Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Salam perkenalan diucapkan kepada semua penulis yang berada dalam 
[EMAIL PROTECTED] 

Saya Norhayati dari Universiti Malaya, sedang menjalankan satu projek
untuk mendokumentasikan semua penulis karya sastera di seluruh negeri
Kelantan, bermula dengan penulis di daerah Tumpat. Semua penulis yang
pernah karya mereka diterbitkan di mana-mana penerbitan (walaupun hanya
sebuah sajak) diharap dapat mengisi borang Biodata Penulis Karya Sastera
yang dilampirkan di sini bagi menjayakan projek ini. Semua maklumat 
tentang penulis dan karya mereka akan didokumenkan dalam bentuk buku, 
untuk menjadi rujukan, perbincangan dan mengangkatnya ke persada dunia
sastera tanahair.  Semoga usaha ini akan memberikan manfaat kepada para
pengkaji, peminat, penulis dan kepada semua pihak. InsyaAllah.

Perkara ini sudah pun saya maklumkan kepada En. Ediramle, Setiausaha 1 
Pesisir, dan saya rasa tuan-tuan dan puan-puan juga sudah dimaklumkan 
oleh En. Ediramle tentang projek ini.
Segala kesudian dan kerjasama tuan-tuan dan puan-puan bagi menjayakan 
projek pendokumentasian ini amatlah saya hargai dan saya ucapkan 
berbanyak-banyak terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Salam hormat dari saya,

Dr.Norhayati Ab.Rahman
Jabatan Kesusasteraan Melayu
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur.

Tel; 03-7967 7239/7207
     013-3645512
Faxs: 03-7967 7214.




[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke