hehehe... anak mak be...
panggilan hujan memang mengancam...

> Di shah alam dah dua petang tak hujan lebat. hanya rintik2 sekejep2. Biasa
> kalau tak disertakan petir, kilat dan pelakar memang bukan hujanlah di
> Shah Alam ni. Semalam anak ada call, dia bgtau bila abah nak balik, sini
> (Tumpat) dah dua hari hujan. Heheheh...pandai betul anak ku ni...macam tau
> tau jer...
>
> --- Pada Jum, 24/10/08, hashim latiff <[EMAIL PROTECTED]> menulis:
>
> Daripada: hashim latiff <[EMAIL PROTECTED]>
> Subjek: Re: { PESISIR } Gambar-gambar program tautan kasih
> Kepada: [email protected]
> Tarikh: Jumaat, 24 Oktober, 2008, 8:35 PM
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> tanah merah juga hujan.  setiap malam.  apa pun tak lama.  kebih kurang
> 1 jam.  petang mendung hujan rintik-rintik.
>
> --- On Fri, 10/24/08, Supian Hassan <supianhanuman@ gmail.com> wrote:
>
> From: Supian Hassan <supianhanuman@ gmail.com>
> Subject: Re: { PESISIR } Gambar-gambar program tautan kasih
> To: [EMAIL PROTECTED] .com
> Date: Friday, October 24, 2008, 5:36 PM
>
>
>
>
> Macam mana cuaca di Tumpat, di Muar ni hujan dah mula turun agak lebat
> sekali sekala,tanda dah masuk musim le tu...
>
>
> 2008/10/2 Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED] com>
>
>
>
>
>
>
> Hari ni masuk raya kedua. Malam tadi kami beberapa orang ajk memasang 3
> buah khemah untuk persiapan program (majlis) Tautan kasih bersama perantau
> yang kami anjurkan. Dekat sampai 12 malam baru siap dan selepas tu masih
> sempat berbual-bual.
>
> Pagi ini persiapan tempat masih lagi dijalankan. Program luar dewan begini
> walaupun kecil , agak banyak juga tugasan yang perlu dibuat.
>
> Pukul 3.00 petang majlis bermula, pada mulanya tak seberapa orang yang
> datang , maklum saja hari ni hari raya masih hari kedua dan masing-masing
> dengan kesibukan menziarahi sanak keluarga dan sebahagiannya persiapan
> kenduri dan ramai juga yang telah mengadakan majlis berbekwah hari ni.
>
> Tunggu 3.45 kira yang datang walaupun tidak begitu ramai, tapi
> alhamdulilah kerana warga sasaran iaitu perantau yang balik kira boleh
> tahan juga memberi sokongan terhadap program ini.
>
> Majlis dimulakan dengan doa dan diikuti ucapan pengerusi wakil penduduk
> dan juga wakil perantau mukim kok pasir. Satu acara yang telah sekian lama
> difikirkan ialah memartabatkan sukarelawan kampung untuk dianugerahkan
> sebagai tokoh sukarelawan peringkat kampung. untuk kali pertama ini
> anugerah sukarelawan mukim kok pasir diberikan kapada Allahyarham
> Hj.Abdullah Yusoff (diterima oleh ahli keluarganya) , bekas seorang
> aktivis masyarakat kampung yang aktif sebelum ini.
> Kami bercadang nak bagi anugerah sukarelawan kampung seorang setiap tahun.
> Anugerah itu untuk kali pertama ini hanyalah sijil penghargaan dan sedikit
> hamper dan plug. Mungkin di tahun-tahun akan datang penghargaan itu akan
> dipertingkatkan.
>
> jam 4.30 acara sukaneka dimainkan, kami hanya sempat bermain dua acara
> saja iaitu sepak likung dan main bola awal (mungkin ini mengembalikan
> kenangan pada tahun-tahun 60-an dulu).
>
> Selepas itu jamuan hari raya dimulakan . Antara kuih yang sempat
> disediakan ialah yang istimewanya sagung (rujuk gambar yang dipautkan),
> dodol, putu beras, ketupat daun palas, tapai daun getah, tapai daun
> pisang, nasi kampit dan satu dua kuih yang agak tradisional.
>
> Untuk minuman kami sediakan air batu sirap dimasukkan biji selasih
> senduknya kami guna gayung tempurung kelapa sebagai simbolik untuk
> mengembalikan kenangan kepada perantau.
>
> Gambar-gambar kenangan sempat saya (Ediramle Ismail) rakamkan dan
> ditempatkan pada pautan
>
> http://tautankasih. pesisir.net (ini kerana ruang di hosting kokpasir.com
> dah nak penuh)
>
> http://tautankasih. pesisir.net
>
> juga lihatlah makanan sagung yang dimaksudkan.
> sebagai hidangan istimewa majlis tautan kasih
>
> http://tautankasih. pesisir.net/ image12.html
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>       Alamat E-mel baru yang tersedia pada Yahoo!
> Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda kehendaki pada @ymail dan
> @rocketmail yang baru.
> Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
> http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/


Kirim email ke