alhamadulillah. lama tidak bertemu, apa pun dalam kerawang ingatan ini masih
segar dengan kerenah saudara. Tanah Merah hujan baru serek. salam buat pak
samad dan isteri. katakan Hujan Pagi masih renyai di Tanah Merah. semoga
mendapat haji mabrur. pancuran emas dan kiblat itu milik saudara. tanah suci
itu medan syukur dan taubat. isilah kesempatan itu dengan buah ibadah dan
sesekali tanamlah pohon istigfar kerana yang tumbuh pada pohon itu nanti,
pokok-pokok syukur beristiqamah. Selamat hari Raya Aidiladha.
--- On Wed, 12/3/08, sazalee.yacob <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: sazalee.yacob <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: { PESISIR } Re: MENCARI SIDIQQIN
To: [email protected]
Date: Wednesday, December 3, 2008, 9:35 PM
Assalamualaikum semua teman-teman. saya sekarang berada ditanah suci
sejak 22hb.November lalu melalui KT64 berlepas dr KTrg. Kepada teman2
yang mengunjungi, saya mengucapkan beerbanyak-banyak terima kasih.
Kepada yang tidak sempat bertemu saya memohon maaf segalanya. Disini
saya menemui Pak Samad Said dan isterinya. Sekian, wassalam
--- In [EMAIL PROTECTED] .com, hashim latiff <hazafl17570@ ...> wrote:
>
> Salam...
> lama tak menulis di email. sesekali terbingkas bilah-bilah rindu
untuk melontarkan sesuatau yang saya kira menarik untuk dikongsi
bersama. justeru, hari ini saya menulis selepas menyiapkan satu set
cerita kanak-kanak sebanyak enam buah.
>
> penat menulis saya layari: blog mencari sidiqqin. kepada rakan-
rakan, layarilah blog tersebut untuk mencari damai di hati.
>
> www.mencarisidiqqin .blogspot. com
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> [Non-text portions of this message have been removed]
>
[Non-text portions of this message have been removed]