At 10:42 AM +0700 6/9/00, Henri Alia Putra wrote:
>assalamu'alaikum ww
>..
>iko indak bamukasuik mandului tapi agak cameh sajo, managanai bantuan
>kabangkulu ko.
>saparti nan kito tau bahasonyo dunsanak kito di bangkulu sanagaik sangaik
>butuah bantuan baiak moril maupun materil , baiak dari kito sabagai rakyat
>maupun dari pemerintah atau pun dari lua nagari.
>...
>wassalam
>henri
>

Dari Utusan Melayu Kuala Lumpur kita baca:

Mangsa gempa tahan Amien Rais

BENGKULU 8 Jun - Mangsa-mangsa gempa bumi mengepung dan menahan Speaker
Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR), Amien Rais sebagai membantah kelewatan
pengagihan bantuan kerajaan.

Amien ditahan di satu sekatan jalan raya ketika beliau dalam perjalanan ke
lapangan terbang untuk menaiki sebuah helikopter tentera yang membawa beliau
dan Gabenor Bengkulu, Hasan Zen, ke Pulau Enggano.

Kejadian itu menyebabkan Amien terpaksa mengadakan dialog singkat dengan
kumpulan pembantah itu sebelum mereka membenarkan beliau melalui jalan raya
berkenaan.

''Saya telah mengkritik Kerajaan Pusat. Bagaimana boleh berlaku tidak ada
seorang
pun wakil kerajaan pusat yang datang ke sini ketika kerajaan tempatan jelas
sekali
tidak berdaya menghadapi bencana besar ini,'' katanya.

Beratus-ratus penduduk kampung yang bersenjatakan kayu dan batu telah
mendirikan satu sekatan di sebatang jalan raya yang menuju ke sebuah lapangan
terbang di utara bandar Bengkulu.

''Kami kelaparan...kami memerlukan bantuan segera...jangan abaikan kami,''
menurut
tulisan di poster-poster yang digantung di sepanjang jalan itu.

Para penunjuk perasaan dari beberapa kampung di sekitar lapangan terbang itu
membantah kelewatan pengagihan bantuan.

''Sudah beberapa hari gempa bumi berlaku dan kami tidak menerima walau sebutir
beras daripada kerajaan. Ke manakah bantuan itu pergi?'' kata seorang
wanita tua.

Sementara itu, beberapa pesawat dari Singapura dilaporkan telah membawa
bekalan ubat-ubatan, khemah dan pasukan perubatan ke lapangan terbang tersebut.

Antara negara yang telah berjanji akan memberikan bantuan ialah Jepun, China,
Turki, Afrika Selatan, Malaysia, Belgium, Belanda, Sepanyol, Amerika
Syarikat dan
Australia. - AFP

****************************************************************************
"The real contest now is not so much airplanes, trucks, roadways or ships,
but who has the best  information and who knows how to use it" IBM
*****************************************************************************



LAPAU RantauNet di http://lapau.rantaunet.web.id
Isi Database ke anggotaan RantauNet:
http://www.egroups.com/database/rantaunet?method=addRecord&tbl=1
=================================================
WEB-EMAIL GRATIS ... @rantaunet.web.id ---> http://mail.rantaunet.web.id
=================================================
Subscribe - Mendaftar RantauNet Mailing List, kirimkan email
Ke / To: [EMAIL PROTECTED]
Isi email / Messages: subscribe rantau-net email_anda

Unsubscribe - Berhenti menerima RantauNet Mailing List, kirimkan email
Ke / To: [EMAIL PROTECTED]
Isi emai / Messages: unsubscribe rantau-net email_anda
=================================================
WebPage RantauNet http://www.rantaunet.web.id dan Mailing List RantauNet
adalah servis dari EEBNET http://eebnet.com, Airland Groups, USA
=================================================

Kirim email ke