yo kawe setuju hok demo kato 2, kalu kito perati, orang barat maju sebab dia 
terjemah kitab arab dalam bahasa dia, tu sebab dio maju, kita kena ingat, dulu 
barat terkenal dengan zaman kegelapan, sebab mereka usaha terjemah kitab arab 
dalam bahaso diolah dio buleh maju sapa ko loni.
 
kalu kito tengok ore jepun, x dok pun usoho malah mimpi pun dok nok mengaja 
dalam mata pelajaran dale B.I. kito ni jah dok kato bahasa kito x leh bowok 
kemajuan. sebab tu bangso kito tok maju.
 
yo ko dok ambo kato ni....

--- Pada Ahd, 8/3/09, -ibnuahmad- <civil_b...@yahoo.com.my> menulis:


Daripada: -ibnuahmad- <civil_b...@yahoo.com.my>
Subjek: [perakan] Re: [sahabat_IQRA] Ya akhawat, marilah berpijak di atas bumi 
yg nyata
Kepada: sahabat_i...@yahoogroups.com, "apprentice0809" 
<apprentice0...@yahoogroups.com>, iqra_members...@yahoogroups.com, 
"civiluthm0609" <civiluthm0...@yahoogroups.com>, "gen 2" 
<generas...@yahoogroups.com>, "bui_12" <bui...@yahoogroups.com>, 
perakan@yahoogroups.com, "Amalina Aripi" <amalina_ar...@yahoo.com>, "wan 
hayati" <wanpm...@yahoo.com>, "Hafizah Rusli" <ungu_2...@yahoo.com>, "hafiz 
p.danan" <quickgolde...@yahoo.com>, "fatimah upsi" <siti_...@yahoo.com.my>, 
"pejo" <joe_mus...@yahoo.com.my>, "azrin subari" <azrin_sub...@yahoo.com>, "eli 
lisna" <eli_li...@yahoo.com>, "ela ukm" <kejut_elekt...@yahoo.com>, "adibah 
suhaili" <diba_clas...@yahoo.com>, "suhana p.puteh" 
<anna_althafunnisa1...@yahoo.com>, "zuraidah" <zinnirah_put...@yahoo.com>, 
"azni ahmad" <azniahmad...@yahoo.com>, "abe sa" <azmale...@yahoo.com>, "Mat Yie 
Jal Kecik" <nazris...@yahoo.com>, "ust shahrir UTHM" <shah...@uthm.edu.my>, 
"ayuni PPB" <ayu_coo...@yahoo.com.my>, "kak ayu kelate"
 <ayu_shafi...@yahoo.com>, "asmila PPB" <asmiela_8...@yahoo.com>, "PPB along" 
<intan_n...@yahoo.com>, "pok chik" <keckop_...@yahoo.com>, "dafi PPB" 
<zerro_...@yahoo.com>, "hayyi awang kelate" <hayyi_alkhat...@yahoo.com.my>, 
"jalal kelate" <jalaluddi...@yahoo.com>
Tarikh: Ahad, 8 Mac, 2009, 12:31 AM











Ana bukannya akhwat, ana ikhwan. Ana cuba bawakan perbahasan ini cara ilmiah. 
Minta maaf sebab penulisannya agak panjang. 


Mutakhir ini, memang tidak dinafikan lagi akan kepentingan bahasa inggeris (BI) 
dalam kehidupan seharian. Namun persoalan yang muncul, kenapa sains dan 
matamatik yang menjadi mangsa taruhannya dalam memperkasakan BI. Mangsa 
korbannya. Apa yang wajar dilakukan adalah memperkasakan BI tanpa mengorbankan 
yang lain. Perkara ini bukanla melibatkan unsur politik. Pro-kerajaan ataupun 
pro-pembangkang. Namum ada sesetengah pihak yang mempolitikkan isu ini. Ini 
adalah isu nasional yang mana penentunya pada masa akan datang.

Kemajuan sesuatu bangsa atau tamadun, masa depan bukanlah ditentukan oleh BI. 
Malaysia mensasarkan kita akan menjadi negara maju menjelang 2020 mengikut 
acuan kita sendiri. Mengikut acuan sendiri pada hematnya kita akan menjadi maju 
mengikut budaya kita, bahasa kita dan kita sendiri yang melaksanakannya.

Mengambil contoh kepada beberapa negara asing. Jepun, Jerman dan Perancis 
adalah negara yang maju. Mereka maju bukan disebabkan mereka menggunakan BI 
dalam pembelajaran mereka. Sebaliknya mereka memajukan negara menggunakan 
bahasa negara mereka sendiri.

Berbalik kepada negara India yang menggunakan BI dalam urusan seharian mereka. 
Namun sehingga kini mereka amat jauh ketinggalan dalam mencapai kemajuan 
negara. Walaupun 60% BI digunakan seluruh dunia, tetapi apa yang perlu kita 
banggakan.

Berbalik kepada sejarah. Suatu ketika lampau, dunia ini dikuasai oleh dua kuasa 
besar iaitu Rom Byzantium (Kristian) dan Parsi Sassanid (Majusi). Mereka 
menguasi bahasa dunia pada ketika itu. Pada zaman khalifah Umar Al Khattab, 
umat Islam berjaya mengalahkan dua kuasa besar ini. Umat Islam tidak mengambil 
bahasa Rom atau Parsi sebagai bahasa pembelajaran mereka sedangkan banyak ilmu 
pada masa tersebut dalam bahasa Rom dan Parsi. Umat Islam memajukan diri 
menggunakan bahasa Arab dan memang terbukti tamadun Islam, ilmu Islam, 
teknologi Islam berkembang dengan pesatnya..

Pada zaman kemuncak keilmuan Islam, ditakdirkan tamadun Islam jatuh dan 
ilmu-ilmu Islam telah dipindahkan ke negara barat. Di barat, mereka juga tidak 
mengambil bahasa asing (bahasa arab) sebagai bahasa pembelajaran walaupun boleh 
dikatakan majoriti sumber ilmu dalam bahasa Arab. Sebaliknya mereka memilih 
bahasa ibunda dan sekali lagi terbukti mereka berjaya mencapai kejayaan dalam 
kemajuan. Maju menggunakan bahasa sendiri walaupun rujukan dalam bahasa asing.

Persoalan ”kita terlalu cepat melatah”. Setelah 6 tahun PPSMI dilaksanakan. 
Keputusan peperiksaan telah dikeluarkan. Kajian terperinci oleh ilmuan-ilmuan, 
pakar-pakar dan para cendikiawan yang mahir dalam pelbagai bidang lalu 
digabungkan menunjukkan penggunaan BI dalam sains dan matematik tidak sesuai.

Lalu kita yang masih mentah ini menuduh mereka ”cepat melatah”. Terlalu 
hebatnya kita ini. Tingginya ilmu kita ini berbanding mereka. Dari logik 
akalnya, memang kita tiada kelayakkan menuduh mereka ”cepat melatah”. Jikalau 
mereka menuduh kita ”budak mentah”, ada juga kebenaranya.

Seorang pensyarah saya yang belajar di Jepun. Beliau boleh dikatakan seorang 
pelajar yang bijak dan ”power” dalam BI. Di awal pembelajarannya di Jepun, 
seorang pensyarah menyuruhnya supaya membentangkan hasil tugasan yang telah di 
berikan. Beliau gagal bertutur dalam bahasa Jepun dan meminta supaya beliau 
dibenarkan menggunakan BI. Tindak balas dari pensyarah Jepun tersebut, ”kamu 
mencari alasan, kalau kamu tak boleh berbahasa Jepun, kenapa kamu datang 
belajar ke sini”.

Perlukah kita menukar bahasa rasmi dengan kedatangan pelajar antarabangsa. 
Tidak kira di UIAM ataupun dimana-mana universiti. Itu bukan alasannya. Mereka 
datang ke negara kita. Mereka perlu menguasai bahasa kita. Bukan kita yang 
tunduk pada mereka.

Negara kita menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk memelihara bahasa 
kita. Sejauh manakah ia berfungsi. Apabila ada ahli DBP bersuara untuk 
memelihara bahasa kita, mereka akan dipecat dan dikaitkan dengan pembangkan. 
Pengerusi GMP (Gerakan Mansuh PPSMI) adalah bekas pengarah DBP. Hakikatnya, 
apabila ada yang bersuara, mereka akan dicantas. Sedangkan mereka pembela 
bahasa kita.

Antara tugas DBP adalah menterjemahkan buku-buku asing ke dalam bahasa melayu. 
Masalah untuk memahami istilah-istilah sains dan matematik sepatutnya tidak 
timbul.

Bahasa melayu masih menjadi bahasa rasmi dalam rang undang-undang dan 
perlembagaan. Ahli-ahli parlimen juga diwajibkan mengguna bahasa melayu ketika 
bersidang. Setiap orang diwajibkan kredit bahasa melayu sebelum dibenarkan 
memasuki universiti. Bahasa melayu masih menjadi subjek teras di semua sekolah. 
Negara kita pula dalam mengejar kemajuan teknologi. Bila disebut teknologi, ia 
merujuk kepada sains dan matematik dan pembelajarannya dalam BI. Keadaan ini 
melihat suatu sistem yang songsang sedang diamalkan di negara ini. Belajar BI, 
bahasa bercakap Melayu.

Islam tidak pernah membezakan manusia mengikut bahasa yg digunakan. Al-Quran 
tak pernah mengatakan Bahasa Inggeris itu "bahasa penjajah" (language of 
kafirun) atau bahasa yang boleh mengancam budaya kita. Islam juga tidak pernah 
mengatakan ”untuk maju kita perlu belajar BI”

Dari surah pertama diturunkan Allah kepada kekasihNya iaitu surah Al-alaq, 
Allah memerintahkan kita utk membaca (Iqra'). Kita disuruh membaca untuk 
menambah ilmu yang melimpah di dunia. Al-Quran tak pernah nyatakan medium atau 
bahasa apa yang kita perlu gunakan untuk menuntut ilmu selagi ilmu itu 
bermanfaat pd manusia sejagat. Tetapi berdasarkan sejarah lepas dan keadaan 
semasa, belum ada yang maju menggunakan bahasa lain. ”Adakah kamu tidak 
mengambil pelajaran?”

Adakah perjuangan untuk memartabatkan bahasa melayu boleh dikatakan sebagai 
mendiskriminasi BI. Adakah pejuang-pejuang bahasa menyatakan BI adalah bahasa 
perosak yang mengancam. Apakah hak kita untuk melebel orang sebagai 
”pendiskriminasi bahasa lain”. Jikalau mereka (pejuang-pejuang bahasa) bukan 
”pendiskriminasi bahasa lain”, kita telah menuduh mereka. Kita telah menbuat 
fitnah kepada mereka. Kita melakukan suatu dosa yang besar.

Saudaraku, maruah anak-anak bangsa kita di masa hadapan bukan ditentukan dengan 
BI. Bukan juga ditentukan dengan kemajuan. Selagi kita teguh berpengang dengan 
”tali” Allah, insya Allah maruah anak bangsa orang Islam akan terus terjaga. 
Kembalilah pada Islam yang hakiki, Islam yang sebenarnya.

Elakkan dari terpengaruh dengan propanganda yang munkin datang dari musuh-musuh 
Islam. Yahudi, Nasrani dan golongan munafik.

Sesungguhnya Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri 
yang merubahnya. Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah, Maha Pencipta dan 
segala kekurangan merupakan fitrah kejadian insan dan berpunca dari jahilnya 
ilmu dan jauhnya hubungan dengan Allah menyebabkan manusia gagal mendapat 
petunjuk ke jalan yang lurus. Wallahualam.


-ibnuahmad-

--- Pada Sab, 7/3/09, nadhrah_nas <nadhrah_nas@ yahoo.com> menulis:


Daripada: nadhrah_nas <nadhrah_nas@ yahoo.com>
Subjek: [sahabat_IQRA] Ya akhawat, marilah berpijak di atas bumi yg nyata
Kepada: sahabat_IQRA@ yahoogroups. com
Tarikh: Sabtu, 7 Mac, 2009, 12:50 AM




Assalamu'alaikum. Semoga iman kita dtetapkan Allah dan smoga kasih dan cintaNya 
sntiasa bersama kita.. 
Saudara2 ku, sy dibesarkan dlm keluarga yg bukanlah sepenuhnya "English 
oriented" atau "English spoken" ttp mak dan abah sy nampak dan sedar 
kepentingan bahasa Inggeris sejak sy kecil lg. Mcm2 lah yg mak dan abah buat 
utk tarik minat sy blaja bahasa penjajah ni, dan subhanallah, ape yg mereka 
risaukan jd kenyataan. Realitinye saudara2ku, hari ini,kita tak dpt lagi 
menafikan bahawa persaingan utk hidup bkn sahaja di luar negara tetapi jugk 
dalam negara kita sendiri, mengkehendakkan kita untuk mahir(proficient) dlm 
bahasa Inggeris. 

Kerajaan memperkenalkan kita dgn PPSMI. Satu polisi yg buat kita rasa Bahasa 
Melayu akan hilang,mati atau "ditalkinkan" oleh bangsa kita sendriri.Saudara2ku 
, sejujurnya sy bukanlah pro-kerajaan atau pmbangkang krn sy cuba utk tidak 
melihat polisi ini diolah dgn unsur politik. Tetapi apa yg kita harus 
rasionalkan brsama adalah rasional di sebalik polisi ini.
Cuba kita fahami fakta2 di bawah:-

`English is now the dominant or official language in over 60 countries and is 
represented in every continent' (Crystal, 2001:106).

'Most of the scientific, technological and academic information in the world is 
expressed in English and over 80% of all the information stored in electronic 
retrieval systems is in English' (Crystal, 2001:106)'

Sahabat2ku yg dikasihi, jgnlah kita terlalu cepat melatah dgn perlaksanaan 
polisi ini. Jika kita tidak kisah langsung utk maju, fikirlah utk generasi2 yg 
lebih hdpn, yg akn diteraju oleh anak2 kita insyaAllah. Polisi ini bukanlah 
bertujuan utk menendang kepentingan Bahasa Melayu yg mnjadi identiti kita 
tetapi perlaksanannya bertujuan utk mengelakkan bangsa kita tertinggal jauh ke 
belakang dan ditindas oleh bangsa2 lain. kerajaan hanya meletakkan polisi ini 
pd subjek sains dan matematik. Dan kenyataanya, kita perlu akui org2 barat dah 
jauh ke hadapan dalam kedua-dua bidang ini.dengan hanya dua subjek ini diajar 
dlm bhs inggeris, wajarkah kita melatah dan berasa kedudukan bahasa melayu 
terancam? Sedangkan di universiti, pensyarah2 kita menggunakan buku2 rujukan yg 
dikeluarkan oleh pemikir dan pengkaji antarabgsa dan semuanya ditulis dalam 
bahasa Inggeris.Logiknya kalau seorang pelajar dah dibiasakan dengan istilah2 
sains dan matematik dlm bahasa inggeris
 sejak sekolah rendah, insyaAllah mereka tidak akan mengalami masalah utk 
memahami pelajaran bila di universiti nanti. InsyaAllah, takkan ade masalah 
baru terkial-kial nak bukak kamus "English-Malay" utk faham maksud istilah. 

Sy ada kwn di UIAM yg menerima ramai pelajar antarabgsa. Bahasa rasmi dan 
pengantar adalah bhs Inggeris ttp kerajaan masih cube memelihara bahasa Melayu 
di universiti berkenaan. Pelajar2 malaysia wajib lulus 2 subjek bahasa melayu 
utk 2 semester. bkn itu shj, pelajar2 antarabangsa juga diwajibkan lulus bahasa 
Melayu utk beberapa semester. Jika pelajar antarabgsa boleh belajar dan terima 
bahasa melayu di tempat mereka belajar, kenapa kita perlu melatah bila disuruh 
belajar sains dan matematik dlm bahasa Inggeris? 

Negara kita menubuhkan DBP utk memelihara bahasa kita. Bahasa kita masih mnjadi 
bahasa rasmi dlm rang undang2 dan perlembagaan. Ahli2 Parlimen juga diwajibkan 
guna Bahasa melayu ketika bersidang. Setiap org diwajibkan kredit Bahasa Melayu 
sblm dibenarkan memasuki universiti. bahasa Melayu masih menjadi subjek teras 
di semua sekolah. Realitinya, bahasa melayu masih termasuk dlm "language 
repertoire" kita setiap hari. 

Islam tidak pernah mmbezakan manusia mengikut bahasa yg digunakan.. Al-Quran 
tak pernah mengatakan Bahasa Inggeris itu "bhs penjajah" (language of kafirun) 
atau bahasa yg boleh mengancam budaya kita. Dari surah pertama diturunkan Allah 
kpd kekasihNya iaitu surah Al-alaq, Allah memerintahkan kita utk membaca 
(Iqra'). Kita disuruh membaca utk menambah ilmu yg melimpah di dunia dan 
Al-Quran tak pernah nyatakan medium atau bahasa apa yg kita perlu gunakan untuk 
menuntut ilmu selagi ilmu itu bermanfaat pd manusia sejagat. Jika Islam tidak 
pernah mendiskriminasi bahasa Inggeris sbg bahasa perosak yg mengancam,apa hak 
kita utk mendiskriminasi bahasa lain? 

Saudara2ku,sggupkah kita menggadaikan maruah anak2 bangsa kita di masa hadapan? 
melihat bangsa2 lain maju ke hadapan dan mereka tertindas di balakang, 
berselindung di sabalik ilmu dan kemajuan yg dikusai org lain. ya akhawat, 
marilah kit berpijak di atas bumi yg nyata. Sesungguhnya Allah takkan mengubah 
nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yg berubah. Sesungguhnya yg baik 
dtgnya dr Allah yg mencintai hambaNya dan segala yg kurang dtgnya dr syaitan 
laknatullah dan sy sendiri. Wallahualam. 




Dapatkan nama E-mel keutamaan anda! 
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail. com.
















      Dapatkan nama E-mel keutamaan anda! 
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com. 
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke