Seronok...gembira dan happy bila dapat tahu semua kawan-kawan sastera ada regu 
masing-masing. 
  Orang tu regunya orang ni. Orang ni regunya orang tu. Balik-balik bila saya 
kenangkan diri saya, rupa-rupanya saya ni masih belum ada regu lagi. Apapun, 
kawan-kawan semua adalah regu saya. Regu dalam pelbagai bidang yang berkaitan 
dengan penulisan.
  SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN PADA SEMUA. 
  Maaf! tahun ni tak dapat buat rumah terbuka sebab raya kedua dah kena kerja. 
   
  
Abdul Hadi Yusoff <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
          ya regu saya tanpa ragu lagi ialah allahyarham mustafa jusoh dan aziz 
mohd nor. isteri saya regu baru sekarang. terima kasih atas coretan yang penuh 
makna ini. selamat Aidil Fitri 1428 jumpa di GS 3 syawal deh. 

hashim latiff <[EMAIL PROTECTED]> wrote:       benar apa yang dikatakan sdr. 
edi itu. saya di jal besar juga ada regu (bukan regu badminton). regu saya 
asmuin, supritenden shafien mamat, lee chong beng, lim giok chun dan cikgu 
rashid yunus.

idea regu memang hebat. kami berbincang untuk lahirkan sebuah karya besar yang 
boleh membuka mata sesiapa. akhirnya asmui yang dahulu kami meneroka karya 
hebat itu dengan memenangi berbagai hadiah peringkat negeri dan nasional. 

aduh! anak petani yang telah membuka mata masyarakat kampung. kemudian diikuti 
dnegan shafien lewat puisi-puisinya yang sungguh tajam di mingguan malaysia. 
namun kesibukan tugas menyebabkan shafien rehatkan puisinya. 

bangkit azlee lee, lee giok chun dan barulah hashim latiff dengan cerita dan 
cerpen cerca merbanya. apa pun, natijahnya, regu itu penting sebagai cas kepada 
arus penulisan individu itu.

Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Penulis perlu beregu (rakan 
sepenulisan) untuk meneruskan kelancaran bidang
penulisannya.

mungkin kenyataan yang saya buat ini tidak tepat seratus peratus, tetapi
ianya boleh tepat 70 ke 80 peratus.

Seseorang penulis yang tidak mempunyai regu dalam penulisannya lambat laung
akan semakin pudar daya penulisannya sedikit demi sedikit sehingga suatu
ketika dia akan melupakan bidang penulisan sepenuhnya dan yang tinggal hanya
kenangan yang tak mungkin bakal padam sampai bila-bila.

Contoh regu dalam penulisan saya . Ketika awalnya saya tidak ada regu ,
beberapa tahun kemudian regu pertama saya seorang penulis dari perak samasa
dalam tentera beliau ialah seorang penulis Drama TV namanya Amin Khan yang
kemudian menjadi pengarah Drama. Kemudian bila balik ke kelantan dari Pahang
beregu pula dengan sdr. Eziz Shukman, Zakaria Bs dan Hashim Mat San.

Setelah itu masing-masing melalui kehidupan di tempat berasingan.

Akhirnya Eziz Shukman seakan berhenti menulis kerana tidak beregu, begitu
juga dengan Zakaria Bs seakan berhenti menulis seketika sebelum bangkit
semula setelah bertemu semula dengan regu-regu di Pesisir. Hashim Mat San
juga telah seakan berhenti terus dalam penulisan kerana kehilangan regu.

Selepas kehilangan regu Saya mendapat regu baru iaitu
Hashim Latiff dan Nik Azman NM semasa tinggal di Chabang Empat Tok Mek Ngah.

Selepas itu saya meninggalkan Chabang Empat dan Hashim Meninggalkan Jal
Besar dan Nik Man meninggalkan Chabang Empat.

Selepas kehilangan (tidak hilang terus kerana masih kerap berjumpa Hashim
Latiff dan Nik Azman ) Sdr. Anuar Musa dan Mohd Sukari pula yang jadi regu
saya . Mohd Sukari telah meninggal bulan Julai lalu . Kini tinggal Anuar
Musa sebagai regu tempat perbincangan mengenai penulisan.

Regu yang unik saya temui ada beberapa orang antaranya Ghaffar Daud dan
Ismail Daud itu adik beradik. Ada regu penulisan suami isteri, rakan baik.

Mungkin sdr Hadi Yusoff regu penulisannya Allahyarham Mustafa Jusoh dan Aziz
Md Nor.

Mungkin pula Suatu ketika dulu Dr. Norhayati pernah beregu dengan Roza M
dalam dunia penulisanya.

Berregu di sini bukan bermaksud berpakat hasilkan karya yang sama, tapi
berbincang tentang dunia penulisan.

Bagaimanapun di zaman teknologi ini, kiranya tidak ada regu dalam penulisan
jalan penyelesaiannya masih ada 2 pilihan utama iaitu berpersatuan dan
melalui forum atau egroup umpamanya [EMAIL PROTECTED] ;
[EMAIL PROTECTED] .

Ediramle Ismail





---------------------------------
Looking for a deal? Find great prices on flights and hotels with Yahoo! 
FareChase.

[Non-text portions of this message have been removed]




    
---------------------------------
  Pinpoint customers who are looking for what you sell.   

                         

       
---------------------------------
Fussy? Opinionated? Impossible to please? Perfect.  Join Yahoo!'s user panel 
and lay it on us.

Kirim email ke