Salam untuk semua teman2 Permias,

Saya sedikit sumbang saran menyangkut debat kecil mengenai hari valentine.
Berikut saya sertakan tulisan mengenai sejarah valentine menurut sisi business
dan versi MUIS Singapura. Mudah2an bermanfaat.

Valentine menurut http://www.holidays.net/amore/story.html

The Story of Valentine's Day
The holiday of Valentine's Day probably derives its origins from the ancient
Roman feast of Lupercalia. In the early days of Rome, fierce wolves roamed the
woods nearby. The Romans called upon one of their gods, Lupercus, to keep the
wolves away. A festival held in honor of Lupercus was celebrated February 15th.
The festival was celebrated as a spring festival. Their calender was different
at that time, with February falling in early springtime.

One of the customs of the young people was name-drawing. On the eve of the
festival of Lupercalia the names of Roman girls were written on slips of paper
and placed into jars. Each young man drew a slip. The girl whose name was
chosen was to be his sweetheart for the year

Legend has it that the holiday became Valentine's Day after a priest named
Valentine. Valentine was a priest in Rome at the time Christianity was a new
religion. The Emperor at that time, Claudius II, ordered the Roman soldiers NOT
to marry or become engaged. Claudius believed that as married men, his soldiers
would want to stay home with their families rather than fight his wars.
Valentine defied the Emperor's decree and secretly married the young couples.
He was eventually arrested, imprisoned, and put to death

Valentine was beheaded on February 14th, the eve of the Roman holiday
Lupercalia. After his death, Valentine was named a saint. As Rome became more
Christian, the priests moved the spring holiday from the 15th of February to
the 14th - Valentine's Day. Now the holiday honored Saint Valentine instead of
Lupercus

Hari Valentine menurut Majlis Ulama Singapura:
http://www.muis.gov.sg/warita/warita1-98/panduan2.html
Hari Valentine menurut sejarah Kristian pada asalnya ialah hari memperingati
dua orang suci (saint) Kristian yang memiliki nama yang sama. Hari tersebut
jatuh pada 14 Februari. Menurut lagenda Kristian, salah seorang dari dua orang
suci tersebut adalah seorang paderi Rome yang terkorban dalam zaman penindasan
Maharaja Claudius di Rome.

Hari Valentine (St Valentine's Day) yang disambut orang pada hari ini
(khususnya masyarakat Kristian) adalah merupakan hari istimewa bagi
remaja-remaja yang bercinta. Walaupun menurut dakwaan bahawa hari ini tidak ada
kaitan dengan hari peringatan paderi di atas, tetapi hari ini menurut sejarah
telah disambut oleh masyarakat purba Roman di mana pada hari ini para remaja
akan menamakan kekasih mereka dan meminang mereka dalam Perayaan Lupercalia
yang jatuh pada 15 Februari. Perayaan ini kemudian diperkenalkan oleh
masyarakat Kristian Rome kepada England. Sebagai menyesuaikan adat ini dengan
amalan agama Kristian, pihak gereja telah menukarkan kepada Perayaan St
Valentine yang dikenal sekarang ini dengan Hari Valentine (St Valentine's Day).


Di Singapura, Hari Valentine disambut oleh kalangan muda-mudi dari berbagai
bangsa, termasuk segelintir para remaja Islam yang cetek pengetahuan agama
Islam dan hakikat hari tersebut. Kebanyakan remaja Islam kita yang menyambut
hari tersebut adalah di kalangan mereka yang masih menuntut atau mereka yang
terdedah kepada pergaulan bebas.

Pada hari tersebut, para remaja akan bertukar kad ucap selamat dengan
menggunakan kad khas Hari Valentine yang bertemakan cinta. Bagi remaja-remaja
yang bercinta pula, mereka akan membeli bunga-bunga untuk diberikan kepada
kekasih. Bagi mereka juga seolah-olah hari tersebut adalah hari yang paling
baik untuk mendapatkan kekasih. Oleh itu ramailah remaja-remaja yang keluar
berdua-duaan pada hari tersebut sebagai meraikan sem-penanya.

Sebagai penutup, saya kutipkan salah satu dari ayat di Surat Al-Baqarah ayat
170, yang menyatakan:

Dan apabila dikatakan kepada mereka:"Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah".
Mereka menjawab:"(Tidak) tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati
dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga),
walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak
mendapat petunjuk". [QS: 2:170]

Wassalam,
nur

Kirim email ke