benar apa yang dikatakan sdr. edi itu.  saya di jal besar juga ada regu (bukan 
regu badminton).  regu saya asmuin, supritenden shafien mamat, lee chong beng, 
lim giok chun dan cikgu rashid yunus.

idea regu memang hebat.  kami berbincang untuk lahirkan sebuah  karya besar 
yang boleh membuka mata sesiapa.  akhirnya asmui yang dahulu kami meneroka 
karya hebat itu dengan memenangi berbagai hadiah peringkat negeri dan nasional. 

aduh!  anak petani yang telah membuka mata masyarakat kampung.  kemudian 
diikuti dnegan shafien lewat puisi-puisinya yang sungguh tajam di mingguan 
malaysia.  namun kesibukan tugas menyebabkan shafien rehatkan puisinya.  

bangkit azlee lee, lee giok chun dan barulah hashim latiff dengan cerita dan 
cerpen cerca merbanya.  apa pun, natijahnya, regu itu penting sebagai cas 
kepada arus penulisan individu itu.

Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:                                  
Penulis perlu beregu (rakan sepenulisan) untuk meneruskan kelancaran bidang
 penulisannya.
 
 mungkin kenyataan yang saya buat ini tidak tepat seratus peratus, tetapi
 ianya boleh  tepat 70 ke 80 peratus.
 
 Seseorang penulis yang tidak mempunyai regu dalam penulisannya lambat laung
 akan semakin pudar daya penulisannya sedikit demi sedikit sehingga suatu
 ketika dia akan melupakan bidang penulisan sepenuhnya dan yang tinggal hanya
 kenangan yang tak mungkin bakal padam sampai bila-bila.
 
 Contoh regu dalam penulisan saya .  Ketika awalnya saya tidak ada regu ,
 beberapa tahun kemudian regu pertama saya seorang penulis dari perak samasa
 dalam tentera beliau ialah seorang penulis Drama TV namanya Amin Khan yang
 kemudian menjadi pengarah Drama. Kemudian bila balik ke kelantan dari Pahang
 beregu pula dengan sdr. Eziz Shukman, Zakaria Bs dan Hashim Mat San.
 
 Setelah itu masing-masing melalui kehidupan di tempat berasingan.
 
 Akhirnya Eziz Shukman seakan berhenti menulis kerana tidak beregu, begitu
 juga dengan Zakaria Bs seakan berhenti menulis seketika sebelum bangkit
 semula setelah bertemu semula dengan regu-regu di Pesisir. Hashim Mat San
 juga telah seakan berhenti terus dalam penulisan kerana kehilangan regu.
 
 Selepas kehilangan regu Saya mendapat regu baru iaitu
 Hashim Latiff dan Nik Azman NM semasa tinggal di Chabang Empat Tok Mek Ngah.
 
 Selepas itu saya meninggalkan Chabang Empat dan Hashim Meninggalkan Jal
 Besar dan Nik Man meninggalkan Chabang Empat.
 
 Selepas kehilangan (tidak hilang terus kerana masih kerap berjumpa Hashim
 Latiff dan Nik Azman )  Sdr. Anuar Musa dan Mohd Sukari pula yang jadi regu
 saya . Mohd Sukari telah meninggal bulan Julai lalu . Kini tinggal Anuar
 Musa sebagai regu tempat perbincangan mengenai penulisan.
 
 Regu yang unik saya temui ada beberapa orang antaranya Ghaffar Daud dan
 Ismail Daud itu adik beradik. Ada regu penulisan suami isteri, rakan baik.
 
 Mungkin sdr Hadi Yusoff regu penulisannya Allahyarham Mustafa Jusoh dan Aziz
 Md Nor.
 
 Mungkin pula Suatu ketika dulu Dr. Norhayati pernah beregu dengan Roza M
 dalam dunia penulisanya.
 
 Berregu di sini bukan bermaksud berpakat hasilkan karya yang sama, tapi
 berbincang tentang dunia penulisan.
 
 Bagaimanapun di zaman teknologi ini, kiranya tidak ada regu dalam penulisan
 jalan penyelesaiannya masih ada 2 pilihan utama iaitu berpersatuan dan
 melalui forum atau egroup umpamanya [EMAIL PROTECTED]  ;
 [EMAIL PROTECTED] .
 
 Ediramle Ismail
 
 
     
                       

       
---------------------------------
Looking for a deal? Find great prices on flights and hotels with Yahoo! 
FareChase.

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke