HEhehhe...itu lah jugak yg aku perasan pun,susah nak cakap kalau mata jadi buta dan telinga jadi pekak nih....hati plak hitam.....habislah....

Azahari Ahmad wrote:

 jahatnya penulis berita ni....tengok dia kata "Isu cabar mencabar ini mula tercetus apabila pada 15 November lalu,
Husam mencabar 21 wakil rakyat BN melepaskan jawatan bagi membolehkan
pilihan raya kecil diadakan untuk mengukur kekuatan kedua-dua parti." sedangkan umum mengetahui kenyataan Husam itu ialah sebagai jawapan kepada kenyataan pemimpin BN (Annuar, Najib, Abdullah Badawi) supaya Kerajaan Kelantan membubarkan DUN sekiranya kalah di Pengkalan Pasir. Saya tak pasti penulis ni ugama apa, tapi kalau dia berugama Islam dia seharusnya tahu penulisan menipu dan jahat macam ni adalah berdosa dan menyalahi hukum Allah. 

Perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

PASIR MAS 22 Nov. - Pemimpin BN da n Pas Kelantan hari ini bersetuju
untuk menamatkan episod cabar mencabar mengenai peletakan jawatan
wakil rakyat masing-masing dan menumpukan sepenuhnya kepada pilihan
raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Pengkalan Pasir pada 6
Disember ini.

Ketika ditemui secara berasingan di sini, Pengerusi BN Kelantan,
Datuk Seri Annuar Musa dan Exco Kerajaan Negeri, Husam Musa
menegaskan, demi kebaikan semua serta mengelakkan polemik
berpanjangan isu cabar mencabar itu perlu ditamatkan.

Annuar berkata, pihaknya membuat keputusan tersebut setelah Menteri
Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Husam kelmarin menegaskan
kerajaan negeri tidak akan membubarkan DUN Kelantan.

Beliau berkata, pihaknya tidak lagi berminat membincangkan isu itu
kerana ingin menumpukan kepada gerak kerja pilihan raya serta bertemu
dengan rakyat dan kenyataan sebelum ini hanya semata-mata bagi
menjawap cabaran dibuat oleh Husam.

``Kita tidak akan meneruskan cadangan menghantar surat kepada Nik
Abdul Aziz dan Husam mengenai peletakan jawatan ini setelah mendapat
jawapan daripada Menteri Besar bahawa DUN tidak akan dibubarkan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program
Khidmat Masyarakat Kelab Ahli-Ahli Parlimen Malaysia di Peti Undi
Kasa di sini.

Annuar mengulas peringatan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menegaskan, semua wakil
rakyat Kelantan akan hilang kelayakan bertanding untuk lima tahun
jika mereka melakukannya tanpa sebab.

Ia selaras dengan Perkara 48 (6) Perlembagaan Persekutuan yang
menyebut, seseorang yang meletakkan keahliannya dalam Dewan Rakyat
hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh peletakan
keahliannya berkuat kuasa, hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan
Rakyat.

Peraturan itu bukan sahaja melibatkan ahli Parlimen tetapi juga semua
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Isu cabar mencabar ini mula tercetus apabila pada 15 November lalu,
Husam mencabar 21 wakil rakyat BN melepaskan jawatan bagi membolehkan
pilihan raya kecil diadakan untuk mengukur kekuatan kedua-dua parti.

Berikutan tindakan Husam itu, Annuar pada Ahad lalu menegaskan, 21
ADUN bersedia meletakkan jawatan dengan syarat kesemua 23 wakil
rakyat Pas turut membuat tindakan yang sama.

Ia menjadi `semakin panas' apabila Annuar dalam kenyataan terbarunya
kelmarin menegaskan, 21 wakil rakyat BN bersetuju untuk menghantar
surat peletakan jawatan masing-masing berkuat kuasa mulai 1 Disember
ini bagi menyahut cabaran Husam dan ia hanya sah jika wakil rakyat
Pas juga berbuat demikian.

Annuar berkata, keputusan menghentikan perbuatan cabar mencabar
tersebut tidak ada kaitan dengan kenyataan SPR tersebut kerana
cadangan itu sebelum ini dibuat dengan sebab yang amat besar kerana
kerajaan n egeri sudah hilang kepercayaan rakyat.

Dalam reaksinya hari ini, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Husam Musa
berkata, Pas menganggap isu berkenaan sudah pun selesai dan parti itu
kini hanya akan memberi tumpuan penuh kepada pilihan raya kecil
tersebut.

``Bagi Pas kita sudah `tutup buku, bagaimanapun terserahlah kepada
wakil rakyat BN untuk menentukan sama ada hendak meletakkan jawatan
atau tidak serta bersedia menerima risikonya akibat tindakan itu,''
katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Warga Emas, Hari Kanak-
Kanak Sedunia dan Hari Raya Aidilfitri 2005 Peringkat Negeri Kelantan
di Kota Bharu.

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, ketika mencabar wakil
rakyat BN meletakkan jawatan beliau sememangnya mengetahui undang-
undang SPR tersebut tetapi sekadar ingin mengetahui sama ada Annuar
`teliti atau tidak' ketika menyahut cabarannya.

``Apa pun saya fikir semuanya sudah selesai, kita akan beri tumpuan
kepada pilihan raya kecil berkenaan,'' katanya.//UM
 
 
 
 

 
Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.


SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke