Petang kelmarin sebaik sahaja balik dari perjumpaan di Pantai Sri Tujuh sempat singgah di rumah YM Raja Othman di Kg. Tujuh bersama sdr. Hashim Latiff dan keluarga , turut singgah sdr. Ghaffar, Kamal Majid dan Kamarul Baharin. Memandangkan waktu sudah dekat 1 tengah hari kami berjumaat di Masjid Kg. Tujuh . Selepas jumaat kami singgah sekali lagi di rumah YM Raja Othman dan menikmati kuih muih sempena rumah terbuka beliau. Lepas tu baru balik dan sampai di rumah anak saudara pulak ajak makan laksa dan kemudian jiran pula yang ajak makan.
Hari mulai petang dan hujan agak lebat . Saya mulai rasai keletihan dan sakit-sakit kepala ringan. Maklum saja ketika di perjumpaan tadi saya menanggung bebanan yang bukan sedikit dalam mengharapkan program lancar dan warga pesisir serta ajk pesisir hadir beramai-ramai. Sebab tu sepanjang program saya selalu melilau ke arah luar dewan. Pada awal malam saya proses gambar untuk dimuatkan ke web, dan sempat menempatkan di server pesisir.net kira-kira setengah jam kemudian. Rasa sakit kepala semakin melarat hingga kena telan dua biji panadol. beberapa ketika kemudian mata mulai mengantuk dan tertidur awal iaitu kira-kira jam 11.30 malam. Kerana tidur awal bangun pun awal juga kurang lebih 5 pagi dah terjaga dan badan dirasakan sihat dan segar kerana proses penyembuhan dilakukan oleh urat saraf ketika tidur. Bagaimanapun, saya sangat gembira bila rakan-rakan perantau sanggup hadir seperti Sdr. Manzaidi, Supian Hanuman bersama keluarga, Asmui bersama keluarga, Tuan Shafien Mamat,Sdr. Nazmi dan sdr. Zakaria Busu. Tuan-tuan semua sungguh hebat. Tidak juga kurang hebatnya warga pesisir yang menetap di kampung laman seperti Sdr. Ketua 2 bersama keluarga , sdr. Bendahari (Omardin), tn hj Ahmad, Pn Siti Mariam, Azura MZ, Ghaffar Daud, Kamarul Baharin,Kamal Majid, Raja Othman, Sdr Hashim Latiff bersama keluarga, Sdr Razali, Sdr. Abdul Hadi (SU1 PPK), Sdr. Wan Zin, Sdr. Che Aziz ,sdr. Nik Azman, Sdr. Cikgu fauzi dan isteri. Kalau sebelum perjumpaan diadakan ramai yang hanya ingin jadi tukang tepuk, tapi di hari pertemuan ramai yang menawarkan diri untuk berikan ucapan dan persembahan. Dan ada yang tak sempat buat persembahan. http://hariraya08.pesisir.net - perjumpaan hari raya pesisir http://pertemuanppk.pesisir.net - pertemuan ppk Ediramle Ismail On Sat, October 4, 2008 1:43 pm, Manzaidi MohdAmin wrote: Assalamualaikum kepada rakan-rakan taulan. Rasanya, hari ini masih ada lagi rakan perantau kita beraya di kampung halaman. Yang pasti, saya, sdr Hanuman Khan dan sdr Zakaria sudah pun bertolak ke detinasi masing-masing.  Kepada rakan2 yang sedang dan akan bertolak/berkenderaan, saya nasihatkan hati-hati di jalan raya dan sentiasa berhemah.  Saya selamat sampai di KL (Shah Alam) tepat jam 6.32 pagi (04hb Okt 08/Sabtu). Saya bertolak dari rumah jam 9 mlm dan terperangkap dalam trafik di Jambatan Tendong, Chabang Empat Lampu Isyarat Tunjung dan simpang tiga Ketereh. Di tiga tempat ini saja sudah ambil lebih 2 jam masa saya (Biasanya kalau bukan musim perayaan, dua jam tu dah sampai di bandar Gua Musang).  Yang seronoknya perjalanan saya malam tadi ialah saya sorang-sorang je dalam sebuah kereta. Sepatutnya ada seorang rakan (budak Grafik), tapi disaat-saat akhir hantar SMS nyatakan dia demam (biasala... jarang2 balik kampung, dapat cuti pulak tiga hari, mana cukup. Jadi, terpaksalah dapatkan cuti alternatif - mc).  Memandu seorang diri dari Kelantan ke KL adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan. Di situ saya boleh test suara saya, best ke tak. Saya pasang lagu dan saya nyanyi kuat-kuat. Rupa-rupanya, best betul suara saya. Nyesal tak karaoke kat Pantai Tujuh kelmarin. Hehehehe.  (motif sebenar ialah nak hilangkan rasa kesik, sunyi atau takut).   Kepada Sdr Zakaria dan Supian, saya doakan selamat sampai ke destinasi. begitu juga rakan-rakan yang lain seperti cikgu Asmui, Tuan Supritendan Shafie, selamat maju jaya. Kepada Ayahnda, selamat menimbang cucunda.  Panjang umur, kita jumpa lagi. Assamualaikum. --- Pada Khm, 2/10/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> menulis:
