[Islah-Net] 6 kes bunuh diri di Malaysia setiap hari, parahnya masyarakat kita

2012-05-07 Terurut Topik Suara Rakyat
Satu angka yang sepatutnya menggusarkan semua pihak. Yang terkini ianya berlaku 
di Taman Ayer Keroh Heights, Melaka. Lebih mengejutkan ianya bukan kejadian 
kali pertama, ini adalah kejadian bunuh diri yang kedua di taman yang sama 
dalam tempoh setahun.
 
Seorang lelaki ditemui tergantung dengan tali pada tingkap bilik air
8 Mei 2012 
 
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (tengah) turut mengiringi mayat 
mangsa bunuh diri yang dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat 
 
AYER KEROH - Seorang lelaki ditemui mati tergantung di dalam bilik air di 
rumahnya di Taman Ayer Keroh Heights, di sini, malam kelmarin.
 
Dalam kejadian kita-kira jam 10.15 malam itu, mangsa yang berusia 36 tahun 
ditemui oleh isteri dan abangnya selepas kira-kira 15 minit pintu bilik air 
tersebut berjaya dibuka abang mangsa yang tinggal di rumah bersebelahan.
 
Menurut sumber, isteri mangsa berusia 32 tahun sebelum itu mencari suaminya di 
dalam rumah sebelum mengesyaki mangsa berada di dalam tandas di bahagian bawah 
rumah teres dua tingkat berkenaan.
 
“Selepas isteri mangsa mengetuk pintu sambil memanggilnya tetapi tiada respons, 
dia meminta abang iparnya datang, lalu mengumpil pintu berkenaan.
 
“Mangsa kemudian dilihat tergantung dengan tali pada tingkap bilik air 
berkenaan. Isteri dan abang mangsa menurunkannya bagi memastikan keadaan mangsa 
sebelum menghubungi polis,” katanya.
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin 
Abd Rahman berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
 
“Pihak polis menerima panggilan kira-kira jam 11.30 malam dan mangsa yang 
dipercayai membunuh diri dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
 
“Kes berkenaan disiasat sebagai mati mengejut,” katanya. 
 
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/seorang-lelaki-ditemui-tergantung-dengan-tali-pada-tingkap-bilik-air-1.46259
 
 
Gantung diri kecewa cinta
3 Mac 2011 
 
MELAKA: Sebaik bertukar kerja di sebuah kilang di negeri ini lebih dua minggu 
lalu sikap seorang remaja tiba-tiba berubah begitu ketara sekali hingga 
menimbulkan rasa pelik kepada ahli keluarganya.
 
Malah, dia juga kerap dilihat bersembang menggunakan telefon bimbit selain 
berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan seseorang dipercayai teman 
wanitanya setiap hari.
 
Kelmarin, selepas memperoleh gaji, dia memberitahu rakan mengenai rancangannya 
untuk bercuti cuti selama tiga hari bermula semalam untuk pergi ke kampung 
kekasihnya, seorang gadis Orang Asli di Gapam, Jasin.
 
Namun, keluarganya menerima berita mengejutkan pagi semalam apabila remaja 
terbabit ditemui mati apabila mayatnya ditemui tergantung pada sebatang pokok 
jambu di Lorong Taman Ayer Keroh Height (TAKH) 7, dekat sini.
 
Difahamkan, akibat masalah cinta, remaja terbabit, Deklies Anak Dely, 19, 
berketurunan Bidayuh dari Kampung Sebobok, Bau, Sarawak itu nekad menggantung 
dirinya.
 
http://www.hmetro.com.my/articles/Gantungdirikecewacinta/Article 
 
KES BUNUH DIRI DI MALAYSIA SEMAKIN SERIUS- SISTEM PENDIDIKAN PERLU PERUBAHAN
 
Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 
2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Apakah ini 
memberi gambaran bahawa Negara ini sedang berhadapan dengan ramai rakyat yang 
tidak stabil jiwanya.
 
http://temanteras.wordpress.com/2007/11/21/kes-bunuh-diri-di-malaysia-semakin-serius-sistem-pendidikan-perlu-perubahan
 
 
BUNUH DIRI KEMATIAN KEDUA TERTINGGI DI MALAYSIA
 
PULAU PINANG 28 Dis. – Gejala bunuh diri dijangka menjadi faktor kedua 
tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini selepas 
penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang. Pensyarah 
Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti 
Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. See Ching Mey berkata, angka itu diperoleh 
daripada laporan Kementerian Kesihatan yang dibuat pada tahun ini.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_07.htm
  

[Islah-Net] Ceramah Umum 9 Mei 2012 di DUN Johol, N9

2012-05-07 Terurut Topik Suara Rakyat
Ceramah Umum dan Pelancaran Bilik Gerakan UPU Inas
 
Tarikh : 9 Mei 2012 ( Rabu )
Masa : 9 malam
Tempat : UPU Inas, Kampung Seginyeh ( Jalan Inas - Kampung Batu, Rembau )
 
Penceramah :
- Mazlan Aliman ( Pengerusi ANAK )
- Aiman Athirah Al-Jundi ( Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat )
- Zulkefly Mohamad Omar ( AJK PAS Pusat )
- Ustaz Nor Azman Mohamad ( Ketua Penerangan PAS N.Sembilan )

[Islah-Net] Tibi meningkat ketara di Johor

2012-05-07 Terurut Topik Suara Rakyat
MUAR 7 Mei 2012 - Penyakit tibi yang disebabkan oleh sejenis bakteria yang 
dipanggil Mycobacterium tuberculosis telah meragut 53 nyawa sejak awal tahun 
ini hingga kelmarin di negeri ini.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat 
dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai berkata, hingga kelmarin sebanyak 563 kes 
dicatatkan dengan 91 peratus adalah pesakit baru dan 52 peratus menghidap tibi 
berjangkit.
 
Menurutnya, daerah Johor Bahru mencatat rekod tertinggi dengan 246 kes diikuti 
Muar (91), Batu Pahat (56), Kluang (33), Kulaijaya (32), Segamat (32), Kota 
Tinggi (25), Pontian (20), Ledang (19) dan Mersing (9).
 
"Perkembangan terbaru ini agak serius apabila dua pesakit tibi di daerah Muar 
meninggal dunia kelmarin," katanya semasa ditemui selepas menyampaikan Bantuan 
Rakyat 1Malaysia kepada 213 penerima di Sungai Balang di sini kelmarin.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0508&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_20.htm
 

[Islah-Net] Dibelasah angkara curi wang tabung Masjid Hadhari

2012-05-07 Terurut Topik Suara Rakyat
Perlukah lelaki ini dibelasah kerana mencuri wang di dalam tabung sebuah masjid?
 
Lelaki yang mencuri wang tabung Masjid Hadhari di Jerteh kelmarin terbaring 
selepas dibelasah oleh orang ramai. 
 
BESUT – Seorang lelaki menyangka dia bijak apabila menukar mangga tabung wang 
di Masjid Hadhari di Jerteh dekat sini untuk memudahkannya mencuri duit 
daripada tabung itu. Lelaki itu bertindak demikian selepas cubaan pertamanya 
untuk mencuri duit tabung itu tidak berhasil.
 
Bagaimanapun, taktik lelaki itu sekali lagi tidak menjadi. Cubaan kali kedua 
lelaki berusia 32 tahun dari Kampung Siam, Pasir Puteh, Kelantan itu untuk 
membuka tabung masjid itu dapat dihidu oleh pengawal masjid yang kemudian 
mencekupnya ketika dia sedang mengumpil tabung itu pada pukul 9.45 malam 
kelmarin.
 
Semasa diberkas, penganggur itu bertungkus-lumus menggunakan besi pencungkil 
tayar kereta untuk membuka mangga tabung masjid itu yang sebenarnya sudah 
ditukar kepada mangga lain oleh pihak masjid.
 
Setiausaha Masjid Hadhari Jerteh, Che Kar Awang berkata, rakaman kamera litar 
tertutup (CCTV) masjid itu mendapati dua hari sebelum ditangkap suspek sama 
dilihat cuba mencuri wang di dalam tabung itu tetapi pada waktu itu tabung 
tersebut kosong.
 
“Lelaki itu kemudian menukar mangga sebuah tabung itu tetapi pihak masjid 
menukar semula mangga yang dipasang suspek bagi mengelakkan suspek mencuri,” 
kata beliau ketika ditemui dekat sini semalam.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0508&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
 
 
CONTOHI HIKMAH RASULULLAH SEBAR RISALAH ISLAM
 
Kita telah diingatkan kepada peristiwa seorang Arab Badwi yang telah memasuki 
masjid Nabi SAW, lalu dengan sewenang-wenangnya membuang air kecil di salah 
satu sudutnya. Para sahabat yang menyaksikan hal itu menjadi berang dan ingin 
menerpa ke arah lelaki Badwi tersebut disebabkan kebiadapannya mencemari rumah 
Allah SWT.
 
Rasulullah SAW bersama sifat kasih, cinta dan rahmat yang menebal di dalam 
dirinya menahan para sahabatnya dari bertindak melulu, kasar, mencaci serta 
menjatuhkan maruah insan lain.
 
Baginda SAW membiarkan lelaki Badwi tersebut menghabiskan sisa kencingnya tanpa 
menyergahnya atau melemparkan kata cacian, cercaan dan unsur-unsur yang boleh 
menjatuhkan maruah.
 
Bahkan Baginda SAW menasihati dengan baik, penuh hikmah dan kasih sayang. Dalam 
kekalutan itu, Baginda SAW sempat menyampaikan dengan tenang satu sunnah kepada 
para sahabat iaitu cara bagaimana hendak menyucikan kencing dan najis dengan 
sabdanya, "Jiruslah pada air kencingnya itu sebaldi air".
 
Hikmah kebijaksanaan Baginda SAW menghalang sahabat bertindak kasar terhadap 
Arab Badwi tersebut, telah dapat mengelakkan kencing Arab Badwi itu bertaburan 
di dalam masjid kerana melarikan diri dari para sahabat.
 
Rasulullah SAW juga mengingatkan peranan mereka pada akhir hadis dengan 
sabdanya: Sesungguhnya kalian diutuskan untuk memudahkan dan kalian tidak 
diutuskan untuk menyukarkan. (riwayat al Bukhari)
 
Melalui peristiwa ini, kita akan mendapati suatu contoh amali bagaimana harus 
subur merimbun di hati seorang pendakwah perasaan rahmat, cinta dan kasih 
terhadap golongan yang menjadi sasaran dakwahnya.
 
Memang sewajarnya, setiap muslim itu mencari dan mengutip bekalan ilmiah dan 
thaqafah Islamiah secukupnya dan bukan hanya bermodalkan sifat cemburu dan 
ghairah dalam memperjuangkan agama bagi menjamin pencapaian dakwah dan 
penyebaran risalah yang lebih gemilang. Wallahu a'lam.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0525&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm
 

[Islah-Net] Tabung Kecemasan Lajnah Kebajikan PAS Rembau

2012-05-07 Terurut Topik Suara Rakyat
Memandangkan saban hari pelbagai bantuan kecemasan perlu disalurkan kepada 
orangramai yang memerlukan, Lajnah Kebajikan PAS Rembau memberi peluang kepada 
orangramai yang berkemampuan untuk menyalurkan sumbangan melalui Tabung 
Kecemasan Lajnah Kebajikan PAS Rembau. 
 
Kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan sila hubungi Tn Hj Roni 
012-2268230 , Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau.
 
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun berikut 
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau 
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban) 
No akaun : 05-012-01-007334-7
 
Bantuan kecemasan ini serba sedikit dapat meringankan beban mereka yang 
memerlukan bantuan seperti di bawah ini :
 
1. Mereka yang keputusan bekalan makanan akibat masalah ekonomi seperti 
diberhentikan kerja kerana penutupan kilang, ditinggalkan suami tanpa nafkah 
dan sebagainya.
 
2. Pemotongan bekalan elektrik dan air kerana tidak berkemampuan untuk 
menjelaskan tunggakan.
 
3. Bantuan awal untuk pelajar yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan 
pelajaran ke IPT/Kolej. 

[Islah-Net] Majlis Ilmu(08-May-2012 )

2012-05-07 Terurut Topik Azrul Hj. Alwi
Majlis Ilmu Hari Ini  Butiran Kuliah Masa Penceramah Tempat
Bahrul Mazi Jilid 19
Selepas Solat Maghrib Dato (Ustaz) Shamsuri Hj
Ahmad Masjid
Jamek Jelutong, Jelutong, Pulau Pinang 
Kuliah Umum (Semasa)
Selepas Solat Maghrib Al-Fadhil Ustaz Shahul Hamid Seeni
Mohd Masjid
Bandar Baru Farlim, Air Itam, Pulau
Pinang  Majlis
Ilmu Esok  Butiran Kuliah Masa Penceramah Tempat
Jihad Dan Hijrah Rasulullah
Selepas Maghrib Ustaz Ahmad Fahmi Bin Abu
Bakar Masjid
Batu, Seberang Perai, Pulau Pinang 





Sebarkan maklumat majlis ilmu di sekitar anda:
http://www.mymasjid.net.my/majlis-ilmu/



-- 


http://aalwi.blogspot.com/

~~ www.myjodoh.net ~~
Segalanya bermula di sini


[Islah-Net] Fw: [NaqibNet Diskusi] Cool Stuffs untuk Aktivism Dakwah kepada belum Islam ... ISLAM UNTUK SEMUA BY UST FAISAL ABDUL RAHMAN

2012-05-07 Terurut Topik ahmad khairy ahmad domil



- Forwarded Message -
>From: Zun Arif 
>To: jkdpi ; "ikram-ajk-disk...@googlegroups.com" 
>; Naqib Net 
>; Islah Net  
>Sent: Friday, April 20, 2012 12:04 PM
>Subject: [NaqibNet Diskusi] ISLAM UNTUK SEMUA BY UST FAISAL ABDUL RAHMAN
>
>
>  
>Salam
>
>
>Semuga berada di dalam iman yang sejahtera
>
>
>Buku ISLAM UNTUK SEMUA telah terbit pada 6 April 2012, Harga untuk Semenanjung 
>RM20 dan Borneo RM25 termasuk kos penghantaran. Sesiapa yang berminat boleh 
>tempah melalui sms ke talian 019-3568602.
>
>TUHAN UNTUK SEMUA
>BAB 1
>A. MENGAPA PERLU MEMELUK AGAMA ISLAM? 2
>B. MENGAPA BUKAN MUSLIM DIGELAR SEBAGAI KAFIR? 8
>C. KENAPA MUSLIM TIDAK BOLEH BERKAHWIN DENGAN LELAKI BUKAN MUSLIM? 10
>BAB 2
>A. KENAPA ISLAM KELIHATAN SUSAH? 24
>B. KENAPA ISLAM MENGHARAMKAN ARAK? 25
>C. KENAPA ISLAM MENGHARAMKAN BABI? 29
>D. KENAPA ISLAM MELARANG PEMELIHARAAN ANJING? 31
>E. KENAPA ISLAM MELARANG HUBUNGAN HOMOSEKSUAL? 32
>F. KENAPA ISLAM TIDAK MEMBENARKAN MURTAD? 38
>BAB 3
>A. KENAPA MUSLIM TIDAK MENJAWAB SALAM DARIPADA BUKAN MUSLIM? 49
>B. BOLEHKAH BUKAN MUSLIM MASUK KE DALAM MASJID? 51
>C. BOLEHKAH BUKAN MUSLIM MENYENTUH AL-QURAN? 53
>D. KENAPA MUSLIM MEREBUT MAYAT SAUDARA MUSLIM DARIPADA KELUARGA ASAL? 55
>BAB 4
>A. ADAKAH AGAMA ISLAM DIBAWA OLEH NABI MUHAMMAD SAW? 57
>B. ADAKAH ISLAM KETINGGALAN ZAMAN? 63
>C. KENAPA MASUK ISLAM PERLU MENGAMALKAN BUDAYA MELAYU? 65
>D. KENAPA MASUK ISLAM PERLU MENUKAR NAMA KEPADA NAMA ARAB? 68
>E. KENAPA MASUK ISLAM PERLU MENUKAR NAMA BAPA KEPADA ABDULLAH? 71
>BAB 5
>A. KENAPA SEORANG SAKSI LELAKI SAMA DENGAN DUA ORANG SAKSI PEREMPUAN? 75
>B. KENAPA DALAM PEMBAHAGIAN HARTA WARISAN, LELAKI DAPAT DUA KALI GANDA 
>BERBANDING PEREMPUAN? 77
>C. KENAPA PEREMPUAN TIDAK BOLEH MENJADI IMAM SOLAT BAGI LELAKI? 79
>D. KENAPA ISLAM MEMBENARKAN POLIGAMI? 80
>E. KENAPA MANGSA ROGOL PERLU MEMBAWA EMPAT ORANG SAKSI? 85
>BAB 6
>A. KENAPA ISLAM MENGAJARKAN PERANG SUCI? 92
>B. KENAPA ISLAM MELAKUKAN PENGEBOMAN WORLD TRADE CENTER (WTC)? 100
>C. KENAPA ISLAM MELAKUKAN BOM BERANI MATI? 101
>D. KENAPA NEGARA ISLAM SUKA BERPERANG? 103
>BAB 7
>A. KITAB AGAMA HINDU 106
>B. KITAB AGAMA BUDDHA 113
>C. AGAMA MAJUSI 116
>D. AL-KITAB 116 
>
>
>
>>>اللهم اهدنا واهدبنا وجعلنا سببًالِمَِنِ إهَْتدئ
>>>
>>>
>>>Ya Allah berikanlah kami hidayah, Ya Allah jadikan kami orang yang 
>>>menyampaikan hidayah, Ya Allah jadikanlah kami penyebab orang lain menerima 
>>>hidayah.  
>
>>
>
>
>
>
>
>
>Zun Arif Hakim
>Pengurus Dakwah 
>JK Dakwah IKRAM
>
>
>
>
>
>
>
>