Macam mana cuaca di Tumpat, di Muar ni hujan dah mula turun agak lebat sekali sekala,tanda dah masuk musim le tu...
2008/10/2 Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> > Hari ni masuk raya kedua. Malam tadi kami beberapa orang ajk memasang 3 > buah khemah untuk persiapan program (majlis) Tautan kasih bersama perantau > yang kami anjurkan. Dekat sampai 12 malam baru siap dan selepas tu masih > sempat berbual-bual. > > Pagi ini persiapan tempat masih lagi dijalankan. Program luar dewan begini > walaupun kecil , agak banyak juga tugasan yang perlu dibuat. > > Pukul 3.00 petang majlis bermula, pada mulanya tak seberapa orang yang > datang , maklum saja hari ni hari raya masih hari kedua dan masing-masing > dengan kesibukan menziarahi sanak keluarga dan sebahagiannya persiapan > kenduri dan ramai juga yang telah mengadakan majlis berbekwah hari ni. > > Tunggu 3.45 kira yang datang walaupun tidak begitu ramai, tapi > alhamdulilah kerana warga sasaran iaitu perantau yang balik kira boleh > tahan juga memberi sokongan terhadap program ini. > > Majlis dimulakan dengan doa dan diikuti ucapan pengerusi wakil penduduk > dan juga wakil perantau mukim kok pasir. Satu acara yang telah sekian lama > difikirkan ialah memartabatkan sukarelawan kampung untuk dianugerahkan > sebagai tokoh sukarelawan peringkat kampung. untuk kali pertama ini > anugerah sukarelawan mukim kok pasir diberikan kapada Allahyarham > Hj.Abdullah Yusoff (diterima oleh ahli keluarganya) , bekas seorang > aktivis masyarakat kampung yang aktif sebelum ini. > Kami bercadang nak bagi anugerah sukarelawan kampung seorang setiap tahun. > Anugerah itu untuk kali pertama ini hanyalah sijil penghargaan dan sedikit > hamper dan plug. Mungkin di tahun-tahun akan datang penghargaan itu akan > dipertingkatkan. > > jam 4.30 acara sukaneka dimainkan, kami hanya sempat bermain dua acara > saja iaitu sepak likung dan main bola awal (mungkin ini mengembalikan > kenangan pada tahun-tahun 60-an dulu). > > Selepas itu jamuan hari raya dimulakan . Antara kuih yang sempat > disediakan ialah yang istimewanya sagung (rujuk gambar yang dipautkan), > dodol, putu beras, ketupat daun palas, tapai daun getah, tapai daun > pisang, nasi kampit dan satu dua kuih yang agak tradisional. > > Untuk minuman kami sediakan air batu sirap dimasukkan biji selasih > senduknya kami guna gayung tempurung kelapa sebagai simbolik untuk > mengembalikan kenangan kepada perantau. > > Gambar-gambar kenangan sempat saya (Ediramle Ismail) rakamkan dan > ditempatkan pada pautan > > http://tautankasih.pesisir.net (ini kerana ruang di hosting kokpasir.com > dah nak penuh) > > http://tautankasih.pesisir.net > > juga lihatlah makanan sagung yang dimaksudkan. > sebagai hidangan istimewa majlis tautan kasih > > http://tautankasih.pesisir.net/image12.html > > >
