Pn. Dr. Norhayati, Kiranya ada penulis yang nak hantar borang yang telah siap diisi bagaimana caranya:
1. Borang yang diprint atau yang dikirimkan melalui pos ? 2. Borang online yang diambil terus melalui internet? Apakah boleh dikirimkan melalui e-mel kerana ini adalah lebih mudah berbanding dengan dikirimkan melalui pos. Minta keterangan sedikit tentang cara penghantaran borang yang telah siap diisi. Saya akan tempatkan keterangan ini di laman web pesisir bagi memudahkan urusan pengiriman borang tersebut. Saya cuba mengenalpasti beberapa orang penulis pesisir yang tak guna internet dan akan hantar borang melalui pos. Ediramle > > > Assalamualaikum wbt, > > Sdr Ediramle, > > Selamat kembali ke daerah kelahiran dan selamat kembali bertugas, > setelah beberapa hari berada di rantauan..Kata orang, jauh berjalan > luas pandangan, banyak pengalaman. Syukurlah, semoga perantauan > mencari ilmu itu memberikan manfaat yang besar kepada sdr. > > Oh iya, > Terima kasih atas maklumat yang diberikan kepada saya, dan > juga atas bantuan untuk mengedarkan borang biodata penulis > karya sastera kepada rakan-rakan penulis. Terima kasih banyak! > Kerjasama dan budi sdr dan rakan-rakan amat-amat dihargai dan > akan dikenang sampai bila-bila.. > > Patutlah..setelah beberapa kali saya cuba kepilkan borang tersebut > ke dalam e-mel saya kepada pesisirgroups, ianya tidak berjaya. > Makluman sampai tetapi kepilan ditolak. > Terima kasih atas makluman. > Jadi, untuk memudahkan sdr memasukkan borang tersebut ke laman > web pesisir, di sini saya lampirkan borang berbentuk softcopy. > > Terima kasih daun keladi! > (Nanti-nanti nak minta bantuan lagi..hehehe) > > Salam hormat. > > NORHAYATI AB.RAHMAN > UM > > > > Quoting Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>: > >> Borang yang dihantar melalui saya telah diterima semalam. Saya akan >> mengenal pasti mereka yang patut dihantar borang tersebut. >> >> Pn. boleh juga hantar borang online terus ke alamat e-mel saya >> [EMAIL PROTECTED] kerana melalui pesisir egroup setakat ini kita >> menyekat fail kepilan . >> >> Borang tersebut nantinya saya akan tempat di laman web dan buat pautan >> supaya mudah dimuaturun oleh penulis kita. >> >> >> Ediramle >> >> >> >> > >> > >> > Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. >> > >> > Salam perkenalan diucapkan kepada semua penulis yang berada dalam >> > [EMAIL PROTECTED] >> > >> > Saya Norhayati dari Universiti Malaya, sedang menjalankan satu projek >> > untuk mendokumentasikan semua penulis karya sastera di seluruh negeri >> > Kelantan, bermula dengan penulis di daerah Tumpat. Semua penulis yang >> > pernah karya mereka diterbitkan di mana-mana penerbitan (walaupun >> hanya >> > sebuah sajak) diharap dapat mengisi borang Biodata Penulis Karya >> Sastera >> > yang dilampirkan di sini bagi menjayakan projek ini. Semua maklumat >> > tentang penulis dan karya mereka akan didokumenkan dalam bentuk buku, >> > untuk menjadi rujukan, perbincangan dan mengangkatnya ke persada dunia >> > sastera tanahair. Semoga usaha ini akan memberikan manfaat kepada >> para >> > pengkaji, peminat, penulis dan kepada semua pihak. InsyaAllah. >> > >> > Perkara ini sudah pun saya maklumkan kepada En. Ediramle, Setiausaha 1 >> > Pesisir, dan saya rasa tuan-tuan dan puan-puan juga sudah dimaklumkan >> > oleh En. Ediramle tentang projek ini. >> > Segala kesudian dan kerjasama tuan-tuan dan puan-puan bagi menjayakan >> > projek pendokumentasian ini amatlah saya hargai dan saya ucapkan >> > berbanyak-banyak terima kasih. >> > >> > Sekian, terima kasih. >> > >> > Salam hormat dari saya, >> > >> > Dr.Norhayati Ab.Rahman >> > Jabatan Kesusasteraan Melayu >> > Universiti Malaya >> > 50603 Kuala Lumpur. >> > >> > Tel; 03-7967 7239/7207 >> > 013-3645512 >> > Faxs: 03-7967 7214.
