan itu sebelum ini dibuat dengan sebab yang amat besar kerana 
> kerajaan negeri sudah hilang kepercayaan rakyat.
> 
> Dalam reaksinya hari ini, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Husam Musa 
> berkata, Pas menganggap isu berkenaan sudah pun selesai dan parti 
itu 
> kini hanya akan memberi tumpuan penuh kepada pilihan raya kecil 
> tersebut.
> 
> ``Bagi Pas kita sudah `tutup buku, bagaimanapun terserahlah kepada 
> wakil rakyat BN untuk menentukan sama ada hendak meletakkan jawatan 
> atau tidak serta bersedia menerima risikonya akibat tindakan itu,'' 
> katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Warga Emas, Hari 
Kanak-
> Kanak Sedunia dan Hari Raya Aidilfitri 2005 Peringkat Negeri 
Kelantan 
> di Kota Bharu.
> 
> Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, ketika mencabar wakil 
> rakyat BN meletakkan jawatan beliau sememangnya mengetahui undang-
> undang SPR tersebut tetapi sekadar ingin mengetahui sama ada Annuar 
> `teliti atau tidak' ketika menyahut cabarannya.
> 
> ``Apa pun saya fikir semuanya sudah selesai, kita akan beri tumpuan 
> kepada pilihan raya kecil berkenaan,'' katanya.//UM
> 
> 
> 
> 
> 
> 
>   SPONSORED LINKS 
>         Florist malaysia   Malaysia hotel   Kelantan 
>     
> ---------------------------------
>   YAHOO! GROUPS LINKS 
> 
>     
>     Visit your group "perakan" on the web.
>     
>     To unsubscribe from this group, send an email to:
>  [EMAIL PROTECTED]
>     
>     Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of 
Service. 
> 
>     
> ---------------------------------
>   
> 
>   
> 
> 
>               
> ---------------------------------
>  Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.
>






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
1.2 million kids a year are victims of human trafficking. Stop slavery.
http://us.click.yahoo.com/WpTY2A/izNLAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke