[Harakah] Risalah ‘Cina kuasai Malaysia’ diedarkan di program BN

2013-05-03 Terurut Topik azali rahman
Risalah ‘Cina kuasai Malaysia’ diedarkan di program BN
==

 http://www.themalaysianinsider.com/ The Malaysian Insider – 22 hours ago

Email http://my.news.yahoo.com/_xhr/mtf/panel/ Share 
http://www.facebook.com/sharer.php?u=http%3A%2F%2Fmy.news.yahoo.com%2Frisalah-cina-kuasai-malaysia-diedarkan-di-program-bn-071221584.htmlt=Risalah%20%E2%80%98Cina%20kuasai%20Malaysia%E2%80%99%20diedarkan%20di%20program%20BN%20-%20Yahoo%21%20News%20Malaysia
 114* 
* 
* 
Print

Related Content

View Photo 
http://my.news.yahoo.com/photos/dap-salahkah-spr-kerana-pendaftaran-pengundi-luar-negara-photo-112314659.html
 
MCA menentang Perkasa, tapi terima ‘taubat’ Zul Noordin, kata Soi Lek
View Photo 
http://my.news.yahoo.com/photos/risalah-cina-kuasai-malaysia-diedarkan-di-program-bn-photo-071241087.html
 
Risalah ‘Cina kuasai Malaysia’ diedarkan di program BN
Oleh Amin Iskandar
Penolong Pengarang Berita
 SHAH ALAM, 2 Mei ― Risalah bertajuk “Malaysia Negara Rakyat Cina” adalah 
diantara yang turut diedarkan kepada hadirin yang majoritinya terdiri daripada 
Melayu ke program ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran Barisan Nasional (BN) 
malam tadi.
Risalah empat muka itu berlatarkan logo DAP, menceritakan tentang perjumpaan 
kaum Cina yang didakwa diadakan di Ipoh pada 15 Mei 1978, turut diberikan oleh 
salah seorang petugas BN kepada The Malaysian Insider.
“Mari sama-sama kita bersatu padu demi untuk keuntungan diri dan perniagaan 
hidup bangsa Cina yang mulia. Kita patut memakai peribahasa Melayu yang bodoh 
itu, seperti kadok naik junjung dan beri betis hendakkan peha. Mula-mula kita 
tumpang negara orang, kemudian kita takluk dengan cara halus lagi berkesan 
serta lebih rapi yang mana semua pemimpin-pemimpin kita khasnya sudah pun ada 
matlamat ini. Mungkin dalam 2 atau 3 pilihan raya lagi kita akan berkuasa dan 
berjaya memecah belahkan pemimpin Melayu,” tulis risalah tersebut.
“Saya dan pemimpin-pemimpin DAP sangat-sangat berharap semoga semua sama-sama 
kita bersatu padu merampas hak melayu kepada hak Cina, bantulah bangsa kita 
walau dengan apa cara sekalipun. Kejayaan inilah atas kerjasama serta 
persefahaman dari bangsa kita yang cerdik lagi mulia.”
Di muka surat akhir risalah itu tertulis keterangan mengatakan rencana itu 
diterjemahkan oleh seorang Melayu mirip wajah Cina yang mendapat risalah yang 
ditulis dalam bahasa Cina.
Beliau yang tidak dinamakan, mengingatkan orang-orang Melayu tentang ancaman 
terhadap kedudukan mereka oleh orang Cina.
Risalah itu diakhiri dengan amaran, “Mahukah tuan-tuan rela dan meredahi bangsa 
laknat (Cina) ini berkuasa dengan sewenang-wenangnya, hidupkan semangat 
menentang kafir itu demi agama suci Islam kita.”
DAP adalah salah satu parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang seringkali 
dikatakan sebagai parti perkauman oleh Umno yang menerajui BN.
Sementara MCA yang merupakan ahli BN pula dalam iklan-iklan mereka 
diakhbar-akhbar arus perdana mengatakan undi kepada DAP sama dengan pelaksanaan 
hukum Islam hudud oleh PAS.
Secara ironinya, Dr Mahathir yang menjadi penceramah utama turut menyentuh 
tentang Penasihat DAP Lim Kit Siang yang beliau sifatkan sebagai seorang 
pelampau perkauman dan menghasut orang-orang Cina supaya membenci Melayu.
“Tuan-tuan dan puan-puan, malam ini pun saya nak sebut dengan suara yang 
selantang mungkin. Bahawa Kit Siang adalah seorang rasis, Kit Siang adalah 
seorang rasis, Kit Siang adalah seorang pelampau perkauman,” kata bekas perdana 
menteri itu disambut oleh hadirin yang menjeritkan “betul”.
Semalam The Malaysian Insider melaporkan gambar provokatif papan iklan kempen 
pilihan raya mengatakan gereja sebagai merampas “Allah” telah merebak di 
internet dan mencetuskan kemarahan di kalangan orang Kristian dikala 
parti-parti politik dan penyokong dilihat semakin ghairah untuk menawan 
Putrajaya.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipetik dari agensi 
berita nasional Bernama walau bagaimanapun menafikan sekerasnya dakwaan BN 
menerbit, mencetak serta memasang banner kempen yang melampau dan tidak 
bertanggungjawab.
Tinggal tiga hari lagi sebelum rakyat Malaysia akan membuat keputusan pada 5 
Mei ini sama ada akan mengekalkan BN atau memberi peluang kepada PR untuk 
mentadibir negara.


[Harakah] Pengundi perlu tamatkan politik perkauman UMNO/BN

2013-05-03 Terurut Topik azali rahman
Pengundi perlu tamatkan politik perkauman UMNO/BN
-

April 29th, 2013
Masanya sudah tiba untuk rakyat Malaysia menamatkan riwayat politik perkauman 
yang selama ini telah menyebabkan kita hidup dengan penuh rasa takut, gelisah 
dan cemas.
Perubahan akan bermula apabila rakyat Malaysia menolak politik benci dan 
politik suka menakutkan rakyat yang dibawa oleh UMNO-BN. Perubahan akan bermula 
apabila pengundi Malaysia menerima politik bersih, amanah dan bebas rasuah yang 
dibawa oleh Pakatan Rakyat. Perubahan akan bermula apabila kita semua menolak 
politik perkauman.
Saya menyeru pengundi Malaysia supaya menamatkan riwayat politik perkauman yang 
menjadi amalan UMNO-BN kerana ia bukan sahaja bahaya untuk perpaduan kaum, ia 
juga telah digunakan untuk melindungi kezaliman dan salahguna kuasa.

* Isu lembu dan kondo NFC bukanlah isu ekonomi Bumiputera; ia sebenarnya 
isu salah guna kuasa dan penyelewengan pemimpin BN dan keluarga mereka;
* Isu penswastaan dan kerugian syarikat penerbangan MAS bukanlah isu ekuiti 
saham Bumiputera; ia soal salah guna kuasa kerajaan dan kegagalan pentadbiran 
kroni;
* Isu PKFZ bukanlah isu perkauman; ia soal penyelewengan para pemimpin 
kerajaan BN;
* Isu konsesi tol dan lebuh raya bukanlah isu kemudahan asas rakyat; ia 
adalah soal mengkayakan kroni dan memiskinkan rakyat;
* Isu Lynas bukanlah isu untuk pelaburan; ia adalah soal keselamatan nyawa 
dan kesihatan rakyat serta pencemaran alam sekitar.
Saya menyeru pengundi Malaysia untuk bersatu memilih Pakatan Rakyat atas 
dasar-dasar bersama menegakkan keadilan, mengutamakan kebenaran, menjamin 
kebebasan, melaksanakan kebajikan, memulihkan demokrasi dan membantu mereka 
yang memerlukan.
Mari kita jadikan tahun 2013 sebagai detik bersejarah untuk menamatkan politik 
perkauman dan amalan-amalan yang mencacatkan demokrasi kita bagi membawa era 
perubahan dan transformasi yang sebenar.
Ubah! Ini kalilah!


[Harakah] KEADILAN seru rakyat mengundi, bangkit tuntut perubahan

2013-05-03 Terurut Topik azali rahman
KEADILAN seru rakyat mengundi, bangkit tuntut perubahan
===

(Oleh Arif Juhani)
KUALA LUMPUR 3 MEI: Pengundi digesa mengambil pendirian tegas dalam PRU 13 
dengan memikirkan masa depan yang lebih baik untuk generasi muda, supaya mereka 
dapat menikmati kehidupan lebih baik dan selesa pada masa akan datang.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menyeru para pengundi mengenepikan soal parti 
politik yang disokong dan merenung kembali suasana politik dan ekonomi yang 
tidak menyebelahi rakyat bawahan.
“Ini hakikat yang berlaku di Malaysia dan PRU 13 inilah sebuah peluang terbaik 
yang tidak patut diabaikan oleh pengundi untuk memilih sebuah kerajaan yang 
lebih telus dalam usaha membela rakyat.
“Tekanan hidup yang tinggi ketika ini mesti dipulihkan dengan membasmi amalan 
kronisme dan rasuah yang semakin membarah dan tidak diberikan perhatian oleh 
kerajaan sedia ada,”
kata Tian kepada Keadilan Daily.
“Adat resam murni di Malaysia juga dihancurkan oleh budaya politik fitnah, 
lucah dan samseng yang akhirnya membentuk sebuah masyarakat yang hilang nilai 
ketimuran yang luhur,” tambah calon yang akan mempertahan Parlimen Batu pada 
hari pengundian Ahad ini.
Kata Tian, pengundi juga perlu menginsafi bahawa sektor pendidikan, kesihatan 
dan perumahan sangat membebankan generasi muda untuk mereka meneruskan 
kehidupan yang sempurna.


[Harakah] Fw: [melayucyber] Dokumen PRU13 ada spyware....hati-hati

2013-05-03 Terurut Topik azali rahman
- Original Message -
From: Azali Rahman
Sent: 05/03/13 03:51 PM
To: azali rahman
Subject: Fw: [melayucyber] Dokumen PRU13 ada spywarehati-hati

--- On  *Fri, 5/3/13, dr. no projek...@gmail.com wrote:
From: dr. no projek...@gmail.com
Subject: [melayucyber] Dokumen PRU13 ada spywarehati-hati
To: melayucy...@yahoogroups.com
Cc: respeks_gr...@yahoogroups.com
Date: Friday, May 3, 2013, 10:33 AM

Hati-hati.atau nanti komputer anda boleh tukar jadi zombie.
FinSpy ni adalah spyware komersial untuk orang yang tak tahu buat hacking tool 
sendiri.atau tak tahu mana dapatkan/modify secara percuma...
mungkin angkara amatur yang banyak duit punya kerja ni

hmmkerajan Malaysia juga sebelum ini dilaporkan menggunakan spyware untuk 
mengintip rakyat sendiricerita selanjutnya di;
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/Malaysia-uses-spyware-against-own-citizens-NYT-reports
 

-
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/researchers-find-malay-language-ge13-document-with-spyware-says-report/
 

MALAYSIA

Researchers find Malay-language GE13 document with spyware, says report
---


BY JAHABAR SADIQ
EDITOR
MAY 03, 2013
KUALA LUMPUR, May 3 — Computer spyware was found recently in a Bahasa Malaysia 
Microsoft Word document that purportedly discusses Election 2013 candidates, 
according to IT security researchers Citizen Lab.
In the “For Their Eyes Only” report released on May 1, the University of 
Toronto’s Citizen Lab said the word document installs FinSpy spyware that 
masquerades as Mozilla’s Firefox browser on the computers of those who open the 
file.
“While we cannot make definitive statements about the actors behind the 
booby-trapped candidate list, the contents of the document suggest that the 
campaign targets Malay speakers who are interested in Malaysia’s hotly 
contested 5 May 2013 General Elections,” the report said.

“This strongly suggests that the targets are Malaysians either within Malaysia 
or abroad,” it added.
The report comes at a time when election watchdogs and opposition parties claim 
there has been a mass movement of dubious voters and indelible ink that can be 
washed off in the May 5 polls. The authorities and the caretaker Barisan 
Nasional (BN) government have denied all claims.
There have also been reports of distributed denial of service (DDoS) attacks on 
several news portals including  /The Malaysian Insider/ while access 
restrictions have been reported by several websites but denied by the 
authorities just days before the tightest electoral race in Malaysian history.
The spyware masquerades as Mozilla’s Firefox browser, say the researchers. — 
Reuters pic“We trust that both domestic and international elections monitoring 
officials and watchdog groups will investigate to determine whether the 
integrity of the campaign and electoral process may have been compromised,” 
said the researchers.
They said the booby-trapped Bahasa document was found after the Malaysian 
Communications and Multimedia Commission (MCMC) accused  /The Malaysian 
Insider/ of “false reporting” a New York Times article on its earlier research 
about the spyware.
“After the Malaysian Government’s accusation, we discovered a booby-trapped 
document that contained a candidate list for the 5 May 2013 Malaysian General 
Elections,” the report said, adding it was titled “SENARAI CADANGAN CALON PRU 
KE-13 MENGIKUT NEGERI.”
“When a victim opens this document and sees the list of candidates, their 
computer is infected with FinSpy,” it added.
Computer experts say when recipients download the infected file, the data on 
the computer became accessible to an external user as well as the ability to 
watch and listen to the computer’s user through the machine’s camera and 
microphone.
Citizen Lab found that FinSpy “is being used in a number of countries with poor 
human rights records and has been used to target activists.”
FinSpy is owned by the UK’s Gamma Group, and media reports say the firm has 
received a letter from Mozilla asking the company to stop disguising its 
product as Firefox.
Citizen Lab reports that FinSpy doesn’t just make itself look like Firefox; it 
actually “makes use of Mozilla’s trademark and code.”
The report, which documents the spread of offensive computer network intrusion 
capabilities, hacking tools marketed by Western companies, also said that this 
behaviour has been documented previously in files targeting Bahraini activists.
The country’s 13th general election has become a hotly-contested affair with 
all 222 federal and 505 state seats up for grabs for the first time in history. 
Several international agencies and regional media are closely watching the May 
5 polls ahead of other elections in the region.




[Harakah] Petugas BN maut selepas dua hari koma

2013-05-03 Terurut Topik azali rahman
Petugas BN maut selepas dua hari koma
3 Mei 2013 
KULIM - Seorang petugas Barisan Nasional (BN) yang terlibat dalam kejadian 
langgar lari dua hari lepas meninggal dunia di Hospital Kulim hari ini.

Mohd Faiz Ismail, 17, yang koma sejak kemalangan meninggal kira-kira 2.30 pagi.

Jenazahnya dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamiul Makmur kira-kira 
11.30 pagi tadi yang turut dihadiri calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen 
Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dan calon bagi kerusi Dewan 
Undangan Negeri Kulim, Chua Theong Gee.

Mohd Faiz dan tiga rakannya dilapor dirempuh sebuah kereta di Jalan Mohd Asaad 
kira-kira 3.45 pagi.

Sebelum itu kami berempat memasang bendera di sekitar kawasan Kulim dan kami 
habis kerja kira-kira tengah malam. Selepas selesai makan dan dalam perjalanan 
pulang, kami lihat beberapa lagi rakan kami sedang membetulkan bendera yang 
dipasang.

Kami memberhentikan motosikal kami di bahu jalan untuk melihatnya, tetapi 
tidak sampai lima minit, tiba-tiba sebuah kereta yang datang dari Taman Selasih 
menuju pekan Kulim merempuh kami hingga menyebabkan Mohd Faiz, saya dan seorang 
lagi rakan tercampak di atas jalan, manakala rakan yang membawa motosikal yang 
dibonceng Mohd Faiz terseret beberapa meter, kata salah seorang daripada 
mereka Ahmad Saberin Mohd Sabri, 21.

Mohd Faiz yang cedera di kepala dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sementara yang 
lain menerima rawatan sebagai pesakt luar.

Abdul Aziz berkata BN bahagian Kulim/Bandar Baharu membiayai urusan 
pengkebumian Mohd Faiz dan menghulurkan sumbangan RM5,000 kepada keluarganya. - 
Bernama


[Harakah] Buat pertama kali Harakahdaily potong Thestar, Utusan

2013-05-03 Terurut Topik azali rahman
Buat pertama kali Harakahdaily potong Thestar, Utusan 
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18959-buat-pertama-kali-harakahdaily-potong-thestar-utusan
 

Hazayani Zakaria, 03 Mei 2013 
KUALA LUMPUR:* Buat pertama kalinya dalam sejarah, Harakahdaily sebagai portal 
berita dan juga lidah rasmi PAS berjaya memotong dua laman berita perdana iaitu 
Thestar.com.my dan Utusan.com.my.

Laporan ini dikeluarkan oleh pencerap ranking laman web seluruh dunia, 
Alexa.com.

Ketua Pengarang Harakahdaily, Zulkifli Sulong dalam satu kenyataan media 
berkata, pencapaian terbaru Harakahdaily ini menunjukkan betapa rakyat Malaysia 
sangat dahagakan maklumat seimbang selepas hanya disuap dengan maklumat sebelah 
pihak oleh media arus perdana.

Ianya juga lambang sokongan rakyat kepada pemilik laman ini iaitu PAS dan 
rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.

ini juga hasil kerja keras semua keluarga Harakahdaily khasnya wartawan dan 
pasukan IT kami, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zulkifli, selama ini, laman The Star (yang dimiliki MCA) dan Utusan 
(yang dimiliki Umno) adalah dua laman web berita yang sangat popular.

Kedua-duanya hanya berada dua anak tangga di belakang laman web berita yang 
paling popular di Malaysia iaitu Malaysiakini.com.

Saya mengucapkan terima kasih kepada para pembaca yang telah memberi 
kepercayaan kepada Harakahdaily. Komitmen kami untuk terus memberi maklumat 
kepada rakyat Malaysia, katanya.

Media milik PAS versi cetak iaitu Harakah pula pernah mencapai kedudukan 
sebegini pada pilihan raya 1999 lalu.

Ketika itu cetakan Harakah adalah 350,000 naskah purata dan 380,000 naskah 
menjelang hari pengundian dalam pilihan raya 1999 lalu.

Kesan dari populariti akhbar ini, PAS berjaya mendapat dua negeri dalam pilihan 
raya itu (Kelantan dan Terengganu) di samping berjaya menghantar 28 pemimpinnya 
ke Parlimen.

Presiden PAS, Datuk Fadzil Mohd Noor kemudiannya dilantik sebagai Ketua 
Pembangkang selepas pilihan raya tersebut.

Kini mood dan suasana itu berulang kembali. Menjelang 5 Mei 2013, kami di 
Harakahdaily yakin Pakatan Rakyat mempunyai jalan yang sangat cerah untuk ke 
Putrajaya, katanya.

PERINGATAN:* *Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik 
peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan 
TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi 
tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan 
bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur 
perkauman.*

inShare


[Harakah] Ribuan di 'Super Friday', janji minggu depan tiada tol

2013-05-03 Terurut Topik azali rahman
Ribuan di 'Super Friday', janji minggu depan tiada tol

Abdul Rahim Sabri http://www.malaysiakini.com/browse/a/my/Abdul%20Rahim%20Sabri 
8:13PM Mei 3 2013
Dalam panas terik petang ini, lebih 5,000 hadirin yang majoritinya kaum Cina 
memenuhi Stadium Sultan Abdul Halim di Alor Setar bagi mendengar ceramah 
raksasa 'Super Friday' - kempen besar terakhir Pakatan di Kedah sebelum pilihan 
raya Ahad ini.

Kehadiran ramai kaum Tiong Hua dalam majlis anjuran DAP itu memecah 'kesunyian' 
mereka yang sebelum ini tidak menyatakan sokongan dengan terbuka dalam pilihan 
raya umum ke-13 kali ini.

Walaupun tanpa kehadiran Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang 
menghadapi masalah pengangkutan dan kesesakan jalan raya, perhimpunan itu tetap 
menaikkan semangat penyokong Pakatan dengan ucapan Setiausaha Agung DAP Lim 
Guan Eng, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz 
Omar.

Dalam riuh vuvuzela, Lim berucap menegaskan janji Pakatan, antaranya akan 
menghapuskan tol Lebuh Raya Utara-Selatan dengan segera - seminggu selepas 
pilihan raya.

Kamu mahu tunggu ka? Mahu sokong BN? Saya tidak boleh tunggu, atau mungkin tak 
ada lagi. Kamu mahu tunggu?.

Kalau 5 Mei ini, kamu pilih Pakatan Rakyat, minggu depan lebuh raya percuma... 
Mari kita undi beramai-ramai, tumbangkan BN, baru kita selamat , kata Lim 
sambil diiringi tepukan dan laungan Ubah.

'ABCD -Asalkan Bukan Calon Dacing'

Katanya, tol itu tidak perlu dipertahankan lagi kerana syarikat konsesi 
didakwanya telah pun untung banyak dan perjanjian konsesi juga dibuat sehingga 
2038.

Sementara itu, menyentuh isu 13 Mei yang dimainkan dengan kemaraan DAP, Lim 
menjelaskan bawah kepimpinan pemimpin utama Pakatan, termasuk Penasihat DAP 
Karpal Singh, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presidennya Datuk 
Seri Abdul Hadi Awang peristiwa itu tidak akan berulang.

Kalau Mat Sabu, Nik Aziz, Datuk Seri Hadi, Karpal Singh atau Datuk Seri Anwar 
Ibrahim (menang), kamu ingat kita mahu gaduh? Tak ada. Kita nak sama-sama masuk 
Putrajaya. Betul tak, katanya sambil disambut laungan betul oleh hadirin.

Sementara itu, Mohamad - 'ayam sabung' PAS - pula berkata hari ini sekali lagi 
mengulangi keyakinan mereka untuk menawan Putrajaya.

Beliau juga memperkenal slogan baru kepada penonton sebagai 'panduan' mengundi 
pada hari minggu ini ala slogan Asal Bukan Umno (ABU) yang popular sebelum ini.

ABCD -Asalkan Bukan Calon Dacing, katanya yang terkenal dengan kelucuan 
ketika berceramah itu.

Calon-calon Pakatan di kawasan berdekatan turut hadir ke program itu, termasuk 
Gooi Hsiao Loong (PKR-Alor Setar), Mohd Eekmal Ahmad (PKR-Bakar Bata), Tan Kok 
Yew (DAP-Derga ) dan Teoh Boon Kok (DAP-Kota Darul Aman).
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang 
diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan 
tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko 
akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


[Harakah] Kearah Malaysia terunggul — Abdul Khalid Ibrahim

2013-05-03 Terurut Topik azali rahman
Rencana 

Kearah Malaysia terunggul — Abdul Khalid Ibrahim
--


May 03, 2013
3 Mei — Rakyat Malaysia seharusnya menikmati yang terbaik untuk semua.
Pemimpin kita seharusnya mencerminkan kewibawaan sebenar rakyat Malaysia, layak 
mendukung harapan dan aspirasi kita, dan mampu merealisasikan potensi sebenar 
kita.
Hakikat ini disedari jutaan rakyat Malaysia yang berusaha tanpa mengenal penat 
lelah demi kehidupan yang lebih baik untuk diri dan keluarga. Masanya telah 
tiba untuk kita membuang segala ketakutan dan keraguan yang selama ini menjadi 
penghalang dan mengejar masa depan yang lebih cerah.

Kita tidak perlu lagi dibebankan dengan pemimpin yang hanya tahu ‘mengambil’, 
kerana rakyat sepatutnya berhak kepada pemimpin yang lebih mahir ‘memberi’.
Kita tidak mahukan habuan dari pemimpin kita; sebaliknya kita hanya perlukan 
pemimpin yang mampu menguruskan negara dengan bijak dan mewujudkan peluang yang 
adil untuk semua.
Yang kita dahagakan adalah kesamarataan di mana kemewahan boleh dicapai oleh 
sesiapa yang rajin berusaha di mana kejayaan diperolehi hasil daripada usaha 
kita, bukan hubungan kita dengan mana-mana pihak.
Kita perlukan pemimpin yang sanggup berkhidmat dengan rendah diri, bukan 
pemimpin angkuh yang menganggap rakyat wajib syukur atas ‘sumbangan yang 
diberikan’.
Jika khazanah negara digunakan untuk mengisi poket pihak berkepentingan dan 
bukan dilaburkan untuk masa depan kita bersama, maka sudah tiba masanya untuk 
harapan baru.
Rakyat Malaysia berhak mendapat pentadbiran yang telus yang akan membolehkan 
kita semua melihat dengan jelas bagaimana kekayaan negara diuruskan.
Rakyat Malaysia berhak hidup tanpa pemisahan antara kaum atas sebab-sebab 
politik. Terlalu lama kita sudah dibebankan dengan pemimpin yang mengapi-apikan 
sentimen perkauman demi memenuhi kepentingan peribadi.
Rakyat Malaysia berhak mendapat pemimpin yang menyemai dan mengukuhkan semangat 
muhibah yang sememangnya sedia wujud dalam kalangan rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia juga berhak merasai demokrasi sebenar – iaitu keupayaan untuk 
menentukan nasib mereka sendiri secara bebas dan adil.
Kuasa yang dibiarkan berleluasa terlalu lama selalu melahirkan pemimpin 
sembrono yang bertindak sesuka hati tanpa melaksanakan tanggungjawab kepada 
rakyat yang sepatutnya.
Kita mesti sentiasa beringat bahawa kita bukan sekadar ingin menukar kerajaan. 
Kita juga bukan sekadar ingin menggantikan individu atau parti tertentu sahaja. 
Kita bertekad menggantikan keseluruhan budaya politik feudalisme dan rasuah 
yang berleluasa. Oleh itu kita tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana musuh 
dalam selimut yang mengaku kononnya sekutu kita tetapi masih mengamalkan budaya 
dan politik yang lama.
Sebarang kegagalan untuk menggantikan budaya lama ini akan bermaksud usaha 
pembaharuan kita tidak bermakna dan lompong. Harapan perubahan yang dijanjikan 
kepada rakyat Malaysia bukan calang-calang tanggungjawab malah merupakan amanah 
besar.
Walau apapun keputusan pada 5 Mei ini, banyak lagi cabaran dan dugaan yang 
perlu kita hadapi. Walaubagaimanapun, Insya’Allah, ia akan menjadi langkah 
pertama ke arah membina Malaysia yang unggul seperti yang kita idamkan sejak 
sekian lama.
Malaysia yang kita impikan ini memang sudah berada dalam genggaman kita. Kita 
hanya perlu bangunkan semangat yang sedia ada dalam diri kita, dan mara 
seiringan dengan penuh keberanian untuk merealisasikan Malaysia yang terunggul.
 /* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili 
pandangan The Malaysian Insider./


[Harakah] Fw: Fwd: [Islah-Net] Benarkah pr menang melayu Islam tergadai?

2013-05-03 Terurut Topik azali rahman
- Original Message -
From: azali rahman
Sent: 05/03/13 11:58 PM
To: ar2013
Subject: Fwd: [Islah-Net] Benarkah pr menang melayu Islam tergadai?

-- Original message --
From:Omar Yaakob omar_yaa...@yahoo.com 
Date: 3 May 13 19:09:30
Subject: [Islah-Net] Benarkah pr menang melayu Islam tergadai?
To: islah-...@yahoogroups.com islah-...@yahoogroups.com

Sila sebarkan video menjawab fitnah Dap anti islam dan melayu ini...
Antara SENTIMEN FAKTA
http://m.youtube.com/watch?v=lWrvd604QeQ
http://www.youtube.com/watch?v=lWrvd604QeQ 
Sent from Yahoo! Mail on Android


Dear  *ar2013 !* Get Yourself a cool, short  *@in.com* Email ID now! 
http://www3.in.com/sso/commonregister.php?ref=INutm_source=inviteutm_medium=outgoing


[Harakah] version is available on www.anwaribrahim.com/manifesto Share IN MALAY CHINESE ENGLISH TAMIL IBAN LOG ON

2013-05-03 Terurut Topik KS Ronny PAVDAI
version is available on www.anwaribrahim.com/manifesto
Share IN MALAY CHINESE ENGLISH TAMIL IBAN LOG ON





Subscribe: harakahdaily-subscr...@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscr...@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-dig...@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the 
posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the 
contents of their e-mails do not attract any liability, civil or 
criminal.Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily/

* Your email settings:
Individual Email | Traditional

* To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily/join
(Yahoo! ID required)

* To change settings via email:
harakahdaily-dig...@yahoogroups.com 
harakahdaily-fullfeatu...@yahoogroups.com

* To unsubscribe from this group, send an email to:
harakahdaily-unsubscr...@yahoogroups.com

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/



[Harakah] Anwar ‘Grand Count Down’ di Permatang Pauh malam ini

2013-05-03 Terurut Topik azali rahman
Anwar ‘Grand Count Down’ di Permatang Pauh malam ini



PULAU PINANG 4 MEI: Hari terakhir kempen pilihan raya yang bakal ditamatkan 
tepat jam 12 tengah malam ini akan digunakan sebaik mungkin oleh Ketua Umum 
KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi menggempur negeri kelahirannya, Pulau 
Pinang termasuk beberapa kawasan lain.
Di bawah jadual penuh beliau:
1) 2.30 ptg – Perkarangan Masjid Daerah Balik Pulau, PENANG
2) 4.00 ptg – Padang Awam Pekan Tanjong Rambutan, PERAK
3) 6.00 ptg – Padang Bola PPR Kerinci, KUALA LUMPUR
4) 9.00 mlm – Stadium MPSP, Jln Betik, Bukit Mertajam, PENANG
5) 10.00 mlm – Tapak Expo Seberang Jaya, PENANG

 *Short URL*: http://www.keadilandaily.com/?p=51585


[Harakah] BN dijangka hilang 2 lagi kerusi DUN di Negeri Sembilan

2013-05-03 Terurut Topik azali rahman
BN dijangka hilang 2 lagi kerusi DUN di Negeri Sembilan

Ahmad Fadli KC http://www.malaysiakini.com/browse/a/my/Ahmad%20Fadli%20KC 
9:54AM Mei 4 2013
Sebelum penamaan calon, BN dan Pakatan Rakyat dilihat mempunyai peluang sama 
rata untuk menguasai Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi dewan undangan 
negeri (DUN).

Dengan hanya dua kerusi pada pilihan raya tahun 2004, Pakatan melonjak 
menguasai 15 kerusi selepas pilihan raya umum tahun 2008, sekaligus menafikan 
majoriti dua pertiga BN.

Memerlukan empat lagi kerusi untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti 
mudah 19 kerusi, mampukah Pakatan meneruskan kemaraan mereka di negeri itu 
dalam pilihan raya umum kali ini?

Pakatan sebelum ini mengintai-intai peluang untuk merampas lima kerusi yang 
dimenangi BN dengan majoriti tipis, seperti berikut: Klawang (majoriti 841 
undi), Pilah (1,258 undi), Lenggeng (1,285 undi), Johol (1,263 undi) dan Labu 
(1,405 undi).

Mereka juga turut mensasarkan Jeram Padang (majoriti 1,808) dan Linggi (1,575) 
yang menyaksikan majoriti BN berkurangan separuh daripada tahun 2004.

Namun, selepas penamaan calon dan tempoh kempen selama dua minggu, analisis 
semasa menunjukkan BN dijangka terus mengekalkan penguasaan di negeri dan 
Parlimen.

Namun, kemenangan itu perlu dibayar dengan BN berdepan kemungkinan hilang satu 
atau dua kerusi di peringkat DUN.

Kerusi-kerusi yang disasarkan untuk dirampas Pakatan sebelum ini dijangka terus 
kekal dengan BN, kecuali Lenggeng ( /lihat carta atas/).

Menyedari kerusi-kerusi ini majoriti pengundinya adalah Melayu, BN merangka 
strategi kempen peringkat tempatan yang berkisar sekitar kelangsungan kuasa 
politik dan nasib orang Melayu.

Penolakan dalaman Ishak Ismail

Ia jelas dilihat menerusi ceramah-ceramah kelompok mereka yang menekankan tema 
BN sebagai kerajaan yang menegakkan syiar Islam dan memastikan kuasa politik 
terus kekal di tangan Melayu.

Pemberian bantuan wang tunai di bawah skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan 
Baucer Buku 1Malaysia juga memberi kesan dalam mengekalkan sokongan orang-orang 
Melayu luar bandar kepada BN.

DUN Lenggeng sebagai kawasan majoriti Melayu dengan nisbah 75 peratus pada 
mulanya dilihat mampu kekal di tangan BN.

Namun, penolakan ahli Umno setempat terhadap pencalonan Ketua Bahagian Umno 
Seremban, Datuk Ishak Ismail ( /kiri/) dilihat melemahkan kerja-kerja jentera 
BN dan membuka ruang untuk PAS merampas kerusi tersebut.

Tinjauan  /Malaysiakini /di Lenggeng mendapati poster Ishak kelihatan kurang 
berbanding poster calon dan bendera PAS.

Di samping itu, pendirian mesra BN calon Bebas, Zulkifli Abdullah juga 
berpotensi memecahkan undi kepada BN yang diwakili Ishak.

Selain Lenggeng, BN juga berhadapan risiko kehilangan kerusi Parlimen Chennah.

Chennah yang dimenangi BN dengan majoriti 1,298 undi pada tahun 2008 kini 
berdepan saingan sengit daripada DAP.

DAP meletakkan calon 'bintang' mereka, pengerusi DAP negeri, Anthony Loke yang 
merupakan mantan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Lobak merangkap ahli 
Parlimen Rasah.

Laluan mudah Anthony Loke

Ditambah pula komposisi pengundi Chennah yang majoritinya adalah orang Cina 
(50.8 peratus), Loke dijangka mempunyai laluan mudah dalam berdepan calon baru 
BN, Siow Foo Wen.

Kempen peringkat nasional yang bertemakan keamanan, kestabilan, dan perpaduan 
juga bukan penyelesaian kepada isu peluang sama rata dalam perniagaan, 
pendidikan dan pekerjaan yang dihadapi pengundi Cina.

Di pihak BN, mereka mensasarkan kerusi-kerusi yang dimenangi Pakatan dengan 
majoriti tipis - Ampangan (majoriti 165 undi), Sikamat (499 undi), Repah (533 
undi), dan Port Dickson (733 undi) untuk kembali membentuk majoriti dua pertiga.

BN menampilkan Abu Ubaidah Redza, seorang muka baru yang dianggap masih 
'bersih' dan mempunyai latar belakang agama yang kuat di Ampangan.

Namun pengalaman beliau sebelum ini sebagai saudagar daging segar dilihat 
kurang terampil berbanding lawannya, bekas agung PKR Datuk Kamarul Baharin 
Abbas ( /kanan/).

Di sebelah Kamarul pula, kempen beliau dilihat kurang mendapat dokongan dari 
penyokong-penyokong seorang lagi personaliti parti yang didakwa menutup bilik 
gerakan selepas kecewa tidak dicalonkan.

Di Sikamat, penyandang dari PKR, Aminuddin Harun berdepan saingan sengit dari 
calon BN muka baru, pemimpin pertubuhan belia, Wan Salwati Abdullah.

Namun, kempen Wan Salwati dikhuatiri terkena tempias sabotaj di hari pengundian 
daripada pengikut ketua umno Seremban, Datuk Ishak Ismail yang diuar-uarkan 
turut mengintai kerusi Sikamat tetapi diberikan kerusi Lenggeng.

Justeru, kedua-dua kerusi ini dilihat masih 50-50 peluangnya bagi Pakatan 
Rakyat dan BN.

Laluan sukar Aishah di kawasan Felda

Repah pula dijangka kekal di bawah DAP memandangkan calon Bebas di situ, Fadzil 
A Bakar yang menjadi saingan sengit buat S Veerapan adalah bekas ahli Umno.

Fadzil yang popular di kalangan penduduk setempat dilihat mampu menambat hati 
sebilangan pengundi Melayu namun, pengundi majoriti 

[Harakah] ‘Malaysian Spring’ activist denies demonstration plot

2013-05-03 Terurut Topik azali rahman
Malaysia 

‘Malaysian Spring’ activist denies demonstration plot
-


By Emily Ding
May 04, 2013
BN bunga manga planted in Damansara Heights.KUALA LUMPUR, May 4 — Ng Seksan, 
the landscape architect who initiated the “Malaysian Spring” campaign, has 
denied allegations the “flowers” or mini flags are focal points for 
demonstrations if Pakatan Rakyat (PR) loses the general election.
Yesterday, Bernama reported Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin 
calling for a police investigation into blog allegations which specifically 
accused PR Youth wings of direct involvement in the plot.
“They are spinning the story. There is no plot for demonstrations, I want to 
clarify this so there will be no panic or fear-mongering among the people,” Ng 
told  /The Malaysian Insider/.

“They want to make it look so mischievous as if some uprising is brewing in the 
air,” he said.
He emphasised that the “Malaysian Spring” campaign is an initiative by ordinary 
citizens, who fund the making of the “flowers” themselves. 
“There is no organisation except that I’m the initiator, but what you’ve seen 
out there on the street is totally viral,” he said.
“A lot of the people who participate are women, I would say 80 per cent women. 
A lot of children are involved and a lot of elderly citizens are also involved.”
Some 16,000 multi-coloured mini flags were first planted inside the Jalan 
Tempinis roundabout in Lucky Garden, Bangsar here in the Lembah Pantai 
constituency on April 14.
Since then, the movement has spread to nearby suburbs in the city, such as 
Damansara Heights, Sri Hartamas and Taman Tun Dr Ismail in the neighbouring 
Segambut federal seat, and even to other states like Perak and even further 
afield to Barcelona and London.
Ng said that the few politicians who have contributed to the effort — such as 
incumbent Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar, PKR Kelana Jaya candidate Wong 
Chen, DAP Subang Jaya state candidate Hannah Yeoh and PKR Bukit Lanjan state 
candidate Elizabeth Wong — had only assisted in the planting and adopting of 
the initiative as part of their campaign materials.
“This is to ensure that the flowers have a better chance of surviving,” he 
said, referring to previous moves by the Election Commission (EC) and Kuala 
Lumpur City Hall (DBKL) to remove the flags.
Ng also pointed out photos of Barisan Nasional (BN) “flowers” that have been 
planted, one of which took the form of bunga manga in the upscale neighbourhood 
of Damansara Heights, and said that he welcomed such efforts. 
“This campaign is about our hope for a better Malaysia and it is inclusive of 
all political parties,” he said.

Share it with others


[Harakah] Fw: Fwd: [Islah-Net] Undilah dengan fakta yang benar

2013-05-03 Terurut Topik azali rahman
- Original Message -
From: azali rahman
Sent: 05/04/13 01:03 PM
To: ar2013
Subject: Fwd: [Islah-Net] Undilah dengan fakta yang benar

-- Original message --
From:Omar Yaakob omar_yaa...@yahoo.com 
Date: 4 May 13 06:28:46
Subject: [Islah-Net] Undilah dengan fakta yang benar
To: islah-...@yahoogroups.com islah-...@yahoogroups.com, 
musleh-...@yahoogroups.com musleh-...@yahoogroups.com

Kita wajib memastikan pilihan undi kita semasa PRU13 adalah berasaskan maklumat 
yang sahih dan tepat

Untuk memilih calon yang akan dipangkah semasa PRU13, kita perlukan maklumat 
maklumat dan informasi daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, 
bertanggungjawab dan berintegriti.

Maklumat dan berita yang mengandungi unsur dakwaan fitnah, dakwaan kosong dan 
pembohongan dan semua maklumat yang diragui sewajarnya diketepikan.

Firman Allah bermaksud:

Jangan kamu mengikut sesuatu yang kamu tiada ilmu/pengetahuan mengenainya. 
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya akan ditanyai 
(pertanggungjawabkan).
(al-Isra':36)

Jom kita berhenti sejenak dan merenung apakah’berita’ dan ‘fakta’ yang 
diutarakan dan dipaparkan oleh TV, radio, penceramah, akhbar, blog, FB itu 
benar, tepat dan betul?

Adakah maklumat dari pemimpin kita, tokoh kita, rakan kita, sheikh kita, 
murabbi kita, guru dan ustaz kita; benar atau tidak; disokong oleh fakta atau 
tidak; dibuktikan dengan bukti yang jelas dan kemas atau tidak?

Adakah kita menelannya bulat-bulat atau membuat semakan melalui sumber lain?

Patutkah kita membuat kesimpulan mengundi A atau B, bahawa si A jahat atau B 
baik hanya berdasarkan maklumat yang terpapar di dada akhbar, atau blog atau 
dakwaan kosong?

Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang fasik dengan 
sesuatu berita, selidikilah, agar kamu tidak mendatangkan musibah kepada 
sesuatu kaum dalam kejahilan dan kemudian kamu menyesali kesan tindakan kamu 
tersebut.
( al-Hujurat:6)

Dalam ayat ini, kita tidak dibenarkan membuat sebarang judgement, apa lagi 
tindakan terhadap seseorang individu atau sesuatu kaum (atau organisasi atau 
parti) tanpa kita memastikan kesahihan maklumat yang diberikan kepada kita. 
Jika kita tidak semak dan pastikan betul-betul, berkemungkinan kita akan 
mengambil tindakan berasaskan maklumat bohong, fitnah dan dakwaan palsu. 
Kemudian kita menyesal dengan tindakan kita.

Jadi janganlah kita terlalu cepat membuat hukuman atau penilaian terhadap 
seseorang atau sesuatu parti politik tanpa kita menyelidik perkara tersebut 
terlebih dahulu.

Rugilah undi kita jika ia berdasarkan maklumat palsu, ibarat racun yang disalut 
gula.

Juga janganlah terlalu cepat kita menyebarkan berita mengenai sesuatu sebelum 
kita memastikan kesahihannya.

Ingatlah di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu 
katakan dengan mulutmu apa yang kamu tidak ketahui sedikit juga dan kamu 
menganggapnya sesuatu yang ringan sahaja. Padahal dia pada sisi Allah adalah 
besar. (an-Nur:15)

Ya, menyebarkan berita bohong yang tidak tahu hujung pangkalnya merupakan 
sesuatu yang besar dosanya.

Marilah kita pastikan maklumat kita sahih, dan yang benar-benar baik sahaja 
yang muncul bagi sebagai wakil rakyat, ADUN dan seterusnya memimpin negara.

Dr. Omar Yaakob


Dear  *ar2013 !* Get Yourself a cool, short  *@in.com* Email ID now! 
http://www3.in.com/sso/commonregister.php?ref=INutm_source=inviteutm_medium=outgoing


[Harakah] PAS akan pastikan Islam, Melayu terbela dalam Pakatan

2013-05-03 Terurut Topik azali rahman
PAS akan pastikan Islam, Melayu terbela dalam Pakatan 
http://bm.harakah.net.my/index.php/headline/18964-pas-akan-pastikan-islam-melayu-terbela-dalam-pakatan
 

Harakahdaily, 04 Mei 2013 
KUALA LUMPUR*: PAS memberi jaminan akan mempastikan Islam dan Melayu terbela 
sepenuhnya dalam Pakatan Rakyat jika ia mendapat mandat mentadbir negara 
selepas pilihan raya umum ke 13 ini.

Jaminan ini diberikan oleh dua pemimpin tertinggi PAS iaitu Mursyidul Am Tuan 
Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Nik 
Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataan berasingan mereka.

Saya dengan ini, memberi jaminan seutuhnya sekiranya Pakatan Rakyat menguasai 
Putrajaya, maka PAS akan terus menjunjung kemuliaan Islam dan memastikan 
kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai tunjang kepada sistem Raja 
Berperlembagaan, kata Tuan Guru Nik Aziz dalam kenyataannya.

PAS akan memastikan kepentingan Melayu dan Islam terjaga dengan baik dalam 
Pakatan Rakyat tanpa sedikitpun mengganggu atau bertindak tidak adil kepada 
mana-mana pihak, kata Tuan Guru Abdul Hadi pula dalam kenyataannya.

Maka kewujudan agensi dan entiti seperti UITM, MARA, Tabung Haji dan 
lain-lainnya akan terus diperkukuhkan sesuai dengan tuntutan masa untuk 
menghadapi cabaran yang semakin sengit di dunia luar, tegas beliau lagi.


Berikut adalah kenyataan penuh mereka berdua:


 *KENYATAAN MEDIA MURSYIDUL AM PAS*

Bismilllahir-Rahmanir-rahim.

Assalamu’alaikum waramatullahi wa barakatuh.

Saudara saudari pengundi sekelian,

Dalam masa kurang dari 48 jam dari sekarang, kita akan melalui satu proses 
demokrasi bagi menentukan parti manakah yang akan memegang tampuk pemerintahan 
negara untuk tempoh 5 tahun akan datang.

Pada penghujung tempoh berkempen ini, saya yakin saudara saudaritelah menerima 
pelbagai bentuk maklumat mengenai tawaran-tawaran dari Barisan Nasional mahu 
pun dari Pakatan Rakyat, sama ada melalui media arus perdana atau media baru 
seperti Facebook, Blog, Twitter dan sebagainya.

Berdasarkan perkembangan kempen selama dua minggu ini, maka saya dengan rendah 
hati merayu agar saudara saudari sekalian dapat mengundi calon-calon Pakatan 
Rakyat. Jika di Dun/Parlimen itucalon PAS, maka undilah PAS. Begitulah di mana 
Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding, undilah PKR dan di mana ada calon DAP, 
maka undilah DAP.

Atas semangat pemuafakatan tahaluf siasi, PAS, PKR dan DAP sedia menjadi 
pilihan terbaik dari apa yang Barisan Nasional lakukan selama 55 tahun 
memerintah Malaysia.

Justeru PAS sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan politik Islam, 
sudah tentu PAS tidak akan berganjak seinci pun dalam memelihara kesucian agama 
Islam. Atas penegasan ini, maka PAS sedia menawarkan peranan yang lebih besar 
bagi menjamin kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. PAS sedia memastikan 
kedudukan Islam dimartabatkan sebagaimana yang diperuntukkan di dalam 
Perlembagaan Negara. Ini telah dibuktikan sepanjang sejarah perjuangan PAS 
sejak dari dahulu lagi––PAS tanpa rasa kekok atau apologetik––PAS sentiasa 
meletakkan kesucian Islam pada kedudukan yang paling tinggi di dalam perjuangan 
kami.

Saya dengan ini, memberi jaminan seutuhnya sekiranya Pakatan Rakyat menguasai 
Putrajaya, maka PAS akan terus menjunjung kemuliaan Islam dan memastikan 
kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai tunjang kepada sistem Raja Berperlembagaan. 
Hal ini penting, tatkala Sistem Beraja dicabar oleh beberapa pindaan 
Perlembagaan sejak 80-an lagi, PASlah satu-satunya parti yang konsisten di 
dalam mempertahankan sistem

Raja Berperlembagaan ini di hadapan rakyat. Natijahnya, PAS sedia memastikan 
institusi Raja terus disanjung, seiringan dengan kedaulatan Raja-Raja Melayu 
sebagai institusi bersejarah di tanah air tercinta ini.

Oleh itu PAS akan terus memelihara keluhuran Perlembagaan sebagai undang-undang 
dasar yang paling tinggi di dalam sistem pemerintahan Negara, dan tidak rela 
perlembagaan itu dimanipulasikan oleh mana-mana pihak demi agenda politik 
tertentu. Tekad PAS adalah untuk terus menjuarai usaha-usaha untuk melindungi 
dan mempertahankan hak-hak rakyat, khususnya orang Melayu dan kaum Bumiputera 
sebagaimana termaktub di dalam Perkara153 Perlembagaan Malaysia. PAS tidak akan 
segan silu untuk menjadi jurubicara rakyat dalam Perkara ini, dan dalam masa 
yang sama, memberikan hak-hak yang adil dan saksama kepada seluruh kaum-kaum 
lain sebagaimana peruntukan yang ada.

Akhir sekali, saya memberi jaminan bahawa PAS akan terus berjuang untuk 
membebaskan penjawat awam dari cengkaman politik dan mempastikan tiada seorang 
pun kakitangan awam menjadi mangsa politik walaupun mereka mempunyai kefahaman 
politik yang berbeza.

Kita memberi jaminan bahawa tidak ada seorang pun penjawat awam, termasuklah 
15,000 kakitangan KEMAS dan 10,000 kakitangan JKKK di seluruh negara yang akan 
dibuang kerja jika Pakatan Rakyat memerintah negara selepas PRU-13 nanti.

Undilah PAS. Undilah calon-calon Pakatan Rakyat. Ini kalilah! Ubah!
Kekal Kelantan Ubah Putrajaya.

[Harakah] In Malaysia, online election battles take a nasty turn

2013-05-03 Terurut Topik azali rahman
In Malaysia, online election battles take a nasty turn
==

 http://www.reuters.com/ By Jeremy Wagstaff | Reuters – 52 mins ago

Email http://news.yahoo.com/_xhr/mtf/panel/ Share 
http://www.facebook.com/sharer.php?u=http%3A%2F%2Fnews.yahoo.com%2Fmalaysia-online-election-battles-nasty-turn-043117057.htmlt=In%20Malaysia%2C%20online%20election%20battles%20take%20a%20nasty%20turn%20-%20Yahoo%21%20News
 1* 
* 
* 
Print
 
http://news.yahoo.com/lightbox/file-picture-campaign-poster-malaysias-opposition-leader-anwar-photo-043117151.html
 View Photo 
http://news.yahoo.com/lightbox/file-picture-campaign-poster-malaysias-opposition-leader-anwar-photo-043117151.html
 Reuters/Reuters - A campaign poster of Malaysia's opposition leader Anwar 
Ibrahim is on display ahead of the general elections in Bukit Mertajam, 350 km 
(217 miles) north of Kuala Lumpur in this April 19, 2013 …more
By Jeremy Wagstaff
KUALA LUMPUR (Reuters) - Ahead of Malayasia's elections on Sunday, independent 
online media say they are being targeted in Internet attacks which filter 
content and throttle access to websites, threatening to deprive voters of their 
main source of independent reporting.
Independent online news sites have emerged in recent years to challenge the 
dominance of mostly government-linked traditional media. The government denies 
any attempts to hobble access to the Internet in the run-up to a close-fought 
election.
During the 2008 election we were wiped off the Internet, said Premesh 
Chandran, CEO of independent online news provider Malaysiakini.
Our concern is that we'll see a repeat of that on May 5. Can we really live 
without independent media on election night, given that both sides might not 
accept the result?
Malaysiakini was set up in the late 1990s to test the government's push to lure 
technology companies to the country by promising not to censor the Internet. 
Other news websites have followed, including The Malaysian Insider, which set 
up shop down the street from Malaysiakini in 2008.
Such websites have emerged as an important source of news to counter the 
traditional media, most of which are owned by interests linked to the ruling 
Barisan Nasional or BN coalition.
The BN's dominance of media is one of its crucial advantages as it fends off an 
increasingly potent opposition that made impressive election gains in 2008. 
Sunday's election is expected to be the closest yet, though Malaysian Prime 
Minister Najib Razak is favored to win.
Leading opposition politicians who attract big campaign crowds in cities say 
they get a much cooler reception in rural areas, where access to the Internet 
is rarer.
Malaysia ranked 145th on a list of 179 countries in this year's World Press 
Freedom report released by Reporters Without Borders. It was Malaysia's lowest 
ever ranking.
A survey released on Friday by the University of Nottingham's Malaysia campus 
and Malaysia's Centre for Independent Journalism found that online media gave 
almost equal coverage to the opposition and government parties, while 
traditional media focused on the ruling BN coalition and its parties by a 
significant margin.
POLICE RAIDS TO ONLINE ATTACKS
Malaysiakini, the most popular of such websites, has weathered several storms, 
including police raids, denied access to press conferences, accusations of 
being linked to foreign agents and requests to take down content, Chandran said.
But in recent years the tactics appear to have shifted towards knocking the 
site offline, primarily through distributed denial of service, or DDOS, 
attacks, where servers are deluged by thousands of requests at the same time.
Harlan Mandel, CEO of New York-based Media Development Investment Fund, which 
has worked with Malaysiakini for more than a decade and is a minority investor, 
said in an email interview that Malaysiakini had become a focus for attack 
after establishing itself as the go-to site for reliable election reporting 
for millions of Malaysians in 2008.
Since then, it has come under repeated cyber attacks, generally coinciding 
with sensitive political events like local elections and political rallies, 
said Mandel.
Malaysiakini is not alone. Last month a DDOS attack brought down three related 
London-based radio web portals, according to Clare Rewcastle Brown, their 
Malaysian-born founder.
Jahabar Sadiq, CEO of Kuala Lumpur-based The Malaysian Insider, said his news 
service had come under heavy DDOS attack shortly after six of his staff were 
summoned to the regulator, the Malaysian Communications and Multimedia 
Commission or MCMC, a few weeks ago. They were asked, among other questions, 
for technical details about their service provider.
It can't be a coincidence, he said in an interview. They were asking 
questions about our architecture which weren't required.
BACKUP U.S. SERVERS
At least half a dozen news or political websites have now shifted their servers 
to