[Gadis-Melayu] Adakah Dara Itu Penting???

2007-11-04 Terurut Topik zul matrix

Isu ini
merupakan isu yang paling jarang diperbincangkan secara terbuka. Ini
mungkin disebabkan sikap masyarakat kita yang masih menganggap ia
sebagai isu peribadi yang boleh mengaibkan terutama kepada golongan
wanita. Walaubagaimanapun, apa yang bakal dikupas di sini bukanlah
perkara yang berkaitan dengan kejadian biologi seorang gadis, tetapi
isu yang berkaitan dengan kesucian dan kehormatan seorang gadis. Ini
kerana, selain isu sosial, ia juga berkaitan dengan salah satu
institusi yang penting dalam Islam - perkahwinan. Kecenderungan untuk
merenung isu ini datang dari pengalaman peribadi selama satu dekad. 

Dalam
Islam, ketika memilih calon isteri, seseorang pemuda digalakkan mencari
seorang gadis. Alasan yang diberikan adalah gadis lebih menghiburkan
dan sama-sama belajar bergurau senda. Sedangkan seorang janda sudah
mempunyai pengalaman dan memori dengan bekas suaminya dulu. Hakikat ini
diperkukuhkan lagi apabila peminangan seorang gadis berbeza dengan cara
peminangan seorang janda. Seorang gadis tertakluk atas nasihat dan
kawalan bapanya atau walinya sementara seorang janda dianggap mampu
berdikari dan membuat keputusan sendiri mengenai calon suaminya. 

Namun
begitu pada dasarnya tidak ada halangan untuk seorang pemuda untuk
memilih sama ada seorang gadis perawan atau seorang janda sebagai bakal
isterinya dan Islam sendiri tidak meletakkan syarat kepada teruna untuk
memilih gadis atau janda, Cuma digalakkan memilih gadis - dan ini
adalah isu hati lelaki semata-mata. 

Dalam
kehidupan realiti, bagaimanapun ada lelaki yang sangat menitikberatkan
soal dara. Bagi mereka, dara menjamin kebahagian dan kepuasan. Pada
hemat saya, lelaki jenis ini tidak arif tentang kedudukan yang
sebenar. Lelaki ini mementingkan nafsu dan menafsirkan dara sebagai
satu kejadian biologi pada jasad seorang perempuan. Menurut sumber ilmu
kesihatan, kejadian selaput dara ini sangat sensitif dan mudah pecah.
Kehilangan dara tidak semestinya seorang gadis itu telah melakukan
hubungan jenis. Mungkin ada aspek lain seperti kemalangan atau sakit
yang menyebabkan seseorang itu kehilangan dara. Kehilangan dara dalam maksud 
ini tidak melibatkan kehilangan kesucian
atau kehormatan seorang gadis. Oleh itu, tidak perlulah untuk memanjangkan 
aspek ini. Kita lebih cenderung melihat dari sudut
harga diri seorang gadis. 

Terus
terang kita nyatakan, isu dara dalam artikel ini maksudnya hubungan
seksual sebelum perkahwinan (zina) akibat meluasnya pergaulan bebas
dalam masyarakat kita. Oleh itu awal-awal lagi saya  menyatakan isu
ini adalah isu sosial ;bukannya isu peribadi atau isu dikalangan wanita
sahaja. Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila batas pegaulan bebas
di kalangan remaja dan belia kita menjadi kian longgar. Pada waktu yang
sama, bagi menghadapi gejala seks sebelum nikah, sudah kedengaran di
kalangan lelaki teruna bahawa ‘dara itu sudah tidak penting’. Yang
penting bagi mereka ialah kasih sayang, kesetiaan, kejujuran dan hormat
menghormati antara suami isteri. Lagi pun apabila seseorang gadis yang
pernah terlanjur sudah bertaubat dan insaf, maka isu itu sudah tidak
timbul lagi. 

Saya percaya ramai orang bersetuju dengan hujah di atas. Oleh itu kita akan
tertanya-tanya perlukah lagi soalan ‘apakah dara itu penting?’. Sekali
lagi kita harus bersabar dan berfikir lebih halus dan mendalam.
Pandangan di atas samalah dengan pandangan lelaki yang menafsirkan dara
sebagai kejadian biologi pada perempuan. Kedua-dua pandangan itu masih
bersifat peribadi. Isu sosialnya ialah apabila masyarakat (generasi
muda) mula menganut idea bahawa dara itu tidak penting maka secara
tidak langsung merebak pula idea seks sebelum nikah itu sesuatu yang
boleh diterima. Jika idea ini dianuti secara meluas, bukan isu dara
yang perlu diatasi tetapi isu zina dan pergaulan bebas. 

Dalam
masyarakat barat yang bebas pergaulannya – sekurang-kurangnya seperti
yang digambarkan melalui filem atau novel remaja - soal dara atau
virginity sudah dianggap remeh. 

Malah
sebenarnya ia dianggap sebaliknya. Dalam masyarakat kita atau
masyarakat timur yang asal seseorang gadis yang tidak dara (sudah
melakukan hubungan seks) dipandang rendah dan dicemuh. Lelaki teruna
mengelak diri dari mengambilnya sebagai isteri. Ibu bapa si gadis
berasa sangat malu. 

Gadis
itu sendiri berasa bersalah dan berasa tertekan dan sedaya upaya
menyembunyikan rahsia itu sehinggalah ke saat akhir (seperti kepada
tunang atau suaminya). Tetapi masyarakat barat melihat soal dara
sebaliknya. 

Sesiapa
yang masih dara dianggap mentah dan naif. Seseorang gadis yang pernah
melakukan hubungan seks – selalunya ketika berusia belasan tahun
–dianggap matang. Gadis ini layak dianggap wanita (woman) bukan lagi
anak-anak perempuan (girl). Akibatnya, seseorang gadis yang tidak
mempunyai pasangan lelaki atau gagal memujuknya melakukan aktiviti
seksual mengalami tekanan perasaan dan penyisihan sosial remaja. 

Secara
sedar atau tidak apabila unsur budaya asing dan bahan lucah tersebar
dengan bebas, 

[Gadis-Melayu] Petua Mendidik Isteri

2007-11-04 Terurut Topik zul matrix
Suami sebagai
pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kretif dalam mendidik isteri.
Allah bekalkan kepada kita kaum lelaki kekuatan akal yang rasional?
tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak
mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini
dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah dengan kesabaran
serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, suami akan
menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa. Firman Allah yang
bermaksud:

lelaki
adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah
melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah
menafkahkan sebahagian daripada hartanya.

Tercetusnya
kebahagiaan rumahtangga ialah apabila suami dapat menggunakan kekuatan
akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri -
makhluk yang kuat perasaannya.

Secara
mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah makhluk akal manakala wanita
adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan
suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita,
lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Kalau umpamanya isteri
sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira
di dada isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.

Kaum
wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan akal berbanding
dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang
dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang
menyebabkan seseorang itu mudah tidak sabar, mudah prasangka, pemarah,
pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya. Pendekata,
hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita.
Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri
wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal.
Atas dasar inilah wanita mesti dipandu atau dibimbing oleh lelaki agar
segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.

Sembilan
nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan
keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu syariat. Mahu
tidak mahu suami terpaksa belajar sedikit sebanyak ilmu untuk
menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan
ilmu syariat. Barulan nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam
mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri yang
mencabar kesabaran kita.

Kebijaksanaan
mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada
seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan sumi menurut
saja kemahuan isteri sehingga isteri besar kepala. Manakala
kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan
nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh membahayakan
isteri. Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan
akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika
kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan
bepandukan ilmu tasauf. 

Contoh
bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada
satu kisah seorang perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah saw.
Tatkala Rasulullah saw lalu di sebelah rumahnya dia akan membaling
sampah kepada Rasulullah saw. Adakalanya dia menaburkan sampah dan
serpihan kaca di sepanjang jalan yang akan dilalui oleh Rasulullah saw.
Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Rasulullah lalu di
sebelah rumahnya. Tetapi sedikit pun tidak dipedulikan oleh baginda
Rasulullah saw.

Suatu
hari Rasulullah rasa pelik kerana perempuan tua itu tidak menghalangi
lagi perjalanannya baik dengan serpihan kaca mahupun dengan sampah yang
dibalingkan. Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya jiran
perempuan tersebut. Rupa-rupanya perempuan itu sakit. Lalu baginda naik
ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah bertanyakan
khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah
terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak Rasulullah sanggup
menziarai dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya dengan
sifat sabar Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu menyebabkan
terbuka hatinya memeluk Islam.

Pada
masa yang lain, pernah Rasulullah melintasi sekumpulan kaum perempuan,
lalu baginda memberi salam. Tetapi tiada siapa pun yang menjawab salam
baginda. Baginda memberi salam sekali lagi. Mereka masih diam juga.
Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah beri salam, barulah mereka
menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa mereka tidak menyahut
salam yang pertama dan kedua mereka menjawab, Kami sengaja mahu
Rasulullah saw mendoakan untuk kami.

Begitu
Rasulullah saw mendidik kaum wanita. Walaupun sesekali kesabaran
baginda rasanya tercabar, tetapi Rasulullah masih dapat menunjukkan
akhlak yang paling baik. Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum
perempuan yang pendek akalnya, kita kaum lelaki mudah naik angin.
Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk
memahami sesuatu perkara. Tetapi kita kaum lelaki mestilah 

[Gadis-Melayu] Ciri Wanita Diminati Lelaki

2007-09-15 Terurut Topik zul matrix


BENARLAH 
kata-kata sikap lelaki memang sukar ditelah. Perangai mereka ada kalanya 
memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya. 

Sesanda perlu 
menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada 
dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi 
sebahagian hati untuk membuat dia tertawan. 

Untuk merasai lebih 
dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda 
itu. Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar 
mengenali hati lelaki. 

Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, 
tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor 
lelaki itu memuja anda suatu hari nanti. 

Lelaki juga tidak suka wanita 
yang mengada-ngada selain wanita yang agak ¡ganas¢ dalam bergaul. 

Untuk 
itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang 
lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak 
terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat. 


Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang 
disemai berakhir dengan ikatan suci. 

Jadi pendengar 
setia 
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka 
kaum hawa yang suka membangkang. 

Suka dimanja. 
Yang 
paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik. 


Tarikan derapan kasut 
Bunyi derapan kasut ketika 
berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki. 

Jangan bersolek 
tebal 
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal. 


Ingat hari pentingnya 
Mengetahui bila hari lahirnya 
antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari 
pentingnya itu. 

Hormatinya 
Menghormati dirinya, 
keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya. 

Jangan terlalu 
kebudak-budakan 
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. 
Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan. 


Agresif 
Lelaki suka sikap wanita yang agresif. 


Jangan terlalu seronok 
Jangan terlalu seronok 
ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon 
untuk perkenalan pertama. 

Jangan ganas 
Jangan 
terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan. 

Jangan 
terlalu baik 
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu 
baik dan sempurna. 

Jangan perasan 
Jangan perasan 
bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita. 

Sikap 
sederhana 
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di 
dalam perbelanjaan. 

Sikap keibuan 
Bersikap keibuan 
adalah antara petua yang perlu dititikberatkan. 


Lemah-lembut 
Sentiasa bercakap lembut dengan 
mereka. 

Sensitif 
Ketahuilah mereka adalah golongan 
yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang 
gadis. 


Kenali dirinya 
Kenali siapa dirinya yang sebenar 
sebelum anda memulakan langkah untuk memikat. 

Jaga 
kecantikan 
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan 
biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu! 

Gaya kemas 

Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya 
langkah yang kemas. 

Jangan kuno 
Jangan bersikap 
terlalu kuno. 

Sering tanya khabar 
Bertanya khabar 
sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya 
tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu 
mengambil berat mampu menarik perhatiannya. 

Jujur dalam tingkah 
laku 
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi 
kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun. 


Suka yang beragama 
Lelaki sukakan seorang wanita 
yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim. 


Tidak mudah dipermainkan 
Menunjukkan bahawa anda 
bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek 
dan 
mengada-ngada. 

Jangan tunjuk lemah 
Jangan tunjukkan 
kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati. 


Tunjuk matang 
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana 
dan matang serta mudah diajak berbincang. 




 
Inspirasikan Hidup Anda Dengan Mutiara Kata,
Dapatkan Koleksi Mutiara Kata Terus Ke Telefon Bimbit Anda Setiap Hari,
Eksklusif di EvolusiSMS.com
  

   






  

Don't let your dream ride pass you by. Make it a reality with Yahoo! Autos.
http://autos.yahoo.com/index.html
 



[Non-text portions of this message have been removed]



http://www.bukusiber.com
http://www.giantproduct.com 
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/Gadis-Melayu/

* Your email settings:
Individual Email | Traditional

* To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/Gadis-Melayu/join
(Yahoo! ID required)

* To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED] 
mailto:[EMAIL PROTECTED]

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is 

[Gadis-Melayu] Kenali Hati, Cinta Lelaki

2007-09-15 Terurut Topik zul matrix


BENARKAH 
sukar mengenali hati lelaki? Menelah dan menggauli hati budi mereka sebenarnya 
tidak semudah yang disangka.  


Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam 
supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka. 

Jika ia sesuai dijadikan 
panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia 
sebagai 
pengisi bahan bacaan anda di masa terluang. 


1. Jika anda bertanya 
lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan 
menjawab “Ya, saya cintakan awak”. 

Tetapi hakikatnya, mereka masih ada 
beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. 
“Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah 
apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, 
saya?” 

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan 
anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling 
menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di 
hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata. 

3. Ada 
sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah 
takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang 
segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya 
ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan. 


4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah. 

5. Lelaki yang gemar 
merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan. 


6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam 
fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” 
sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah 
lakunya sendiri yang menyakitkan hati. 

7. Lelaki tidak berapa suka 
membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk 
berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. 
Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa. 

8. Ada tiga perkara 
yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks. 

9. Jangan 
buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki 
cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu 
percubaan mensabotaj nama baiknya. 

10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love 
you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin 
intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa 
memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu 
mencintai 
si wanita. 

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan 
menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang 
tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana 
katanya 
“Awak yang kuat melayan”. 

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, 
motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka. 

13. 
Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut. 


14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika 
dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai 
anda, 
maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya. 




 
Inspirasikan Hidup Anda Dengan Mutiara Kata,
Dapatkan Koleksi Mutiara Kata Terus Ke Telefon Bimbit Anda Setiap Hari,
Eksklusif di EvolusiSMS.com
  

   






  

Tonight's top picks. What will you watch tonight? Preview the hottest shows on 
Yahoo! TV.
http://tv.yahoo.com/ 


[Non-text portions of this message have been removed]



http://www.bukusiber.com
http://www.giantproduct.com 
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/Gadis-Melayu/

* Your email settings:
Individual Email | Traditional

* To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/Gadis-Melayu/join
(Yahoo! ID required)

* To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED] 
mailto:[EMAIL PROTECTED]

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


[Gadis-Melayu] Feng Shui Tentukan Untung Rugi?

2007-09-15 Terurut Topik zul matrix
HASIL 
tinjauan penyelidik mendapati arkitek di Sydney dan Hong Kong secara umumnya 
bersetuju dengan kesempurnaan model berasaskan feng shui dalam pemilihan 
persekitaran bangunan dan perancangan dalaman. 


Senario itu 
membuktikan konsep dipraktikkan masyarakat Cina sejak zaman berzaman masih 
diterima masyarakat moden hari ini - percaya kepada keuntungan, keselesaan dan 
kesejahteraan melalui ukurannya. 

Apa tidaknya, Donald Trump, Putera 
Charles dan News Corporation iaitu satu konglomerat media terbesar dilaporkan 
turut merujuk kepada konsep feng shui dalam melangkah dunia kemegahan 
masing-masing. 

Feng shui yang juga dikenali sebagai Kan-Yu bermaksud 
'Undang-undang Syurga dan Bumi adalah amalan digunakan orang Cina dari dulu 
lagi terutama dalam menempatkan dan menyusun ruang untuk memperoleh 
persekitaran 
harmoni. 

Ia adalah satu disiplin membabitkan garis panduan sepadan 
dengan pelbagai teknik perancangan berkaitan seni bina malah ruang, udara, 
astronomi dan daya tarikan kemagnetan adalah asas komponennya. 

Bagi 
penyokong feng shui, mereka mendakwa ia mempunyai kesan ke atas kesihatan, 
kekayaan dan hubungan peribadi. 

Secara umumnya, feng shui seperti 
diamalkan hari ini bertujuan meletakkan persekitaran binaan manusia dengan qi 
(secara literalnya bermaksud udara dan dalam feng shui bermaksud aliran tenaga) 
yang baik. 

Menurut konsep itu, tempat yang sempurna ialah di lokasi dan 
paksi sepadan pada satu masa manakala sesetengah kawasan lain tidak sesuai bagi 
penempatan manusia dan patut ditinggalkan. 

Justeru, tidak mustahil bagi 
sesetengah orang yang mempercayai feng shui sanggup menjual rumah didiami dan 
membeli rumah lain walaupun menelan kos yang besar kerana percaya kepada 'tuah' 
feng shui. 

Bagaimana pula sekiranya umat Islam turut merujuk konsep 
terbabit sama ada dalam pemilihan kediaman atau pejabat perniagaan? 
  

Mempercayai untung rugi dan baik buruk sesuatu berasaskan konsep feng shui 
tidak betul kerana perkara seperti itu bersifat alami, termasuk kepercayaan 
khurafat. 

Orang jahiliah dulu percaya jika haiwan tertentu memasuki 
rumah mereka, ia dikatakan membawa sial tetapi apabila datangnya agama Islam, 
semua kepercayaan itu dibuang, katanya. 

Mempraktikkan sesuatu mengikut 
adat (kebiasaan) selagi tidak bertentangan dengan Islam adalah harus contohnya 
membina pintu menghadap arah kiblat diharuskan saja. 
Ia boleh berubah 
menjadi haram sekiranya pihak terbabit mengatakan tidak boleh pintu ke arah 
lain, sehingga menjadi satu kemestian dan dibimbangi ada keburukan. 


Feng shui tidak boleh dijadikan panduan sehingga menyekat kemajuan. 
Rezeki dan untung rugi adalah dalam kekuasaan Allah, katanya. 

Allah 
memberitahu hamba-Nya, konsep untung rugi adalah terbuka sebagaimana 
diterangkan 
dalam surah al-Jumuah, ayat 10, bermaksud: 

Kemudian setelah selesai 
solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah apa yang kamu hajati 
daripada limpah kurnia Allah, serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam 
segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat, katanya. 


Islam menekankan rezeki yang berkat dan membuka alternatif sendiri untuk 
berjaya dalam segenap lapangan, seperti bangun awal pada waktu pagi sebelum 
waktu Subuh. 

Mengikut konsep Ibn Khaldun dalam pemilihan lokasi 
kediaman, antara lain ialah rumah berdekatan kubur dengan tujuan mengingati 
mati 
dan disebabkan rumah Nabi Muhammad s.a.w juga berdekatan kubur. 


Sekiranya hendak membeli rumah, carilah rumah yang selesa, berdekatan 
tempat ibadat supaya mudah untuk berjemaah, jiran yang baik dan kemudahan 
selesa,  

Beliau menyatakan beberapa panduan Islam mengenai pemilikan 
harta (rumah atau hartanah) iaitu hendaklah diperoleh secara sah menurut 
undang-undang, menunaikan tanggungjawab tertentu terhadap pemilikan harta 
kepada 
masyarakat dan negara seperti membayar zakat dan cukai. 

Kecelakaan 
besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, yang mengumpulkan harta dan 
berulang-ulang menghitung kekayaannya. Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat 
mengekalkannya (dalam dunia ini)! Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke 
dalam Al-Hutamah. (Lumazah:1-4). 

Berbanding dengan Islam yang melihat 
pemilikan harta secara umum, feng shui yang berasal dari tradisi lama orang 
Cina 
melihat kedudukan serta susun atur ruang rumah dan kawasan yang mesra alam 
sekitar. 

Ada yang menolak dan menganggapnya sebagai dongeng. Jika hanya 
sekadar mengetahui kedudukan rumah menghadap matahari atau tidak, ia boleh 
diterima tetapi apabila ada kepercayaan tertentu terhadap barang, ia tidak 
dapat 
diterima. 

Apa yang Islam mahukan ialah rumah dan penghuni mematuhi 
ajaran Islam. Kempen mengenai konsep dan falsafah Rumahku Syurgaku yang 
berasaskan syariat sesuai dengan Islam. 

Antara aspek yang ditekankan 
adalah membina kebahagiaan, meningkatkan daya intelek, mewujudkan suasana 
penghayatan Islam dan kedamaian dalam keluarga, penjagaan kesihatan, mewujudkan 
keselesaan serta keindahan 

[Gadis-Melayu] Renungan

2007-09-13 Terurut Topik zul matrix


 

Kegemukan adalah kelalaian,

Terlalu banyak makan akan menghilangkan kecergasan,

Terlalu banyak tidur adalah kegagalan,

Terlalu banyak ketawa akan mematikan hati,

Dan

Fikiran yang jahat adalah seksa
 

Inspirasikan Hidup Anda Dengan Mutiara Kata,
Dapatkan Koleksi Mutiara Kata Terus Ke Telefon Bimbit Anda Setiap Hari,
Eksklusif di EvolusiSMS.com
  


  
 






   

Building a website is a piece of cake. Yahoo! Small Business gives you all the 
tools to get online.
http://smallbusiness.yahoo.com/webhosting 

[Non-text portions of this message have been removed]



[Gadis-Melayu] Inspirasikan hidup anda 2

2007-09-12 Terurut Topik zul matrix
Apabila anda berada di waktu pagi,jangan menunggu datangnya waktu 
petang.Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja.Curahkan seluruh perhatian anda 
untuk menjadi yang lebih baik di hari ini.
 Biarkan masa depan itu datang dengan sendirinya dan jangan terlalau cemas 
dengan hari esok.Ini kerana jika anda melakukan yang terbaik di hari 
ini,pastilah hari esok akan baik juga.
 Bebaskanlah jiwa anda dari rasa dengki dan iri hati.Buang jauh-jauh penyakit 
permusuhan dan hilangkan rasa permusuhan dari hati anda.
 Cubaah mengasingkan diri dari manusia kecuali untuk kebaikan.Jadilah orang 
yang sentiasa berada di dalam rumah.Laksanakanlah urusan anda dengan baik dan 
kurangilah pergaulan anda dengan orang lain tanpa faedah.
 Buku adalah sahabat yang terbaik.Bergaullah dengan buku,bersahabatlah dengan 
ilmu dan bertemanlah dengan ma¢rifah(pengetahuan).
 

Inspirasikan Hidup Anda Dengan Mutiara Kata,
Dapatkan Koleksi Mutiara Kata Terus Ke Telefon Bimbit Anda Setiap Hari,
Eksklusif di EvolusiSMS.com


  

Check out the hottest 2008 models today at Yahoo! Autos.
http://autos.yahoo.com/new_cars.html

[Non-text portions of this message have been removed]



http://www.bukusiber.com
http://www.giantproduct.com 
Yahoo! Groups Links

* To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/Gadis-Melayu/

* Your email settings:
Individual Email | Traditional

* To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/Gadis-Melayu/join
(Yahoo! ID required)

* To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED] 
mailto:[EMAIL PROTECTED]

* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

* Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


[Gadis-Melayu] Inspirasikan Hidup Anda

2007-09-11 Terurut Topik zul matrix
sesungguhnya hari kelmarin bagaikan mimpi yang telah berlalu sedangkan hari 
esok adalah suatu harapan yang indah walaupun hari ini adalah realiti kehidupan 
sebenarnya.
 
Wahai anak Adam,juallah duniamu dengan akhirat,maka engkau akan untung 
semuanya,tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia,maka engkau akan rugi 
semuanya
 
Iman adalah perisai diri,amal adalah benih keimanan dan keinsafan adalah tunas 
hidayah
 
tanpa angan-angan tiada cita2,tetapi tanpa usaha cita-cita takkan jadi nyata
 
'Tunjangkan kesahmu ke dada SOLAT,Himpunkan keperitanmu di genggaman DOA,Tutupi 
kekecewaanmu dengan TAKWA,Nilaikan kesucian hati melalui CERMIN KEIKHLASAN' 


 
Inspirasikan Hidup Anda Dengan Mutiara Kata,
Dapatkan Koleksi Mutiara Kata Terus Ke Telefon Bimbit Anda Setiap Hari,
Eksklusif di EvolusiSMS.com


   

Need a vacation? Get great deals
to amazing places on Yahoo! Travel.
http://travel.yahoo.com/

[Non-text portions of this message have been removed]



[Gadis-Melayu] Seluar Londeh Pakaian Seksi Wanita

2007-09-10 Terurut Topik zul matrix
Seluar Londeh  Pakaian Seksi Wanita

Petikan dan ulasan dari Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Di dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik bebas kita semua. Sebagai 
hamba Allah, kita perlu memahami hidup ini sentiasa diikat dengan pelbagai 
jenis hak antara satu sama lain. 

Hak terutama dan yang tertinggi ; adalah hak Allah SWT, samada suka atau tidak 
sesuatu hukum yang 'putus' seperti larangan Zina, Riba, tinggal solat, menutup 
aurat dan lain-lain adalah tidak boleh ditoleran oleh keadaan dan berubah 
mengikut peredaran zaman. Ia dinamakan hukum hakam yang bersifat 'muhkamat' 
atau 'Qatiyyat', tatkala itu, sebarang idea dan logik aqal manusia tidak boleh 
masuk campur dalam hal urusan hukum sebegini untuk mengubahnya menjadi harus 
dan halal. 


Mudahnya, ia disebutkan di dalam hadis ini :- 


Ertinya : Wahai Muadz, adakah kamu sedar dan tahu apakah hak Allah yang patut 
dijaga oleh hambanya, dan apa pula hak hamba yang patut dijaga oleh Allah? 


Muadz menjawab : Allah dan rasulNya lebih mengetahui. 


Baginda menjawab : Sesungguhnya hak Allah yang wajib dijaga oleh hambanya 
adalah agar mereka sentiasa tunduk abdikan diri kepadaNya ( dengan turuti 
perintah dan jauhi larangannya) dan jangan ia mempersekutukanNya dengan satu 
apa pun.. ( Riwayat Al-Bukhari, no 2701, 3/1079) 


Hak kedua ; adalah hak Nabi Muhammad SAWsecara peribadi seperti berselawat ke 
atas baginda SAW apabila mendegar nama baginda disebut. 


Terdapat juga hak baginda yang bukan peribadi tetapi atas kapasiti 'Nabi' dan 
'Rasul' yang mesti diikuti manakala sebahagian lagi hanyadisunatkan sahaja. 


Hak ketiga ; adalah hak pemerintah yang adil dengan cara mentaati mereka selagi 
mana tidak dibawa kepada kebinasaan. Sebarang penyalahgunaan hak oleh kumpulan 
ini, wajib dicanggahi. Sabda nabi SAW : 


Ertinya : Tiada ketaatan kepada makhluk dalam hal yang membabitkan maksiat 
kepada Allah, sesungguhnya taat hanyalah dalam hal yang membawa kebaikan ( 
Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, 4/209 : Tirmidzi : Hasan Sohih) 


Hak keempat dan yang ke seterusnya ; adalah hak orang ramai, antaranya hak 
jiran tetangga, hak rakan dan saudara dan juga hak untuk tidak dicederakan, hak 
bersuara, hak tidak dimalukan dan tidak diganggu, hak tubuh badan dan pelbagai 
lagi. 


Saya tidak berniat untuk mengulasnya dengan terperinci, cuma saya ingin 
mengaitkannya dengan hak kebebasan berpakaian. 


Adakah Islam memberikan umatnya hak kebebasan berpakaian walaupun seksi sesuka 
hati? 


eleh, ini kan tubuh saya, suka hati saya la nak buat apa! jeritan seorang 
wanita muda yang marah bila muncul isu ni. 


Jawapnya, tubuh ini adalah pinjaman sahaja dan bukan hak milik kita. Jika hak 
milik kita, kita boleh mematikannya dan menghidupkannya semula sesuka hati 
kita, sama seperti kereta 'remote control' milik anak kita. Kita boleh dengan 
sesuka hati sahaja menggayakannya dan menggunakannya, bila habis bateri pula 
boleh diisi semula dan berjalan lagi dan lagi. 


Sebab itu jugakita tidak dibenarkan oleh Islam dan juga undang-undang untuk 
menjual sepotong tangan, sebiji jantung, sebiji kepala kita kepada orang lain 
sesuka hati. 


Tubuh yang kita miliki ini bukan demikian, ia mesti digayakan menurut kehendak 
pemiliknya iaitu Allah SWT. Islam memang memberikan kebebasan dalam pakaian 
tetapi tidak terbuka begitu sahaja, ia terikat dengan hak dan ketetapan yang 
ditentukan oleh Allah dan RasulNya. 


Justeru bagi sesiapa yang punyai iman, hak kebebasannya untuk memilih apa jua 
jenis pakaiannya adalah tertakluk kepada displin pakaian yang ditentukan oleh 
Allah dan RasulNya. 


Berdasarkan hak tersebut, wanita dan lelaki yang masih ada keimanan terhadap 
Allah dan rasulNya serta hari kematian dan balasannya, mereka tidak boleh 
melanggar hak Allah ini. 


Tiada pakaian seksi dibenarkan kerana ia :- 


1) cabuli hak Allah ; hak Allah lebih utama dari hak kita secara peribadi 
sebagai manusia. 


Mana logiknya? Allah yang memberikan segalanya buat kita, tiba-tiba kita ingin 
diberikan kebebasan ikut suka hati kita?. 


Sabda nabi SAW : 




Ertinya : Sesungguhnya Allah telah meletakkan had tertentu (dalam kehidupan 
kita), maka jangan kamu cerobohinya, dan telah menwajibkan bagi beberapa 
kewajiban dan jangan kamu sesekali mengabaikannya dan telah mengharamkan 
beberapa perkara dan jangan kamu langgarinya. ( Riwayat Al-Hakim, 4/129 : 
Az-Zahabi tidak memberikan komen tentang tahap hadis ini) 


2) cabuli hak manusia lain ; berpakaian seksi ini juga tidak dibenarkan kerana 
ia melanggar hak orang lain yang sedang cuba menjaga iman dan mata mereka dari 
dosa-dosa. 


Jika nak seksi nampak pusat, seluar dalam, coli, dan bahagian-bahagian yang 
tidak sepatutnya ditayangkan, sila berpindah dari planet bumi Jawap saya 
kepada sekumpulan wanita yang bertanyakan hukum kebebasan dalam pakaian. 


pastikan, planet baru itu tiada makhluk yang boleh terganggu dengan seksinya 
anda 


Jika tidak, seksilah sepuasnya di depan mata suami anda, inshaAllah 
bermanfaat 

[Gadis-Melayu] Inspirasikan Hidup Anda : Berdoalah.....

2007-09-10 Terurut Topik zul matrix
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), 
bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa 
apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala 
perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada 
dalam kebenaran2 : 186
 
Katakanlah: Siapakah yang dapat menyelamatkan kamu dari bencana di darat dan 
di laut, yang kamu berdoa kepada-Nya dengan berendah diri dan dengan suara yang 
lembut (dengan mengatakan): Sesungguhnya jika Dia menyelamatkan kami dari 
(bencana) ini, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur.6 : 63
 
 Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. 
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas..7 : 55
 
Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) 
memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) 
dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada 
orang-orang yang berbuat baik...7 : 56
 
 Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan 
dan mensucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu 
(menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha 
Mengetahui 9 : 103
 
Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan 
berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu 
daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak 
pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. 
Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu 
mereka kerjakan..10 : 12
 
Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka Saleh. Saleh berkata: Hai kaumku, 
sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah 
menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya, karena itu 
mohonlah ampunan-Nya, kemudian bertobatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku 
amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya)...11 : 61
 
 Hanya bagi Allah-lah (hak mengabulkan) doa yang benar. Dan berhala-berhala 
yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memperkenankan sesuatu pun bagi 
mereka, melainkan seperti orang yang membukakan kedua telapak tangannya ke 
dalam air supaya sampai air ke mulutnya, padahal air itu tidak dapat sampai ke 
mulutnya. Dan doa (ibadah) orang-orang kafir itu, hanyalah sia-sia 
belaka13 : 14
 
Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana ia berdoa untuk kebaikan. Dan 
adalah manusia bersifat tergesa-gesa”..17 : 11
 
Dan (ingatlah kisah) Nuh, sebelum itu ketika dia berdoa, dan Kami 
memperkenankan doanya, lalu Kami selamatkan dia beserta pengikutnya dari 
bencana yang besar21 : 76
 



Sesungguhnya, ada segolongan dari hamba-hamba-Ku berdoa (di dunia): Ya Tuhan 
kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan 
Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik..23 : 109

Berkata Ibrahim: Apakah berhala-berhala itu mendengar (doa) mu sewaktu kamu 
berdoa (kepadanya)?,..26 : 72
 
 Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia 
berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu 
(manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang 
lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati (Nya)..27 : 62
Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan 
sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka 
mengetahui..29 : 64

Maka apabila mereka naik kapal mereka mendoa kepada Allah dengan memurnikan 
ketaatan kepada-Nya; maka tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, 
tiba-tiba mereka (kembali) mempersekutukan (Allah),.29 : 65
 
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, adalah orang-orang 
yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat (Kami), mereka menyungkur sujud dan 
bertasbih serta memuji Tuhannya, sedang mereka tidak menyombongkan 
diri32 : 15

Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya 
dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang 
Kami berikan kepada mereka32 : 16

 Dan apabila manusia itu ditimpa kemudaratan, dia memohon (pertolongan) kepada 
Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan 
nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudaratan yang pernah dia berdoa 
(kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-adakan 
sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. 
Katakanlah: Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; 
sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka...39 : 8
 
Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. 
Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari 

[Gadis-Melayu] Kerakusan Manusia Mencipta Bom

2007-08-29 Terurut Topik zul matrix



 

 

 

 

 

Click here to joint this group 

 

 

 

 

 

Click here to joint this group 

 

 

 

 

 

regards,
  
 
  







   

Boardwalk for $500? In 2007? Ha! Play Monopoly Here and Now (it's updated for 
today's economy) at Yahoo! Games.
http://get.games.yahoo.com/proddesc?gamekey=monopolyherenow  

[Non-text portions of this message have been removed]



[Gadis-Melayu] Senjata Wanita

2007-08-29 Terurut Topik zul matrix



Senjata Wanita

 

Airmata 

Airmata perempuan memiliki kuasa luar biasa, digunakan untuk menagih rasa belas 
ihsan sama ada ketika ditimpa kesusahan atau tatkala meminta sesuatu yang susah 
didapati. 

Senyuman 

Dengan senyuman manis, perempuan boleh menguasai mana-mana lelaki. Senyuman 
seorang isteri melembutkan hati suami yang keras atau sedang marah. 

Tuturkata 

Tuturkata yang manis, pandai memilih kata-kata yang manis apabila meminta 
sesuatu yang dihajati. Gunakanlah ia untuk menyenangkan hati dan memberi 
semangat kepada suami. 

Berhias. 

Wanita pandai berhias untuk menawan nafsu lelaki. Dengan kecantikan wanita 
mampu menjadikan lelaki tergila-gila. Sekiranya
 perkara sedemikian dilakukan kepada suami, tenteramlah suami ketika di rumah. 

Pandai 

Pandai mengambil hati untuk menarik perhatian lelaki. Apabila si isteri lakukan 
kepada suaminya, pasti kasih sayang akan sentiasa mekar 




 

regards,
  
 
  







  

Park yourself in front of a world of choices in alternative vehicles. Visit the 
Yahoo! Auto Green Center.
http://autos.yahoo.com/green_center/ 

[Non-text portions of this message have been removed]



[Gadis-Melayu] Bagaimana Membuat Kamera di rumah?

2007-08-28 Terurut Topik zul matrix
Click here to joint this group 
 
 
 
 
 
Click here to joint this group 
 
 
 
 
 
Click here to joint this group 
 
 
 
 

 
regards,


  

Fussy? Opinionated? Impossible to please? Perfect.  Join Yahoo!'s user panel 
and lay it on us. http://surveylink.yahoo.com/gmrs/yahoo_panel_invite.asp?a=7 


[Non-text portions of this message have been removed]



[Gadis-Melayu] Gambar ni Dihasilkan Dari Duit Tau....Superb....

2007-08-27 Terurut Topik zul matrix
Click here to joint this group 
 
 
 
 
 
 

 
regards,


   

Be a better Heartthrob. Get better relationship answers from someone who knows. 
Yahoo! Answers - Check it out. 
http://answers.yahoo.com/dir/?link=listsid=396545433

[Non-text portions of this message have been removed]



[Gadis-Melayu] Gambar ni Dihasilkan Dari Duit Tau....Superb....(part 2)

2007-08-27 Terurut Topik zul matrix
Click here to joint this group 
 
 
 
 
 
 

 
regards,


   

Pinpoint customers who are looking for what you sell. 
http://searchmarketing.yahoo.com/

[Non-text portions of this message have been removed]



[Gadis-Melayu] LamanMotivasi : Masa Depan Akan Datang Dengan Sendirinya

2007-08-27 Terurut Topik zul matrix
Masa Depan Akan Datang Dengan Sendirinya 

Firman ALLAH

Sesuatu yang telah di tentukan ALLAH pasti akan datang,maka janganlah kalian 
minta untuk disegerakan(An-Nahl :1)

Oleh kerana itu,janganlah anda mendahului sesuatu yang belum terjadi.Apakah 
anda mahu mengeluarkan kandungan sebelum waktinya dilahirkan,atau memetik 
buah-buahan sebelum masak?.Hari esok adalah sesuatu yang belum nyata dan dapat 
di raba,belum tentu wujud dan tidak memiliki rasa dan warna.Lalu,mengapa kita 
harus menyibukkan diri dengan hari esok,mencemaskan kesialan-sialan yang 
mungkin akan terjadi padanya,memikirkan kejadian-kejadian yang akan 
menimpanya,meramalkan bencana-bencana yang bakal ada di dalamnya?Bukankah kita 
juga tidak tahu apakah kita akan bertemu dengannya ataupun tidak dan apakah 
hari esok kita akan berwujud kesenanangan dan kesedihan?

Yang jelas,hari esok masih ada dalam alam ghaib dan belum turun ke bumi.Maka 
tidak sepatutnya kta menyeberangi sebuah jambatan sebelum sampai di 
atasnya?Sebab siapa yang tahu bahawa kita akan sampai atau tidak pada jambatan 
itu?Boleh jadi kita akan terhenti jalan kita sebelum sampai ke jambatan itu 
atau mungkin pula jambatan itu akan hanyut terbawa arus terlebih dahulu sebelum 
kita sampai di atasnya.Dan boleh jadi pula kita akan sampai pada jambatan itu 
dan kemudian akan menyeberangi.

Dalam syariat,memberi kesempatan kepada fikiran untuk memikirkan masa hadapan 
da membuka-buka alam ghaib dan kemudian terhanyut dalam kecemasan-kecemasan 
yang baru di duga darinya adalah sesuatu yang tidak di benarkan.Kerana hal itu 
adalah termasuk dalam thulul amal (angan-angan yang terlalu jauh).Sesungguhnya 
tindakan itu pun tidak masuk akal kerana sama halnya dengan berusaha perang 
melawan bayang-bayang.Namun kebanyakan manusia di dunia ini justeru banyak yang 
termakan oleh ramalan-ramalan tentang kelaparan,kemiskinan,wabak penyakit dan 
krisis ekonomi yang khabarnya akan menimpa mereka.Padahal semua itu hanyalah 
sebahagian dari kurikulum yang di ajarkan di sekolah-sekolah syaitan.

ALLAH berfirman
Syaitan itu menjanjikan(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan 
(jika kamu menderma) dan menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji(bersifat 
bakhil dan kedekut).Sedang ALLAH menjanjikan kamu (dengan) keampunan 
daripadaNYA serta kelebihan kurniaNYA... (Al-Baqarah:268).

Mereka yang menangis sedih menatap masa hadapan adalah yang menyangka diri 
mereka akan hidup kelaparan,menderita sakit selama setahun dan memperkirakan 
umur dunia ini tinggal seratus tahun lagi.Padahal orang sedar usia hidupnya 
berada di genggaman yang lain tentu tidak akan menggadaikannya untuk sesuatu 
yang tidak ada.Dan orang yang tidak tahu bila akan mati tentu salah besar bila 
justeru menyibukkan diri dengan sesuatu yang tidak ada.Dan orang yang tidak 
tahu bila akan mati tentu akan salah besar bila justeru menyibukkan diri dengan 
sesuatu yang tidak di ketahui secara pasti hakikatnya.

Biarkan ahari esok itu datang dengan sendirinya.Janganlah anda menanyakan 
khabar beritanya dan jangan pula anda menunggu waktu itu.Sebab hari ini anda 
sudah sangat sibuk.

Jika anda hairan,maka lebih menghairankan lagi orang-orang yang berani menebus 
kesedihan suatu masa yang belum tentu matahari terbit di dalamnya dengan 
bersedih pada hari ini.Oleh kerana itu,hindarilah angan-angan yang berlebihan.
  


http://www.lamanmotivasi.blogspot.com
Inspirasikan dan motivasikanlah hidup anda untuk mencapai tujuan atau cita-cita 
yang anda inginkan.Jangan jadikan dugaan,cubaan dan rintangan mematahkan 
semangat anda.


   

Got a little couch potato? 
Check out fun summer activities for kids.
http://search.yahoo.com/search?fr=oni_on_mailp=summer+activities+for+kidscs=bz
 

[Non-text portions of this message have been removed]



[Gadis-Melayu] Layakkah Lelaki Menjadi Suri Rumah?

2007-08-23 Terurut Topik zul matrix



Ramai lelaki mungkin terpaksa menjadi suri rumah pada masa depan jika fenomena 
pelajar perempuan menguasai institusi pengajian tinggi (IPT) dibiarkan 
berlarutan. 

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Seri Profesor Ibrahim Abu 
Shah berkata, secara umumnya setiap universiti di negara ini memiliki jumlah 
pelajar perempuan yang jauh lebih ramai berbanding lelaki. 

Disebabkan masalah itu, katanya, UiTM sudah lama memikirkan cara untuk menambah 
jumlah pelajar lelaki bagi memperbaiki komposisi pelajar mengikut jantina. 

Tidak dapat tidak satu hari nanti wanita profesional ini akan berkahwin juga 
dengan mana-mana lelaki termasuk mereka yang tidak bekerja. 

Akhirnya, akan berlaku fenomena lelaki duduk di rumah jaga anak dan rumah 
tangga manakala wanita
 keluar bekerja. 

Fenomena ini telah pun berlaku sekarang meskipun ia bertentangan dengan adat 
kita,?? katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Ibrahim menyatakan demikian ketika mengulas usaha Kementerian Pengajian Tinggi 
mencari formula untuk memujuk lebih ramai pelajar lelaki menyambung pelajaran 
di IPT. 

Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed berkata, di semua IPT di seluruh negara, 
nisbah antara pelajar lelaki dan perempuan ialah 40:60. 

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Tan Sri 
Profesor Dr. Mohd. Zulkifli Mohd. Ghazali meminta kerajaan melakukan sesuatu 
bagi mengurangkan jurang bilangan pelajar lelaki dan wanita. 

Di UTM sendiri, katanya, universiti itu tidak boleh menyekat kemasukan pelajar 
wanita dalam sesuatu bidang kerana mereka memiliki kelayakan akademik yang 
cemerlang berbanding lelaki. 

Di UTM, pelajar lelaki lebih mendominasi bidang mekanikal yang memudahkan mereka
 mendapat kerja setelah menamatkan pengajian sedangkan pelajar perempuan 
menguasai bidang lain, katanya. 

Pensyarah Jabatan Antropologi Universiti Malaya, Profesor Dr. Fatimah Daud pula 
berkata, cadangan untuk merapatkan jurang antara pelajar lelaki dan wanita di 
IPT memang tepat pada masanya. 

Di Barat, sebagai contoh, lelaki kini telah menjadi suri rumah menjaga 
anak-anak, membasuh baju dan juga melakukan kerja-kerja rumah. 

Di Malaysia sendiri fenomena ini telah pun berlaku dan kini semakin merebak 
apabila kebanyakan wanita bekerja sebagai eksekutif manakala suami menjaga 
rumah. 



 


regards,
  
 
  







   

Boardwalk for $500? In 2007? Ha! Play Monopoly Here and Now (it's updated for 
today's economy) at Yahoo! Games.
http://get.games.yahoo.com/proddesc?gamekey=monopolyherenow  

[Non-text portions of this message have been removed]



[Gadis-Melayu] Ilusi Optik

2007-08-03 Terurut Topik zul matrix
regards,


   

Yahoo! oneSearch: Finally, mobile search 
that gives answers, not web links. 
http://mobile.yahoo.com/mobileweb/onesearch?refer=1ONXIC

[Non-text portions of this message have been removed]