Diri kita sendiri akan tetap ada regunya walaupun kelihatan seolah-olah tidak beregu, ya kita sendiri adalah diregukan antara alam insan dan alam roh, itulah hakikat regu dalam ertikata yang sebenarnya. Regu secara lahiriah ini kadangkala kalau nak dikonotasikan sebagai regu pun agak sukar kerana dalam dunia hari ini selalu kedengaran GU MAKAN GU, interpretasinya perlu dilihat dalam konteks orang yang melalui situasi yang berkenaan, minta dijauhkan.......
To: [EMAIL PROTECTED]: [EMAIL PROTECTED]: Sun, 7 Oct 2007 21:33:29 -0700Subject: Re: [Pesisir] Penulis perlu ada regu Seronok...gembira dan happy bila dapat tahu semua kawan-kawan sastera ada regu masing-masing. Orang tu regunya orang ni. Orang ni regunya orang tu. Balik-balik bila saya kenangkan diri saya, rupa-rupanya saya ni masih belum ada regu lagi. Apapun, kawan-kawan semua adalah regu saya. Regu dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan penulisan. SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN PADA SEMUA. Maaf! tahun ni tak dapat buat rumah terbuka sebab raya kedua dah kena kerja. Abdul Hadi Yusoff <[EMAIL PROTECTED]> wrote: ya regu saya tanpa ragu lagi ialah allahyarham mustafa jusoh dan aziz mohd nor. isteri saya regu baru sekarang. terima kasih atas coretan yang penuh makna ini. selamat Aidil Fitri 1428 jumpa di GS 3 syawal deh. hashim latiff <[EMAIL PROTECTED]> wrote: benar apa yang dikatakan sdr. edi itu. saya di jal besar juga ada regu (bukan regu badminton). regu saya asmuin, supritenden shafien mamat, lee chong beng, lim giok chun dan cikgu rashid yunus.idea regu memang hebat. kami berbincang untuk lahirkan sebuah karya besar yang boleh membuka mata sesiapa. akhirnya asmui yang dahulu kami meneroka karya hebat itu dengan memenangi berbagai hadiah peringkat negeri dan nasional. aduh! anak petani yang telah membuka mata masyarakat kampung. kemudian diikuti dnegan shafien lewat puisi-puisinya yang sungguh tajam di mingguan malaysia. namun kesibukan tugas menyebabkan shafien rehatkan puisinya. bangkit azlee lee, lee giok chun dan barulah hashim latiff dengan cerita dan cerpen cerca merbanya. apa pun, natijahnya, regu itu penting sebagai cas kepada arus penulisan individu itu.Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Penulis perlu beregu (rakan sepenulisan) untuk meneruskan kelancaran bidangpenulisannya.mungkin kenyataan yang saya buat ini tidak tepat seratus peratus, tetapiianya boleh tepat 70 ke 80 peratus.Seseorang penulis yang tidak mempunyai regu dalam penulisannya lambat laungakan semakin pudar daya penulisannya sedikit demi sedikit sehingga suatuketika dia akan melupakan bidang penulisan sepenuhnya dan yang tinggal hanyakenangan yang tak mungkin bakal padam sampai bila-bila.Contoh regu dalam penulisan saya . Ketika awalnya saya tidak ada regu ,beberapa tahun kemudian regu pertama saya seorang penulis dari perak samasadalam tentera beliau ialah seorang penulis Drama TV namanya Amin Khan yangkemudian menjadi pengarah Drama. Kemudian bila balik ke kelantan dari Pahangberegu pula dengan sdr. Eziz Shukman, Zakaria Bs dan Hashim Mat San.Setelah itu masing-masing melalui kehidupan di tempat berasingan.Akhirnya Eziz Shukman seakan berhenti menulis kerana tidak beregu, begitujuga dengan Zakaria Bs seakan berhenti menulis seketika sebelum bangkitsemula setelah bertemu semula dengan regu-regu di Pesisir. Hashim Mat Sanjuga telah seakan berhenti terus dalam penulisan kerana kehilangan regu.Selepas kehilangan regu Saya mendapat regu baru iaituHashim Latiff dan Nik Azman NM semasa tinggal di Chabang Empat Tok Mek Ngah.Selepas itu saya meninggalkan Chabang Empat dan Hashim Meninggalkan JalBesar dan Nik Man meninggalkan Chabang Empat.Selepas kehilangan (tidak hilang terus kerana masih kerap berjumpa HashimLatiff dan Nik Azman ) Sdr. Anuar Musa dan Mohd Sukari pula yang jadi regusaya . Mohd Sukari telah meninggal bulan Julai lalu . Kini tinggal AnuarMusa sebagai regu tempat perbincangan mengenai penulisan.Regu yang unik saya temui ada beberapa orang antaranya Ghaffar Daud danIsmail Daud itu adik beradik. Ada regu penulisan suami isteri, rakan baik.Mungkin sdr Hadi Yusoff regu penulisannya Allahyarham Mustafa Jusoh dan AzizMd Nor.Mungkin pula Suatu ketika dulu Dr. Norhayati pernah beregu dengan Roza Mdalam dunia penulisanya.Berregu di sini bukan bermaksud berpakat hasilkan karya yang sama, tapiberbincang tentang dunia penulisan.Bagaimanapun di zaman teknologi ini, kiranya tidak ada regu dalam penulisanjalan penyelesaiannya masih ada 2 pilihan utama iaitu berpersatuan danmelalui forum atau egroup umpamanya [EMAIL PROTECTED] ;[EMAIL PROTECTED] .Ediramle Ismail---------------------------------Looking for a deal? Find great prices on flights and hotels with Yahoo! FareChase.[Non-text portions of this message have been removed] Pinpoint customers who are looking for what you sell. Fussy? Opinionated? Impossible to please? Perfect. Join Yahoo!'s user panel and lay it on us. _________________________________________________________________ Publish your photos to your Space easily with Photo Gallery http://www.get.live.com/wl/all
