Saya selalu buka berita bernama online. Sejak akhir2
ni, tulisan berkenaan politik kelantannya semakin
bias. Kalau sebelum ni semua ok. Mungkin ini salah
satu strategi BN dlm menghadapi pilihanraya kecil ni
selain menguasai media2 utama yg lain. rasa menyampah
lak bila baca berita bernama, rasa seakan baca utusan
plak. Banyak plak fakta yg diputar belit.

--- Azahari Ahmad <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

> jahatnya penulis berita ni....tengok dia kata "Isu
> cabar mencabar ini mula tercetus apabila pada 15
> November lalu, 
> Husam mencabar 21 wakil rakyat BN melepaskan jawatan
> bagi membolehkan 
> pilihan raya kecil diadakan untuk mengukur kekuatan
> kedua-dua parti." sedangkan umum mengetahui
> kenyataan Husam itu ialah sebagai jawapan kepada
> kenyataan pemimpin BN (Annuar, Najib, Abdullah
> Badawi) supaya Kerajaan Kelantan membubarkan DUN
> sekiranya kalah di Pengkalan Pasir.
>    
>   Saya tak pasti penulis ni ugama apa, tapi kalau
> dia berugama Islam dia seharusnya tahu penulisan
> menipu dan jahat macam ni adalah berdosa dan
> menyalahi hukum Allah.
>   
> 
> Perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>   PASIR MAS 22 Nov. - Pemimpin BN dan Pas Kelantan
> hari ini bersetuju 
> untuk menamatkan episod cabar mencabar mengenai
> peletakan jawatan 
> wakil rakyat masing-masing dan menumpukan sepenuhnya
> kepada pilihan 
> raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan
> Pengkalan Pasir pada 6 
> Disember ini.
> 
> Ketika ditemui secara berasingan di sini, Pengerusi
> BN Kelantan, 
> Datuk Seri Annuar Musa dan Exco Kerajaan Negeri,
> Husam Musa 
> menegaskan, demi kebaikan semua serta mengelakkan
> polemik 
> berpanjangan isu cabar mencabar itu perlu
> ditamatkan.
> 
> Annuar berkata, pihaknya membuat keputusan tersebut
> setelah Menteri 
> Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Husam
> kelmarin menegaskan 
> kerajaan negeri tidak akan membubarkan DUN Kelantan.
> 
> Beliau berkata, pihaknya tidak lagi berminat
> membincangkan isu itu 
> kerana ingin menumpukan kepada gerak kerja pilihan
> raya serta bertemu 
> dengan rakyat dan kenyataan sebelum ini hanya
> semata-mata bagi 
> menjawap cabaran dibuat oleh Husam.
> 
> ``Kita tidak akan meneruskan cadangan menghantar
> surat kepada Nik 
> Abdul Aziz dan Husam mengenai peletakan jawatan ini
> setelah mendapat 
> jawapan daripada Menteri Besar bahawa DUN tidak akan
> dibubarkan. 
> 
> Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas
> merasmikan Program 
> Khidmat Masyarakat Kelab Ahli-Ahli Parlimen Malaysia
> di Peti Undi 
> Kasa di sini.
> 
> Annuar mengulas peringatan Timbalan Pengerusi
> Suruhanjaya Pilihan 
> Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang
> menegaskan, semua wakil 
> rakyat Kelantan akan hilang kelayakan bertanding
> untuk lima tahun 
> jika mereka melakukannya tanpa sebab.
> 
> Ia selaras dengan Perkara 48 (6) Perlembagaan
> Persekutuan yang 
> menyebut, seseorang yang meletakkan keahliannya
> dalam Dewan Rakyat 
> hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari
> tarikh peletakan 
> keahliannya berkuat kuasa, hilang kelayakan untuk
> menjadi ahli Dewan 
> Rakyat.
> 
> Peraturan itu bukan sahaja melibatkan ahli Parlimen
> tetapi juga semua 
> Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
> 
> Isu cabar mencabar ini mula tercetus apabila pada 15
> November lalu, 
> Husam mencabar 21 wakil rakyat BN melepaskan jawatan
> bagi membolehkan 
> pilihan raya kecil diadakan untuk mengukur kekuatan
> kedua-dua parti.
> 
> Berikutan tindakan Husam itu, Annuar pada Ahad lalu
> menegaskan, 21 
> ADUN bersedia meletakkan jawatan dengan syarat
> kesemua 23 wakil 
> rakyat Pas turut membuat tindakan yang sama.
> 
> Ia menjadi `semakin panas' apabila Annuar dalam
> kenyataan terbarunya 
> kelmarin menegaskan, 21 wakil rakyat BN bersetuju
> untuk menghantar 
> surat peletakan jawatan masing-masing berkuat kuasa
> mulai 1 Disember 
> ini bagi menyahut cabaran Husam dan ia hanya sah
> jika wakil rakyat 
> Pas juga berbuat demikian.
> 
> Annuar berkata, keputusan menghentikan perbuatan
> cabar mencabar 
> tersebut tidak ada kaitan dengan kenyataan SPR
> tersebut kerana 
> cadangan itu sebelum ini dibuat dengan sebab yang
> amat besar kerana 
> kerajaan negeri sudah hilang kepercayaan rakyat.
> 
> Dalam reaksinya hari ini, Exco Kerajaan Negeri
> Kelantan, Husam Musa 
> berkata, Pas menganggap isu berkenaan sudah pun
> selesai dan parti itu 
> kini hanya akan memberi tumpuan penuh kepada pilihan
> raya kecil 
> tersebut.
> 
> ``Bagi Pas kita sudah `tutup buku, bagaimanapun
> terserahlah kepada 
> wakil rakyat BN untuk menentukan sama ada hendak
> meletakkan jawatan 
> atau tidak serta bersedia menerima risikonya akibat
> tindakan itu,'' 
> katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Warga
> Emas, Hari Kanak-
> Kanak Sedunia dan Hari Raya Aidilfitri 2005
> Peringkat Negeri Kelantan 
> di Kota Bharu.
> 
> Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, ketika
> mencabar wakil 
> rakyat BN meletakkan jawatan beliau sememangnya
> mengetahui undang-
> undang SPR tersebut tetapi sekadar ingin mengetahui
> sama ada Annuar 
> `teliti atau tidak' ketika menyahut cabarannya.
> 
> ``Apa pun saya fikir semuanya sudah selesai, kita
> akan beri tumpuan 
> kepada pilihan raya kecil berkenaan,'' katanya.//UM
> 
> 
> 
> 
> 
> 
>   SPONSORED LINKS 
>         Florist malaysia   Malaysia hotel   Kelantan
> 
>     
> ---------------------------------
>   YAHOO! GROUPS LINKS 
> 
>     
>     Visit your group "perakan" on the web.
>     
>     To unsubscribe from this group, send an email
> to:
>  [EMAIL PROTECTED]
>     
>     Your use of Yahoo! Groups is subject to the
> Yahoo! Terms of Service. 
> 
>     
> ---------------------------------
>   
> 
>   
> 
> 
>               
> ---------------------------------
>  Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in
> one click.  



                
__________________________________ 
Start your day with Yahoo! - Make it your home page! 
http://www.yahoo.com/r/hs


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/ZP59lB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke