Borang yang dihantar melalui saya telah diterima semalam. Saya akan
mengenal pasti mereka yang patut dihantar borang tersebut.

Pn. boleh juga hantar borang online terus ke alamat e-mel saya
[EMAIL PROTECTED]  kerana melalui pesisir egroup  setakat ini kita
menyekat fail kepilan .

Borang tersebut nantinya saya akan tempat di laman web dan buat pautan
supaya mudah dimuaturun oleh penulis kita.


Ediramle



>
>
> Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
>
> Salam perkenalan diucapkan kepada semua penulis yang berada dalam
> [EMAIL PROTECTED]
>
> Saya Norhayati dari Universiti Malaya, sedang menjalankan satu projek
> untuk mendokumentasikan semua penulis karya sastera di seluruh negeri
> Kelantan, bermula dengan penulis di daerah Tumpat. Semua penulis yang
> pernah karya mereka diterbitkan di mana-mana penerbitan (walaupun hanya
> sebuah sajak) diharap dapat mengisi borang Biodata Penulis Karya Sastera
> yang dilampirkan di sini bagi menjayakan projek ini. Semua maklumat
> tentang penulis dan karya mereka akan didokumenkan dalam bentuk buku,
> untuk menjadi rujukan, perbincangan dan mengangkatnya ke persada dunia
> sastera tanahair.  Semoga usaha ini akan memberikan manfaat kepada para
> pengkaji, peminat, penulis dan kepada semua pihak. InsyaAllah.
>
> Perkara ini sudah pun saya maklumkan kepada En. Ediramle, Setiausaha 1
> Pesisir, dan saya rasa tuan-tuan dan puan-puan juga sudah dimaklumkan
> oleh En. Ediramle tentang projek ini.
> Segala kesudian dan kerjasama tuan-tuan dan puan-puan bagi menjayakan
> projek pendokumentasian ini amatlah saya hargai dan saya ucapkan
> berbanyak-banyak terima kasih.
>
> Sekian, terima kasih.
>
> Salam hormat dari saya,
>
> Dr.Norhayati Ab.Rahman
> Jabatan Kesusasteraan Melayu
> Universiti Malaya
> 50603 Kuala Lumpur.
>
> Tel; 03-7967 7239/7207
>      013-3645512
> Faxs: 03-7967 7214.
>
>

Kirim email ke