kawe baru dapat buat untuk masuk suara pah tu nak buat macam mana kalu nak atar ke blog kawe
> Pn. Yati, kami ingin tahu sangat tentang peluang-peluang penyelidikan yang > dimaksudkan. > > Saya sangat mengalu-alukan sumbangan buku daripada pihak puan dan sesiapa > sahaja . Pada pengamatan saya buku-buku yang paling banyak dibaca adalah > novel, selain itu buku-buku agama dan ada juga buku tentang ICT. > > Buku-buku yang tidak semasa yang boleh dibuat rujukan untuk sepanjang > zaman adalah jenis buku terbaik. > > Saya sedang fikirkan bagaimana nak wujudkan sebuah perpustakaan desa di > Kok Pasir di suatu tempat yang dikunjung ramai seperti di GDW atau > sebagainya.Walaupun begitu saya kira anak-anak remaja kita di sini kurang > sekali yang gemar membaca buku-buku yang sebenarnya sangat besar > manfaatnya. Tabiat membaca oleh masyarakat kita terutamanya di > kampung-kampung masih di tahap yang rendah begitu juga dengan keinginan > penggunaan ICT dalam mempermudahkan pelbagai urusan. > > Bagaimanapun akan dicuba juga walaupun ianya adalah suatu kerja yang > sukar, ini demi untuk mereka yang bakal mewarisi genarasi dewasa masa > kini. > > > Ediramle > PICTKP Kok Pasir, Tumpat, Kelantan. > > > > > Assalamualaikum, > Sdr Edi, > > Kalaulah ada peluang dan kesempatan, saya juga teringin nak menyertai > perjumpaan hari raya penulis. Lama sungguh saya tidak mengikuti > perjumpaan seperti itu, sebabnya saya adalah salah seorang ahli pesisir > yang jauh.. > Di samping dapat jumpa rakan-rakan penulis lama dan baru, saya juga nak > follow-up penulis yang belum isi dan mengembalikan borang biodata penulis > sastera untuk penerbitan buku ensiklopedia penulis kelantan, yang > diwar-warkan > sebelum ini. Sayang sekali, kalau ada nama penulis yang tertinggal.. > Kedua, saya juga berhasrat nak berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan > penulis tentang peluang-peluang melakukan kerjasama dalam bidang > penyelidikan > dan penerbitan. Kalau ada yang berminat, boleh dibincangkan dengan lebih > lanjut. Maklumlah, sekarang ni banyak sekali peluang yang ada..penyediaan > dana atau sumber kewangan tidak jadi masalah. Cuma kita perlu cari subjek > penyelidikan yang menarik, merangka kertas konsep atau proposal dan saya > akan > serahkan kepada pihak berkenaan..ada mekanisma tertentu yang boleh > melibatkan > sesiapa saja yang berminat.. > > Ketiga, saya sangat tertarik dan kagum dengan usaha sdr Edi mengadakan > pusat > maklumat di kg. kok pasir. Melalui internet saya nampak juga ada banyak > buku > yang disediakan untuk warga kampung yang berminat (saya sendiri pernah > masuk > ke pusat tersebut tidak lama dulu). Saya nak tanya, kalau saya nak > sumbangkan > buku bagi menambahkan koleksi tersebut, buku apa agaknya yang sesuai?? > Harap sdr Edi dapat maklumkan. > > Terima kasih dan selamat berpuasa untuk semua! > Salam hormat dari saya.. > Yati. UM, KL. > >
