[Islah-Net] Indonesia buat kenderaan tempur 4X4 pula

2011-08-09 Terurut Topik Suara Rakyat
Nampaknya jiran kita Indonesia jauh meninggalkan Malaysia dalam industri 
pertahanan. Mungkin Malaysia hanya mampu import peralatan tentera yang canggih 
dan berharga berbillion ringgit. Setelah projek jet tempur generasi baru dan 
kapal selam, kini Indonesia mahu buat kenderaan tempur 4X4 macam Humvee.

Kisah kehebatan industri pertahanan Indonesia yang mengeluarkan kapal selam, 
bot selam, jet pejuang generasi baru, hoverkraf, kereta perisai, kapal terbang, 
helikopter, kapal peronda, senapang tempur , roket sendiri pada pautan berikut 
http://amkns.blogspot.com/2011/08/indonesia-buat-kapal-selam-tahun-2012.html 


TNI CIPTAKAN PROTOTIPE KENDARAAN TAKTIS 4 X 4 
Senin, 8 Agustus 2011 

Jakarta (ANTARA News) - Tentara Nasional Indonesia berhasil menciptakan 
prototipe kendaraan taktis dengan tenaga penggerak empat roda 4x4, untuk 
dikembangkan dan digunakan mendukung tugas pokok TNI.

Kepala Subdinas Materiil Utama (Kasubdismatut) Dinas Penelitian dan 
Pengembangan TNI AD (Dislitbangad) Kolonel Kav Rihananto selaku Kepala 
Pelaksana Kegiatan (Kalakgiat) Rantis 4 x 4 TNI menyerahkan prototipe itu 
kepada Panglima TNI Laksamana TNI Agus Suhartono di Jakarta, Senin.

Ia mengatakan kendaraan tersebut dapat digunakan di medan yang berat seperti 
tanjakan terjal, jalan licin ataupun jalan yang berlumpur.

Beberapa negara telah mengadopsi kendaraan taktis 4 x 4 untuk kepentingan 
militernya seperti AS (HUMVEE), Italia (IVECO), China (DongFeng Hummvee), 
Spanyol (EURO VAMTAC), Brazil (AV-VB4 RE 4 x 4 GUARA), Peancis (SHERPA) dan 
beberapa negara lainnya, tuturnya.

Rihananto memaparkan cara kerja dari kendaraan 4 x 4 adalah mesin dihubungkan 
dengan differensial tengah (transfer case) yang membagi tenaga ke roda 
belakang dan roda depan. Karena pada saat menggunakan penggerak empat roda, 
penggunaan energi lebih tinggi.

Selain itu pula diharapkan ke depan terdapat keseragaman/standarisasi 
kendaraan taktis TNI. Mengacu kepada konsep `Minimum Essential Forces` (MEF) 
diharapkan TNI pada 2014 dapat memenuhi kebutuhan alutsista dengan prioritas 
produksi dalam negeri serta dalam rangka kemandirian alutsista, ucap Rihananto.

Ia menambahkan, pembuatan prototipe kendaraan taktis TNI juga melibatkanmitra 
industri yakni PT. Autocar, PT. Pindad, PT. Yudistira, PT. Petrodrill, PT. 
Gajah Tunggal, PT. Krakatau Steel, PT. Pilar Mas Kursindo, PT. Indo Pulley 
Perkasa dan PT. Alam Indomesin Utama.

Tampilan Rantis 4 x 4 tetap mengacu pada filosofi Hummvee USA, karena terbukti 
cukup tangguh, stabil dan flexible, tutur Rihananto.(*)

http://antaranews.com/berita/270842/tni-ciptakan-prototipe-kendaraan-taktis-4-x-4
 





~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke JIM E-Bazaar untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

* Your email settings:
Individual Email | Traditional

* To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)

* To change settings via email:
islah-net-dig...@yahoogroups.com 
islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

* To unsubscribe from this group, send an email to:
islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/



[Islah-Net] Ceramah dan Iftar 13 Ogos 2011 Seremban

2011-08-09 Terurut Topik Suara Rakyat
CERAMAH RAMADHAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA
Tarikh : 13 Ogos 2011, Sabtu
Masa : 5 ptg - 8 mlm
Tempat : Lot 13015, Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Bersama : 
Ustaz Abdul Ghani Samsuddin , AJK PAS Pusat
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar, AJK PAS Pusat
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir





~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke JIM E-Bazaar untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

* Your email settings:
Individual Email | Traditional

* To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)

* To change settings via email:
islah-net-dig...@yahoogroups.com 
islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

* To unsubscribe from this group, send an email to:
islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/



[Islah-Net] Iftar dan Tazkirah 14 Ogos 2011 Sikamat

2011-08-09 Terurut Topik Suara Rakyat
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN TAZKIRAH
Bersama : Tuan Guru Nik Razi Nik Mat
Tempat : Surau Al Ansar, Taman Coral Height, Sikamat, Seremban
Tarikh : 14 Ogos 2011 , Ahad
Masa : 7 mlm - 10 mlm
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir





~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke JIM E-Bazaar untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

* Your email settings:
Individual Email | Traditional

* To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)

* To change settings via email:
islah-net-dig...@yahoogroups.com 
islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

* To unsubscribe from this group, send an email to:
islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/



[Islah-Net] Gereja bantu Melayu, respons Pusat Zakat N.Sembilan

2011-08-09 Terurut Topik Suara Rakyat
Berikut respons dari laman web Pusat Zakat Negeri Sembilan berikutan laporan 
akhbar Berita Minggu dan Harian Metro 7 Ogos 2011 bertajuk “PUJUKAN GEREJA” dan 
“NUR TIADA PILIHAN” dimana seorang wanita Melayu iaitu Puan Nur dari Ampangan, 
Seremban mendakwa sebagai ibu tunggal gagal mendapat bantuan berterusan 
Baitulmal lalu dibantu oleh pihak gereja.

* 
PENJELASAN ISU LAPORAN AKHBAR ‘PUJUKAN GEREJA'  

Adalah dimaklumkan merujuk kepada isu laporan akhbar bertajuk “PUJUKAN GEREJA” 
di Berita Mingguan bertarikh 7 Ogos 2011, Ahad.

Pihak kami ingin menjelaskan beliau yang dimaksudkan dalam laporan akhbar itu 
ialah sebagai ‘Pn Nur’, setelah semakan di buat beliau dan keluarga masih 
disenaraikan sebagai penerima bantuan zakat Baitulmal secara berkala dan turut 
menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan 
bermula pada Januari 2011 sehingga kini.

Mengikut rekod, beliau  telah menerima bantuan zakat sebanyak 22 kali semenjak 
22 November 2006 dan kali terakhir pada 13 hb Julai 2011, dengan pelbagai 
bentuk bantuan yang diterima seperti  bantuan persekolahan anak, bil-bil 
utiliti dan bantuan makanan.

‘Pn Nur’ juga bukan berstatus ibu tunggal seperti dilaporkan akhbar tersebut 
tetapi masih bersuami dan suami beliau mempunyai pekerjaan berstatus jawatan 
tetap di sektor kerajaan.

Sehubungan dengan itu masyarakat di minta mendapatkan maklumat yang sebenar 
berkenaan isu ini agar tidak berlaku penerimaaan maklumat yang tidak tepat dan 
mengelirukan.

Sumber : 
http://www.zakatns.com.my/v3/arkib/agihan/29-agihan-2011/198-penjelasan-isu-laporan-akhbar-pujukan-gereja
 


PUJUKAN GEREJA
Berita Minggu – 7 Ogos 2011

NUR mendakwa kerap dihubungi gereja untuk diberikan bantuan.Ibu tunggal tak 
dapat bantuan Baitulmal dalam dilema

SEREMBAN: Seorang lagi mangsa mendedahkan bagaimana dia dipujuk secara 
berterusan untuk mendekati gereja walaupun selepas membuat keputusan untuk 
tidak lagi menerima bantuan kewangan yang dihulurkan gereja terbabit di Rahang, 
dekat sini sejak Disember lalu.

Wanita yang ingin dikenali sebagai Nur, 40, berkata pada mulanya dia sanggup 
menerima bantuan yang dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan empat anak 
perempuannya berusia lima hingga 12 tahun meneruskan kehidupan, selepas gagal 
mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal. Katanya, pada mulanya dia berat 
hati tetapi selepas memikirkan nasib anak-anak yang masih bersekolah, dia 
menerima bantuan dihulurkan dalam bentuk makanan keperluan harian setiap bulan 
sejak April tahun lalu. “Setiap bulan pihak gereja itu akan telefon dua hingga 
tiga kali untuk bertanyakan khabar. Mereka juga tidak lupa bertanyakan masalah 
dihadapi.

“Mereka turut menawarkan supaya saya dan anak-anak tinggal di asrama yang 
disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup menanggung segala keperluan kami 
anak beranak termasuk keperluan persekolahan tapi saya menolak.

“Bagaimanapun, sejak Januari lalu, saya turut menolak semua bantuan yang 
diberikan setiap bulan memandangkan jiran sudah memandang serong,” katanya 
ketika ditemui di rumahnya di Ampangan, di sini, semalam.

Nur berkata, sejak berhenti kerja sebagai pembantu akaun pada 2008 akibat 
masalah kesihatan, antaranya asma yang teruk, darah tinggi dan kencing manis, 
dia masih perlu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak memandangkan suami 
lalai memberi nafkah. 

Katanya, selain meminta ihsan saudara mara, dia turut menjalankan beberapa 
pekerjaan seperti membantu rakan menjual makanan kesihatan, makanan segera dan 
juga buku sekolah tadika.

“Namun sejak pengsan beberapa kali bulan lalu ketika menghantar buku ke sekolah 
tadika, saya tidak lagi bekerja. Saya cuba mendapatkan bantuan Baitulmal sekali 
lagi namun mereka memberi pelbagai alasan, antaranya saya pernah mendapat 
bantuan sebelum ini.

“Saya mengaku memang pernah dapat bantuan sebelum ini tetapi sekali saja. Kini 
saya sedang memikirkan sama ada mahu menerima sekali lagi tawaran daripada 
pusat ibadah itu atau tidak memandangkan mereka kerap telefon bertanyakan 
khabar dan menawarkan apa saja bantuan yang diperlukan,” katanya. 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pujukangereja/Article/ 

NUR TIADA PILIHAN
Harian Metro Ahad : 7 Ogos 2011

SEREMBAN: “Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang 
daripada pihak gereja,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang 
mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan 
daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana 
menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan 
buasir.

“Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya 
terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, 
saya terpaksa mengambil bantuan itu,” katanya ketika ditemui di rumah di 
Ampangan, di sini, semalam.

Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu 

Re: [Islah-Net] Gereja bantu Melayu, respons Pusat Zakat N.Sembilan

2011-08-09 Terurut Topik Salwani Mohd Daud
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Terpanggil untuk komen kisah tersebut.  dari aspek fakta,Pusat Zakat NS
mungkin tepat.

Tetapi terdapat dalam rencananya ttg 'Pn Nur', dinyatakan yang suaminya
lalai memberi nafkah.  Bagaimana pihak berkuasa menilai situasi sebegini.
Yang menjadi mangsanya ialah si isteri dan anak-anak mereka.

Ketepatan data yg terkini perlu dilakukan oleh pihak berkuasa untuk
memastikan keadilan berlaku dan kita mengharapkan Pusat Zakat mengagihkan
kepada yang memerlukan sebagaiamana yang diamanahkan oleh pemberi zakat yg
budiman.

Mungkin siasatan lanjut diperlukan untuk kebenaran dakwaan yg disebut oleh
isteri tersebut.

Pada pandangan saya juga, bagi seseorang yang menghadapi kesukaran dalam
hidup, terasa malu amatlah tinggi untuk meminta. Dah terdesak, mungkin
ditebalkan muka untuk memohon. wallahu 'alam.


والسلام
Salwani

*
'Sains untuk kesejahteraan alam' - PERINTIS
http://saintismuslim.org/

*
*

*



2011/8/10 Suara Rakyat pa...@yahoo.com

 **


 Berikut respons dari laman web Pusat Zakat Negeri Sembilan berikutan
 laporan akhbar Berita Minggu dan Harian Metro 7 Ogos 2011 bertajuk “PUJUKAN
 GEREJA” dan “NUR TIADA PILIHAN” dimana seorang wanita Melayu iaitu Puan Nur
 dari Ampangan, Seremban mendakwa sebagai ibu tunggal gagal mendapat bantuan
 berterusan Baitulmal lalu dibantu oleh pihak gereja.

 *
 PENJELASAN ISU LAPORAN AKHBAR ‘PUJUKAN GEREJA'

 Adalah dimaklumkan merujuk kepada isu laporan akhbar bertajuk “PUJUKAN
 GEREJA” di Berita Mingguan bertarikh 7 Ogos 2011, Ahad.

 Pihak kami ingin menjelaskan beliau yang dimaksudkan dalam laporan akhbar
 itu ialah sebagai ‘Pn Nur’, setelah semakan di buat beliau dan keluarga
 masih disenaraikan sebagai penerima bantuan zakat Baitulmal secara berkala
 dan turut menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak
 RM400 sebulan bermula pada Januari 2011 sehingga kini.

 Mengikut rekod, beliau telah menerima bantuan zakat sebanyak 22 kali
 semenjak 22 November 2006 dan kali terakhir pada 13 hb Julai 2011, dengan
 pelbagai bentuk bantuan yang diterima seperti bantuan persekolahan anak,
 bil-bil utiliti dan bantuan makanan.

 ‘Pn Nur’ juga bukan berstatus ibu tunggal seperti dilaporkan akhbar
 tersebut tetapi masih bersuami dan suami beliau mempunyai pekerjaan
 berstatus jawatan tetap di sektor kerajaan.

 Sehubungan dengan itu masyarakat di minta mendapatkan maklumat yang sebenar
 berkenaan isu ini agar tidak berlaku penerimaaan maklumat yang tidak tepat
 dan mengelirukan.

 Sumber :
 http://www.zakatns.com.my/v3/arkib/agihan/29-agihan-2011/198-penjelasan-isu-laporan-akhbar-pujukan-gereja

 PUJUKAN GEREJA
 Berita Minggu – 7 Ogos 2011

 NUR mendakwa kerap dihubungi gereja untuk diberikan bantuan.Ibu tunggal tak
 dapat bantuan Baitulmal dalam dilema

 SEREMBAN: Seorang lagi mangsa mendedahkan bagaimana dia dipujuk secara
 berterusan untuk mendekati gereja walaupun selepas membuat keputusan untuk
 tidak lagi menerima bantuan kewangan yang dihulurkan gereja terbabit di
 Rahang, dekat sini sejak Disember lalu.

 Wanita yang ingin dikenali sebagai Nur, 40, berkata pada mulanya dia
 sanggup menerima bantuan yang dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan
 empat anak perempuannya berusia lima hingga 12 tahun meneruskan kehidupan,
 selepas gagal mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal. Katanya, pada
 mulanya dia berat hati tetapi selepas memikirkan nasib anak-anak yang masih
 bersekolah, dia menerima bantuan dihulurkan dalam bentuk makanan keperluan
 harian setiap bulan sejak April tahun lalu. “Setiap bulan pihak gereja itu
 akan telefon dua hingga tiga kali untuk bertanyakan khabar. Mereka juga
 tidak lupa bertanyakan masalah dihadapi.

 “Mereka turut menawarkan supaya saya dan anak-anak tinggal di asrama yang
 disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup menanggung segala keperluan kami
 anak beranak termasuk keperluan persekolahan tapi saya menolak.

 “Bagaimanapun, sejak Januari lalu, saya turut menolak semua bantuan yang
 diberikan setiap bulan memandangkan jiran sudah memandang serong,” katanya
 ketika ditemui di rumahnya di Ampangan, di sini, semalam.

 Nur berkata, sejak berhenti kerja sebagai pembantu akaun pada 2008 akibat
 masalah kesihatan, antaranya asma yang teruk, darah tinggi dan kencing
 manis, dia masih perlu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak
 memandangkan suami lalai memberi nafkah.

 Katanya, selain meminta ihsan saudara mara, dia turut menjalankan beberapa
 pekerjaan seperti membantu rakan menjual makanan kesihatan, makanan segera
 dan juga buku sekolah tadika.

 “Namun sejak pengsan beberapa kali bulan lalu ketika menghantar buku ke
 sekolah tadika, saya tidak lagi bekerja. Saya cuba mendapatkan bantuan
 Baitulmal sekali lagi namun mereka memberi pelbagai alasan, antaranya saya
 pernah mendapat bantuan sebelum ini.

 “Saya mengaku memang pernah dapat bantuan sebelum ini tetapi sekali saja.
 Kini saya sedang memikirkan sama ada mahu menerima sekali lagi tawaran
 daripada pusat ibadah itu atau 

[Islah-Net] Pekerja Islam di Pahang tertindas, kerajaan tak peduli

2011-08-09 Terurut Topik Suara Rakyat
Aduan Rakyat Online - 9 Ogos 2010 : Salam. Pihak syarikat perlombongan bijih 
besi di KM2 Bukit Ibam seperti mencabar kami dengan menjalankan operasi hingga 
lewat malam tanpa peduli waktu-waktu umat Islam berbuka serta solat. 

Yang pasti tokey nya pasti KAFIR, tapi pihak pengguasa tempatan pasti beragama 
Islam (mungkin)  pun sama tidak pedulikan kemulian bulan Ramadhan. 

Pencemaran BUNYI begitu menusuk telinga hinggakan laungan Azan dari masjid 
tenggelam. 

Jalan UTAMA kami pun hancur akibat lori2 besi yang membawa keluar hasil seperti 
samseng jalanan.

Syarikat perlombongan ini begitu kurang ajar dan kami mungkin akan mengambil 
tindakan sendiri jika tiada pihak yang cuba mengambil tindakan segera. 

Perkara ini terlalu lama berlarutan walau beberapa kali kami menegur. 

Harap maklum pihak PTG Rompin,PTG Negeri,JPJ,PDRM, SPRM Pahang dan Pejabat SUK 
Phg, jangan sampai kami ambil tindakan sendiri.

By: kiramin

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/lombong-besi-cemar-ramadhan 






~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke JIM E-Bazaar untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

* Your email settings:
Individual Email | Traditional

* To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)

* To change settings via email:
islah-net-dig...@yahoogroups.com 
islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

* To unsubscribe from this group, send an email to:
islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/



[Islah-Net] Bank Negara Guna Konsultan Israel, pekerja tertekan

2011-08-09 Terurut Topik Suara Rakyat
Aduan Rakyat Online - 9 Ogos 2010 : Salam sejahtera, Kami kakitangan Bank 
Negara (BNM) ingin membuat aduan bahawasanya pihak pengurusan BNM telah 
menggunakan perkhidmatan penasihat syarikat USA yang menggunakan kepakaran 
Israel dalam bidang pengurusan-pengurusan sumber manusia.

Kami percaya khidmat syarikat yahudi Israel tersebut, iaitu Hay Group telah 
digunakan secara muslihat tanpa pengetahuan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri 
Najib Tun Abd Razak.

Syarikat Hay Group telah memecah-belahkan kakitangan BNM dengan mewujudkan 
kasta atau martabat manusia dengan menamakan sistem pekerja sebagai ‘strategik’ 
dan ‘operation’. 

Seterusnya mereka telah memberi imbuhan gaji yang terlampau tinggi terhadap 
golongan yang mereka namakan strategik tanpa justifikasi yang munasabah. 

Sedangkan perkara ini tidak dilakukan dalam jabatan-jabatan kerajaan lain (juga 
badan-badan berkanun lain).

Lebih teruk dari itu, kami percaya bayaran imbuhan yang dibayar kepada Hay 
Group adalah sangat tinggi sehinggakan pihak Jabatan Audit Dalam pernah 
menimbulkan kes ini. 

Malangnya bagaikan ada suatu ‘tangan ghaib’ yang telah menutup kes ini untuk 
disembunyikan.

Hay Group telah meletakkan seorang stafnya sebagai pengarah di BNM untuk terus 
melakukan huru-hara. Penganiayaan demi penganiayaan dibuat kepada kakitangan 
BNM.

By: G

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/bank-negara-guna-konsultan-israel 






~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke JIM E-Bazaar untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

* Your email settings:
Individual Email | Traditional

* To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)

* To change settings via email:
islah-net-dig...@yahoogroups.com 
islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

* To unsubscribe from this group, send an email to:
islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/



[Islah-Net] Sistem Komuter Senawang KL yang hampeh

2011-08-09 Terurut Topik Suara Rakyat
Aduan Rakyat Online - 9 Ogos 2010 : Secara ringkasnya, aku merupakan pengguna 
KTM Komuter dari Senawang dan bekerja di Mid Valley waktu masuk office pukul 
8:00.am. Waktu menggunakan: Isnin-Jumaat

Pergi:
1. Waktu naik komuter 6:39.am (ikut suka dia nak sampai bila tapi selalunya 
8:15.am-kadang lebih) 
2. Kalau terlepas/train tak datang aku tunggu 15minit untuk train pukul 6:54.am 
(ikut suka dia jugak nak sampai bila) 
3. Kalau terlepas/train tak datang aku tunggu 30minit pukul 7:24.am (ikut suka 
dia nak sampai bila-tapi ikut suka bos aku la nak maki aku kalau aku pun ikut 
train yang lembab macam pengurusan KTM) 

*Masalah pertama bermula di Bangi. Train dah penuh tapi aku selesa sebab dah 
dapat duduk dari stesyen Senawang tadi. Orang lain yang bermasalah tapi aku 
kesian sebab aku pun naik train.Menteri tak naik train ni, Pengarah-pengarah 
dan bos-bos KTM tak naik train ni so..takde hal la..air-cond dah mula takde 
rasa sebab dh ramai..lain kali buat seat kt bawah enjin..sama je rasa 
bahangnya..aku pun selalu je hangin-hangin. 

*Masalah seterusnya bila sampai stesyen UKM-Kajang-Serdang-Bandar Tasik 
Selatan-Salak Selatan lagi la ramai orang..pastu pengurusan KTM pun nampak nya 
makin bengap..ingatkan manusia ni dari hari ke hari makin kurang kot kat dunia 
ni.bagus lg la LRT tu..ni pun ada lg nak tambah MRT pulak..orang dah 
sendat-sendat sampai yang gemuk dah jadi slim.Stesyen Seputeh pulak??ada apa 
ntah kat sana??kawasan perumahan kaya-kaya..diorang pakai kereta lah!!bape 
ramai sangat yang naik!! 

Balik:

1. Waktu naik kadang-kadang 5:32.pm seperti dalam jadual tapi dalam pengurusan 
KTM ikut:suka.pm. 
2. Kalau terlepas boleh la naik train seterusnya pukul 6:02.pm tapi 
ikut:suka.pm. jugak..kadang-kadang kena tunggu sampai pukul 6:30.pm..tapi nak 
masuk kirim salam jela..penuh mcm sardin!!! 
3. Tapi kalau aku terlepas 5:32.pm aku try naik 5:47.pm train turun ke 
Bangi.tunggu next train ke Seremban sebab kt situ dah tak penuh.tapi selalu 
delay, train Bangi tak sampai.Syabas KTM!!! 

Peringatan: Tak perlu la nak tambah-tambah stesyen atau bagi promosi tambang 
bulanan la..student la..ape la..itu la..ini la..kalau sistem tuh 
hampeh..upgrade la dulu!!

Cadangan:

Rasanya sistem setiap 15 minit atau kekerapan tidak menyelesaikan banyak 
masalah tapi sebaliknya train perlu ditambah gerabak dari 3 gerabak menjadi 5 
atau 6 gerabak. 

Coach wanita jadikan 2 gerabak.sekurang-kurang nya mengurangkan masalah bukan 
menambah masalah. Bila orang yang tunggu train pukul 5:32.pm tak dapat naik 
sepenuhnya, orang yang tunggu train 6:02.pm pula datang..jadi bertambah ramai 
la pulak yang akan naik train seterusnya. 

Perlu sentiasa servis train supaya tidak kerap berlakunya kerosakan. Mana 
sistem pengurusan oleh KTM menggaji juruteknik/penyelenggara train?Tidak 
dinafikan kerosakan pasti berlaku walaupun sudah cukup servis dilakukan tapi 
sekurang-kurangnya KTM sediakan train simpanan sekurang-kurangnya 1 setiap 
haluan ke Utara dan 1 ke haluan Selatan. Ini tidak, bila rosak kena tunggu 
train berikutnya, bertambah padat la train selepas tu..sediakan la train 
kosong.. 

Kami tidak perlukan train yang laju. Bagi kami train yang PERLAHAN masih sampai 
pada waktu yang di dalam jadual yang telah kami sedia maklum jika tidak ROSAK.

Kami tidak perlukan waktu train yang kerap.Kerana kami akan tuntut janji waktu 
train yang telah dijadualkan.Bila dah sampai waktu, train delay..yang 
ramai-ramai ni tunggu next train..lepas tu penuh tak boleh masuk..bila kami nk 
masuk???Bila sampai rumah?

KATA KERAJAAN NAK GALAKKAN PENGGUNAAN SISTEM KENDERAAN AWAM TAPI GAGAL!! Kami 
bukan mahu guna tapi kami TERPAKSA!!

Harap ada tindakan, jika tiada tindakan maka kami akan bertindak menghantar 
aduan ke pihak atasan..Menteri atau mana-mana agensi/Kementerian-kementerian 
yang lain..

Jika GAGAL maknanya TIADA USAHA.

jika tiada usaha kami sebagai rakyat sendiri akan ubah…macam mana nak ubah??

UBAH KERAJAAN!!

By: Guardian

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/sistem-komuter-yang-hampeh 





~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke JIM E-Bazaar untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

* Your email settings:
Individual Email | Traditional

* To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join

[Islah-Net] UPSI gagal bela graduan Melayu, sibuk isu UNISEL

2011-08-09 Terurut Topik Suara Rakyat
Kesian graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang pinjam PTPTN. 
Dapat ijazah perguruan tapi tiada peluang kerja jadi guru. Kena cari kerja 
bukan bidang perguruan. Kalau nak jadi guru juga kena buka sekolah sendiri 
agaknya. Sibuk dengan kes di UNISEL rupa-rupanya anak-anak Melayu graduan UPSI 
teraniaya. 

Kepada sesiapa yang berhajat untuk masuk UPSI dengan pinjaman PTPTN atau dengan 
biasiswa selain Kementerian Pelajaran, baik tak payah.

MALANG NASIB GRADUAN UPSI

Saya adalah bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong 
Malim. Perak. Pada 26 hingga 30 Julai 2011, UPSI telah mengadakan Istiadat 
Konvokesyen ke-13 dan saya adalah salah seorang pelajar yang menerima ijazah 
pada hari itu.

Malangnya, kegembiraan saya dan kebanyakan rakan lain pada hari itu tidak 
seberapa kerana UPSI tidak telus dengan kami, ibu bapa kami dan juga masyarakat 
luar. Sepanjang istiadat berlangsung, kesemua ucapan yang diberikan oleh pihak 
pengurusan UPSI membayangkan seolah-olah kesemua kami akan keluar dan menjadi 
guru seperti kebiasaannya.

Hakikatnya, hanya pelajar-pelajar di bawah tajaan Kementerian Pelajaran 
Malaysia (KPM) sahaja yang akan ditawarkan jawatan guru. Kami yang selebihnya 
dikategorikan sebagai graduan UPSI Pasaran Terbuka. Dengan lain perkataan, kami 
tidak akan ditawarkan secara terus menjadi guru tetapi perlu mencari pekerjaan 
lain di luar sana selain guru.

Rata-rata kami belajar dengan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi 
Nasioanl (PTPTN) dan bukannya tajaan KPM. Setelah bertahun-tahun belajar dan 
ribuan wang dihabiskan untuk belajar di UPSI sebagai bakal guru, kami disuruh 
mencari pekerjaan lain. 

Tambah buruk lagi UPSI sendiri ingin lepas tangan dan menyembunyikan hal ini 
daripada ibu bapa yang hadir pada istiadat konvokesyen yang lalu. Perbuatan 
sebegini, sungguh tidak bertanggungjawab. Ternyata UPSI seperti bermain wayang 
dan membuat kami serta masyarakat percaya bahawa setiap pelajar mereka adalah 
bakal guru. 

Perasmian Muzium Pendidikan Nasional di dalam kampus UPSI baru-baru ini juga 
adalah helah UPSI untuk membuat masyarakat terus percaya bahawa UPSI masih 
merupakan tempat latihan bakal guru sedangkan sebenarnya pelajarnya disuruh 
mencari pekerjaan lain di pasaran terbuka. 

Jika dilihat dari sudut utama pameran ketika pelancaran, ia tidak langsung 
berfokus kepada tokoh-tokoh guru dan pendidik nasional. Perasmian Muzium 
Pendidikan Nasional UPSI sekadar gimik supaya orang awam menyangka bahawa UPSI 
masih lagi melatih bakal guru. 

Kenyataannya, UPSI gagal membuat sebarang perjanjian muktamad dengan 
Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menjamin tempat kesemua graduannya sebagai 
bakal guru. Wajarkah kami yang belajar dengan sukatan pelajaran menjadi seorang 
bakal guru di UPSI disuruh mencari kerja lain sedangkan wang kami telah habis 
dibelanjakan untuk UPSI? Masanya sudah tiba untuk masyarakat perlu sedar bahawa 
UPSI tidak lagi seperti dahulu.

Setidak-tidaknya, kami mengharapkan ada sedikit rasa tanggung-jawab di pihak 
UPSI khususnya Naib Canselor UPSI, menjelaskan hal ini kepada ibu-bapa kami 
ketika berucap dalam istiadat konvokesyen yang lalu.

Kecewa rasanya bila beliau juga berucap seolah-olah kami sudah dijamin untuk 
mendapat jawatan guru. Tidakkah ibu-bapa kami perlu tahu akan hal ini setelah 
mereka juga membelanjakan banyak wang kepada UPSI? Kebanyakan mereka adalah 
orang kampung yang masih percaya bahawa bila anak mereka masuk UPSI, pasti akan 
jadi guru. 

Kesal rasanya menjadi graduan UPSI. Lebih baik jika kami belajar di universiti 
lain yang sememangnya khusus untuk pasaran terbuka dengan peluang mendapat 
pekerjaan bukan guru yang lebih cerah.

Jika masih berminat untuk jadi guru, graduan universiti lain masih boleh 
memohon Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) tajaan KPM dengan masa depan 
lebih terjamin. Takkan UPSI mahu kami graduan UPSI mengikuti kursus DPLI juga 
semata-mata untuk dapat jawatan guru? Apa faedahnya kami belajar di UPSI jika 
itu yang perlu kami lakukan nanti?

Apapun, kami sudah tamat belajar di UPSI tanpa sebarang jaminan untuk jadi 
guru. Nasi sudah jadi bubur. Kami sudah tidak dapat menebus kembali wang dan 
masa pengajian kami yang telah hilang. Untuk mencari kerja lain dengan hanya 
kemahiran menjadi guru yang kami ada, bukan satu perkara mudah. 

Kepada semua pelajar UPSI amnya dah Majlis Perwakilan Pelajar UPSI khususnya, 
harap bangun daripada mimpi anda.

Kepada bakal lepasan sekolah yang berminat untuk jadi guru, ingatlah bahawa 
UPSI tidak lagi menjanjikan sebarang jawatan guru untuk graduannya seperti 
dulu. Anda adalah bakal graduan untuk pasaran terbuka. Jangan keliru UPSI 
dengan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Untuk UPSI pula, gugurkan saja perkataan Pendidikan pada namanya supaya 
masyarakat sedia maklum bahawa graduan UPSI adalah graduan pasaran terbuka 
seperti lain-lain universiti. Itu lebih bagus daripada terus mengelirukan 
masyarakat. 

GRADUAN KECEWA
Tajung Malim, 

[Islah-Net] Remaja 14 tahun koma dibaling topi keledar oleh polis

2011-08-09 Terurut Topik Suara Rakyat
ALOR SETAR, 10 Ogos 2011. Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dari Felcra 
Lubuk Sireh, Padang Besar, Perlis, koma sejak empat hari lalu selepas terjatuh 
daripada motosikal, didakwa berpunca akibat dibaling dengan topi keledar oleh 
anggota polis yang cuba menahannya pada malam minggu lalu. 

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, Mohd Solihin Che Kassim sedang 
menunggang motosikal bersama rakannya di perkampungan itu apabila dua anggota 
polis yang melakukan rondaan cuba menahannya tetapi mangsa dikatakan tidak 
berhenti. 

Tindakan remaja itu menyebabkan seorang daripada anggota polis terbabit 
membaling topi keledar ke arah motosikal mangsa yang menunggang tanpa memakai 
topi keledar, menyebabkan dia terjatuh. Bapa mangsa, Che Kassim Darus, 47, 
berkata ketika kejadian dia sedang solat terawih di surau kampung itu apabila 
diberitahu anaknya cedera kerana terjatuh motosikal dan bergegas ke lokasi 
kejadian. 

Katanya, sebaik tiba di situ, dia mendapati Mohd Solihin yang juga anak kedua 
daripada sembilan beradik dan tidak lagi bersekolah terbaring tidak sedarkan 
diri dalam keadaan berlumuran darah serta belakang kepalanya bengkak. 

Beliau berkata, rakan anaknya memberitahu dua anggota polis yang melakukan 
rondaan di situ membaling topi keledar ke arah motosikal Mohd Solihin, 
menyebabkan dia hilang kawalan lalu terbabas dan terjatuh. 

“Saya kesal dengan kejadian ini dan jika anak saya melakukan kesalahan, polis 
boleh mengambil tindakan lain dan bukan membahayakan nyawanya. 

“Kami sekeluarga sedih kerana dia masih koma, sedangkan tidak lama lagi 
Aidilfitri akan menjelma,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah 
(HSB), di sini, semalam. 

Berikutan kejadian itu, Che Kassim membuat dua laporan di Balai Polis Kaki 
Bukit dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar. 

Beliau turut menafikan anaknya berlumba haram atau lari daripada sekatan polis 
ketika kejadian itu.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Remajakomadibalingtopikeledar/Article
 





~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke JIM E-Bazaar untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

* Your email settings:
Individual Email | Traditional

* To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)

* To change settings via email:
islah-net-dig...@yahoogroups.com 
islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

* To unsubscribe from this group, send an email to:
islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/



[Islah-Net] Penduduk Seremban bantah jual arak terbuka

2011-08-09 Terurut Topik Suara Rakyat
Penduduk bantah jual arak terbuka 
Sinar Harian 10 Ogos 2011 

SEREMBAN - Seramai 276 penduduk Islam di Taman Matahari Heights di Senawang 
dekat sini, kesal dengan kegiatan menjual arak yang didakwa berlaku di premis 
perniagaan berhampiran kawasan perumahan berkenaan. 

Imam 1 Surau Taman Matahari Heights, Mohd Nazri Esa berkata, kegiatan itu tidak 
sepatutnya berlaku di kawasan perumahan yang didiami kira-kira 95 peratus 
masyarakat Melayu. 

“Kami memang sangat kecewa dengan kegiatan menjual minuman keras secara 
terang-terangan di salah sebuah kedai di sini. 

“Ia dikhuatiri mempengaruhi orang Melayu yang beragama Islam, lebih-lebih lagi 
golongan remaja untuk berjinak-jinak dengan arak,” katanya ketika ditemui, 
semalam. 

Menurutnya, ada penduduk mendakwa mereka pernah melihat remaja Melayu membeli 
arak di premis perniagaan terbabit. 

Selain itu katanya, dua kafe siber yang beroperasi berhampiran Taman Matahari 
Heights dipercayai menjalankan kegiatan perjudian Internet. 

“Saya difahamkan dua premis berkenaan pernah beberapa kali diserbu pihak 
berkuasa namun pengusahanya tetap meneruskan operasi tanpa rasa bersalah. 

“Penduduk di sini bimbang anak mereka akan terpengaruh dengan gejala judi 
Internet sekiranya kegiatan ini tidak dibendung,” katanya. 

Susulan dua isu itu, beliau berkata, seramai 276 penduduk Taman Matahari 
Heights menandatangani memo bantahan yang akan diserahkan kepada pihak berkuasa 
berkaitan dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia.  
 
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9415722.asp 





~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke JIM E-Bazaar untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

* Your email settings:
Individual Email | Traditional

* To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)

* To change settings via email:
islah-net-dig...@yahoogroups.com 
islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

* To unsubscribe from this group, send an email to:
islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/



[Islah-Net] Fw: [Malaysia Waves] UMNO Konsisten Sokong Murtad Sejak Peristiwa Natrah Lagi

2011-08-09 Terurut Topik Abdul Rahman Abdul Talib



- Forwarded Message -
From: Tulang Besi cabear...@gmail.com
To: cabear...@yahoo.ca
Sent: Wednesday, August 10, 2011 11:10:33 AM
Subject: [Malaysia Waves] UMNO Konsisten Sokong Murtad Sejak Peristiwa Natrah 
Lagi


Di dalam alam Twittertelah berkokok juak-juak UMNO kononnya mereka 
memperjuangkan agenda menentang murtad dan kristianisasi. 

Mereka cuba menunjukkan seolah-olah mereka juara memerangi murtad di Selangor.  
Ada pula juak UMNO mengatakan gejala murtad makin serius semenjak Pakatan 
Rakyat memerintah. 
Tulang Besi amat terkejut dengan sikap hipokrit UMNO dan Barisan Nasional ini.  

Beriye-iye memainkan isu murtad yang masih dalam siasatan. Sedangkan UMNO 
begitu konsisten menyokong usaha murtad.  Izinkan Tulang Besi member beberapa 
hujjah: 


1.0 Sokongan UMNO terhadap murtad ini bermula semenjak tahun 50’an lagi sebelum 
Merdeka.Ia bermula dari Peristiwa Permutadan Natrah.  Mengikut tulisan 
Allahyarham Hj Ahmad Fuad: 
Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, 
Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang 
tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah 
muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi 
loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. 
Dengan kata lain, isu Natrah telah memaksa ramai ulama2 dalam UMNO untuk 
keluar UMNO dan menubuhkan PAS. 

Sepanjang kes Natrah dibicarakan di Mahkamah Singapura pada tahun 1950 itu, 
UMNO BERDIAM DIRI dan TIDAK MENGAMBIL APA-APA SIKAP. 

Yang mengembeling umat Islam Singapura memprotes murtadnya Natrah adalah 
Mujahid Prof Burhanuddin Hilmi serta Karim Ghani. Saya ada menulis sebuah 
artikel berkaitan dengan isu Natrah di sini. 

Sikap berdiam diri UMNO itu membuat pihak penjajah begitu berani menculik 
Natrah dan menghantar beliau kembali ke Belanda seterusnya menjadi murtad. 
Rupanya dah lama UMNO bersikap lunak dengan murtad ni. 

2.0 Suka saya memetik kenyataan Ustaz Idris Ahmad seperti di bawah: 

”Soalnya, di mana suara Umno dan Utusan ketika isu Noraishah Bukhari, Hartina 
Kamarudin dan lain lagi yang keluar agama Islam. 
Tambahnya, sejarah telah mencatatkan berlaku penangkapan ISA terhadap 
pemimpin pemuda PASdalam operasi Lallang 1987 kerana isu kristianisasi 
Jelasnya, UMNO konsisten menolak serta mengecilkan isu murtad selama ini. Baru 
sekarang ni bising, itupun atas sebab kepentingan politik sendiri bukan sebab 
Islam 

3.0 Dalam Operasi Lalang 1987, lebih 30 pemimpin-pemimpin PAS ditangkap ISA 
kerana membuat pendedahan berkaitan Kristianisasi di Sabah.  Pada waktu itu 
yang memerintah Sabah adalah PBS yang menjadi salah sebuah parti komponen 
Barisan Nasional.  Tangkapan ISA itu dibuat oleh UMNO ke atas 
pemimpin-pemimpin PAS. 

4.0 UMNO menolak rang undang-undang pribadi murtad yang ditaja oleh PAS 
melalui Ahli Parlimen PAS, Salahuddin Ayub. Mengikut Salahuddin Ayub: 

Saya bercakap mengenai pengalaman peribadi kerana dalam sidang Parlimen yang 
bermula pada Mac 2006, saya mengemukakan rang undang-undang persendirian yang 
dinamakan Rang Undang-Undang Murtad. 
Rang undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh ahli-ahli 
Parlimen Umno malah ditolak mentah-mentah, katanya. 

Kalau UMNO ikhlas berjuang isu Murtad, mengapa halang  Rang Undang2 Pribadi 
berkaitan Murtad ini? 

5.0 Di mana suara UMNO sepanjang isu Lina Joy berlaku? Adakah UMNO keluar ke 
jalan raya seperti yang berlaku sekarang bercakap pasal Murtad? Tidak. UMNO 
senyap sunyi dan menghilangkan diri. Malahan, demonstrasi di Bar Council 
memprotes forum berkaitan Lina Joy juga dihadiri 90% ahli2 dan penyokong PAS. 
Mereka dari UMNO seperti tidak wujud. 

6.0 Di Wilayah Persekutuan,  UMNO luluskan Akta Kesalahan Jenayah Syariah 
(Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 1997 (Akta 559). Akta tersebut TIDAK MENGHARAMKAN 
MURTAD. Sila baca di sini. 

Kesimpulannya, UMNO hipokrit. Dalam sejarah Malaysia, UMNO tidak pernah 
memperjuangkan isu murtad.  

Malahan, di Wilayah Persekutuan, UMNO tidak haramkan murtad sama-sekali.  
Kenapa tiba-tiba nak tonjol diri kononnya pejuang murtad yang tersohor.  
Berhentilah bersandiwara. Kita dah kenal siapa UMNO.  Satu Malaysia kenal siapa 
UMNO. Islam hanya bahan tunggangan untuk mendapatkan undi dan mempertahankan 
kuasa. 

Kalau benar UMNO ikhlas memperjuangkan isu murtad, sila luluskan Rang 
Undang-Undang Murtad di Parlimen. 

Tulang Besi 



--
Posted By  Tulang Besi  to Malaysia Waves at  8/10/2011 11:06:00 AM

[Islah-Net] Bantuan zakat guna kupon untuk cegah judi, pelacuran

2011-08-09 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Kecoh dengan isu bantuan zakat, bantuan kebajikan dan gereja. Tapi kita mungkin 
terlepas pandang satu perkara. Ada segelintir kecil penerima bantuan zakat dan 
kebajikan ini menyalahgunakan wang bantuan tersebut untuk kegunaan lain, lebih 
buruk lagi untuk tujuan maksiat seperti berjudi dan melanggani pelacur.

Sehubungan dengan itu agensi berkaitan terutamanya Baitul Mal dan Jabatan 
Kebajikan Masyarakat harus dari masa ke semasa memperkemaskan sistem 
penyampaian dan pengagihan bantuan ini untuk meminimakan penyalahgunaan wang 
bantuan yang akhirnya tidak sampai kepada sasaran yang benar-benar memerlukan 
bantuan. 

Khalifah Saidina Umar ra telah menunjukkan caranya bagaimana untuk membantu 
mereka yang memerlukan dengan cara yang berkesan, efektif serta efisien. Ingat 
lagi kisah Umar bersama seorang ibu yang memasak batu. Bukankah lebih mudah 
Umar arahkan saja pegawainya melakukan rondaan, atau mengarahkan orang yang 
susah datang ke Baitul Mal mengambil bantuan, atau juga Umar sendiri boleh 
ambil beberapa dinar dari wang Baitul Mal dan berikan kepada perempuan tadi 
untuk membeli makanan?

Kisah Umar lebih 1000 tahun dulu adalah sebagai pengajaran untuk kita di zaman 
yang serba canggih ini. 

Antara langkah penambahbaikan yang boleh dibuat dalam sistem pengagihan zakat 
dan bantuan kebajikan ini ialah :

1. Mengurangkan atau meminimakan pemberian wang tunai.

2. Memberi sumbangan dalam bentuk barangan keperluan asas seperti beras, 
tepung, minyak, gula dan sebagainya.

3. Memberi kupon makanan. Dimana kupon ini hanya boleh ditukar dengan barangan 
keperluan asas di kedai-kedai yang dilantik atau di koperasi masjid.

4. Memberi kupon untuk pembayaran bil elektrik dan air, bil hospital, yuran 
sekolah, yuran IPTA dan sebagainya. Atau mengadakan kemudahan pembayaran bil 
secara on-line di pejabat Baitul Mal dan Pejabat Kebajikan Masyarakat.

Sila baca kisah Saidina Umar pada artikel terakhir di bawah ini.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 

ANAK PENERIMA BANTUAN MAIJ, BAPA KENA TANGKAP NOMBOR EKOR 

Seorang bapa umur 44 tahun, kerja pengawal keselamatan, anak 5 orang, 4 darinya 
bersekolah, seorang belum sekolah. Kerjanya gaji dalam 700 sebulan, isteri tak 
kerja, sewa rumah RM 150. Kalau kerja lebih masa pun dapatlah tambahan dalam RM 
200 lagi. 

Atas memikirkan kesempitan kewangan yang dialami, MAIJ bermurah hati memberi 
bantuan persekolahan anak termasuk pakaian dan basikal untuk ulang alik ke 
sekolah. 

Tapi malangnya, petang semalam, bapanya ditangkap di sebuah kedai judi selepas 
beli nombor ekor.

Cerita sepenuhnya di 
http://kadikluang.blogspot.com/2011/03/anak-penerima-bantuan-maij-bapa-kena.html
 

BERJUDI DUIT BANTUAN ANAK
   
JOHOR BAHRU: Seorang bapa tergamak menyalahgunakan bantuan persekolahan RM100 
untuk anaknya dengan berjudi dan membiarkan zuriatnya itu memakai seragam 
sekolah lusuh pada sesi persekolahan 2011 yang bakal bermula beberapa hari lagi.

Lelaki berusia 40-an terbabit leka berjudi di tapak perjudian itu di sebuah 
pesta ria di bandar raya ini dipercayai menggunakan wang bantuan persekolahan 
diterima untuk anaknya. 

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Berjudiduitbantuananak/Article/index_html
 


KHALIFAH UMAR, KISAH PEMIMPIN YANG ADIL

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi 
kepada kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran 
dan permusuhan. Allah memberi pengajaran kepada kamu agar kamu dapat mengambil 
pelajaran” (QS An Nahl \[16]: 90)

Dalam masa pemerintahan khalifah Umar bin Khatab, hampir setiap malam khalifah 
Umar melakukan perjalanan secara diam-diam masuk kampung keluar kampung untuk 
mengetahui kehidupan rakyatnya. Umar khawatir jika ada hak-hak mereka yang 
belum ditunaikan oleh aparat pemerintahannya.

Malam itu pun, bersama salah seorang pembantunya, Khalifah Umar berada di suatu 
kampung terpencil. Dari sebuah rumah yang tak layak huni, terdengar seorang 
gadis kecil sedang menangis berkepanjangan. Umar bin khattab dan pembantunya 
bergegas mendekati rumah itu. Setelah mendekat, Umar melihat seorang perempuan 
tengah memasak di atas tungku api. Asap mengepul dari panci, sementara si ibu 
terus saja mengaduk-aduk isi panci dengan sebuah sendok kayu yang panjang.

“Assalamu’alaikum,” Khalifah Umar memohon izin untuk masuk.

Si Ibu yang tidak mengetahui siapa gerangan tamu nya itu memberi izin untuk 
masuk.

“Siapakah gerangan yang menangis di dalam itu?” tanya Umar.

Si ibu itu menjawab, “Anakku.”

“Apakah ia sakit?”

“Tidak,” jawab si ibu lagi. “Tapi ia kelaparan.”

Khalifah Umar ingin sekali mengetahui apa yang sedang dimasak oleh ibu itu. 
Kenapa begitu lama sudah dimasak tapi belum juga matang. Akhirnya khalifah Umar 
berkata, “Wahai ibu, Apa yang sedang engkau masak?”

Ibu itu menjawab, “Engkau lihatlah sendiri!”

Khalifah umar dan pembantunya segera melihat ke dalam panci tersebut. Alangkah 
kagetnya ketika mereka melihat apa yang ada di dalam panci 

[Islah-Net] Sistem komputer Kementerian Pelajaran mendera guru

2011-08-09 Terurut Topik Suara Rakyat
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Unit Bidang 
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pelajaran melakukan penambahbaikan 
segera terhadap Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang didakwanya 
bermasalah.

Setiausaha Agung NUTP Loke Yim Phing berkata kesatuan menerima banyak rungutan 
dan aduan daripada guru-guru di seluruh negara mengenai SAPS, yang 
diperkenalkan Julai lepas untuk menyelaras kemasukan data peperiksaan ke dalam 
satu sistem berpusat sahaja.

MEREKA (GURU-GURU) BUKAN TIDAK SANGGUP MEMATUHI TUGAS MEREKA, NAMUN SISTEM 
BERKENAAN MEMANG BERMASALAH SEHINGGA MENYEBABKAN MEREKA TERPAKSA MENUNGGU 
BERJAM-JAM UNTUK KEY-IN DATA PEPERIKSAAN SETERUSNYA MENYEBABKAN MEREKA TERTEKAN.

Oleh itu, kita berharap supaya sistem berkenaan dapat diperbaiki dengan 
segera, katanya kepada pemberita di Wisma NUTP di sini Jumaat.

Sistem SAPS dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran secara talian bertujuan 
mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah 
diseluruh negara.

Sistem berkenaan, yang boleh dicapai semua pihak termasuk Kementerian 
Pelajaran, Jabatan Pelajaran Daerah dan Pejabat Pelajaran Daerah, 
sepatutnyamemudahkan guru memasukkan dan mengemas kini maklumat kelas, maklumat 
matapelajaran dan data pelajar di bawah jagaannya selain memasukkan markah 
setiap mata pelajaran mengikut peperiksaan yang ditetapkan.

LOKE MELAHIRKAN KEBIMBANGAN BAHAWA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PP) DI 
DALAM KELAS AKAN TERJEJAS KERANA GURU TERLALU SIBUK UNTUK MEMASUKKAN DATA 
PEPERIKSAAN KE DALAM SISTEM BERKENAAN.

SEHINGGAKAN ADA GURU YANG SANGGUP MENINGGALKAN PROSES PP DI KELAS SEMATA-MATA 
MAHU KEY-IN DATA PEPERIKSAAN KETIKA SISTEM BERKENAAN BERADA DALAM KEADAAN 
BAIK, KATANYA.

Beliau mencadangkan agar unit berkenaan melanjutkan tarikh akhir kemasukan data 
peperiksaan ke dalam sistem berkenaan dari 15 Ogos ini kepada akhir bulan ini. 
- BERNAMA

Ogos , 2011 

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/8/5/mstar_berita/20110805133144sec=mstar_berita
 





~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke JIM E-Bazaar untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

* Your email settings:
Individual Email | Traditional

* To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)

* To change settings via email:
islah-net-dig...@yahoogroups.com 
islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

* To unsubscribe from this group, send an email to:
islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/