Pn. Yati, kami ingin tahu sangat tentang peluang-peluang penyelidikan yang dimaksudkan.
Saya sangat mengalu-alukan sumbangan buku daripada pihak puan dan sesiapa sahaja . Pada pengamatan saya buku-buku yang paling banyak dibaca adalah novel, selain itu buku-buku agama dan ada juga buku tentang ICT. Buku-buku yang tidak semasa yang boleh dibuat rujukan untuk sepanjang zaman adalah jenis buku terbaik. Saya sedang fikirkan bagaimana nak wujudkan sebuah perpustakaan desa di Kok Pasir di suatu tempat yang dikunjung ramai seperti di GDW atau sebagainya.Walaupun begitu saya kira anak-anak remaja kita di sini kurang sekali yang gemar membaca buku-buku yang sebenarnya sangat besar manfaatnya. Tabiat membaca oleh masyarakat kita terutamanya di kampung-kampung masih di tahap yang rendah begitu juga dengan keinginan penggunaan ICT dalam mempermudahkan pelbagai urusan. Bagaimanapun akan dicuba juga walaupun ianya adalah suatu kerja yang sukar, ini demi untuk mereka yang bakal mewarisi genarasi dewasa masa kini. Ediramle PICTKP Kok Pasir, Tumpat, Kelantan. Assalamualaikum, Sdr Edi, Kalaulah ada peluang dan kesempatan, saya juga teringin nak menyertai perjumpaan hari raya penulis. Lama sungguh saya tidak mengikuti perjumpaan seperti itu, sebabnya saya adalah salah seorang ahli pesisir yang jauh.. Di samping dapat jumpa rakan-rakan penulis lama dan baru, saya juga nak follow-up penulis yang belum isi dan mengembalikan borang biodata penulis sastera untuk penerbitan buku ensiklopedia penulis kelantan, yang diwar-warkan sebelum ini. Sayang sekali, kalau ada nama penulis yang tertinggal.. Kedua, saya juga berhasrat nak berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan penulis tentang peluang-peluang melakukan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan penerbitan. Kalau ada yang berminat, boleh dibincangkan dengan lebih lanjut. Maklumlah, sekarang ni banyak sekali peluang yang ada..penyediaan dana atau sumber kewangan tidak jadi masalah. Cuma kita perlu cari subjek penyelidikan yang menarik, merangka kertas konsep atau proposal dan saya akan serahkan kepada pihak berkenaan..ada mekanisma tertentu yang boleh melibatkan sesiapa saja yang berminat.. Ketiga, saya sangat tertarik dan kagum dengan usaha sdr Edi mengadakan pusat maklumat di kg. kok pasir. Melalui internet saya nampak juga ada banyak buku yang disediakan untuk warga kampung yang berminat (saya sendiri pernah masuk ke pusat tersebut tidak lama dulu). Saya nak tanya, kalau saya nak sumbangkan buku bagi menambahkan koleksi tersebut, buku apa agaknya yang sesuai?? Harap sdr Edi dapat maklumkan. Terima kasih dan selamat berpuasa untuk semua! Salam hormat dari saya.. Yati. UM, KL.
