Help Palestine [hidayahnet] Kesucian masjid yang diperjuangkan UMNO ????
Aswt, UMNO tak ada kerja lain. Orang bukan Islam selamanya bagi mereka jangan ambil tahu hal masjid. Jangankan nak ambil tau nak masuk pun tak boleh !! Amboi bagi mereka masjid itu paling suci tapi kerana terlalu suci kemungkaran pemimpin terutamanya pemimpin UMNO pun haram disebut-sebut maka apakah maknanya ini ?? Sebenarnya status masjid telah bertukar kepada sebuah penjara. Penjara di mana orang Islam boleh cakap tentang isu-isu Islam (teori) tapi tak boleh mempertikai sebarang tindakan UMNO yang bercanggah dengan Islam !! Jika isu-isu ini disebut oleh siapa saja dalam masjid termasuk khatib pastinya akan dituduh yang mereka telah mencemari masjid dengan politik. UMNO kata jangan cemari masjid dengan politik. Nampaknya mulut khatib pun mereka nak kunci !! Wakil-wakil rakyat pun tak boleh ambil tahu hal masjid jadi calun bukan Islam tak bolehlah bertanding sebagai ahli parlimen atau ahli dewan negeri jika kawasan itu ada orang Islam. Bila ada orang Islam pastinya ada surau ada masjid !! Kamalanathan yang beragama Hindu yang bertanding kerusi parlimen Hulu Selangor tak masuk masjid tapi roh Kamalanathan dibawa masuk dalam masjid supaya dia mendapat kemenangan dalam pilihan raya berkenaan !! Tapi tindakan UMNO tidak mencemari masjid. Batang tubuh orang bukan Islam mencemarkan masjid tapi yang mereka samapi bersolat hajat untuk kemenangan Kamalanathan tu lebih teruk kerana iika Kamalanathan masuk masjid tanpa lakukan apa-apa tindakan yang bercanggah mungkin lebih baik dari menyolathajatkan kemenangan dia !! ?? Atas dasar masjid tak boleh campuri politik maka apa pun penyelewengan pemimpin negara/negeri yang menjadi monopoli UMNO/BN masjid haram ambil peduli. Kalau sebut hal-hal penyelewengan cukuplah ingatkan para makmum yang ada agar jangan seleweng apa-apa, jangan itu jangan ini tapi ahli politik khususnya pemimpin UMNO ada permit untuk lakukan apa saja walau pun perkara-perkara yang ditegah Islam. Duit negara hilang atau lesap berpuloh bilion akibat penyelewengan pemimpin UMNO /BN tak bolehlah disebut-sebut dalam masjid. Hebat ! Memang hebat prinsip kesucian masjid ala UMNO !! Banyak hukum yang terdapat dalam al Quran ditolak oleh UMNO (dengan membiarkan apa yang ditinggalkan penjajah kekal ) kerana kuasa berada ditangan mereka pun tak boleh disebut sedangkan al Quran dengan jelas mengutuk perbuatan ini. Betul lah UMNO telah berjaya penjarakan Islam dalam masjid dengan berselindung disebalik kesucian masjid. Mereka berjaya lakukan nya kerana kefahaman dan konsep dakwah yang difahami majoriti orang Melayu tentang Islam masih ditahap sekolah rendah. Bagi mereka UMNO dah perjuangkan Islam tapi mereka telah dibutakan dengan pelbagai lagi isu yang sangat jelas melibatkan UMNO iaitu menghina hukum-hukum Islam (bila tak terima dengan hujah yang sangat lemah) maka ianya jauh labih dahsyat dari seorang pemimpin Cina masuk masjid secara beradab !! Wallahua'lam. ibnuAli
Re: Help Palestine [hidayahnet] Kempen 10 juta tandatangan bantah saman ekor
Bukan itu sahaja. Polis pun boleh simply masukkan nombor kereta kita dan dakwa kita speeding. Kan, Kan? Kes dua kenderaan nombor plet sama, kes no kereta, yang kena saman ialah motosikal, nombor kereta yang kena saman traktor. Sebabnya... simply tarok. Inilah yang sebenarnya dah berlaku. From: redz...@yahoo.com redz...@yahoo.com To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com Sent: Saturday, August 21, 2010 8:49:52 Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Kempen 10 juta tandatangan bantah saman ekor Saman ekor ini tak adil kepada pemandu sebab ..ia mungkin boleh di manupulasi pihak lain..akibat nya pula ditanggung oleh empunya kereta...sementelah kita pun sedia maklum..berapa byk kes...kenderaan mempunyai no plat yg sama...kes2 kereta seludup ni menyusahkan pihak lain... kalau nk saman pun..saya sokong saman secara berdepan...polis trafik buat sekatan jalan raya mcm biasadgr cerita kn kerajaan dh tambah anggota polis...jd masalah xcukup anggota jgn lagi ditimbulkansaman je pemandu yg memandu secara berbahaya... Salam takzim, Redzuan
Re: Help Palestine [hidayahnet] Islam dah lama ajar seks, mandi wajib tak sah berdiri
Sebenarnya apa yang hendak disampaikan bukan soal berdiri atau duduk. Disebutkan berdiri itu kerana dikhuatiri air tidak sampai atau masuk ke tempat sulit di celah punggung yang tebal. Bila dikatakan duduk sahaja, dikhuatiri air tidak sampai ke pelipat di bawah lulut. Bila air tidak sampai ke semua anggota maka mandi itu tidak sempurna, maka tidak sahlah mandi junub. Kalau kita gosok ke semua tempat anggota, tak jadi apa hal pun walau dalam keadaan berdiri atau duduk. Yang saya kesal di sini kena nak konfuskan orang ramai dengan berdiri atau duduk. Nak sampaikan sesuatu biar jelas. Maafkan saya kalau saya kata perkara remeh sebegini membuat anak muda keliru dan berasakan Islam ini amat payah sedangkan Nabi dah kata bahawa Islam itu mudah maka permudahkanlah. Ada orang nak jadi wira ke atau hero dengan ilmu baru yang mengelirukan. Yang pandai2 dan bermandai-mandai tu lah. Implikasinya amat berat sekali. Anak-anak muda nak/akan ambil jalan mudah, mereka keluar dari Islam kerana Islam itu amat menyusahkan. Kalau tuan/puan tak percaya tanyalah mereka yang murtad. Kepada sebahagian besar mereka, Islam itu amat menyusahkan. Satu lagi contoh ialah wudhu'. Allah sebut dalam Quran. : basuh muka dan tangan sampai ke siku, sapu kepala dan kaki. - Al-Maa idah ayat 6. Allah dan bezakan diantara basuh dan sapu. Kenapa yang diajar basuh kaki? Kenapa sampai ada cuci telinga, cuci leher? Wudhu hanya muka, tangan dan kaki sahaja. Kebersihan lain memang lah kena jaga tapi bukan sebahagian wudhu. Tapi kenapa nak masukkan dalam bab wudhu? Asasnya buang segala kotoran fizikal, jika ada, najis dan sebagainya. Kemudian baru teruskan dengan wudhu. Kebersihan hidung, telinga dan mana-mana anggota lain kita boleh buat semasa mandi. Buatlah semasa mandi bukan semasa wudhu. Kalau nak buat juga buat sebelum mulakan wudhu. Jadi, tolonglah permudahkan jangan menyusahkan. Perhatikan betapa banyak air yang orang ramai guna nak wudhu dimasjid2. Al maklumlah bukan di rumah sendiri, buang banyak air banyka mana sekalu pun siapa yang peduli (orang yang membazir saudara syaitan). Wassalam. From: fa...@yahoo.com fa...@yahoo.com To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com Sent: Wednesday, August 18, 2010 13:35:23 Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Islam dah lama ajar seks, mandi wajib tak sah berdiri Beliau berkata mandi wajib tak sah kalau berdiri. Berapa ramai umat Islam yang tak sah mandi wajib selama ini. sapa ni yang pandai2 ckp lagu tu.jgn main tibai ja...sila kemukakan hadis sekali arrr...
Help Palestine [hidayahnet] Sembelih anak, ada 3 juta orang gila di Malaysia
Nampaknya Bala Gila dan Sakit Mental di Malaysia ini kurang mendapat perhatian. Sebelum ini saya ada menulis artikel betapa serius ini penyakit ini dan ianya boleh menjadi wabak bala baru umpama bom jangka. Kes sembelih anak di Kelantan bukan kes baru dan mungkin bukan yang terakhir. Artikel saya sebelum ini ada 3 juta pesakit mental dan betapa seriusnya kes sakit mental, gila dan bunuh diri di Malaysia pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html Semua pihak harus memainkan peranan terutama media. Media sekarang ini terlalu melalaikan, membuat provokasi penyokong parti untuk membenci antara parti yang lain. Media terutama TV dan akhbar perlu menyeru orang ramai terutama umat Islam kembali kepada Al Quran sepenuhnya, bukan kembali ke Bazar Ramadan sepenuhnya. Semarakkan masjid, penuhkan masjid, solat jemaah di masjid sepanjang bulan, bukan bulan Ramadan sahaja. Sebelum ini Ustaz Zakaria Talib dari Rembau berkata , sekarang in terlalu banyak kekacauan, antara puncanya ialah terlalu banyak sihir dan ilmu hitam. Justeru dia menyeru kepada semua umat Islam banyakkan beramal, banyakkan baca Al Quran, di rumah, di masjid, di surau, di stesen bas ketika menunggu bas dan sebagainya. Malam tadi pun di Surau Alamanda , Senawang didatangi oleh seorang pemuda Melayu yang tampan dan diri terurus yang belum pernah nampak sebelum ini tapi seperti seorang pesakit mental. Keliling surau, tapi tak sembahyang, kejap petik buah kelapa, bawa keliling surau. Jemaah suruh semua budak-budak masuk surau untuk mengelakkan kejadian tidak diingini. Saya menghubungi polis. Tidak lama kemudian datang 2 anggota polis menaiki kapcai. Polis tanya pemuda tadi mana IC, ditunjuknya kertas berlipat itu Icnya. Tanya tinggal kejap kata Rahang, kejap kata entah mana. Tanya nama, diberi nama perempuan. Polis tadi kata susah kes ini, sebab dia tak kacau orang, nak bawa balai pun atas kes apa, nak panggil hospital pun tak boleh sebab dia tak kacau orang. Itu ialah prosedur mereka. Akhirnya polis tadi atas inisiatif dia sendiri bawa pemuda tadi pergi makan. Nampaknya prosedur polis, kementerian kesihatan dan hospital pun tak jelas dalam kes orang sakit mental ni. Tunggu orang sakit mental tadi bunuh atau sembelih atau hentak kepala budak dan sebagainya baru boleh bawa ke hospital dan sebagainya.
Help Palestine [hidayahnet] Rakyat Sekitar Tasik Bukit Kepong Mungkin Terdedah Bahaya Nuklear
Oleh Faizal Ezzany - Suara Keadilan PORT DICKSON 23 Ogos - Demi kepentingan politik Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan didakwa sedang melobi Perdana Menteri secara senyap untuk menjadikan Tasik Bukit Kepong sebagai tapak pembinaan loji nuklear pertama di Malaysia tanpa pengetahuan penduduk setempat. Pendedahan ini dibuat oleh sebuah blog, singalautmetro, yang mengatakan ini antara sebab mengapa Tasik Bukit Kepong yang terletak berdekatan dengan Kampung Bukit Tembok di Port Dickson sengaja dirosakkan oleh kerajaan negeri. Menurut blog itu kenyataan Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Datuk Dr Daud Mohamad bahawa terdapat beberapa negeri termasuk Negeri Sembilan dan Peraksedang melobi untuk menempatkan loji nuklear tersebut menguatkan lagi dakwaan blog tersebut. Sambil menyifatkan tasik itu bakal menjadi tapak 'bom jangka', singalautmetro berkata Tenaga Nasional Berhad akan dilantik sebagai pihak yang bertanggungjawab melaksanakan projek berkenaan. Blog itu mendakwa kawasan tasik itu akan terus menjadi panas sepanas loji berkuasa 1,000 MW yang dikatakan berupaya menghasilkan tenaga di antara 14,000 hingga 18,000 MW. Pembinaan loji nuklear pertama di negara ini adalah bagi menampung sumber tenaga yang sedia ada yang dianggarkan membabitkan kos antara RM6.5 bilion hingga RM9.75 bilion. Menurut blog itu lagi, bentuk mukabumi Tasik Bukit Kepong adalah istimewa kerana ia berbentuk kawah kira-kira 15 meter di bawah paras tebing, serta mempunyai ciri kawasan pemampan lebih 10 kilometer dan mampu menyediakan tapak sekurang-kurangnya 80 hektar seperti disyaratkan sebagai tapak loji nuklear. Keluasan tasik itu melebihi 1,000 hektar, menjadikannya cukup sesuai bagi tujuan pembinaan loji nuklear. Semua ciri-ciri ini dikatakan telah menarik minat, Datuk Seri Najib Razak berbanding lokasi lain. Kewujudan Stesen Janakuasa Elektrik Tuanku Jaafar di Port Dickson menjadikan Tasik Bukit Kepong sebagai pilihan menarik kerana ia menepati jarak dan keperluan teknikal untuk dijadikan kembar kepada loji yang bakal dibina. Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas yang ditemui Suara Keadilan ketika meninjau kawasan tersebut berkata buat masa ini pihaknya tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung dakwaan yang dibuat blog tersebut. Apa yang pasti sekarang saya mahu jawapan daripada Jabatan Parit dan Saliran (JPS) berhubung tindakan mereka merobohkan pintu air di kawasan berkenaan. Bagi saya pintu air ini digunakan untuk mengawal kawasan yang berada di sebelah bawah daripada dilanda banjir apabila tiba musim hujan ataupun ketika hujan lebat. Kita mahukan jawapan yang jelas dari JPS kenapa mereka mengambil tindakan itu. Dalam keadaan hujan sekarang beberapa kawasan di sebelah bawah seperti ladang sawit sudah mula dibanjiri air apatah lagi bila tibanya musim tengkujuh pada bulan Disember nanti, kata Kamarul. Tambahnya, persoalan yang dibangkitkan oleh blog itu akan terjawab apabila beliau menerima penjelasan daripada JPS. Beliau mengambil tindakan melawat kawasan tersebut apabila timbul desas desus mengatakan ia bakal menjadi tapak loji nuklear. Ini terbukti apabila keadaan tasik tersebut yang semakin kering airnya. Sudah tentulah kerajaan negeri mahupun JPS tidak akan meruntuh dan merobohkan sebuah empangan yang sebegitu besar yang dibina sejak merdeka, kalau tiada tujuan besar di sebaliknya, kata Kamarul lagi. Walaupun keputusan pemilihan lokasi hanya akan diumumkan oleh Najib pada 2012, pembinaan loji yang dijangka bermula 2015 itu pasti mencetuskan isu baru di peringkat nasional. Sikap dan cara kerajaan negeri membuat keputusan membelakangkan penduduk dijangka menjadi faktor utama ia akan mendapat tentangan besar-besaran rakyat Negeri Sembilan. http://suara-keadilan.com/news-section?t=3812 Nuke plant in Port Dickson ? Tue, 24 Aug 2010 13:23 By FMT Staff PORT DICKSON: The grapevine has it that the coastal town, once a bustling tourist destination but now in the throes of death, could be “nuked” by the government. Talk is that Negeri Sembilan Menteri Besar Mohamad Hassan is seriously lobbying Prime Minister Najib Tun Razak to site the country’s first nuclear power plant at the Bukit Kepong Lake here. Telok Kemang MP Kamarul Baharin Abbas, who visited the lake recently, acknowledged the rumour but declined to comment on it However, the PKR leader said he wanted to know why the Drainage and Irrigation department (JPS) was demolishing the “passageway” in the 50-year-old water catchment. “I don’t want to speculate. But I have asked JPS to explain why it is demolishing the passageway which controls the dam and keeps the lake from overflowing and flooding the low lying areas. “We want JPS to explain their rationale for demolishing the bund when the current rain spell is already causing floods in the low-lying oil palm estates,” he said. “Once they explain, we will know for a fact what their real agenda is,” he
Help Palestine [hidayahnet] Konfrontasi Indonesia - Malaysia (1962 - 1966)
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته Konfrontasi Indonesia - Malaysia (1962 - 1966) Post under Askar, Isu Semasa, Sejarah, Wataniah Dicatat oleh Naim Qlate Bendera Lambang negara Konfrontasi Indonesia-Malaysia merupakan satu penentangan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia yang bermula dari tahun 1962 hingga 1966. Penentangan ini telah dilakukan oleh Presiden Sukarno kerana cita-cita tingginya untuk menubuhkan Indonesia Raya yang mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia terhalang akibat daripada pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Latar Belakang Pada 1961, Kalimantan dibahagikan kepada empat pentadbiran. Kalimantan, sebuah negeri milik Indonesia yang terletak di selatan Kalimantan. Di utara merupakan Kerajaan Brunei dan dua negeri dibawah pentadbiran British; Sarawak dan Borneo Utara British, yang kemudiannya diberi nama sebagai Sabah. Sebagai bahagian dari pengunduran dari pentadbirannya di Asia Tenggara, British cuba menggabungkan pentadbirannya di Kalimantan dengan Semenanjung Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. Rancangan ini dibantah keras oleh Presiden Indonesia; Presiden Soekarno. Beliau berpendapat bahawa Malaysia adalah sebuah rekaan British, dan penubuhan Malaysia hanya akan memberikan pihak British menguatkan lagi kuasa jajahannya di kepulauan Borneo ini, sehingga memberi ancaman besar terhadap kemerdekaan Indonesia. Filipina juga membuat dakwaan atas Sabah, dengan alasan negeri itu mempunyai hubungan sejarah dengan Filipina melalui Kesultanan Sulu. Di Brunei, Pemberontak Kalimantan Utara (TNKU) memberontak pada 8 Disember 1962. Mereka melakukan cubaan menculik Sultan Brunei, dan merampas ladang minyak dan menjadikan orang Eropah sebagai tebusan. Sultan Brunei berjaya melepaskan diri dan baginda meminta pertolongan dari British. Baginda mendapat bantuan ketenteraan British, Persekutuan Malaysia dan Gurkha dari Singapura. Pada 16 Disember, Komander Timur Jauh Inggeris (British Far Eastern Command) menyeru bahawa seluruh pemberontakan utama telah berjaya dipatahkan, dan pada 17 April 1963, pemimpin pemberontak ditangkap dan pemberontakan tersebut berakhir. Filipina dan Indonesia secara rasminya bersetuju untuk menerima pembentukan Malaysia apabila majoriti di daerah yang menghadapai konflik membuat pilihan dalam dalam satu pungutan suara yang dikelolakan oleh PBB. Soekarno pada mulanya mengambil pendirian menyokong penubuhan Malaysia, Menteri luar Indonesia iaitu Dr. Subandrio pernah mengucapkan selamat kepada usaha Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan Malaysia. Namun sikap Indonesia telah bertukar dan berusaha menentang keras penubuhan Negera Malaysia daripada menjadi sebuah negara yang bebas. Soekarno ternyata mempunyai ego yang kuat sehingga sanggup menghina dan mengutuk Malaysia secara terus menerus dalam Sidang Kemuncak yang diadakan di Manila. Selain daripada kritikan yang keras, beliau juga bertindak memutuskan hubungan politik, ekonomi dan sosial dengan Persekutuan Tanah Melayu. “ Semenjak demonstrasi anti-Indonesia di Kuala Lumpur berlaku, para penunjuk perasaan mengepung bangunan Duta Indonesia, dan bertindak mengoyakkan gambar Soekarno dan membawa lambang negara Indonesia Garuda Pancasila di hadapan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dan menyuruh beliau untuk memijak lambang Garuda. Tindakan penunjuk perasaan anti-Indonesia yang melakukan perbuatan sedemikian telah menimbulkan kemarahan Soekarno ke atas Malaysia. ” Soekarno yang berang akibat tindakan itu mengutuk perbuatan Tunku yang memijak-mijak lambang negara Indonesia[1] dan beliau ingin membalas dendam dengan melancarkan gerakan yang terkenal dengan nama Ganyang Malaysia.(Namun hal ini dinafikan oleh Tunku, malah beliau sendiri mempersoalkan tindakan segelintir penunjuk perasaan memijak-mijak lambang tersebut)[2]. Perang Dalam usaha Sukarno yang menentang penubuhan Negara Malaysia, beliau juga telah memulaukan Laporan Suruhanjaya Cobbold yang ditugaskan pada tahun 1962 yang bertujuan untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap penubuhan Malaysia. Sukarno telah melancarkan kempen ‘Ganyang Malaysia’pada akhir 1963. Konfrantasi Sukarno telah berubah dari sekadar perang kata-kata menjadi konfrantasi ketenteraan, hal ini berlaku selepas Suruhanjaya khusus PBB yang dibentuk untuk mengumpul pendapat rakyat setempat tentang pembentukan Malaysia. Sukarno menjadi semakin tersinggung apabila Tunku mengumumkan terbentuknya Malaysia sebelum Komisi PBB itu mengumumkan hasil siasatannya. Pada 1964, gerila Indonesia mulai menyerang wilayah di Semenanjung Malaysia. Pada bulan Ogos, enam belas ejen bersenjata Indonesia ditangkap di Johor. Aktiviti tentera Indonesia di sempadan meningkat. Sehubungan itu, kerajaan Malaysia mengerahkan Angkatan Tentera Malaysia termasuk Rejimen Askar Melayu Diraja dan Rejimen Askar Wataniah bersiap sedia untuk menangani ancaman ganas Indonesia, Tentera Laut Diraja Malaysia dikerah untuk mempertahankan perairan Malaysia. Keanggotaan pasukan tentera Malaysia
Help Palestine [hidayahnet] Mutiara RIADHUS SHALIHIN - Mutiara 18 : Menganjur dan Bertolongan untuk Kebaikan
Mutiara RIADHUS SHALIHIN Mutiara 18Menganjur dan Bertolongan untuk Kebaikan (Bab 19 : Mencontohkan Amal Baik dan Jahat, Hadits RS171-RS172;Bab 20 : Menganjur Kebaikan atau Kesesatan, Hadits RS173-RS176;Bab 21 : Bertolongan untuk Kebajikan dan Takwa, Hadits RS177-RS180;Bab 22 : Nasihat, Hadits RS181-RS183) Allah Taala berfirman: Dan orang-orang yang berkata: 'Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.' (Al-Furqaan, 25:74) Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami. (Al-Anbiyaa', 21:73) Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik. (An-Nahl, 16:125) Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa. (Al-Maa-idah, 5:2) Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (Al-'Ashr, 103:1-3) Ayat-ayat lain : Al-Hajj, 22:76; Ali Imran, 3:104; Al-Hujuraat, 49:10; Al-A'raaf, 7:62; Al-A'raaf, 7:68. Orang-orang yang soleh tidak mengasingkan diri dari masyarakat. Mereka memberi manfaat dan mengambil manfaat dari masyarakat, manfaat yang boleh membantu kehidupan di akhirat kelak. Mereka mencontohi orang-orang soleh yang lain, dan mereka menjadi contoh tauladan kepada orang lain. Mereka juga bantu membantu untuk mentaati Allah, saling nasihat menasihati dengan kebenaran dan kesabaran. M48. Dari Abu Amr Jarir bin Abdullah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa memulakan contoh yang baik dalam Islam, ia beroleh pahalanya dan pahala orang yang mengikut tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun. Dan sesiapa yang memulakan contoh yang buruk dalam Islam, ia beroleh dosanya dan dosa orang yang mengikut tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun. (RS171; Muslim) M49. Dari Abul Abbas Sahl bin Saad As-Saidi r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Demi Allah! Jika Allah memberi petunjuk kepada seseorang dengan sebab usahamu, itu lebih baik dari kamu beroleh binatang ternak yang merah-merah. (RS175; Bukhari, Muslim) M50. Dari Abu Abdul Rahman Zaid bin Khalid Al-Juhani r.a., katanya: Nabi Allah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menyediakan keperluan orang yang berjihad fisabilillah, sesungguhnya ia berjihad. Dan sesiapa yang menjaga keluarga orang yang berjihad fisabilillah, sesungguhnya ia berjihad. (RS177; Bukhari, Muslim) M51. Dari Abu Ruqayyah Tamin bin Aus Ad-Dari r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Agama itu nasihat. Kami bertanya: Untuk siapa? Baginda menjawab: Untuk Allah, kitabNya, rasulNya, pemimpin-pemimpin serta seluruh umat Islam (RS181; Muslim) http://riadhusshalihin.blogspot.com/
Help Palestine [hidayahnet] BINGKISAN RAMADHAN : Jemput Baca Amal, Kerana ALLAH
Assalamu'alaikum warahmatullah... Saya jemput tuan/puan utk lawat link2 berikut dan baca: * Keutamaan Lailatul-Qadr * Utamakanlah Yang Lebih Utama * RAMADHAN: Perbanyakkan Mohon Keampunan Kembalilah Kepada ALLAH * Beberapa Hadith Nabi Tentang Amalan Sunnat Bulan Ramadhan * Melihat Anak Bulan dan Senarai Tempat Rasmi Melihatnya * Sekilas Hukum Tentang Puasa Bulan Ramadhan * Keutamaan Ibadah Puasa Bulan Ramadhan * Poster / Buletin Khas Ramadhan * Jangan Terpedaya Dengan Tawaran Pembiayaan/Pinjaman Nak Raya Semoga ALLAH 'Azza wa Jalla merhamati kita semua dan memilih kita untuk menjadi di kalangan hamba-hambaNYA yang berTAQWA, amin... Jika ada kebaikan pada email ini, sebarkanlah... supaya kebaikan ini memberi manfaat buat kita semua. Sekian, terima kasih. SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR Takaful IKHLAS - Financial Advisor h/p : 019-3826408 email: shahmu...@yahoo.com www.takafulonline.net
Help Palestine [hidayahnet] Kaitan Bulan Penuh dan Pesakit Jiwa
Kes sembelih anak di Kelantan berlaku pada 14 Ramadan. Semalam juga di Surau Alamanda, Senawang didatangi seorang asing yang ada tanda pesakit mental. 14 Ramadan memang bulan sedang mengambang. Adakah ada kaitan tindakan luar kawalan pesakit mental 3 hari dan 3 hari selepas bulan mengambang ? Di negara barat aktiviti sihir yang hebat dilakukan pada kala bulan mengambang. Oleh itu kita umat Islam di Malaysia ini hendaklah sentiasa kenal haribulan Islam, tahu bila bulan mengambang. Banyakkan beramal, baca Quran dan sebagainya. Umat Islam khususnya orang Melayu harus hindari amalan sihir dan ilmu hitam. Polis di Amerika Syarikat mempertingkatkan keadaan berjaga-jaga di kala bulan mengambang, polis di Malaysia tak tahulah, mungkin pada mereka ini tahyul ? Sila baca artikel di bawah (mana-mana pelajar IPT bidang saikologi mungkin boleh tolong alih bahasa dan jadikan bahan kajian atau tesis) : More babies born. More crime. More suicides. Now scientists try to explain why we're all... moonstruck By VICTORIA MOORE 24 January 2007 The poet Robert Graves was so in thrall to the mystical power of the Moon that he would sometimes be an embarrassment to his children. Once, according to his daughter, we went to an evening fun fair. Dad noticed the Moon and, being superstitious, he bowed to it nine times, very slowly, oblivious to the people watching him. My brother and I walked on, pretending we had no idea who this strange man was. To Graves, the Moon's ability to affect human lives was beyond dispute. He maintained that the matriarchal deity - which he named the White Goddess - contained a divine source of energy. This energy, he believed, was the sole source of inspiration for his love poems. Modern scientists may not go so far as to join Graves in his genuflections, but some are coming round to his way of thinking. An increasingly vocal contingent believe the Moon influences the way we think and act just as decisively as it sucks and spits the Earth's oceans into tides. In a new scientific paper, The Lunar Cycle: Effects On Human And Animal Behaviour And Physiology, Professor Michal Zimecki of the Polish Academy of Sciences has analysed dozens of studies that take lunar activity into account, and argues that a full moon could affect criminal activity and our health, causing an escalation in crime and admissions to hospital to surge. We're not safe when it's a new moon, either: apparently, suicide rates go up when the Moon is a mere sliver in the sky. Zimecki also says there seems to be a close relationship between the female body and lunar cycles, as fertility appears to be affected. Are his ideas lunacy? You may well ask. The word lunatic actually means, as the first four letters suggest, affected with the kind of insanity that was supposed to have recurring periods, depending on changes of the Moon, according to the Oxford English Dictionary. And, in the 1600s, Chief Justice Sir William Hale was explicit about the connection between the Moon and a person's mental state. He said: The Moon has great influence on all diseases of the brain, especially dementia. Our ancestors did not merely believe a full moon could bring on madness. They also associated it with phenomena such as lycanthropy - the witchcraft by which a man becomes a werewolf - and the spine-chilling spectre of hounds baying at the night sky. Now Zinecki says the effects of the Moon are so marked it may be helpful in police surveillance and medical practice. Indeed, some psychiatric hospitals increase security at certain periods in the lunar cycle. It is generally accepted among mental health carers that patients with psychotic disorders present more extreme symptoms at the time of a full moon, says one healthcare professional. One of the most infamous modern-day lunatics is Christopher Gore, a brilliant maths student who, one night in the early Nineties when a full moon hung over the Gloucestershire countryside, took an axe and murdered his parents. He was later questioned over two other murders, both of which had also occurred during a full moon, and given an indefinite sentence in Broadmoor. It's hard to tell whether people simply respond emotionally to the illumination and potent symbolism suggested by a full moon, or if there might be a deeper link between them. Either way, it's not just those with pre-existing mental health problems who appear to be affected. One three-month study on 1,200 prisoners in the maximum security wing of Armley Jail in West Yorkshire found that there was an unequivocal rise in violence during the days on either side of a full moon. A further study in Florida found significant clusters of violent incidents around the full moon. And in other research, involving the incidence of crimes reported to three police stations over a four-year period, the number of crimes was higher on full moon days than at any other point in the lunar cycle. The conclusion was
Help Palestine [hidayahnet] ARTIKEL : Bulan Theta
PETIKAN : Dr Azhar Sarip [http://aku-ok.com/blog/] Bulan Theta http://aku-ok.com/blog/2010/08/bulan-theta/ http://aku-ok.com/blog/wp-content/uploads/2010/08/ramadhan5nu82.jpg Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang, rahmat Allah sentiasa mendahului kemurkaanNya, Allah itu maha pengampun. Saya yakin kita semua tahu akan hal ini dan kita semua faham duduk perkara ini dalam kehidupan kita cuma mungkin kita ambil ringan mengenainya kerana kita duduk dalam zon yang selesa. Kita mungkin merasa kita sudah mempunyai segalanya dan kita juga mungkin mempunyai akal yang hebat dalam merencanakan kehidupan di dunia. Allah swt penuh dengan sifat kasih sayangNya dan antara kesilapan yang sering kita lakukan adalah dengan memberitahu anak-anak atau generasi akan datang tentang garangnya Allah swt hingga akhirnya mereka bukan takut tetapi hilang takut lalu menjauhkan diri. Mengapa Islam bertahan hingga kini dan tersebar luas di muka bumi ini? Kita mungkin mempunyai banyak jawapan tetapi saya melihatnya dari satu sudut lain yang begitu indah yang diajar oleh rasulullah saw walaupun kadangkala kita sering terlepas pandang akan kehadirannya iaitu CINTA. Ada dua kekuatan yang boleh menguasai sesiapa sahaja di dunia ini iaitu takut dan cinta. Ramai yang memilih takut untuk digunakan kerana hasilnya dapat dilihat dengan segera serta mudah. Ibubapa juga sering menggunakan kekuatan ini dalam mendidik anak kerana anak-anak akan mudah dibentuk dengan segera namun ramai yang tidak perasan bahawa didikan dengan kekuatan takut ini sering tidak mampu bertahan lama dan akhirnya si anak tadi akan memberontak dan hasilnya lebih buruk dari yang dijangkakan. Kekuatan cinta jarang diabadikan dalam sisitem pendidikan kerana ianya memerlukan kesabaran yang tinggi tetapi apabila hasil sudah mampu dicapai, ianya akan bertahan begitu lama. Begitulah baginda saw membawa Islam. Baginda menyemai rasa cinta kepada Allah swt. Baginda saw menyampaikan berita gembira terlebih dahulu. Kita sendiri sebelum berbuat sesuatu akan membaca “dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.” Itu sudah menunjukkan bahawa rahmat Allah swt sentiasa mendahului kemurkaanNya. Jika kemurkaanNya yang datang terlebih dahulu maka ianya akan dipaparkan mungkin seperti dengan nama Allah yang maha garang lagi maha menghukum. Ketakutan yang diterapkan kepada anak-anak sewaktu kecil mula berubah hingga menjadi tidak takut apabila meningkat dewasa kerana adanya pergaulan yang baru. Jika dahulu mereka ahanya bergaul dalam keluarga tetapi apabila meningkat dewasa mereka mula mengenal dunia selain keluarga. Mereka mula menghilangkan ketakutan yang ditanam dengan rasa keseronokan yang baru. Inilah yang membahayakan jika ketakutan digunakan sebagai wadah pendidikan. Jika cinta yang diterapkan di dalam jiwa seseorang itu maka ketahanannya cukup lama biarpun mereka dikelilingi oleh hal-hal yang keseronokan yang baru kerana keseronokan cinta Allah swt sudah dirasa dan sudah melangkau rasa. Saya pernah ditanya oleh seseorang yang ingin melakukan perubahan. Katanya bagaimana dia ingin berubah sedangkan dirinya bergelumang dengan kekotoran. Dalam nada sedih dia bertanya mahukah Allah swt menerimanya? Mungkin kita tahu apa yang patut kita jawab jika ditanya soalan yang sama. Persoalannya adalah mengapa dia mempunyai soalan yang sedemikian? Mengapa dia masih ragu samada Allah swt mahu menerimanya atau tidak? Keraguan timbul kerana sejak kecil sudah diberitahu seolah-olah Allah swt itu hanya tahu menghukum hingga terlupa untuk menyemai akan kasih sayang Allah swt terhadap makhlukNya. Jika yang bertanya itu tadi benar-benar faham bahawa rahmat Allah swt sentiasa mendahului kemurkaanNya maka dia mungkin tidak teragak-agak untuk kembali kepadaNya. Tiada satu manusia biasa pun yang tidak berlumpur, jika kita mahu menunggu hingga bersih lumpur baru kembali kepadaNya maka entahkan bila kerana setiap hari samada kita sedar taupun tidak kita banyak melakukan dosa. Maka sebab itulah kita perlu bertaubat setiap hari. Moral yang saya ingin sampaikan disini adalah untuk kita memperbetulkan kembali sisitem didikan kita terhadap anak-anak dan generasi baru. Bulan puasa kita menghampiri kita. Ramai juga ibubapa melatih anak-anak untuk berpuasa tetapi mereka memberi upah setiap hari puasa. Kita mumgkin tidak sedar bahawa kita sedang mengajar anak-anak kita bagaimana untuk mengambil rasuah. Mengapa saya berkata begitu? Balasan berpuasa itu adalah hak Allah swt maka biarlah anak-anak kita menilai kasih sayang Allah swt dalam kehidupannya dan mengapa pula kita perlu mendahului Allah swt dalam memberikan ganjaran. Mungkin tujuannya adalah untuk motivasi tetapi motivasi kebendaan jelas tidak tahan lama. Mengapa tidak sewaktu sebelum datangnya bulan puasa sudah diberitahu kepada mereka akan nikmat cinta Allah ini. Tanda kasih sayang Allah swt kepada makhlukNya cukup banyak hingga tidak mampu kita hitung dan bulan ramadhan adalah salah satu darinya. Seperti yang pernah saya katakan bahawasanya