Borang biodata telah ditempatkan di laman web melalui pautan

http://www.pesisir.net/borangbiodata.doc

Kepada semua penulis PESISIR sila dapatkan borang melalui pautan

http://www.pesisir.net/borangbiodata.doc


Untuk perkembangan selanjutnya akan dimaklumkan esok.


Ediramle





>
>
> Assalamualaikum wbt,
>
> Sdr Ediramle,
>
> Selamat kembali ke daerah kelahiran dan selamat kembali bertugas,
> setelah beberapa hari berada di rantauan..Kata orang, jauh berjalan
> luas pandangan, banyak pengalaman. Syukurlah, semoga perantauan
> mencari ilmu itu memberikan manfaat yang besar kepada sdr.
>
> Oh iya,
> Terima kasih atas maklumat yang diberikan kepada saya, dan
> juga atas bantuan untuk mengedarkan borang biodata penulis
> karya sastera kepada rakan-rakan penulis. Terima kasih banyak!
> Kerjasama dan budi sdr dan rakan-rakan amat-amat dihargai dan
> akan dikenang sampai bila-bila..
>
> Patutlah..setelah beberapa kali saya cuba kepilkan borang tersebut
> ke dalam e-mel saya kepada pesisirgroups, ianya tidak berjaya.
> Makluman sampai tetapi kepilan ditolak.
> Terima kasih atas makluman.
> Jadi, untuk memudahkan sdr memasukkan borang tersebut ke laman
> web pesisir, di sini saya lampirkan borang berbentuk softcopy.
>
> Terima kasih daun keladi!
> (Nanti-nanti nak minta bantuan lagi..hehehe)
>
> Salam hormat.
>
> NORHAYATI AB.RAHMAN
> UM
>
>
>
> Quoting Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>:
>
>> Borang yang dihantar melalui saya telah diterima semalam. Saya akan
>> mengenal pasti mereka yang patut dihantar borang tersebut.
>>
>> Pn. boleh juga hantar borang online terus ke alamat e-mel saya
>> [EMAIL PROTECTED]  kerana melalui pesisir egroup  setakat ini kita
>> menyekat fail kepilan .
>>
>> Borang tersebut nantinya saya akan tempat di laman web dan buat pautan
>> supaya mudah dimuaturun oleh penulis kita.
>>
>>
>> Ediramle
>>
>>
>>
>> >
>> >
>> > Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
>> >
>> > Salam perkenalan diucapkan kepada semua penulis yang berada dalam
>> > [EMAIL PROTECTED]
>> >
>> > Saya Norhayati dari Universiti Malaya, sedang menjalankan satu projek
>> > untuk mendokumentasikan semua penulis karya sastera di seluruh negeri
>> > Kelantan, bermula dengan penulis di daerah Tumpat. Semua penulis yang
>> > pernah karya mereka diterbitkan di mana-mana penerbitan (walaupun
>> hanya
>> > sebuah sajak) diharap dapat mengisi borang Biodata Penulis Karya
>> Sastera
>> > yang dilampirkan di sini bagi menjayakan projek ini. Semua maklumat
>> > tentang penulis dan karya mereka akan didokumenkan dalam bentuk buku,
>> > untuk menjadi rujukan, perbincangan dan mengangkatnya ke persada dunia
>> > sastera tanahair.  Semoga usaha ini akan memberikan manfaat kepada
>> para
>> > pengkaji, peminat, penulis dan kepada semua pihak. InsyaAllah.
>> >
>> > Perkara ini sudah pun saya maklumkan kepada En. Ediramle, Setiausaha 1
>> > Pesisir, dan saya rasa tuan-tuan dan puan-puan juga sudah dimaklumkan
>> > oleh En. Ediramle tentang projek ini.
>> > Segala kesudian dan kerjasama tuan-tuan dan puan-puan bagi menjayakan
>> > projek pendokumentasian ini amatlah saya hargai dan saya ucapkan
>> > berbanyak-banyak terima kasih.
>> >
>> > Sekian, terima kasih.
>> >
>> > Salam hormat dari saya,
>> >
>> > Dr.Norhayati Ab.Rahman
>> > Jabatan Kesusasteraan Melayu
>> > Universiti Malaya
>> > 50603 Kuala Lumpur.
>> >
>> > Tel; 03-7967 7239/7207
>> >      013-3645512
>> > Faxs: 03-7967 7214.
>> >
>> >
>>
>
>
> [Non-text portions of this message have been removed]
>
>
>
>
> http://www.pesisir.net
> http://www.bukusiber.com
>
>
>
>
>
> Yahoo! Groups Links
>
>
>
>


Ediramle Ismail

Kirim email ke