Assalamualaikum saudara Hashim..

Maaf, Karang Pena sekarang tidak wujud lagi. RDC publishing hanya menerbitkan 
buku-buku perubatan dalam bahasa Inggeris.

hashim latiff <[EMAIL PROTECTED]> wrote:                               RDC 
PUBLISHING dan KARANG PENA SDN. BHD. masih terbit ke cerita/novel kanak-kanak?  
kalau terbit bolehkah bagi nombor talipon pada saya?  saya sebenanrya penulis 
sepenuh masa yang gemar menulis cerita kanak-kanak.    
 
 wan zainab saupik <[EMAIL PROTECTED]> wrote:                               
Saudara Edi..
    Saya sebenarnya orang lama. Sudah bekerja di berbagai syarikat penerbitan. 
Pekerjaaan pertama saya adalah sebagai pembaca pruf di Penerbitan 
Adabi.Kemudian saya bekerja sebagai penolong editor di Pustaka Ilmu Raya yang 
menebitkan buku-buku agama dan Karang Pena Sdn. Bhd. yang menerbitkan buku 
bacaan kanak-kanak. Kini saya bertugas sebagai pembaca pruf di RDC Publishing 
Sdn Bhd.
     
    Saya berasal dari Kampung Sungai Keladi, Kota Bharu, Kelantan dan telah 27 
tahun berhijrah di Kuala Lumpur.
     
    Saya ingin sekali menjadi ahli aktif Pesisir.
     
    Harap maklum. Sekian, terima kasih.
     
    Wan Zainab
  
  Pn. Zainab kerja di syarikat penerbitan mana?
  dan berasal dari kampung mana di Kelantan?
  
  Edi
  
  > Assalamualaikum untuk semua
  > Salam perkenalan dari saya. Saya baru sahaja mendaftar sebagai ahli
  > Pesisir. Semoga dengan keahlian ini saya dapat berkongsi pengalaman dalam
  > dunia penulisan. Nasib baik tahun ni giliran pulang ke kampung sendiri.
  > Dapatlah saya mnghadirkan diri di majlis tersebut. Sudah bertahun-tahun
  > saya berhari raya di kampung suami ni Perlis. Raya tahun ni lebih bermakna
  > bagi saya selepas mendapat undangan perjumpaan hari raya yang bakal
  > diadakan. Sebagaimana saudari Yatie, saya berada di luar negeri
  > Kelantan...
  >
  > [EMAIL PROTECTED] wrote: Assalamualaikum,
  > Sdr Edi,
  >
  > Kalaulah ada peluang dan kesempatan, saya juga teringin nak menyertai
  > perjumpaan hari raya penulis. Lama sungguh saya tidak mengikuti
  > perjumpaan seperti itu, sebabnya saya adalah salah seorang ahli pesisir
  > yang jauh..
  > Di samping dapat jumpa rakan-rakan penulis lama dan baru, saya juga nak
  > follow-up penulis yang belum isi dan mengembalikan borang biodata penulis
  > sastera untuk penerbitan buku ensiklopedia penulis kelantan, yang
  > diwar-warkan
  > sebelum ini. Sayang sekali, kalau ada nama penulis yang tertinggal..
  > Kedua, saya juga berhasrat nak berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan
  > penulis tentang peluang-peluang melakukan kerjasama dalam bidang
  > penyelidikan
  > dan penerbitan. Kalau ada yang berminat, boleh dibincangkan dengan lebih
  > lanjut. Maklumlah, sekarang ni banyak sekali peluang yang ada..penyediaan
  > dana atau sumber kewangan tidak jadi masalah. Cuma kita perlu cari subjek
  > penyelidikan yang menarik, merangka kertas konsep atau proposal dan saya
  > akan
  > serahkan kepada pihak berkenaan..ada mekanisma tertentu yang boleh
  > melibatkan
  > sesiapa saja yang berminat..
  >
  > Ketiga, saya sangat tertarik dan kagum dengan usaha sdr Edi mengadakan
  > pusat
  > maklumat di kg. kok pasir. Melalui internet saya nampak juga ada banyak
  > buku
  > yang disediakan untuk warga kampung yang berminat (saya sendiri pernah
  > masuk
  > ke pusat tersebut tidak lama dulu). Saya nak tanya, kalau saya nak
  > sumbangkan
  > buku bagi menambahkan koleksi tersebut, buku apa agaknya yang sesuai??
  > Harap sdr Edi dapat maklumkan.
  >
  > Terima kasih dan selamat berpuasa untuk semua!
  > Salam hormat dari saya..
  > Yati. UM, KL.
  >
  > Quoting Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>:
  >
  > > Terima kasih diucapkan atas sambutan yang baik terhadap cadangan
  > > perjumpaan ini.
  > >
  > >
  > > Saya kira Perjumpaan hari raya ini tidak dikenakan apa-apa bayaran.
  > >
  > > Kuih hari raya mungkin Sdr. Ketua 2 yang tanggung.
  > >
  > > Tapi kalau ada rakan-rakan yang nak bawa kuih muih tu lebih-lebih lagi
  > > dialu-alukan.
  > >
  > >
  > > Selamat datang kepada semua penulis dan pengemar penulisan.
  > > Ajaklah saing-saing sekali.
  > >
  > > Ahli-ahli pesisir yang baru mendaftar sejara online kini dah dekat 50
  > > orang, tapi sesetengah daripadanya adalah orang jauh.
  > >
  > >
  > >
  > >
  > >
  > > Ediramle
  > >
  > >
  > >
  > >
  > >
  > >
  > > > Terima kasih atas undangan saudara. Saya teringin sangat nak hadir
  > sebab
  > > > saya baru sahaja mendaftar sebagai ahli pesisir. Adakah dikenakan
  > apa-apa
  > > > bayaran untuk perjumpaan tersebut?
  > > >
  > > > Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
  > > > Dengan hormatnya dimaklumkan perjumpaan penulis ahli pesisir
  > > > (Persatuan Penulis Tumpat) atau bukan ahli Pesisir akan diadakan
  > > > seperti berikut:
  > > >
  > > > Tarikh: Hari Raya Kedua.
  > > >
  > > > Masa: Bermula 2.30 petang.
  > > >
  > > > Tempat: Rumah Ketua 2 PESISIR, Sdr. Anuar Musa , di Kg Telaga Lanas,
  > > > Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. ( di Belakang Pejabat Pos
  > Pengkalan
  > > > Kubor).
  > > >
  > > > Semua penulis dan calon-calon penulis atau mereka yang berminat
  > untuk
  > > > mula menulis tak kiralah menulis karya sastera ke atau tulisan bukan
  > > > karya sastera
  > > > dijemput hadir.
  > > >
  > > > Ediramle Ismail.
  > > > Setiausaha 1 Persatuan Penulis Tumpat (PESISIR).
  > > >
  > > > * Makluman ini tidak akan dihantar melalui surat menyurat. Hanya
  > akan
  > > > dimaklumkan melalui e-mel egroup dan SMS sahaja.
  > > >
  > > > --
  > > > Ediramle Ismail,
  > > > PICTKP, Kok Pasir,Tumpat, Kelantan.
  > > > http://www.kokpasir.com
  > > >
  > > >
  > > >
  > > >
  > > >
  > > > ---------------------------------
  > > > Catch up on fall's hot new shows on Yahoo! TV. Watch previews, get
  > > > listings, and more!
  > > >
  > > > [Non-text portions of this message have been removed]
  > > >
  > > >
  > >
  > >
  > > Ediramle Ismail
  > >
  >
  >
  >
  >
  >
  > ---------------------------------
  > Shape Yahoo! in your own image. Join our Network Research Panel today!
  >
  > [Non-text portions of this message have been removed]
  >
  >
  
  Ediramle Ismail
  
  ---------------------------------
  Catch up on fall's hot new shows on Yahoo! TV.  Watch previews, get listings, 
and more!
  
  [Non-text portions of this message have been removed]
  
  
      
                                
 
 ---------------------------------
 Catch up on fall's hot new shows on Yahoo! TV.  Watch previews, get listings, 
and more!
 
 [Non-text portions of this message have been removed]
 
 
     
                               

       
---------------------------------
 Check out  the hottest 2008 models today at Yahoo! Autos.

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke