Assalamualaikum untuk semua
Salam perkenalan dari saya. Saya baru sahaja mendaftar sebagai ahli Pesisir. 
Semoga dengan keahlian ini saya dapat berkongsi pengalaman dalam dunia 
penulisan. Nasib baik tahun ni giliran pulang ke kampung sendiri. Dapatlah saya 
mnghadirkan diri di majlis tersebut. Sudah bertahun-tahun saya berhari raya di 
kampung suami ni Perlis. Raya tahun ni lebih bermakna bagi saya selepas 
mendapat undangan perjumpaan hari raya yang bakal diadakan. Sebagaimana saudari 
Yatie, saya berada di luar negeri Kelantan...

[EMAIL PROTECTED] wrote:                               Assalamualaikum,
 Sdr Edi,
 
 Kalaulah ada peluang dan kesempatan, saya juga teringin nak menyertai 
 perjumpaan hari raya penulis. Lama sungguh saya tidak mengikuti 
 perjumpaan seperti itu, sebabnya saya adalah salah seorang ahli pesisir
 yang jauh..
 Di samping dapat jumpa rakan-rakan penulis lama dan baru, saya juga nak
 follow-up penulis yang belum isi dan mengembalikan borang biodata penulis
 sastera untuk penerbitan buku ensiklopedia penulis kelantan, yang diwar-warkan
 sebelum ini. Sayang sekali, kalau ada nama penulis yang tertinggal..
 Kedua, saya juga berhasrat nak berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan 
 penulis tentang peluang-peluang melakukan kerjasama dalam bidang penyelidikan 
 dan penerbitan. Kalau ada yang berminat, boleh dibincangkan dengan lebih
 lanjut. Maklumlah, sekarang ni banyak sekali peluang yang ada..penyediaan
 dana atau sumber kewangan tidak jadi masalah. Cuma kita perlu cari subjek
 penyelidikan yang menarik, merangka kertas konsep atau proposal dan saya akan 
 serahkan kepada pihak berkenaan..ada mekanisma tertentu yang boleh melibatkan 
 sesiapa saja yang berminat..
 
 Ketiga,  saya sangat tertarik dan kagum dengan usaha sdr Edi mengadakan pusat 
 maklumat di kg. kok pasir. Melalui internet saya nampak juga ada banyak buku 
 yang disediakan untuk warga kampung yang berminat (saya sendiri pernah masuk
 ke pusat tersebut tidak lama dulu). Saya nak tanya, kalau saya nak sumbangkan 
 buku bagi menambahkan koleksi tersebut, buku apa agaknya yang sesuai??
 Harap sdr Edi dapat maklumkan.
 
 Terima kasih dan selamat berpuasa untuk semua!
 Salam hormat dari saya..
 Yati. UM, KL.
 
 Quoting Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>:
 
 > Terima kasih diucapkan atas sambutan yang baik terhadap cadangan
 > perjumpaan ini.
 > 
 > 
 > Saya kira Perjumpaan hari raya ini  tidak dikenakan apa-apa bayaran.
 > 
 > Kuih hari raya mungkin Sdr. Ketua 2 yang tanggung.
 > 
 > Tapi kalau ada rakan-rakan yang nak bawa kuih muih tu lebih-lebih lagi
 > dialu-alukan.
 > 
 > 
 > Selamat datang kepada semua penulis dan pengemar penulisan.
 > Ajaklah saing-saing sekali.
 > 
 > Ahli-ahli pesisir yang baru mendaftar sejara online kini dah dekat 50
 > orang, tapi sesetengah daripadanya adalah orang jauh.
 > 
 > 
 > 
 > 
 > 
 > Ediramle
 > 
 > 
 > 
 > 
 > 
 > 
 > > Terima kasih atas undangan saudara. Saya teringin sangat nak hadir sebab
 > > saya baru sahaja mendaftar sebagai ahli pesisir. Adakah dikenakan apa-apa
 > > bayaran untuk perjumpaan tersebut?
 > >
 > > Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
 > >   Dengan hormatnya dimaklumkan perjumpaan penulis  ahli pesisir
 > >  (Persatuan Penulis Tumpat) atau bukan ahli Pesisir akan diadakan
 > >  seperti berikut:
 > >
 > >  Tarikh:  Hari Raya Kedua.
 > >
 > >  Masa:   Bermula 2.30 petang.
 > >
 > >  Tempat: Rumah Ketua 2 PESISIR, Sdr. Anuar Musa , di Kg Telaga Lanas,
 > >  Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. ( di Belakang Pejabat Pos Pengkalan
 > >  Kubor).
 > >
 > >  Semua penulis dan calon-calon penulis atau mereka yang berminat untuk
 > >  mula menulis tak kiralah menulis karya sastera ke atau tulisan bukan
 > >  karya sastera
 > >  dijemput hadir.
 > >
 > >  Ediramle Ismail.
 > >  Setiausaha 1 Persatuan Penulis Tumpat (PESISIR).
 > >
 > >  * Makluman ini tidak akan dihantar melalui surat menyurat. Hanya akan
 > >  dimaklumkan melalui e-mel egroup dan SMS sahaja.
 > >
 > >  --
 > >  Ediramle Ismail,
 > >  PICTKP, Kok Pasir,Tumpat, Kelantan.
 > >  http://www.kokpasir.com
 > >
 > >
 > >
 > >
 > >
 > > ---------------------------------
 > > Catch up on fall's hot new shows on Yahoo! TV.  Watch previews, get
 > > listings, and more!
 > >
 > > [Non-text portions of this message have been removed]
 > >
 > >
 > 
 > 
 > Ediramle Ismail
 > 
 
     
                               

       
---------------------------------
Shape Yahoo! in your own image.  Join our Network Research Panel today!

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke