Selamat kembali bertugas diucapkan kepada rakan-rakan yang telah kembali ke tempat kerja. Hari ini 4 Oktober 2008 saya dan sdr Anuar Musa sempat hadiri pertemuan persatuan penulis Kelantan (PPK) di Gelanggang Seni Kota Bharu (pagi tadi) . Sdr. Nazmi juga hadir untuk ketiga-tiga pertemuan penulis iaitu Pesisir, GEMA (Malam tadi) dan PPK yang kebetulan tahun ini tidak bersimbung waktu.
Ramai yang hadir merupakan penulis-penulis yang lama dan dikenali dalam penulisannya. Turut hadir pada majlis ini ialah suami kepada novelis pn. Zainab Saufik iaitu Sdr. Abd Ghaffar Bahari yang juga seorang penyair dan pelukis terkenal di tanah air. untuk lebih lanjut sila lihat gambar melalui pautan http://pertemuanppk.pesisir.net Pada majlis pertemuan ini, turut diadakan acara ucapan dan baca puisi. Catatan Ediramle petang 4 Okt 2008 On Sat, October 4, 2008 1:43 pm, Manzaidi MohdAmin wrote: Assalamualaikum kepada rakan-rakan taulan. Rasanya, hari ini masih ada lagi rakan perantau kita beraya di kampung halaman. Yang pasti, saya, sdr Hanuman Khan dan sdr Zakaria sudah pun bertolak ke detinasi masing-masing.  Kepada rakan2 yang sedang dan akan bertolak/berkenderaan, saya nasihatkan hati-hati di jalan raya dan sentiasa berhemah.  Saya selamat sampai di KL (Shah Alam) tepat jam 6.32 pagi (04hb Okt 08/Sabtu). Saya bertolak dari rumah jam 9 mlm dan terperangkap dalam trafik di Jambatan Tendong, Chabang Empat Lampu Isyarat Tunjung dan simpang tiga Ketereh. Di tiga tempat ini saja sudah ambil lebih 2 jam masa saya (Biasanya kalau bukan musim perayaan, dua jam tu dah sampai di bandar Gua Musang).  Yang seronoknya perjalanan saya malam tadi ialah saya sorang-sorang je dalam sebuah kereta. Sepatutnya ada seorang rakan (budak Grafik), tapi disaat-saat akhir hantar SMS nyatakan dia demam (biasala... jarang2 balik kampung, dapat cuti pulak tiga hari, mana cukup. Jadi, terpaksalah dapatkan cuti alternatif - mc).  Memandu seorang diri dari Kelantan ke KL adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan. Di situ saya boleh test suara saya, best ke tak. Saya pasang lagu dan saya nyanyi kuat-kuat. Rupa-rupanya, best betul suara saya. Nyesal tak karaoke kat Pantai Tujuh kelmarin. Hehehehe.  (motif sebenar ialah nak hilangkan rasa kesik, sunyi atau takut).   Kepada Sdr Zakaria dan Supian, saya doakan selamat sampai ke destinasi. begitu juga rakan-rakan yang lain seperti cikgu Asmui, Tuan Supritendan Shafie, selamat maju jaya. Kepada Ayahnda, selamat menimbang cucunda.  Panjang umur, kita jumpa lagi. Assamualaikum. -
